Monday, May 10, 2010

Milikilah sifat malu..


Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.


Malu adalah sebahagian daripada iman
. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.



Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.



Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:


“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”
(HR Bukhari)




Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.



“
Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.



Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”



Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”
(Shahih Muslim No.50)


Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)

Muslimin-muslimat sekalian,

Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri.


Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.

Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.

Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.

Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu.

Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu.

Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.

Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.

Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.

Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.

Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.

Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu
.

Dan macam-macam lagi.



Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.


Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.



Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.



Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya
. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.



Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.





Tuesday, May 4, 2010

Hari ini... jiwaku tersentuh..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah sehingga hari ini kite masih dikurniakan nikmat iman dan Islam oleh Allah s.w.t.
Bagaimana dengan iman kite pada hari ini? Sesungguhnya iman itu turun naik dan terpulang kepada kita sahaja untuk menjaganya.
So, mari sama2 kita menjaga keimanan kita supaya sentiasa di tahap yang maksimum pada setiap hari dan setiap saat! :D

insyaAllah.

Wahai pembaca-pembaca blog hamba Allah yang tak seberapa dan sentiasa tidak sempurna ini,
hari ini ada satu peristiwa yang membuatkan ana tersentuh dan membuatkan ana menitiskan air mata dengan secara 'involuntary'nya.

hmm. Ada seorang hamba Allah ini yang terlalu murni jiwanya. Ana dapat rasakan keikhlasannya dalam melakukan kebaikan. Ana tahu, setiap orang ada cara tersendiri dalam melakukan kebaikan dan merebut peluang untuk mengumpul bekalan untuk ke Akhirat kelak.

Mungkin orang lain kalau berada di tempat ana rasa macam biasa je, tapi tu lah. Kalaulah ada ramai manusia yang sebegitu di bumi ini alangkah baiknya. Mungkin memang ada cuma ana je x nampak. tapi skg ni ana da nampak da.

Kadang-kadang kita melakukan sesuatu kebaikan itu kalau boleh mesti kita nak sesuatu balasan yang nampakkan? Maksudnya, sebagai contoh, kalau ada jualan makanan sambil menderma, kita selalunya mesti nak beli dan tak rasa berat la sebab kita tahu kita mesti dapat makanan tu dan sekurang-kurangnya kita kenyang walaupun kita habiskan duit kita untuk beli makanan tu.

Dan macam mana kalau kita cuba nak buat sesuatu kebaikan tapi kita tak pasti dapat balasan atau tak kat dunia ni? contohnya, kita google kat internet tentang barangan muqataah yang patut kita boikot dan kemudian print, lpas itu keluarkan duit untuk photostat dan edarkan kepada semua umat Islam. dan hasilnya itu kita tak pasti sama ada umat Islam itu akan memboikot barangan muqataah tersebut atau tak. Tapi kita usaha dan usaha tanpa mengira berapa belanja yang kita guna.

Yelah, walau sedikit pun, mungkin duit tu kita boleh belanja nak beli makanan kenyangkan perut. betul tak? kalau kita nak derma banyak2 pun takde duit, kalau kita nak berjihad kat Palestin tu pun lagi la jauh skali.

Sebab tu lah ana rasa tersentuh hari ini. Ana harap insan tersebut diberkati Allah atas niat ikhlasnya. Semoga segala urusannya dipermudahkan Allah. :) insyaAllah.

So, harap perkara ni boleh dijadikan teladan untuk semua termasuk ana sekali yang kadang-kadang itu kalah juga dengan godaan nafsu ni. Ana bukan orang sempurna. banyak khilaf kat dunia ni. Wallahualam.

p/s: terima kasih kerana membantu Palestin. terima kasih dan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik antum dan antunna semua. FREE PALESTINE!




Sunday, May 2, 2010

FREE, free Palestine!



Assalamualaikum w.b.t.

Di tgah hari yg terang ni, ana release tension jap sbb tiba-tiba elektrik xde. memang selalu mcm ni. nasib baik laptop ni ade batteri.

Semalam ana dpt satu berita yang kempen Lifeline4Gaza cawangan Tanta dah mencecah kira-kira 47,000 ke atas. (minta maaf ana terdelete msg ym yg beritahu amount sebenar)
Tahniah!

Terima kasih kepada yang membeli sambil menderma dan kepada yang menjalankan program ini tidak kurang juga banyak menyumbangkan masa untuk masak lebih-lebih lagi kakak2 senior dan abang2 senior yang tolong jadi deliveryman.

Masakan semua sedap-sedap belaka dan lepas ni boleh jual lagi ye akak. hehe.
em. so,lpas ni sama-samalah kita solat hajat dan berdoa agar segala sumbangan itu dapat disalurkan kepada Gaza. Semoga semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah. Semoga Allah permudahkan. Aminn..

Entry agak pendek. Sekadar mengupdate serba sedikit tentang Lifeline4Gaza.

p/s: selepas ini, ana menyeru kepada semua termasuk diri ana sendiri untuk memboikot penjualan barangan muqata'ah. insyaAllah. yela, dah banyak kita menderma tapi kalau kita tak berhenti membeli barangan jualan diorg pun x de gunanya kan? :) sama-sama renungkan.



Thursday, April 29, 2010

Adam dan Hawa



Dan apabila terkenang saat itu'
Mungkin secara tiba-tiba
tanpa aku sengaja
Namun aku akui
Itu satu fitrah kurniaan Allah


Tapi aku kena tahu batasnya!
Wahai Adam.
Apabila Hawa itu sudah mula menyayangi
tiada yang paling indah di lihat pada seorang Adam
malainkan kekuatan imannya melawan segala godaan
disitu terpancar kebolehannya kelak
mengawal seorang Hawa
yang dia tahu
lebih nafsunya dari Adam



Wahai Adam
kau tetaplah teguh dengan pendirianmu
jangan terpesong niatmu
jangan kau kalah dengan fitnah utama dunia dihadapan seorang Adam
kerana kau kelak menjadi pemimpin
yang jika kau salah langkahmu
salahlah langkah Hawamu
kerana itulah kau dinamakan pemimpin



Wahai Adam
aku tak mampu menghalang perasaan ini datang dan pergi
cuma ikhlas niatku hanya kerana Allah
oleh itu
aku berdoa agar Allah temukan aku denganmu
kerana Agamamu dan akhlakmu
supaya aku dibimbing di jalan lurus.



Dan pabila tiba masanya nanti
wahai Adam
aku harap agar segalanya benar dan nyata
Adam! kau tunggu aku di mahligai itu
Semoga Allah meredhai niat ikhlasku...



oleh : hamba Allah yang mengharap keredhaan Tuhannya

Sunday, April 25, 2010

Apabila Hidayah datang.. aku...

Aku sedang menjalani program persediaan di sebuah universiti di Selangor. Semuanya berjalan dengan lancar. Kelas yang teratur dan pensyarah yang best. Kawan2 pun best. Cuma aku ni jenis yang pemalu, so pemalu sikit nak bergaul tapi aku try lah yg terbaik kan. Kalau tak macam mana nak dapat ramai kawan.

Seperti kebiasaan hari, aku mengenakan baju kurung kedah yang berwarna merah yang lengannya hingga ke bawah siku, dipadankan dengan kasut tumit tinggi 'wedges' yang berwarna 'gold'. Bagi ku , penampilan itu amat penting untuk memberi keyakinan diri kepadaku. Tetapi berlainan dengan kebanyakan student di sini, mereka kebanyakannya bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna. Kadang-kadang aku merenung diriku sendiri tentang adakah aku ini seperti mereka yang benar2 menitik beratkan hal aurat.

Aku teruskan perjalananku ke dewan utama. Hari ini ada lecture 'Anatomy' dan sudah semestinya merupakan subjek kegemaranku.


Sesudah tibanya aku di dewan utama itu, aku memandang ke persekitaran. Ada di suatu sudut, aku ternampak ada seorang gadis bertudung labuh dan berbaju kurung. Kakinya disarungkan stoking hitam dan berstoking tangan. Tiada apa yang terdetik di dalam hatiku melainkan 'Budak ni mesti sekolah agama'.

Aku terus ke tempat duduk ku di hujung sebelah kiri dewan utama. Aku suka melihat gelagat orang. Tak sampai 5 minit, lecturer pun tiba dan memulakan syarahannya seperti biasa.

***********


Memanglah best ada boyfriend. Bila keluar je, boyfriend belanja. Cakap je nak makan apa, sanggup dia belikan. Kalau dia taknak beli, buat-buatlah merajuk. Mesti dia belikan jugak.

Hmm. tulah. Itulah kenyataannya kalau ada boyfriend di benak fikiran ku. Tapi pernah tak aku fikir yang adakah selama ini boyfriend yang kau ada tu, kau kahwin dgn dia? Atau seperti 'touch n go' je? Couple lpas tu break. Couple dgn yang baru lpas tu break balik. Tak bosan ke? Tak rasa macam kau ni macam tol, lpas tu org ltak card 'touch n go'?

Hmm. kadang-kadang aku terfikir juga, ada betul juga kalau mak aku tak bagi aku ada boyfriend ni. Tapi tulah, aku ni tak kuat nak menolak godaan syaitan ni. Tunggulah aku dpt hidayah, barulah aku boleh kot nak tepis godaan syaitan ni.

Eh, apa aku mengelamun ni. Dengar lecture tu. Nak berangan je taw. FOCUS!!

******************


Penatnya. tiap2 pagi ada roll-call. Tensionnya.

"Assalamualaikum w.b.t. So,kita mulakanlah tazkirah kita pada pagi ni kan. Ana ni bukan la layak untuk bagi tazkirah kat depan ni tapi cuma tanggungjawab kita untuk saling mengingati antara umat Islam kan. Tajuk tazkirah ana pada hari ini ialah 'Kejayaan tanpa Agama atau Kejayaan dengan Agama'."

Aku tersentak dengan tajuk yang diucapkan. Hmm. Teruskan mendengar..

"Apa yang membezakan kita dengan non-muslim dan diri kita sebagai muslim sendiri apabila berjaya? Sudah pastinya Islam itu sendiri. Yelah. Bila kita berjaya dan membawa bersama Islam itu, adalah amat berlainan dengan non-muslim. Sama-samalah kita renungkan. Adakah kita ni mencapai kejayaan dengan agama yang kita ada ni.

Apabila non-muslim berjaya, kejayaan yang dikecapi itu adalah hanya semata-mata duniawi dan hasilnya juga hanya duniawi. Sebaliknya, jika muslim itu berjaya,seandainya dalam diri muslim itu dia membawa sekali Islam, ganjarannya sudah pasti dunia dan akhirat.

Maksudnya kita kena ikhlaskan niat kita menuntut ilmu adalah kerana Allah dan kerana agama Allah. Bukan sahaja untuk lulus exam atau untuk dapat gaji besar dan seumpamanya. Niat kita mestilah adalah untuk membangunkan Islam itu sendiri sepertimana gahnya Islam pada zaman dahulu yang menguasai 2/3 dunia. Tapi sekarang kita dapat tengok kan macam mana orang Islam sendiri.

Seperti kalam Rasulullah saw, Islam dahulu dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Maksudnya Islam itu akan dipandang ganjil sepertimana Islam pada saat mula-mula wujud. Contohnya, zaman sekarang ni, kalau tengok perempuan yang pakai tudung labuh tu macam pelik. Kalau baca Al-quran kat dalam tren, kita pandang ganjil. So, ana cuma nak ingatkan je. Sebelum kita memulakan kelas kita ni, sama-samalah betulkan niat kita kerana Allah taala. Dan yang buruk itu datang dari saya,yang baik itu datang dari Allah. Assalamualaikum. "


hmm. Islam itu akan kembali dagang pada zaman sekarang. Aku agak terasa tadi bila dia cakap pasal tudung labuh. Yelah,aku ni bukan sekolah agama. hmm. Teringin juga nak berubah tapi takde kekuatan lagi. Ya Allah. hmm.

Kelas bermula seperti biasa..

************

Penatnya kelas hari ni. Aku terus mencampakkan tubuhku di atas katil. Mata ni berat rasanya. Tidurlah.

Eh! Solat Asar. Alamak malasnya. Tapi kau kata nak berubah kan. Bangun! Jangan dengar bisikan syaitan tu. Dia musuh kita yang utama!

Selepas solat Asar, aku pun mencapai Al-quran di rak buku. Aku ikhlaskan niat supaya Allah boleh buka pintu hati aku ni dan beri ketenangan kat aku.

Mula-mula 2 muka surat je lah. Lepas ni banyakkan lagi. Hah. Aku rasa tenang lepas selesaikan ibadah tadi. Baru pertama kali aku rasa macam ni. Malam ni ada kelas bahasa Arab pulak. Tak sabar rasanya. Ustaz yang ajar tu best gila. Kelaka! Aku pun buka buku bahasa Arab.

**************


Terngiang-ngiang di telingaku suara Ustaz yang mengajar aku bahasa arab malam tadi.

"You know, wearing contact lens is haram. Why wearing contact lens? Allah has create us beautifully."

Arghh. Dah la dia pandang aku time tu. Terasa la aku. aduih. malu la aku camni. Macam bebudak lain tak taw plak aku pkai contact lens berwarna.hmm.
Pastu dia tambah lagi...

"GF and BF is haram. In Islam we cannot have GF and BF."

What the... Aku terasa lagi. Macam mana ni. Banyaknya benda haram yang aku buat. Lepas satu, satu yang terkena. Tapi betul juga yang dia cakap. Aku kena terima kot. Tapi betul ke pkai contact lens tu haram??

***************

Akhir minggu. Aku memang setiap minggu balik rumah time macam ni. Biasalah, rumah dekat. duduk kat universiti pun bosan je. Nak keluar pun mak aku mesti tak bagi. Duduk rumah layan internet lagi best.

Aku membelek laman Google. "Couple haram dalam Islam". Klik!

Wah! banyaknya yang keluar. Aku pun klik salah satu nya.
www.iluvislam.com

Confirm la ni. Couple tu memang haram. Ya Allah.. berdosanya aku selama ni.
Kenapa baru sekarang aku tahu ni??
Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku hidayah ini..

***************

"Ros,macam mana kalau aku pakai tudung labuh? ok tak? hehe."

"Hang nak pakai ka? Serious?"

"Yela. serious la. Aku pun nak berubah jugak. huhu. Tapi kau tawkan aku couple. macam mana aku nak cakap kat dia yang aku taknak couple da? Susah la."

"Hmm. aku pun tak taw la. Kau cakap je la yang couple tu haram."

"Hmm. yela. insyaAllah."

Dalam hati aku,'kalau lah dia faham. kalau dia tak faham yang couple tu haram macam mane? Haish!'

*****************


'Assalamualaikum. saya nak cakap something ni. saya nak minta maaf kalau benda ni menyakitkan hati awak. Tapi saya buat ni untuk kebaikan kita bersama. Saya harap awak faham. Sekarang saya dah tahu apa yang sebenarnya saya cari. dan saya dah jumpa. saya harap lepas ni kita boleh jadi kawan je. tak lebih. kalau ada benda penting je awak message saya. kalau tak perlu tu, lebih baik elakkan. saya harap awak boleh terima keputusan saya. Demi Allah dan perintah Allah, saya harap kita sama-sama boleh berubah. Lupakan hal sebelum ni. Semoga awak berjaya dunia akhirat.'


Send..


ish. takutnya. apalah agaknya reaksi dia ni. lambat betul reply..


5 minit kemudian..

"kring!"

haish,dia kol ke? macam mana ni? alamak, message sudah la.
aku tekan butang merah.


5minit kemudian handphone aku berbunyi tanda message sampai.

aku pun bukak message tu.

'Waalaikumslam. Apa awak merepek ni? mana janji awak sebelum ini? mana? janji taknak tinggalkan saya. habis sekarang? Ke awak dah ada orang lain? apa yang awak dah jumpa tu? orang lain ke? kalau dah jumpa tu cakap jela.'


Tetiba aku rasa tersentap dengan message tu. Sampai hati dia cakap macam tu. Dia tak tahu aku buat semua ni untuk apa? Tolong lah faham. Couple tu haram! dan aku takkan berpatah balik.

' Couple itu haram di sisi Islam. awak faham tak? Couple tu haram dalam Islam. Dan saya buat ni adalah untuk kita. Saya taknak saya hannyut dan awak pun hanyut dalam benda tak elok ni. Cubalah faham. Ya,saya dah jumpa benda lain yang lebih baik. iaitu ketenangan apabila dekat dengan Allah. itu lebih baik. jauh lebih baik dari semua ni. Dah terang da? Saya doakan semoga awak diberi hidayah oleh Allah. dan doakan saya istiqamah.'

Send..


Dengan tanpa disedari, airmataku tiba-tiba mengalir deras. Ya Allah. kuatkan hati ini Ya Allah. Aku ikhlas keranamu YaAllah.. rayuku.

****************


Hari ini, sudah masuk minggu terakhir aku di sini. Hari ini juga hari pertama aku memakai tudung labuh. comel jugak. hehe. perasan pulak.

Tapi yang penting aku ikhlas nak berubah. harap aku istiqamah. Dan mulai hari ini, aku akan mulakan juga tanggungjawabku untuk berdakwah menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Aku mula rasa ketenangan jiwa yang selama ni aku tak pernah rasa. Barulah aku tahu begini rasanya perasaan mereka yang merasakan Islam itu memang sebenar-benarnya Agama yang sejahtera dan indah.

Ya Allah. terima kasih kerana kau telah tempatkan aku di sini. Terima kasih atas hidayah dan taufik yang telah kau berikan padaku. Berikan kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam perubahan ini dan dalam jalan dakwah ini. Aminn..

*****************

3 bulan kemudian..

Hari ini merupakan hari aku ke Mesir. Seronok tu memang seronok tapi sedih untuk meninggalkan family tercinta di sini.

Mama, ayah. jangan risaukan ana ye. ana insyaAllah baik kat sana nanti. nanti ana kol mama ngan ayah bila sampai..

Flight ku berlepas pada pukul 10.00 pagi.

Selamat tinggal Malaysia..

14 jam kemudian..

'Mesir? biar betul aku dah sampai Mesir ni? Macam tak percaya je..'


***************

Sudah beberapa bulan aku di sini. Banyak ilmu dunia akhirat yang telah aku kutip.

Kat sinilah aku tahu yang memakai contact lens itu memang haram tapi kalau yang berwarna. kalau yang tiada warna itu hukumnya harus. akhirnya terjawab juga persoalan aku yang dulu.

dan..



disinilah aku menemui sesuatu yang mungkin selama ini aku cari.
aku harap aku dapat sesuatu itu.
yang dapat mendidikku dan membimbingku di jalan lurus.
Semoga Allah terus memberi petunjuk dan hidayah kepadaku di saat aku alpa.
Semoga semuanya dipermudahkan..

Aminn..

:)






cerpen yang tak seberapa oleh: hamba Allah yang mengharapkan keredhaan Tuhannya.










Friday, April 16, 2010

My BIG brother and EYE.

Assalamualaikum w.b.t. :)

First question: How about our Iman today??

Second question: How much of percentage did you finish your reading towards Final Imtihan??
(Jeng jeng jeng!) Ngee. saja takutkan ke? :p

Oklahh. I just want to give you all a simple 'tazkirah'.(act i'm not so 'layak' to give any tazkirah but as i am thinking that every muslim is responsible to remembering other muslim,so i try my best).
Umm, well. FINAL EXAM 2010.

1. Don't let yourself down because of Mid year result.( Although i'm also felt down after knowing my result but...POSITIVE THINKING!)

2. Bersyukur kepada Allah dgn result. Just assume that Allah actually want you to put more effort upon reaching the best level.

3. Efforts and sacrifices. Yeah.. No success without efforts and sacrifices. Trust me!

4. Solat hajat. We get the knowledge through His bless, so why not we pray to Him to give us success duniawi and ukhrawi??

5. Tawakkal.


ok. finally. umm.
My big brother and eye.

My Along called me and suddenly he said he wants to come to Egypt! how great! :D
I hope that it is a kind of motivation for me towards the Imtihan. I miss my family. :( but anyhow, yaeh, this is called sacrifice. one of the sacrifices. so, TABAH!. :)

And about the eye, I have use up 38LE just for my eye treatment.(I am having inflammation in my eye) but it's ok. It's seems to get better. Thank you Allah. :)

ok. Allahumma solli ala Muhammad. (3x)
Tusbuh Ala Khair.
Assalam.

Thursday, April 15, 2010

Love vs Feelings

Salamullahialaik.

Ana nak kemukakan satu soalan yang tak pernah boleh ana nak jawab.
Ana nak minta antum dan antunna tolong jwbkan.

Between LOVE and FEELINGS,what are their main difference?

Sometimes people say that LOVE means that you may do everything just to make the person you love so much happily ever and after!

And sometimes people say that FEELINGS is just what you feel for a very short moment of time. For example, you may suddenly admire someone because he or she has something that really 'curik' your attention. FEELINGS can just make you flying without wings just for single or few days. Is it really?


Just want to know whether my opinion is similar like yours. Love is 'kurniaan' from Allah swt. I trust that Love always come to our life suddenly and its up to ourself to deal with it.

If you know that what is prohibited by Allah swt in the case of Love, so you would know very well between the PROHIBITED LOVE and the TRUE LOVE. Like what my friend said to me (actually she also reading from others blog), Love is involuntary just like our brain but not mind because we can control our mind so well rather than the brain which can never be controlled by ourself!

Therefore,FEELINGS is just similar to Love = INVOLUNTARY. hehe. but in my opinion, FEELINGS is akindofdisturb to human beings as it will make someone feel like there is nothing to think about except the FEELINGS!

But after all, I want to apologize to all the readers for my 'karut-marut' ni as I am actually practising my language just for the sake of my English final exam soon. :'(

So, if you like to leave your comment, I am willing to read it!

But please give me the positive one instead of the negative one. I mean that please make the comment as my motivation to improve my language.

In a nutshell, thank you for reading this. I hope that you will be enjoyed. Hopefully that we will be succeed in the Final Exam which is just around the corner. PRAY HARD and STUDY HARD.
InsyaAllah, everything is finally nice to hear(result). BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAH.

:) JAZAKALLAH.



Tuesday, March 30, 2010

Hari Kiamat.

Dirawikan bahwa Aisyah r.a. bertanya, "Hai Rasulullah, apakah pada hari Kiamat nanti seseorang ingat akan kekasihnya?"

Rasulullah menjawab:
"Iaitu di sisi Mizan,sebelum ia tahu apakah ringan atau berat. Ketika suhuf berterbangan, apakah diberikan kitabnya dengan tangan kanan atau tangan kiri. Dan ketika ular keluar dari neraka lalu melilit mereka dan berkata, "Aku ditugaskan kepada tiga orang; orang yang berdoa selain kepada Allah, setiap penguasa yang zalim dan setiap orang yang tidak beriman kepada Hari Hisab." Kemudian ular itu melilit mereka hingga melemparnya di tengah neraka Jahanam yang punya titian lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang dimana manusia meniti di atasnya bagi petir menyambar dan seperti angin menghembus."

Dari Abu Hurairah ra berkata, "Telah bersabda Rasulullah saw:
"Ketika Allah selesai menciptakan langit dan bumi, Dia ciptakan sangkakala lalu diberikan kepada Israfil di mana dia meletakkan pada mulutnya sambil memandang kepada Arasy dan menanti akan diprintah."

Abu Hurairah berkata, "Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apakah itu sangkakala?"
Baginda menjawab, "Ialah tanduk dari nur." Kutanya lagi, " Bagaimana dia?". Baginda menjawab, "Bulatannya amat besar. Demi Zat yang mengutuskan aku dengan hak sebagai nabi,besar bulatannya bagaikan lebar langit dan bumi.Dia meniupnya tiga kali. Pertama untuk dikejutkan, kedua untuk pengsan(mati) dan ketiga untuk dibangkitkan kembali. Lalu roh-roh keluar bagaikan tumbuh-tumbuhan memenuhi langit langit dan bumi,ia masuk dalam jasad dari lubang hidung."

Kemudian Nabi saw bersabda: " Manakala Allah menghidupkan Jibril, Mikail dan Israfil, mereka lalu menghampiri kubur Nabi saw dengan membawa burak dari Syurga.Nabi melihat kepada Jibril lalu bertanya, "Wahai Jibril, hari apa ini?" Jibril menjawab, "Inilah hari Kiamat, inilah hari malapetaka yang menggetarkan hati, inilah hari hak itu." Nabi bertanya lagi, " Wahai Jibril apakah yang Allah buat terhadap umatku?" Jibril menjawab, "Bergembiralah engkau. Sungguh kaulah orang yang di mana bumi terbuka untukNya."

Dirawikan dari Abu Hurairahpuula bahawa Nabi saw bersabda: " Sesungguhnya Allah swt berkata:
"Wahai sekalian jin dan ,manusia, sungguh aku telah perbuat kebaikan untukmu. Dimanakah amalmu dan suhufmu? Siapa yang mendaptakan kebaikan, hendaklah dii memuji Allah dan siapa menemukan selain itu hendaklah dia mencela kepada dirinya sendiri."


Disebutkan dari Yahya bin Mu'az ar Razi, di majlisnya dia membaca ayat:
" Pada hari Kiamat, Kami himpunkan org-org yang bertakwa kepada yang Maha Pengasih sebagai perutusan. Dan Kami masukkan orang-orang yang berdosa itu kedalam Neraka dalam kehausan." (QS Maryam: 85-86)


Rasulullah bersabda: "Belum berhenti langkah seseorang sebelum ia ditanya tentang empat hal;
Tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang jasadnya untuk apa dia rosakkan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia dapat dan untuk apa dia gunakan."

Dirawikan dari Ibnu Abas ra, dia Nabi saw, baginda bersabda:
"Setiap nabi ada doa yang mustajab dan dia jadikan doa itu di dunia. Sedangkan aku menyembunyikan doaku yakni syafaatkupada hari Kiamat."


Ya Allah,berikan kami syafaatnya demi kemuliaannya di sisi Engkau. Semoga selawat dan salam sentiasa ditujukan kepadanya.

Thursday, March 11, 2010

Al Fatihah buat arwah Ahmad Sarhan Ahmad Khan.

Ana mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah Ahmad Sarhan Ahmad Khan dan juga kepada sahabat-sahabat arwah atas pulangnya arwah ke rahmatullah mlm td. Ana dan sahabat-sahabat kat Tanta ni pasti merasai kehilangan Ahmad Sarhan yang merupakan PELAJAR PERUBATAN TANTA TAHUN 1 pada tahun ini.

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama doakan agar arwah Ahmad Sarhan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta dirahmati Allah swt. InsyaAllah. Sesungguhnya kita sebagai penerima berita ni, dapat muhasabah diri kerana ini juga merupakan salah satu cara Allah swt memberi peringatan kepada kita. Yang pastinya, ajal itu kita tidak tahu bila dan di mana. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

"Dan apabila datang ajal, tidak dilambatkan sesaat dan tidak dicepatkan sesaat"

Wallahualam.

Al Fatihah.. ~~

Sunday, March 7, 2010

Jangan Hampiri Zina!

Allah s.w.t. berfirman:

Ertinya: "Dan mereka yang memelihara kehormatannya."
(Al-Mukminun: 5)

Yakni dari sesuatu yang haram.

"Dan janganlah kamu hampiri perbuatan keji, baik yang lahir mahupun yang batin."
(Al An'am: 151)

Baik yang besar,iaitu zina mahupun yang kecil iaitu mencium, menyentuh, atau memandang. Sebagaimana tersebut dalam Hadis Rasulullah SAW,
"Tangan, kaki dan mata juga boleh berzina."

Allah SWT berfirman:
Ertinya: "Katakanlah kepada orang-orang mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangan mereka (dari melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatan (jangan berzina). Itu lebih suci bagi mereka."
(An Nur: 30)

Allah SWT telah memerintahkan lelaki atau perempuan memalingkan pandangannya dari hal yang haram dan menjaga kehormatan serta mengharamkan zina dalam banyak ayat.
Allah SWT telah berfirman:
"Barangsiapa yang berbuat demikian, nescaya akan menemui dosa(seksa)."
(Al Furqan: 68)

Dirawikan dari seorang sahabat dia berkata, "Hindarkan akan zina. Di dalamnya terdapat enam hal. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia adalah berkurangan rezeki, putus ajal dan bermurka durja. Ada pun di Akhirat, kemurkaan Allah, hisab yang berat dan masuk neraka."

Dirawikan bahawa Nabi Musa a.s. berkata," Ya Tuhan,apakah seksaan utk org yang berzina?"

Allah SWT menjawab,
"Kukenakan padanya baju besi dari Neraka. Kalau diletakkandi gunung, tentu hancur."

Dirawikan bahawa perempuan nakal lebih disukai Iblis daripada lelaki jalang. Dalam kitab al Mashabih, Rasulullah SAW bersabda:
"Jika seseorang berzina, hilanglah imannya dan di atas kepalanya ada semacam kegelapan. Jika dia bertaubatdari perbuatan itu, iman akan kembali kepadanya."


Dalam kitab 'Iqna' ada menyebutkan, Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada ada dosa yang lebih besar di sisi Allah daripada lelaki yang meletakkan mani pada orang yang tidak halal baginya."

Ada pun liwat lebih besar dosanya. Dirawikan dari Anas bin Malik ra dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
" Barangsiapa liwat takkan cium bau syurga. Meskipun bau itu tercium dari sejauh lima ratus perjalanan. "

Qadli Imam ra berkata: Ku dengar seorang guru berkata, "Setiap wanita disertai satu syaitan dan setiap lelaki disertai dengan lapan belas syaitan."

Dirawikan , "Siapa mencium lelaki denga syahwat, Allah meyeksanya di Neraka lima ratus tahun. Jika mencium dengan syahwat, bagai zina dengan tujuh puluh gadis. Siapa berzina dengan gadis, seolah-olah berzina dengan tujuh pulu janda."

Dalam Kitab 'Raunaqut Tafasir', al-Kalbi berkata, "Orang pertama yang berbuat seperti kaum Luth adalah Iblis. Ia menjelma sebagai pondan cantik, merayu mereka sehingga mereka menikahinya. Kemudian hal itu jadi kebiasaan mereka. Sampai Luth diutus melarang kebiasaan itu dan mengajak mereka menyembah Allah SWT, sekaligus mengancam mereka daripada biasa berbuat maksiat kepada Allah swt. Mereka menentang dengan berkata, " Datangkan seksa itu jika kamu benar."

Kemudian Luth mohon kepada Nya agar menolongnya menghadapi mereka. Segera sahaja Allah swt menghujani mereka dengan batu yang masing-masing tertulis nama orang yang menjadi sasarannya. Itulah makna firman Allah SWT:
"Lagi diberi tanda di sisi Tuhanmu."
(Hud: 82)

Diceritakan seorang saudagar kaum Luth sedang berada di Mekkah. Lalu meluncur batu hendak mengenainya di tanah haram. Malaikat berkata kepada batu itu,"Kembalilah! Lelaki itu sedang berada di tanah haram." Lalu batu itu kembali dan berhenti di luar tanah haram antara langit dengan bumi selama empat puluh hari. Ketika saudagar itu keluar dari tanah haram, segera batu itu merejamnya sampai mati. Demikian pula isteri Luth. Ketika mendengar huru-hara itu ia berkata. "Bala mengena kaumku." Lalu batu itu menjunam kearahnya hingga mati.



sumber: Terjemahan Kitab MUKASHAFAH AL QULUB oleh Imam Al-Ghazali. (PENENANG JIWA)

Saturday, February 20, 2010

CORETAN MIDYEAR IMTIHAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat2 perjuangan ana di luar sna.
Agaknya macam dah lama jugak tak menulis kan. Lagipun sekarang ni ana tengah dalam minggu imtihan Mid Year. Cuaknya la. Semoga dengan usaha dan kekuatan yang ada ni Allah dapat bantu lah kawan2 ana dan ana sendiri utk jawab soalan Mid Year ni. Apa-apa pun kita berserah dan bertawakal kepada Allah. InsyaAllah. :)

Ana pun takde nak tulis ape. cume nak minta maaf la sementara masih sempat ni kepada semua orang. Andai selama ni coretan ana ada yang menyinggung perasaan atau perlakuan ana sendiri ke, harap dimaafkan supaya tak menyekat segala usaha yang ana dah buat selama ni. asif jiddan. ma'alisy.. huhu.

Kepada sahabat2 yang tengah imtihan tu pun ana ucapkan selamat dan bittaufiq wannajah! Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi antara golongan yang dapat memberi sinar kepada Islam dan membangunkan kembali tamadun Islam yang megah dan agung pada suatu masa dahulu. insyaAllah. Yang penting, mari kita sama-sama betulkan niat belajar adalah untuk Allah dan agama Allah iaitu Islam. Untuk menjadikan Islam dipandang tinggi di mata dunia terutamanya kepada golongan bukan Islam supaya dakwah dan perjuangan yang kita bawa ini berjaya membuka mata dan hati mereka utk 'mendekati' kita.

Oklah, itu saja kot buat masa ni. Doakan kejayaan ana dan sahabat2 ana di sini.

JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRAH.

:))

Tuesday, January 12, 2010

Adam kau pimpinlah Hawa.

Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Sesungguhnya

aku adalah Hawa,temanmu yg kau pinta semasa kesunyian di syurga

dahulu.

Aku asalnya daripada tulang rusukmu yg bengkok.

Jadi tidak

hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan

darimu,sentiasa mahu terpesong dari landasan krn aku buruan syaitan.


Adam! Maha Suci ALLAH yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya

pd akhir zaman.

Itulah ketelitian ALLAH dlm urusanNYA.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia dgn darah dan

kacau-bilaulah suasana.

Adam sama Adam bermusuhan krn Hawa.

Buktinya,peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman

cucu-cicitnya.

Jika begitu,maka tidak selaraslah undang-undang ALLAH

yg mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari

empat pd satu masa.


Adam! Bukan krn ramainya isterimu yg membimbangkan kau.

Atau sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku.

Tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu.

Sejak dulu lagi aku sudah tahu bhw aku

mesti tunduk apabila menjadi isterimu.

Namun,terasa berat pula untukku menyatakan isi hati.


Adam! Aku tahu,al-Quran ada menyatakan kaum Adam memimpin kaum

Hawa.Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dlm redha ALLAH.

Tapi,aku dan kaumku kini telah ramai menderhakaimu.

Menyimpang dari jalan yg telah disyariatkan.

ALLAH perintah aku tinggal di rumah.

Bukan berjalan-jalan di pasar atau di bandar sewenang-wenangnya.

Jika keluar pun,seluruh tubuhku mesti ditutup ikut syariat.

Tapi,ramai Hawa yg melanggar batas-batas itu.

Adam! Mengapa engkau biarkan aku begini? Aku jadi ibu.

Jadi guru. Menjaga dan didik anak-anakmu.Waktu yg sama aku mengurus dan mentadbir negara.

Ke hutan memikul senjata.Padahal,kau duduk saja.

Ada di antara kaummu yg menganggur.

Kau tidak seperti dulu lagi.


Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?


Adam! Marahkan kau jika kukatakan, “Andainya Hawa terpesong,maka Adam patut tanggung!”

Mengapa begitu Adam?

Ornag kata, “Jika anak jahat emak bapa tak pandai didik.Jika murid bodoh,guru tak tahu mengajar!”


Adam kau selalu kata, “Hawa memang degil.Tak mahu dengar

kata.

Tak mudah makan nasihat.Kepala batu.”

Pada hematku yg dhaif ini Adam,seharusnya kau tanya dirimu, “Apakah didikanmu padaku seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isteri baginda?

Adakah layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?


Adam! Sebenarnya, kau imam dan aku makmum.Aku pengikutmu dan kau ketuaku.

Jika kau benar, maka baiklah aku.

Jika kau lalai,aku juga lalai.

Kau punyai kelebihan akal,aku pula kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan,nafsumu satu.

Aku! Akalku satu nafsuku beribu.

Oleh itu Adam! Pimpinlah aku dari kelalaian.

Aku sering tergelincir krn dorongan nafsuku dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah aku menghayati kalimah suci ALLAH.

Perdengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar tenang

hidupku.Hembuskan roh jihad ke dlm hatiku agar aku menjadi

mejahidah,kekasih ALLAH.


Adam! Andainya aku masih lalai krn sikapmu sendiri.

Segan menuruti langkah para sahabat.

Masih gentar mencegah mungkar.

Maka,tunggu dan lihat,saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yg memerintah.


Kau akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri!

Lebih teruk lagi,engkau malu dan bersalah pada Tuhanmu yg kau Agongkan.

Thursday, January 7, 2010

Aurat Daripada Perspektif Fizik







Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian
Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Muslimat

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima. Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.

Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa. 2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian. 3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama. 4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan
Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima.
Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan.

Friday, October 23, 2009

Perjalanan Hidupku Di Mesir.

baby Kak Sah. namanya Saadah. comel kan. huhu :)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.



Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w dan semoga kita semua berada dalam rahmat dan kesejahteraan Allah hendaknya.



Ana dah lama sebenarnya tak update blog ni. Arghh. rasa menggelegak rindu ana nak update blog. hehehe. (ceh ayat.. huhu) :p



oklah. Ana sekarang tengah tak tahu nak buat apa di malam hari yang sangat sejuk ni. Musim sejuk di Mesir dah tiba. Ni baru jek permulaan musim sejuk, belum lg kemuncaknya. macam mana la agaknya nanti. Insyaallah semuanya ok. :)
Sudah hampir sebulan ana berada di Mesir ni. Alhamdulillah semua urusan telah dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Kakak2 musyrifah di sini pun banyak membantu ana dan sahabat2 ana untuk adapt kehidupan di sini. Walaupun di sini tak lah seperti kota Cairo yang mempunyai banyak tempat2 menarik, tapi alhamdulillah kat sini pun ok jugak. Macam2 jugak ada. hehe. cuma tak lah sehebat di Cairo.

Tapi walau apa pun tujuan ana ke sini bukan untuk melancong atau berjalan-jalan, tapi untuk study dan mencapai cita-cita ana untuk menjadi seorang doktor. Insyaallah. Amin. :D



Sepanjang ana di sini, banyak tempat dah ana pergi da sekitar Tanta ni. Awal bahr, Said Nawi, Fathallah, dan suk gaban(pasar). Nama tempat tinggal ana ialah Maarad. kawasan ni ok jugak cuma rumah kat mesir ni biasa la. Macam takk siap. tapi tgk jek macam tak siap tapi kadang-kadang rumah mcm KONDO. huhuhu. pelik org Arab ni kann.



Kehidupan kat sini tak macam kat Malysia. kat Malaysia malam boleh jek nak kuar perempuan secara berkumpulan. tapi kat sini walupun berkumpulan, tapi still kena ada musyrif yang jaga. musyrif tu lelaki atau ikhwah dalam bahasa arab. untuk keselamatan.

Pada seminggu lepas,ana sempat menyertai Program Gema Aidilfitri di Cairo. Best jugak la. cuma makanan tu agak sikit. huhu. maklumlah, ana ni orangnye makan byk. kalau nak kawen ngan ana kena sediakan makanan tu lebih2 sikit la. hehe. :p gurau je. Kat Cairo tu semua student perubatan dari semua muhafazah(cawangan) datang. Dari Alexandria, Mansoura, Cairo sudah pasti,Zaqazig dan Tanta sendiri.

Memang ramai la. Tak terkira. Dalam Ahmar tu semua yang berniqab kena bukak sebab untuk keselamatan bersama. Tak tahulah kenapa.




ana dan sahabat2 ana yang pergi Gema Aidilfitri di Cairo.





GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

first day ke gam'ah. lpas kuliah terus jek beli aiskrim. :D
lawat imarah baru ana dan sahabat

p/s: Ada seorang ustaz sedang mencari jodohnya di sini. Ustaz tu offer siapa2 yang kawen dgn nya akan dapat nafkah 1000 genih sebulan. Siapa lah agaknya tu jodoh ustaz tu. XD

























Thursday, September 3, 2009

Beruntunglah Bagi Mereka Yang Asing

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]


Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:


“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]



Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]


Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,


“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]


Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,


“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”


Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,


“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”


Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.


Tooba lil Ghurabaa’!


Firman Allah SWT:


“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]


Allah SWT juga menyebut:


”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)”
[Yusuf 12: 103]


Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:


“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]


Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:


“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]


Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.


Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:


“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]


Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

Level of Love Based From Al-Quran




Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).


Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki
8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1.
Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2.
Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3.
Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4.
Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5.
Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6.
Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7.
Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8.
Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)