Saturday, August 7, 2010

Salahkah kain kecil di wajah ini?

Sarahah “Su, ana minta maaflah jika menyakiti hati enti,” Rozita menyiku Sumayyah tiba-tiba.

“Enti marahkan ana tak jika ana tanya satu soalan?” Rozita menyambung sambil matanya meliar melihat dua orang pelajar siswi yang berpurdah sedang menyeberang jalan di Bulatan Antarabangsa. Seorang memakai tudung kelabu dan purdah kelabu serta berjubah hitam. Dan seorang lagi tudung hitam dan purdah hitam berbaju kurung merah gelap.

“ Tak. Tanyalah, ada apa?” Sumayyah menjawab tenang. Hatinya tenang kerana seharian kuliah, akhirnya baru dapat makan berdua dengan sahabat yang dirinduinya.

“ Ana tengok, hari demi hari makin ramai yang pakai purdah di kolej. Enti tak rasa ke diorang ni pakai sesedap rasa je, main suka2 je. Perangai belum tentu baik tapi dah pakai purdah.” Rozita menjelaskan berterus-terang.

“Ita, betul ke apa yang ana dengar ni?” “ Lain macam je bunyinye…” Sumayyah memerhatikan arah tumpuan Rozita. Sambil membayar nasi goreng ayam radix kegemarannya, Sumayyah melihat air muka sahabatnya seperti sedang menahan marah. Sumayyah tahu Rozita lah sahabat yang paling akrab dan pendokong paling kuat kepada perjuangan sahabat-sahabatnya mempertahankan pakaian wanita Islam di kolej.

“ Ada apa-apa ke ni?” Sumayyah menambah.

Rozita menggeleng. Sumayyah sedar perubahan pada diri sahabatnya. Sememangnya Rozita agak tidak suka bermesyuarat dengan muslimin. Balik dari mesyuarat sahaja, dia beremosi.

“ Hmm..Ana cakap betul lah…mana ada main-main. Enti patut bertanggungjawab. Diorang ni banyak terpengaruh dengan tulisan enti tentang purdah” kata Rozita sambil meletakkan beg di meja makan bahagian siswi. Meja itu sudah menjadi kegemaran mereka kerana ia menghadap tasik.

Sumayyah diam agak lama, sambil menyusun gelas, pinggan, beg dan fail-failnya agar teratur. Sumayyah cuba mengaitkan apa yang biasanya menjadi kemarahan sahabatnya.

“ Macam mana meeting tadi?” Sumayyah cuba meneka permasalahan sebenar.

“ Enti,” Rozita meletakkan sudu dan garfunya.

“ok, ok, ana tanya enti…” Sumayyah memberhentikan kata-katanya, menunggu mata mereka bertentang untuk mendapat tumpuan sahabat yang dikasihinya. “ Salahkah berpurdah? Islam tidak pernah mengajarkankah pada kita? Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan agama kita ke?”

“ Ana tak kata begitu, cuma bercouple la, berdating la, bukan-bukan je diorang ni. Pakai purdah, tapi perangai tak ubah macam budak tak pakai tudung” Rozita menghamburkan apa yang tersimpan di hati.

Sumayyah terkedu. Namun bertenang sahaja. Baginya adik-adik mujahidah purdah yang dikenalinya ramai yang sedang berusaha bermujahadah mengejar cinta Allah. Kalau ada yang perangai buruk pun itu kisah lama. Dan kalau ada yang masih bermasalah mungkin hanya dua, tiga orang sahaja. tak adil rasanya meletakkan kesalahan itu di bahu semua. Biasalah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, jelas padanya Rozita tentu mahu suburkan kembali kekuatannya dengan hujah. Selalunya begitulah, jika pemakai purdah dihina, mulalah dia menambah hujah dengan cara mendapatkan maklumat dari Sumayyah.

“Tak perlulah berpurdah, perangai tu kena baik dulu. Main hentam sahaja” Rozita menambah lagi. Rozita baru balik dari meeting persatuan. Dalam meeting tadi, Muslimin hebat menghentam pemakai purdah, terutama Ketua Unit Kebersihan Masjid, Azrol Hazim. Biasanya, Rozita yang hebat mempertahankan sahabat-sahabat yang berpurdah. Tapi, dia mula mati hujah bila Azrol membangkitkan nama pensyarah yang mereka kasihi dan hormati, Puan Zaitun.

“ Pertama, enti ada bukti ke mereka ni berdating dan bercouple? Siapa yang enti maksudkan? Enti tak boleh hanya mendengar khabar angin, terus meletakkan salah itu pada pemakai purdah tanpa menyelidiki sebaiknya. Kedua, jika salah seorang yang berdating, adakah semua kain kecil di muka mereka yang dipersalahkan? Dan adakah semua pemakai purdah bersalah? Ketiga, yang pakai tudung biasa, yang pakai tudung labuh takda ke yang berdating dan bercouple? Semuanya baik?” Sumayyah bertanya kembali kepada Rozita.

Rozita terdiam, tunduk.

“ Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?”

Rozita menggeleng.

“ Adakah jika pemakai tudung itu bercoule, berdating malah berzina, maka tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah? Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?

Rozita terdiam. Mukanya merona merah.

“ Berhakkah ana menapis mereka semua sebelum diluluskan untuk memakai purdah? Siapa ana? Perlukah ana interview mereka seorang demi seorang? Hanya kerana ana kalangan orang pertama yang memakai purdah di kolej ni? Pada ana, Ita, memakai purdah ni adalah cara mendekatkan diri kepada Allah, maka sedikit demi sedikit pemakai purdah akan menjadi muslimah yang solehah. Ia bergerak selari dengan perubahan diri ke arah menjadi muslimah sejati. Pada ana, mereka mampu dan kuat untuk menutup wajah mereka sudah menjadi satu usaha yang baik untuk memelihara diri mereka,” Sumayyah cuba menjelaskan keadaan sebenar yang menjadi kekeliruan sahabatnya.

“ Tak mungkin menunggu perangai sempurna baru memakai purdah, hidayah sudah sampai, pastilah adik-adik menyambutnya,” sumayyah menambah lagi. Sumayyah mengangkat tangan, sambil menganggukkan kepala kepada siswi yang lalu-lalang berhampiran tasik yang mengenali mereka.

“Tapi, enti terangkanlah pada mereka tentang hukum berpurdah ni. Bukannya wajib pun,” Rozita menambah lagi. Dia menjelaskan dalam keadaan tenang.

“ Ita, sahabatku yang kukasihi, yang bakal menjadi temanku di mahligai syurgawi, adakah ia haram?” “ Ada tak ulama’ yang menghukumkannya haram?” Sumayyah membalas lembut, hatinya sayu. “ Tak ada, yang ada hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun menghukumkan wajib berpurdah di zaman penuh kefasadan sekarang ni dalam buku fiqh sirah yang ustaz kupaskan tu, enti dah baca bahagian tu? Islam menyukainya, sahabatku. Jadi, usah kita menjadi penghalang mereka berpurdah,”

Rozita terdiam.

Sarahah “ Untuk kali keberapa, ana masih nak tanyakan enti, enti tahu kan hukumnya? Sebelum enti menghinakan mereka yang berpurdah? Rozita yang ana kenal takkan mudah berputus asa dengan cacian orang, kan? Enti pun tahu kan, ana sudah menjelaskan, bukan semuanya memakai kerana memahami hukum. Enti pun tahu kan tujuan ana menulis novel Kain Kecil Di Wajahmu, adalah untuk menerangkan pada adik-adik tentang hukum berpurdah ni, sabarlah, lambat laun, mereka akan faham. Ana tahu ramai sangat yang tak faham lagi hukumnya dalam Islam. Ana pun memerlukan kajian bertahun-tahun. Ada juga yang memakainya kerana malu pada lelaki. Enti pun faham kan perasaan tu. Ia fitrah dan ia baik, memudahkan lelaki menjaga pandangan. Bukankah Islam menuntut lelaki dan perempuan agar menjaga pandangannya seperti dalam Surah an-Nur ayat 30 dan 31?, ”

Rozita terdiam. Dia teringat macam mana setiap kali meeting dia selalu menundukkan kepala dan kadang-kadang berselindung di belakang Sumayyah kerana malu yang begitu menebal pada kaum lelaki. Dia sedar bahawa dirinya banyak terpengaruh dengan kata-kata muslimin. Tapi, Rozita masih merasakan sakitnya panahan kata-kata Azrol dalam meeting tadi, macam benar.

“Azrol kata, purdah ni cuma adat sahaja.” Rozita cuba mengingat kembali hujah Azrol.

“Azrol tu siapa? Azrol mana, Ita? Sumayyah cuba menguji.

“Azrol la, mana ada Azrol lain, pelajar tahun tiga Engineering. Enti pun kenal, kan ana selalu menyebut namanya. Katanya, Muslimat ni tak perlu berpurdah dalam organisasi, purdah ni adat sahaja.”

Sumayyah menggeleng perlahan. “ Subhanallah, Maha Suci Allah. Maaflah jika ana katakan begini. Azrol tu kan ana kenal sangat. Mana pulak adat. Azrol tu baru menyertai usrah kita semester ni. Semester ni ustaz baru kupas buku Fiqh Sirah 1, buku Fiqh sirah 2 belum lagi ustaz kupaskan dalam usrah. Yang ustaz kupaskan dalam usrah MT yelah Fiqh sirah 2 termasuk. Tapi untuk exco kan baru Fiqh sirah 1. Mereka kan masih baru menyertai usrah. Azrol tu kan memandai je…Astaghfirullahal’azim, bukan ana nak mengumpat, Ita. Tapi, enti nak terima hujah seseorang perlu menilai juga pandangannya dan pengamalannya selama ini terhadap hukum-hukum dalam Islam. Azrol cukup tidak suka muslimat yang berpurdah. Dia sudah terdidik dengan pemikiran Barat. Ibunya bertudung selempang, bapanya mementingkan akademik anaknya dan tidak mementingkan agama mereka adik-beradik. Ana kan sekampung dengannya. Azrol bukan dari sekolah agama, dan Azrol bukan pelajar pengajian Islam. Oleh itu, Azrol tidak tahu tentang hukum berpurdah. Dia hanya dengar-dengar je dan buat kesimpulan, mengkaji jauh sekali. Azrol pernah buat tesis atau kajian tentang purdah ke? Bila ye, ada kajiannya? Boleh tunjukkan pada ana.”

“Tapi, Azrol ada hujah yang kuat,”

“ Apa hujahnya?”

“ Pendakwah tidak boleh menutup muka, ia mengganggu dakwah,”

“ Itu bukan hujah, itu pendapat,”

“ Pendapat peribadi, tanpa sokongan dalil tidak boleh dijadikan hujah dalam Islam,” Sumayyah menjelaskan tegas.

” Ia membuatkan mad’u lari daripada kita,”

“Dan tidak ada kewajipan bagi mana-mana perempuan untuk mentaati perintah yang tidak ada asasnya dalam Islam, jelasnya ana sendiri yang menyusun bahagian tarbiyah. Enti tahukan kebanyakan adik-adik yang pergi usrah yang dibawa oleh naqibah yang berpurdah. Yang tidak berpurdah pula yang kurang anak usrahnya. Ia bergantung kepada komitmen dan kekreativitian naqibah sebenarnya, enti pun tahu sejarah Kelab Amar Ma’ruf, kan sudah bertahun-tahun kita di sini semenjak diploma. Bukan kerana purdah orang lari tapi kerana Islam itu sendiri yang ditakutinya. Mana ada orang suka benda baik, Ita. Kenapa ye, yang lain-lain tidak berdakwah dengan lebih bersemangat kalaulah muka mereka itu digunakan untuk berdakwah, sepatutnya lebih ramai yang berjaya ditarik ke dalam usrah. Ana tengok sama sahaja. Boleh ke kita salahkan hukum Islam jika orang lari dari kita? Dulu bertudung labuh pun dapat spekulasi yang sama, bertudung hitam pun sama, sekarang bila dah ramai berpurdah, yang berpurdah pula dituduh orang lari. Tiba-tiba sahaja, yang bertudung labuh orang tak lari pula? Pelik tu. Masyarakat yang belum mengubah cara berfikir, masih kolot dan jumud tentang islam, itu tujuannya usrah. Bukanlah dengan menanggalkan apa yang ada pada diri kita. Entahlah Ita, terpulang, ana secara peribadinya lebih selesa berdakwah dengan berpurdah. Di asrama kita bersama adik-adik perempuan dengan selesa. Di luar asrama kita berurusan dengan muslimin dalam keadaan terjaga. Ana lebih suka purdah ni dalam memelihara diri, jika tidak, nak bermesyuarat dengan muslimin pun ana malas. Ana pelik dan rimas kenapa mereka boleh pula melihat wajah kita semudahnya. Islam telah menyelamatkan ana, Allah mengurniakan kain kecil ini bagi memudahkan urusan organisasi kita,”

“Jelasnya, Azrol bukanlah ulama’ sehebat Ibnu Mas’ud, Ibnu Kathir, Ibnu Abbas, Syeikh Muhammad bin Salih bin Uthaimin dan lain-lain ulama’ kebanyakan ulama’ Syafi’iyyah. Adakah Azrol menyalahkan ulama’? Azrol bukan sahaja tidak tahu hukum berpurdah bahkan banyak lagi hukum tidak diketahuinya. Enti pernah test tanya dia hukum berwudhuk, hukum solat jamak dan qasar, hukum membeli barangan Israel dan Amerika, enti pernah tanya pada Azrol tentang pendapat ulama’ tentang solat bagi keempat-empat mazhab berlainan?”

“Enti ni, Azrol tu makan Mc’ Donalds lagi, tapi beria-ia mengatakan purdah tak perlu pakai kerana ulama’ kontemporari Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi menghukumkan begitu. Tapi, ada tak dia nak terima fatwa ulama’ yang sama yang mengatakan haram membeli produk Amerika dan Israel? Azrol, untuk pengetahuan enti seorang yang tak thiqah dan hanya mengambil hukum yang ia suka sahaja. Ya, yang selari dengan nafsu dan gaya hidup kebaratan yang telah didoktrinkan oleh yahudi dalam pemikirannya. Tak perlu jauh-jauh, Azrol tu bercouple lagi. Apa bercouple tu tak haram baginya?” Sumayyah mempersoalkan satu persatu hukum yang dia tahu merupakan bukan kepakaran Azrol.

“Tapi, Azrol bertanya pada pensyarahnya,”

“ Pensyarahnya yang dia rapat? Puan Zaitun ye?” Sumayyah menyoal dengan penuh kepastian.

Rozita mengangguk lemah.

“Puan Zaitun belajar di sekolah mana, Ta? Puan Zaitun pengkhususan apa? Puan Zaitun ambil degree dan master di mana dan apa bidang kajiannya? Puan Zaitun pakai macam mana di luar kolej? Apa hukum menutup aurat bagi Puan Zaitun? Pernah jumpa beliau di luar kolej tak? Boleh diringankan sampai ke tahap tu sekali? Allahuakbar! Ana bukan macam tu, Ita. Boleh ke kita tanya tentang akaun pada pelajar Qur’an Sunnah? Boleh ke dia jawab? Boleh kalau dia pernah belajar dan kaji tentang akaun sama ada di sekolah atau di peringkat universiti. Perlu ada bukti bahawa ia pernah mengkaji perkara ini. Jika Azrol berpendapat setakat meminjam pendapat Us Razali dalam blognya yang terkenal tanpa sebarang pengkajian lanjut nak suruh kita membuka purdah? Siapa dia untuk mempertikaikan al-Qur’an? Hmm…cuba kalau Azrol suka merujuk Us. Abu Zaki, Us. Saifullah , Us. Amzan, tentu lain pula pendapatnya. Merujuk tentang Akaun bolelah pada Puan Zaitun, ape pulak soal hukum merujuk Puan Zaitun? Hmm…ana kalau nak tanya akaun ana tak tanya ustaz Amzan, Ita. Itu bukan kepakarannya,” Sumayyah menggelengkan kepala. Dia faham benar betapa bersungguh-sungguhnya pelajar bukan pengajian Islam ni meletakkan hukum berpurdah mengikut nafsu dan kejahilan mereka.

“ Enti tak boleh la nak tunjuk hebat, sedangkan mereka muslimin kan tentu mereka lebih tahu,” Rozita cuba membela.

“ Ana tak tunjuk hebat, tapi kalau dah enti mempersoalkan hukum Allah, ana perlu pertahankan Islam yang ana anuti. Sepatutnya enti berkata begitu kepada Azrol kerana dia bercakap tentang sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu mengenainya. Muslimin, jika suka bermain game, suka buat perkara lagha, chatting dengan muslimat sana-sini, bercouple dan tidak menjaga thiqah, maafkan ana tapi ana tak respect langsung. Jika ilmu setakat di bibir bukan dicerminkan pada perlakuan, perlu ke kita hormat padanya? Dalam Surah as-Saff ayat 4 pun Allah mencela orang yang memperkatakan sesuatu yang ia tidak lakukan,” Sumayyah menjelaskan sikap buruk sesetengah Muslimin yang tidak boleh dipakai kata-katanya.

“ Ya, kita muslimat. Namun ini bukan soal ilmu muslimin atau muslimat. Sebelum Azrol mencadangkan pada Muslimat Kelab Amar Ma’ruf untuk menanggalkan purdah, Azrol perlu buka al-Qur’an untuk lihat hukum berpurdah yang telah ditetapkan oleh Allah. Azrol tidak boleh menghukum dengan pendapat peribadi. Ia mesti didasari ilmu, Azrol perlu membuat kajian sebelum ia memberi arahan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Ya, tidak ada kewajipan berpurdah bagi sesetengah ulama’ tapi tidak boleh menghalang wanita berpurdah, itu kan sudah fitrahnya, dan islam pula menggalakkan. Salah tu, memang salah menghalang orang memakai purdah, sama salahnya memaksa-maksa orang memakai purdah,” Sumayyah menjelaskan bagaimana dahulu ia mula mengkaji tentang purdah. “ Bukan soalnya wajib berpurdah, tapi soalnya, sebagai seorang yang beriman dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, beliau tidak perlu halang mana-mana wanita untuk berpurdah kerana Islam menyukainya,”

“ Adakah dalil dalam al-Qur’an membezakan pakaian orang yang berdakwah dan tidak berdakwah?” “ Adakah kewajipan berdakwah menggunakan muka?” “Apakah anggota lain tidak dapat membantu dakwah? Adakah kewajipan berdakwah begitu sekali hingga aurat perlu dibuka? Ana pun belajar uslub dakwah tapi tak ada pula menyentuh soal muka , tiada pula dalam ilmu methodologi dakwah yang mengatakan keberkesanan dakwah itu meningkat bagi wanita yang tidak memakai purdah berbanding yang berpurdah, yang tersenyum dan tidak tersenyum. Jika ini ada, maka bagaimana pula meningkatnya dosa seorang yang tidak berpurdah dan senyuman manisnya memikat ribuan lelaki dan mendatangkan fitnah jika dibandingkan dengan seorang wanita yang berpurdah? Berdakwah, berdakwah juga, tapi, hukum menutup aurat mana boleh kita permainkan. Kita masih boleh teruskan dakwah tanpa muka. Dakwah bukan menggunakan muka dan senyuman sahaja,”

“ Tapi, muka bukan aurat,”

“ Muka bukan aurat bagi sesetengah ulama’, tapi aurat bagi sesetengah ulama’. Jadi, bila ada ulama’ yang mengira muka sebagai aurat, Azrol tak bolehlah nak kata ulama’ tu tak betul..Muhammad bin Sirin dan Ubaidah al-Salmani tak betul, begitu? Oleh kerana hujah mereka (ulama’ yang mengatakan muka dan tangan aurat dan ulama’ yang mengatakan muka dan tangan bukan aurat) sama kuat bahkan dalam mazhab as-Syafi’e hujah wajib berpurdah lebih kuat, maka sekali lagi ana tekankan, tidak boleh bagi mana-mana lelaki menyuruh mana-mana kaum wanita membuka penutup mukanya sebagaimana Yahudi cuba hendak membuka purdah seorang wanita yang mencetuskan kemarahan kaum Muslimin dan terjadinya pergaduhan pertama antara kaum Muslimin dengan yahudi setelah dimeterai perjanjian di antara mereka dan Rasulullah s.a.w. Pertengkaran ini berlaku sebagaimana yang diceritakan oleh al-Tabari dan al-Waqidi ialah di pertengahan bulan Syawal tahun kedua Hijrah,” Sumayyah menegaskan.

“ Bila ada ulama’ yang menghukumkan wajib memakai purdah, maka, Azrol atau mana-mana manusia di dunia ini tidak boleh sama sekali menyuruh atau memerintahkan mana-mana perempuan untuk menanggalkan purdahnya, kerana ia termaktub di dalam hukum- WAJIB dan SUNAT. Tiada yang mengHARAM kan. Ulama’ mana pun tidak mengharamkan, jadi mana datang arahan membuka. Tiada ulama’ menyuruh wanita membuka wajahnya, Azrol siapa untuk menyuruh wanita membuka wajahnya, dan kitab mana yang menjadi rujukannya, bukankah kitab rujukan umat Islam adalah al-Qur’an,” Sumayyah menjelaskan panjang lebar.

“ Mana boleh Azrol menghukum sesuka hati dia, hanya berpandukan artikel dua-tiga tulisan ulama’ kontemporari dan ulama’ itu pun tidak mengkaji tentang purdah, dia pun sekadar mengambil hukum daripada tulisan ulama’ kontemporari juga. Mana boleh, Ita. Nak berhukum mesti rujuk al-Qur’an,”

“ Tapi, mana ada hukum berpurdah dalam al-Qur’an,” kata Rozita.

“ Ita, kalau tak ada dalam al-Qur’an, jadi , boleh ke kita buat hukum sendiri?” Sumayyah masih tidak letih mengingatkan sahabatnya. Dalam sepuluh kali dah soalan yang sama Ita ajukan dalam tahun ni sahaja. Semata-mata kerana beliau dihina, maka Ita mula rasa lemah dalam mempertahankan.

“ Habis, kalau tiada, maka boleh la berijtihad,” kata Rozita acuh tak acuh.

Sumayyah merenung gambar wanita berpurdah yang diletakkan di belakang failnya. Dia agak terluka mengingatkan pelajar-pelajar yang tidak mengkaji hukum termasuklah Rozita, dengan mudahnya meletakkan hukum berpurdah mengikut faham orang tak berilmu. Sumayyah faham bahawa sahabatnya mengambil jurusan kejururawatan.

“ Siapa kata tiada. Cuba enti tulis dalilnya dari al-Qur’an supaya enti tak mati hujah dalam penerangan kepada masyarakat. Terus sahaja berijtihad?” “ Enti ni Ita….” “ Enti, kita kena belajar dari A sampai Z kaedah penetapan hukum dalam Islam. Dari sumber-sumber hukum dalam Islam hinggalah kepada kaedah penetapan hukum. Bahaya jika enti membawa kaedah hukum yang enti faham ni kepada orang ramai. Enti pun jelas bahawa sistem pendidikan di Malaysia ni tidak mampu memanusiakan manusia. Ia hanya berlingkar pada perkara yang terlalu asas. Kemudian, bila pelajar-pelajar masuk universiti terus didedahkan dengan ilmu fardhu kifayah, sedangkan ilmu fardhu ain pun kita belum selesai lagi. Inilah kebobrokan sistem pendidikan di Negara kita. Pendidikan sepatutnya mendekatkan kita kepada Allah dan menjadikan kita takut pada-Nya dan mencintai-Nya, tapi, sistem di Negara kita salah cara dan oleh itu tidak dapat mencapai matlamat pendidikan dalam Islam. Jadilah, kita semua masyarakat yang jahil hingga ke tua. Ilmu agama perlu dicari di surau1 dan kelas pengajian tambahan pula bila dah tua. Sepatutnya penerapan ini berlaku ketika kecil.” Sumayyah menasihati Rozita, tegas dan jelas.

“ Betul lah jika ana katakan dalam al-Qur’an tiada hukum berpurdah?”

“ Ada,” Sumayyah menjawab ringkas.

“ Ye ke? Surah apa?”

“ Surah al-Ahzab dan Surah an-Nur,”

“ Ayat berapa?” Rozita mencatit bersemangat. Dia mula rasa bersalah kerana Sumayyah telah banyak kali menjelaskan padanya dan dia sering lupa nama surah yang menyebut tentang aurat wanita.

“ Surah an-Nur ayat 31, ayat 60. Surah al-Ahzab ayat 53, 55, 59.”

“Dalam surah ni ia sebut purdah ke? Apa purdah dalam bahasa Arab?”

“Dalam Surah al-Ahzab ayat ke-59. Dalam surah ni ia sebut “ jalabib” jalabib ini kita nak faham maksudnya perlu merujuk pada tafsir. Maksudnya, apa yang kit abaca dari al-Qur’an perlu kita fahami apa yang Allah nak sampaikan melalui tafsir. Ada ramai ulama’ yang memberi tafsiran yang berbeza untuk perkataan “ jalabib” ni. Ada yang kata kain yang menutup kepala dan leher dan ada yang berpendapat bahawa perkataan jalabib ni bermakna kain yang besar yang menutup kepala dan sekaligus wajahnya.Kecuali mata. Ada ulama’ yang berpendapat mata kiri yang perlu dibuka dan ada ulama’ yang berpendapat mata kanan yang perlu dibuka untuk melihat jalan. Kedua-duanya betul. Jadi, ulama’ yang mengatakan perkataan jalabib itu sebagai kain menutup muka, maka, mereka menetapkan hukum berpurdah itu wajib iaitu mesti dipakai oleh wanita. Manakala ulama’ yang menafsirkan perkataan jalabib dalam al-Qur’an itu hanya tudung yang menutup leher dan kepala berpendapat bahawa wajib bagi wanita menutup kepala dan leher serta tidak wajib menutup muka. Maka, ulama’-ulama ini hanya menghukumkan purdah itu sebagai sunat sahaja atau dalam erti kata lain digalakkan. Tapi, dalam keseluruhan al-Qur’an tidak ada yang menghukum haram memakai purdah bagi wanita kecuali ketika solat dan ihram. Ini dua termasuk dalam soal ta’abbudi. Hanya dalam dua keadaan ini sahaja kaum wanita diharamkan dari berpurdah.”

Rozita diam sebentar. Dikeluarkannya sebuah artikel tentang purdah lantas diberikannya kepada Sumayyah. “ Enti kena tengok ni, entah-entah purdah ni bukan ajaran Islam, ia cuma tradisi sahaja”

Sumayyah menyambut artikel itu dan mengangguk. Sumayyah lantas mengembalikan pada Rozita.

Sumayyah bertanya lagi “ Ana dah baca artikel ni. Enti nak berhujah menggunakan artikel ni? Silakan. Purdah mungkin tradisi, tapi hukum bahawa wajah dan tangan adalah aurat wanita yang perlu ditutup bukan tradisi, ia hukum yang jelas dalam tafsiran beberapa ulama’ tentang ayat dalam surah al-Ahzab,”

Rozita mengeluh. Terasa perbuatannya bagai memalukan diri sendiri memandangkan sahabatnya Sumayyah telah sekian lama mengkaji tentang purdah.

“ Enti bagitau ana apa hujah penulis terhadap purdah”

“ Su, enti kena terima hakikat. Purdah ni cuma pakaian tradisional Arab sahaja. Kita bukan orang Arab, Su. Kita bukan di zaman Nabi, dan kita, kita bukan isteri Nabi yang mulia, bukan ummahatul mukminin,”

Hati Sumayyah berdetak. Dia diam sebentar. Sumayyah menahan sebak. Dia kecewa dengan kejahilan masyarakat tapi, tiada istilah putus asa dalam menyampaikan ilmu baginya kerana itulah lumrah pendakwah. Sumayyah cuba mengangkat muka.

Rozita diam. Baginya jelas apa yang diperkatakan.

Sarahah “ Enti berhujah dengan hujah siapa?”

“ Enti, Syeikh Tantawi sendiri mengatakan bahawa ia adalah adat dan bukannya ibadat. Enti sedarlah Sumayyah. Enti hanya membazir masa enti untuk mempertahankan pemakaian purdah di kolej kita, sedangkan ia tidak pernah diajarkan agama kita. Siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul Azhar,”

“ Enti kata siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul Azhar, tapi enti sedar tak bahawa di kalangan ulama’ pun ada yang terikut-ikut irama kerajaan sekular.”

“ Sedap je enti tuduh ulama’ begitu?”

“ Enti, enti tahu tak siapa Syeikhul Azhar ni? Enti kenal tak ulama’ ni?

Rozita terdiam.

Rupa-rupanya, Sumayyah terlebih dahulu mengikuti perkembangan isu semasa.

Sumayyah mengeluarkan sehelai kertas dari beg galasnya.

Sumayyah membaca kenyataan yang terdapat dalam artikel tersebut“ Dr. Nazreen Nawaz memberi kenyataan tegas mengkritik tindakan Syeikh Muhammad Tantawi. Katanya Syeikh Tantawi bukanlah orang yang asing dalam memukul gendang mengikut irama kerajaan Sekular Barat. Antara perkara yang telah dilakukan termasuklah menyokong pengharaman tudung di Perancis, menasihati perempuan-perempuan Muslim untuk membuka tudung mereka dalam memenuhi kehendak undang-undang, serta bersalaman dengan Presiden Israel Shimon Peres iaitu seorang penyembelih yang mana tangannya berlumuran dengan darah ribuan rakyat Palestin. Berlatar belakangkan kerajaan Eropah yang sedang berusaha untuk mencantas kebangkitan Islam dalam masyarakat mereka dan memaksa untuk menerapkan nilai-nilai Barat melalui undang-undang seperti pengharaman tudung dan purdah, kata-katanya telah dijadikan sebagai hujah dalam agenda mereka. Tambahan pula, kenyataannya yang mutakhir ini telah menyediakan bantuan kepada propaganda peperangan kerajaan Barat terhadap Islam dan pakaian wanita Muslim. Dia menunjukkan kemarahan terhadap wanita yang berpurdah tetapi langsung tidak menghiraukan tindakan kerajaan membenarkan para pengunjung wanita untuk berarak separuh bogel di dalam pusat percutian di Mesir. Dia mempergunakan Islam untuk berhujah bahawa wanita Muslim mestilah membuka wajah mereka tetapi mendiamkan diri terhadap pemerintahan rejim sekular Mubarak yang zalim yang cuba sedaya upaya dalam menyingkirkan Islam dari masyarakat, termasuk memenjara dan menyeksa sesiapa yang menyeru kepada pemerintahan Islam. Enti nak guna hujah ulama’ yang begini?” Sumayyah mengakhiri pembacaannya sambil menggelengkan kepala.

Rozita terdiam.

Rozita menambah lagi “ Tapi, enti tahu tak isu ni jadi isu yang panas pada tahun 2001 di Mesir juga,”

“Isu yang mana tu? Di American University di Kaherah tu ye?”

Rozita mengangguk. “ Yup, seorang pengkaji Muslimah telah dilarang memasuki perpustakaan American University di Kaherah kerana enggan menanggalkan niqobnya. Tengok di Negara Mesir pun jadi macam ni. Negara Islam tu,”

“ Negara Mesir Negara Islam? Enti biar betul, Ita…Mesir dah dikotori sekularisme di mana-mana,” Sumayyah menafikan kenyataan sahabatnya. “ Husni Mubarak kan presidennya,”

“ Maafkan ana, Ita. Tapi kalau tak silap ana Muslimah tu telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan mahkamah memutuskan larangan itu tidak sah. Maksudnya larangan untuk beliau masuk dengan keadaan mermakai niqab adalah tidak sah. Kesudahannya, wanita tersebut menang di dalam kes berkenaan.”

“ Oh, dia menang ye?”

“ Ha’ah,oh ye, enti. Ya, sebelum kita memutuskan sesuatu perkara atau isu sebagai hujah dan perdebatan, kita perlu tahu apa kesudahannya dan watak-watak utama dalam kes berkenaan. Enti tahu ke pasal arahan syeikh Tantawi sebenar,”

“ Maksud enti?”

“ Yelah, beliau mengharamkan niqab di University al-Azhar. Enti perlu ingat bahawa Universiti al-Azhar mempunyai kampus yang berasingan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ini yang diajarkan Islam. Tapi, kolej dan universiti di Malaysia tidak begitu. Adalah haram dalam Islam untuk dicampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam sebuah pusat pengajian, tanpa tabir pula tu di dalam kelas. Jadi, kita memang tidak sama dengan mereka. Kita lagi perlu memakai niqab (purdah) kerana kita berada di kampus yang tidak mengasingkan kuliah dan kelas dan sebarang urusan untuk lelaki dan perempuan, “ Sumayyah menjelaskan panjang lebar.

“ Owh, begitu. Maksud enti tiada pelajar lelaki di kampus pelajar perempuan? Beginikah sistem di al-Azhar? Ana tak tau pun..”

“ Ha’ah, takde. Ana sempat singgah waktu lawatan sambil belajar ke Kaherah, tahun lepas. Memang kampus berasingan. Universiti lil baniin (untuk lelaki) dan lil banaat (untuk perempuan) adalah asing. Bagus, kan?” Sumayyah menjelaskan.

“ Subhanallah, bestnye..”

Sumayyah mengeluarkan sebuah fail yang diisi artikel tentang niqab di dalamnya. “ Cuba kita check and balance semula, ok, isu ni adalah berpunca daripada pekeliling yang dikeluarkan pada 5 Oktober 2009 oleh Syeikh al-Azhar kepada semua sekolah rendah dan menengah serta kolej-kolej milik Universiti al-Azhar, supaya pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah semasa dalam kelas atau dewan kuliah. Lihatlah apa alasan mereka, semua kelas dan dewan kuliah pelajar wanita adalah berasingan daripada kelas dan dewan kuliah pelajar lelaki. Justeru, tiada keperluan bagi pelajar wanita memakai purdah. Ini berbeza semasa berada di luar kelas atau di luar dewan kuliah. Kita lihat hasil dari mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi al-Azhar , dalam mesyuarat ni diputuskan beberapa perkara:

Pertama, pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar as-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar as-syarif.

Tentang perkara pertama yang diputuskan ni jelas pada kita bahawa niqab tidak diharamkan. Bahkan wanita yang berniqab tidak boleh pun dihalang daripada memasuki al-Azhar.

Kedua, pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar.

Lihat pada keterangan yang kedua. Pelajar perempuan diizinkan untuk memakai niqab jika ada orang lelaki di al-Azhar. Seperti yang kita tahu kampus mereka adalah khusus untuk pelajar perempuan. Dan kampus untuk pelajar lelaki bukan di tempat yang sama. Jadi, jika ada lelaki di dalam kampus, mereka dibenarkan berniqab.

Ketiga, para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuat kuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan.

Keputusan yang ketiga juga jelas. Arahan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam kelas adalah arahan yang jelas tidak bertentangan dengan Islam kerana kelas-kelas ini hanya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Dan larangan memakai niqab ini hanya berkuat kuasa jika guru itu adalah perempuan. Lihat, kita di kampus yang bercampur dengan lelaki di dalam kelas dan gurunya juga lelaki, tentulah lagi perlu memakai niqab.

Keempat, para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah dari kalangan wanita.

Keputusan yang keempat juga begitu jelas. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab hanya dengan syarat para pengawal peperiksaan adalah dari kalangan wanita. Lihat, jika para pengawal terdiri daripada lelaki, maka larangan berniqab ini tidak sah lagi. Lihat, adakah nak kita samakan dengan kolej kita. Di kolej kita, bukan sahaja para pengawal peperiksaan terdiri daripada pensyarah lelaki dan staf lelaki, bahkan di dalam dewan peperiksaan juga bercampurnya antara pelajar lelaki dan perempuan. Lihat, kita lebih-lebih lagi perlu memakai purdah.

Kelima, Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha’ Islam.

Keputusan majlis yang kelima ini semestinya tidak ana persetujui. Lihat sahaja bagaimana kanak-kanak tidak ada masalah dengan pemakai niqab apabila mereka sudah terbiasa dengan ibu mereka sendiri yang berniqab. Bagi ana, jika kita nak menghalang orang dari berniqab hanya kerana kanak-kanak maka kita perlu kembalikan pada hukum itu sendiri. Ini bukan persoalan, minoriti ulama’ menghukumkan wajib berpurdah maka bermakna tidak perlu berhujah. Kedua-dua hujah ulama’ yang berselisih adalah berkaitan wajib dan sunat. Tidak ada ulama’ yang mengharamkan. Oleh itu, tidak timbul persoalan untuk mereka yang memakai kerana kedua-dua hujah sepakat kebaikan memakai purdah.

Jadi, ini semua berbalik kembali pada persoalan hukum berpurdah ini dalam Islam,” jelas Sumayyah panjang lebar.

“ Tapi, ada juga mereka menyebutkan bahawa pemakaian purdah adalah adat dan bukannya ibadat, malah ia merupakan isu khilafiyah dalam bidang fiqh,” Rozita menambah sambil menunjukkan kenyataan syeikhul azhar tersebut dalam artikel di tangannya.

“ Yup, ana tahu tu. Tapi, lihat kenyataan ini bertentangan. Pertama ia mengatakan bahawa ia adat dan bukan ibadat. Kedua ia mengatakan bahawa ia isu khilafiyyah dalam bidang fiqh. Kedua-dua ayat ini bertentangan. Lihat, jika purdah adalah adat, ini bermakna ia tak sepatutnya berada dalam isu khilafiyyah. Jika ia bukan ibadat, bagaimana ia termasuk isu khilafiyyah? Isu khilafiyyah adalah perkara-perkara yang ulama’ berbeza pendapat berkaitan hukum sahaja, bukannya soal adat pun dibincangkan. Ini bermakna ia ada kaitan dengan ibadah dan terbuktilah ia bukannya sekadar adat. Kerana ulama’ berselisih pendapat antara wajib dan sunat. Ini jelas membuktikan soal ibadah. Bukannya adat sahaja.” Sumayyah menjelaskan sambil menunjukkan pada kedua-dua kenyataan syaikh yang antagonis antara satu sama lain.

Rozita mengerutkan dahinya dan mengangguk.

“ Jelasnya, ana sendiri bersetuju dengan apa yang mereka bawa kerana mereka mengikut apa yang digariskan Islam sendiri dalam keputusan syeikh azhar untuk perkara satu hingga empat. Dan ia berkaitan isu khilafiyyah pun ana bersetuju kerana ia membuktikan pemakaian purdah ini berkaitan ibadah dan bukannya adat”

“ Tapi enti, lihat ni, beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi al-Azhar tersebut dibuat adalah adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan , ha, macam mana pendapat enti,”

“ Setuju, ana setuju. Untuk tujuan keselamatan, adalah tidak mengapa. Kerana kampus mereka ini hanya terdiri dari pelajar perempuan, jadi tidak mengapa membuka purdah, lagipun ini bagi mengelakkan pencerobohan. Lagipun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut membuat kenyataan menyokong pandangan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi tersebut, Tuan Guru Nik Aziz ada mengulas dengan berkata, “ Atas dasar keselamatan Negara, Tantawi mengambil keputusan tersebut sebagai langkah awal pencegahan jenayah dan keganasan, menangani taktik penjahat menggunakan purdah melindungi aktiviti haram mereka. Bagi ana tak da masalah kerana prems mereka semuanya perempuan. tapi, keadaan ini berbeza dengan Malaysia, jika keseluruhan kampus semuanya perempuan, barulah arahan ini sesuai diaplikasikan di Malaysia” Sumayyah menambah dengan menyokong bahagian ketetapan al-Azhar itu.

“Tapi,ada juga mereka menegaskan bahawa ketetapan ni dibuat demi untuk mengelak berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa pada tahun 2008 menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai,” Rozita menambah lagi hujah syeikh al-Azhar.

“ Enti lihat, walaupun tiada pelajar yang berniqab dalam tahun-tahun sebelum kita semua berniqab iaitu sebelum tahun 2007, telah ada kes peniruan di dewan exam. Selain itu,dalam tahun-tahun lepas pun ada peniruan di dewan exam, bukan sedikit bahkan banyak sekali yang terdiri dari pelajar-pelajar pengajian Islam dan bukan pengajian Islam, pakai tudung labuh atau pakai tudung bawal. Tidak ada lagi yang melibatkan pelajar berniqab, tapi peniruan masih berlaku. Adakah salah niqab? Jika salah itu diletak pada niqab, maka kita juga boleh menyalahkan pelajar yang meniru di kolej kita atas tudung mereka. Jadi, adakah kita nak mengharamkan mereka bertudung kerana mereka meniru? Ana tidak nampak ini boleh dijadikan hujah. Akhlak dan adab untuk tidak meniru di dewan exam yang perlu diterapkan bukannya pakaian yang dipersalahkan. Namun, ana bersetuju dengan pendapat Syeikhul azhar bahawa dilarang untuk memakai niqab apabila pelajar yang mengambil peperiksaan dan pengawal peperiksaan semuanya terdiri daripada orang perempuan. Ana rasa ini tiada masalah. Inilah yang sepatutnya. Pengawal peperiksaan adalah perempuan dan semua pelajar perempuan diasingkan tempat peperiksaan dari pelajar lelaki, maka barulah larangan berniqab itu boleh dijalankan untuk langkah keselamatan jika perlu. Tapi, terus terang bagi ana, tidak perlu tunggu berniqab, menipu itu ada macam-macam cara, yang pakai tudung labuh dan pakai tudung bawal pun boleh menipu dan meniru. Pelajar sekarang ada banyak tempat sorok mereka, ustaz-ustaz pun dah kenal pasti tempat-tempat sorok nota yang biasa di kalangan pelajar perempuan dan pelajar lelaki,” Sumayyah menjelaskan sambil menggeleng kepala kecewa.

Sumayyah menjelaskan lagi kenyataannya “ Terdapat pelbagai respon dalam masyarakat Islam. Enti tahu tak Ita, Hamdi Hassan? Enti kenal tak?”

“ Tak” Rozita menggeleng.

“ Untuk pengetahuan enti, Hamdi Hassan adalah merupakan ahli parlimen Mesir yang mewakili kumpulan Ikhwanul Muslimin telah menyatakan bantahan keras kumpulan fundamentalis tersebut terhadap arahan Tantawi. Hamdi Hassan berpendapat bahawa Tantawi perlu meninggalkan jawatan beliau kerana sudah beberapa kali menyinggung perasaan institusi agama terunggul tersebut, dengan merujuk kepada beberapa fatwa kontroversi sebelum ini seperti mengharuskan transaksi riba di dalam perbankan atas nama faedah (riba) yang dibenarkan. Hamdi Hassan walaupun berpegang kepada pendapat niqab itu bukanlah wajib, membantah arahan Tantawi tersebut kerana al-Azhar bagi beliau ialah institusi agama yang perlu meraikan pandangan semua mazhab muktabar. Pendapat Hamdi Hassan ini pun disokong oleh tokoh ulama’ terkemuka Mesir yang merupakan bekas Ketua Majlis Fatwa dan Kajian Universiti al-Azhar, iaitu Syeikh Ali Abu al-Hasan. Menurut beliau, pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk melarang mana-mana Muslimah daripada memakai niqab, melainkan untuk sebab-sebab sekuriti. Ujar beliau lagi, pemakaian niqab tidak bercanggah dengan syariat Islam serta undang-undang Mesir, justeru pengharamannya tidak diterima sama sekali,” jelas Sumayyah dengan teliti.

“Oh, kalau macam tu, perkara ni pun jadi isu besar jugalah ye,”

“ Mestilah isu besar, ia masalah hukum, jika ditebuk oleh orang kafir atau orang Islam sendiri, pastilah bangkit orang berilmu di kalangan masyarakat Islam sendiri untuk mempertahankan hukum Islam. Ini bukan perkara main atau soal remeh. Ia melibatkan hukum wajib. Kalau sekadar sunat je dan tiada pendapat yang wajib, ana rasa isu ni tak jadi sebesar begini,” Sumayyah menambah.

Tut…tut…

“ Assalamualaikum,” Sumayyah menjawab panggilan telefon.

“ Waalaikumussalam, Su. Mak Ngah ni. Macam mana dengan cadangan Mak Ngah tempoh hari?”

“ Oh, Mak Ngah…Mak Ngah sihat?”

“ Alhamdulillah, sihat. Su Sihat?”

“ Alhamdulillah Mak Ngah. Mak Ngah, Su minta maaf banyak-banyak….Su tak dapat nak terima pinangan anak Mak Cik Melah. Su nak sambung belajar lagi Mak Ngah…”

“ Su, kamu ni dah berumur dah..terima je dulu, nanti baru fikir nak sambung belajar ke ape…Lagipun, kalau dah kahwin pun bole sambung belajar,”

“ Mak Ngah, Su dah istikharah dah. Mungkin ada yang lebih baik untuknya,”

“ Maafkan Su, Mak Ngah…”

Tak pe, tak pe…”

Rozita berdehem-dehem.

“ Pinangan yang baru?”

Sumayyah tunduk. Agak bosan. Bukan calang-calang suami yang diimpikan, mestilah yang sayangkan Islam dan mengamalkan, bukannya yang Islam pada nama.

“ Su masih menanti? Menanti sesuatu yang tak pasti?”

“ Subhanallah, hanya Allah yang berhak menyusun segalanya,” Sumayyah memejamkan matanya, sambil menggeleng.

Itulah prinsip Sumayyah.

“ Baik, kita sambung.”

“ Janganlah enti risau, Ita. Ana ok je, tak, ana tak tunggu siapa-siapa. Untuk apa menunggu seseorang yang tidak mahu beramal dengan hukum Islam, tentu ada yang lebih baik. Allah itu adil. Surah an-Nur kan Allah dah berjanji wanita yang baik untuk lelaki yang baik,”

“ Macam tu lah kawan ana, kuat, tidak mudah mengalah,” Rozita memeluk sahabat karibnya Sumayyah.

“ Ada yang terlebih baik untuk enti. “Rozita menepuk-nepuk bahu sahabatnya mesra.

Sumayyah tersenyum sendiri. Matanya mengecil. Rozita membalas senyuman kerana amat mengenali wajah sahabatnya yang tersenyum ketika berpurdah. Sumayyah menelan makanan dengan beratnya. Sukar dia menerima hakikat aturan hidupnya yang pelik. Namun kerana Allah digagahi juga. Hanya jauhari mengenal manikam. Terbayang keindahan Yaman yang pernah diceritakan. Memang tiada yang sempurna tapi sekurang-kurangnya yang takutkan Allah, yang berusaha mencapai kesempurnaan kehidupan bertunjangkan Islam. Subhanallah, tentu Syurga terlalu indah. Dengan sebab itulah jalan ke sana penuh berliku, fikirnya dalam hati.

“Lagi satu, tentang isu pengharaman niqab di Universiti al-azhar ni perlu kita kaji bersama. Dari segi politik, pengharaman itu boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak, Negara sekular, pertubuhan-pertubuhan yang memusuhi Islam serta pertubuhan musuh dalam selimut di kalangan umat Islam sendiri. Ia boleh dijadikan prima facie di dalam Negara Eropah untuk mengharamkan secara total pemakaian niqab oleh wanita Muslim. Tidak mustahil juga, suatu hari nanti pemakaian tudung, hijab dan scarf pun bakal diharamkan. Malah tidak mustahil juga, suatu hari nanti lelaki Muslim pun turut dilarang daripada memakai kopiah, songkok atau serban kerana ia juga boleh dikatakan tiada kaitan dengan nas agama. Bayangkanlah jika Syeikhul Azhar terpaksa membuka serban al-Azharnya sekiranya ingin melawat Negara Eropah, bukan ke pelik tu? “ Sumayyah menambah.

Mereka berdua tersenyum sambil mengggeleng kepala membayangkan.


p/s:
Pada zaman sekarang ni wanita berpurdah selalu di anggap serong. Sama ada dianggap ekstrem atau mengikuti jemaah Al-Arqam yang disahkan sesat. Sebenarnya dalam Islam sendiri tidak mengharamkan purdah. Adakah nanti tudung dan skaf juga bakal diharamkan oleh masyarakat Islam sendiri? Mari kita renung-renungkan. Kehidupan itu Islam dan Islam itu kehidupan. Tiada yang memisahkan antara duanya. Kami yang berpurdah ini tetap manusia biasa cuma kami sangat merasai kemanisan membawa Islam bersama-sama kami dalam menghadapi kehidupan duniawi menuju akhirat. Salahkah kami??

Monday, August 2, 2010

Manisnya Si Bertudung Labuh


comel kan? :)


Seorang lelaki muslim yang bagus imannya akan terpaut hatinya kepada wanita muslim yang bagus imannya juga. Begitu juga sebaliknya. Ini adalah fitrah manusia. Saling tertarik apabila mereka mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang hampir sama.
Manusia tidak dapat menilai kebaikan seseorang manusia lain melainkan setelah mengenali di antara satu sama lain. Jadi, perkara pertama yang menjadi ukuran seseorang pastinya melalui penampilannya. Melalui penampilannya, seseorang dapat diukur secara zahir bagaimana peribadinya. Samada seseorang itu baik, rajin, pandai, kelakar, garang, malas dan sebagainya masih belum pasti. First impression comes first.

Wanita yang bertudung labuh atau dipanggil juga bertudung bulat memberi impressi (tanggapan pertama) bahawa dia wanita yang bagus agamanya. Ia cuma impressi sahaja. Belum tentu dia solehah atau tidak. Dan kebiasaannya wanita yang memakai tudung labuh ini berlatar belakangkan sekolah agama. Kerana mereka diwajibkan untuk memakai tudung labuh.


Awal-awal pakai tudung labuh

Ada sebahagian pelajar-pelajar agama ini, di sekolah mereka bertudung labuh. Tetapi apabila berada di luar sekolah mereka tidak lagi mengenakan pada diri mereka tudung labuh. Ada yang memakai tudung biasa sahaja. Tudung tiga segi, malahan skaf pun ada. Ada juga yang tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi bilangan mereka sedikit sahaja.

Sekolah agama memberikan tarbiyyah. Ia membentuk anak-anak didiknya agar berada di landasan yang betul. Bagi pelajar muslimah di sekolah-sekolah agama, mereka diajar untuk menerapkan pakaian muslimah yang sejati pada diri mereka. Ini bertujuan untuk merealisasikan tuntutan ISLAM dalam berpakaian khas untuk wanita beriman.

ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman dalam al-Quran berkaitan etika berpakaian wanita beriman yang maksudnya:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…” (Surah ke-24 an-Nur, ayat 31)


Pelajar-pelajar sekolah agama ini dikehendaki memakai uniform sekolah dan bertudung labuh, baju kurung yang longgar (tidak ketat), jenis kain yang tidak nipis dan berstoking panjang. Bukan itu sahaja, malahan hal batasan ikhtilat (percampuran lelaki & perempuan) turut diajar kepada mereka. Lelaki dan perempuan dipisahkan tatkala makan di kantin, tangga khas lelaki-perempuan, aktiviti kurikulum & ko-kurikulum kebanyakannya dipisahkan antara lelaki-perempuan dan sebaginya. Ini semua untuk dijadikan bekalan ilmu buat mereka serta mengamalkannya.


Bukan semua yang gembira dengan peraturan ini. Mereka terpaksa. Tetapi, memang begitulah proses pentarbiyyahan perlu dilakukan. Tanpa peraturan, mereka tidak akan patuh dengan kod pakaian yang ‘menyusahkan’ itu. Mereka pastinya mahu bebas dan bersantai-santai dalam berpakaian. Peraturan untuk berpakaian Islami ini adalah untuk kebaikan mereka sebenarnya. Kebaikan yang diukur dari kaca mata agama.

Tahun demi tahun dalam keterpaksaan, lama-kelamaan mereka berasa selesa dengan bertudung labuh. Malahan ada yang jatuh cinta dengan cara berpakaian tudung labuh pula. Mereka membawa cara berpakaian yang penuh kesederhanaan ini ke luar sekolah. Hatta, sehingga habis sekolah. Sampai ke universiti, sampai ke alam pekerjaan.


Tetapi bilangan mereka yang tetap dengan tudung labuh tidak ramai disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktornya ialah kesesuaian pekerjaan (nature of work), trend, fesyen, akibat keluarga dan sebagainya. Yang paling penting ialah mereka MENUTUP AURAT dengan SEMPURNA. Samada bertudung labuh atau tidak, bukanlah menjadi ukuran utama. Kerana syariat hanya menyuruh mereka menutup aurat. Asal sahaja sudah menepati syariat, nah silakan…

Pandangan Masyarakat Terhadap Wanita Bertudung Labuh

Pentingkah pandangan masyarakat jika sesuatu yang diperbuat itu betul? Pentingkah untuk kita ambil pusing dengan kata-kata orang lain, jika apa yang kita amalkan menepati tuntutan syar’iyyah? Tak perlu, bukan? Saya sengaja melontarkan persoalan itu untuk sama-sama kita fikirkan. Agar kita tetap dengan pendirian kita jika apa yang kita buat itu betul, walaupun barangkali ada yang berkata itu dan ini.

Ada sebahagian dalam masyarakat memandang wanita yang bertudung labuh ini ketinggalan zaman, kolot, tak moden, tak ikut trend dan sebagainya. Namun, ada sebahagiannya juga memandang hormat, tinggi, segan dan mulia kepada mereka ini.


Hampir 100% pandangan yang saya temui mempunyai pandangan yang kedua, iaitu memandang tinggi dan hormat kepada wanita yang bertudung labuh. Malahan sebahagian yang tidak bertudung labuh ada yang menanam hasrat untuk bertudung labuh, tetapi segan dan malu disebabkan tidak pernah berpakaian seperti itu. Mahu, tetapi malu.


Saya secara peribadi ingin berterus-terang bahawa saya selalu didatangi perasaan yang damai tatkala terpandang wanita yang bertudung labuh. Apabila ternampak mereka dari jauh, rasa sejuk hati ini. Saya rasa ramai lelaki yang mempunyai perasaan seperti ini. Tetapi, kalau mat-mat rock, mat-mat punk, mat-mat rempit, mat-mat disko dan seumpama dengannya, saya rasa mereka takdelah perasaan macam ni. Eh, entah-entah pun ada perasaan yang sama…? Agaknya mereka pun rasa tersentuh, rasa beragama…

Perasaan yang datang apabila terlihat wanita bertudung labuh bukanlah perasaan ingin melakukan yang ‘bukan-bukan’. Sebagaimana apabila seseorang lelaki nampak perempuan seksi, apa yang terlintas di dalam hatinya pastilah sesuatu yang berkaitan dengan seks. Syahwat segera bernyala-nyala tatkala melihat wanita yang ‘buka-buka’.

Tetapi apabila ternampak wanita bertudung labuh, perasaan damai datang. Rasa ingin membimbing, membela dan mendidik wanita itu segera hadir. Malah datang juga perasaan beragama pada diri. Juga rasa ingin berkeluarga, keluarga yang soleh.


Ini bukan kesimpulan yang saya buat bagi diri saya sahaja. Malahan pernah saya dan kawan-kawan membicarakan hal ini suatu ketika dahulu. Di forum-forum Islami di internet juga tidak lepas membicarakan perkara yang sama. Ya, wanita bertudung labuh lambang wanita yang hidup beragama.

Isteri saya sendiri bertudung labuh. Sejak beliau di bangku sekolah, di universiti sehinggalah kini bekerja dan berumahtangga. Saya suka isteri saya bertudung labuh. Rasa damai dan tenang apabila saya berjalan di tengah ramai sambil saya memimpin tangan isteri. Rasa cinta dan rasa hidup beragama sentiasa mekar sehingga kini. Mudah2an beliau terus dengan bertudung labuhnya. Kerana mata dan hati ini sejuk apabila melihat beliau berpakaian begitu.


Kesimpulan

Tulisan ini bukan ditulis tanpa tujuan. Tulisan ini diharap dapat memberi motivasi kepada diri muslimah remaja yang berkira-kira ingin membuang tudung labuh dari tubuhnya. Sebahagian mereka rasa ketinggalan zaman. Rasa ‘takde orang nak’ orang yang bertudung labuh ini. Rasa terpinggir dengan berpakaian tudung labuh ini.


Percayalah, cara berpakaian sedikit sebanyak boleh mengawal diri dari kita melampaui batas. Dengan bertudung labuh, pasti akan ada setitik penyedar. Kita ingat siapa kita. Kita tak mahu diri terfitnah. Kita tak mahu agama terfitnah.


Janganlah dibuang tudung labuh itu dari tubuh kalian. Kalian nampak ayu dan sopan bertudung labuh. Kalian menimbulkan rasa ingin beragama di kalangan sebahagian manusia. Samada lelaki atau wanita, rasa beragama tiba-tiba datang tatkala kalian muncul. Yang paling penting ialah berpakaian seperti itu jika betul niatnya dan caranya, kalian akan diredhai ALLAH.


Akhir sekali, ingatlah! Bahawa beramallah kerana ALLAH. Ikhlas kerana ALLAH. Ikut cara ALLAH. Bermatlamatkan ALLAH. Bukan disebabkan hal lain. Mudah2an kita semua digolongkan di dalam golongan solihin, amin..


dipetik dari : http://muzir.wordpress.com/2009/11/14/muslimah-dan-tudung-labuh/



p/s: Subhanallah. kepada yang memang dah tanam azam nak pakai tudung labuh tu, teruskanlah niat antunna semua. jangan lengah-lengah atau masih mengambil kisah tentang pandangan orang kerana Allah sedang melihat. Dia sedang menanti perubahan antunna semua. Percayalah. yang penting IKHLAS dan SABAR. insyaAllah. :)

Wednesday, July 28, 2010

Wahai wanita yang cantik, dengarkan ini..


Wahai wanita cantik,
Engkau yang diciptakan dengan sangat sempurna oleh Rabbmu..
Indah dengan segala kelebihanmu yang ada..


Wahai wanita cantik,
Sering kali aku melihatmu berjalan dengan baju yang sangat sederhana,
Bahan yang sederhana, dan ukuran yang sangat sangat sederhana,
Hingga bagian auratmu yang harusnya tak tampak menjadi tampak..


Wahai wanita cantik,
Acapkali aku melihat engkau berjalan di hadapan para lelaki denga pakaianmu yang tidak sempurna,
Dan para lelaki itu menatapmu dari hujung kakimu sampai ke hujung rambutmu,
Mengikuti langkahmu hingga hilang dari pandangan mereka, pandangan yg menjijikkan!


Wahai wanita cantik,
Suaramu sungguh merdu,
Mendayu-dayu layaknya putri duyung yang sedang bernyanyi,
Bening sebening sumber mata air yang mengalir..


Wahai wanita cantik…
Ketahuilah… engkau begitu berharga.. terlalu berharga…
Engkau bagai intan berlian yang terpelihara di dalam sebuah kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi..
Engkau bukan emas campuran murahan yang diletakkan sebagai pertunjukkan.. dimana pembeli itu datang, memandang, menyentuh, dan memakaimu sewenang-wenangnya lalu meninggalkanmu seandainya hatinya tidak berkeinginan terhadapmu!!


Bukan, engkau bukan itu wahai wanita cantik!!
Engkau intan berlian yang terpelihara di dalam kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi.. orang yang menginginkanmu tidak berhak menyentuhmu, bahkan mencuba memakainya!


Tidak, mereka terlalu kotor untuk itu… mereka harus terlebih dahulu membelimu dengan harga yang sangat mahal, setelah itu mereka akan dapat memilikimu sepenuhnya.. Engkau yang utuh, yang belum pernah di ‘cuba’ orang lain sebelumnya…


Wahai wanita cantik…
Engkau sungguh indah…
Bagai bunga mawar yang ketika orang ingin mengambilnya, terlebih dahulu mereka harus merasakan duri pertahanan diri yang kau punyai,


Bagai bunga edelweis yang ketika menginginkanmu, terlebih dahulu mereka harus mendaki gunung ke arah ketinggian, menantang keberanian dan cuaca yang tak bersahabat,


Engkau bukan bunga bangkai, yang terlihat begitu indah dari kejauhan dengan warna yang menyala yang membuat para serangga tertarik dengan warna indahmu, namun ketika didekati, kau busuk.. ahh…baumu saja sudah membuat orang mual, apalagi memilikimu, merekapun enggan…


Wahai wanita cantik…
Jagalah amanah keindahan yang ada pada dirimu..
Berjalan saja kau terlihat menawan, belum lagi pembawaanmu yang sangat anggun, apalagi jika kau bersuara merayu, dan menampakkan apa yang tak seharusnya tampak..
jagalah itu semua saudariku,


Tutuplah auratmu…agar tak ada yang berkeinginan lain terhadapmu… lelaki jalanan itu tak pantas menikmati tubuhmu dengan memandangimu dengan pandangan menjijikkan itu! mereka terlalu kotor untukmu!
Jagalah kehormatanmu saudariku… lelaki manapun yang belum halal bagimu tak selayaknya menyentuh tubuh dan kehormatanmu, walau atas nama cinta sekalipun… sungguh, cinta dan nafsu itu berbeza..


Apakah kau khuwatir tidak ada yang menyayangimu dan menjagamu atas nama cinta?
Apakah kau takut tidak akan ada yang mengharapkanmu dan merayumu atas nama cinta?
Wahai saudariku, sesungguhnya lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik..


Lihatlah.. aku disini… aku sangat sedih melihat keadaanmu sekarang… aku sedih melihat para lelaki itu menzalimimu.. diri ini terasa tercabik-cabik…


Lihatlah di sekitarmu… bukan hanya aku yang menginginkan semua ini yang terbaik untukmu.. lihatlah saudara-saudara semuslim mu… walau aku tahu, diri ini turut tidak sempurna.. tapi inilah luahan hatiku agar kau sama-sama mengikutiku menuju kejalanNya..


Lihatlah kami.. sungguh engkau membuat air mata kami mengalir dan menitis dari mata-mata kami… kami disini sedang memikirkan dan berbuat sesuatu untukmu.. agar tak pernah lagi engkau dizalimi siapapun…


Lihatlah kedua orang tuamu… apakah mereka menginginkanmu menjadi seperti ini? Sungguh engkau bagai mutiara bagi keluargamu… mutiara yang mereka jaga sejak kecilmu sampai engkau beranjak dewasa… apakah dengan ini engkau membalasnya?


Jika kau masih kurang dengan ini, maka lihatlah Allah Tuhanmu, Yang Menciptakanmu, Yang tiada henti-hentinya memberi nikmat padamu padahal tak jarang kau lupa denganNya… Ia masih memberimu nikmat udara, nikmat hidup, nikmat fisik dari tubuhmu yang indah itu.. Bayangkan, jika Ia tidak menyayangimu, mengapa tidak cabut sahaja nikmat wajahmu yang cantik dan tubuhmu yang indah?? Tapi tidak… meskipun engkau sering kali melupakanNya, nimkatNya tetap terus mengalir…


Wahai saudariku…
Biarlah hanya satu lelaki paling beruntung yang dapat menikmati dirimu seutuhnya, yakni suamimu kelak… ketika ikatan antara kalian halal dan meraih keredhaanNya… ketika suara mendayumu bukan lagi dosa tapi pahala… hanya dia yang layak, saudariku…


Wahai saudariku,
Sungguh tidak ada alasan lain yang membuat aku melakukan ini selain cintaku yang begitu tinggi kepadamu…
Cintaku yang membuak yang membuatkan aku memikirkanmu hingga kata-kata ini kugoreskan…


Cintaku yang menangis ketika melihat keadaanmu yang terzalimi oleh perbudakan hawa nafsu…
Cintaku yang akan tersenyum jika engkau berniat kembali ke jalanNya… Mari berjalam bersamaku, saudariku… temani aku dalam perjalanan indah yang tak singkat ini, menuju kepadaNya…


Wallahu’alam..


p/s: Jangan keliru antara cinta dan nafsu.. Wahai wanita-wanita yang cantik, pelihara dirimu seeloknya agar kumbang yang datang itu turut kumbang yang memelihara dirinya seeloknya dari maksiat. Kerana lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Jadilah kau muslimah acuan Al-Quran :)

Monday, July 19, 2010

Rindunyaaa.. :(

Kadang-kadang kalau kita duduk sorang2 mesti teringat pasal kisah dulu-dulu kan. Tiba-tiba malam ni teringat zaman kecik2 dulu time sekolah rendah sampai lah sekolah menengah. hehe. Best. Rindu kat kawan-kawan baik dulu, cikgu-cikgu tersayang, peristiwa-peristiwa kat sekolah, dan PBSM sly(26).


Nak cerita la sikit kisah kat sekolah rendah dulu eh. hehe.


Ana dulu sekolah rendah kat SK MEHODIST PELABUHAN KLANG. Rindunya kat sekolah ni. Yelah, mana taknya kat sinilah kitorg main2 jadi penyiasat kat sekolah. Bila time rehat je, masing2 team penyiasat berkumpul pastu buatlah rombongan gi tandas. nak siasat apa tah kat tandas tu. haha., lawak gila bila terkenang balik.

Emm masa kat sekolah ni jugak, ana kenal dengan salah seorang sahabat baik ana sampai sekarang. Norwahidah binti Ahmad. (Wawa! ko baca blog aku tak ni? :p)
Ana minta maaf la kat kawan ana ni kalau ada tersilap salah ke sbb dulu ana tak rapat sgt ngan dia ni. Time sekolah menengah baru rapat. Dia ni jiwang sikit. eh bukan sikit tapi banyak. haha.
Dia pun salah sorg team penyiasat kat sekolah rendah dulu.

Dulu pun, geram gak la ngan budak laki sekolah tu. nakal betul. suka nak kacau budak pompuan. kitorg ni yg budak pompuan memang kaki melawan dorg je. teringat satu hari tu, cikgu tak kasi bercakap dalam kelas tapi kawan laki sebelah ana bercakap ngan ana. cikgu pun nampak n terus panggil ana gi depan ngan dia skali. malu nyaa.. lepas dah duduk tempat masing2, ana amik pencil case yang besi tu, pukul blakang dia. padan muka! :p minta maaf eh. tu dulu. haha.skg ni ok je.

Talentime SK METHODIST. hehe. peserta setia yang menyertai every year without fail! :p suka2 je la. Choir, menari. rindu kat kawan2 yang terlibat sama.

Lagi satu, time darjah 6, hehe.. masa ni la memg banyak kenangan. bola baling, bola jaring, hoki,lumba lari, tarik tali.. semua jenis sport nak conquer. tapi best sbb cikgu pun mmg amik yang senior2 je. :p hmm rindu kat cikgu2 skolah ni. ha, kat sini gak ter'jumpa' first love. haha. xde la. gurau jee. :p

Lastly, ana agak terkejut la sbb kat Tanta ni ade gak senior SK METHODIST P.KLANG yg first year ngan ana kat sini gak. tu pun baru taw kat sini. haha. anyway, what a small world. :)


my next school was SMK (P) RAJA ZARINA PELABUHAN KLANG.

Rindu RZ ku.. huhu. antara kenangan2 yang tidak bisaku erase kan:

1. Still aktif terlibat dengan sports especially BOLA BALING.

2. Yup still gak aktif nasyid. emm penyanyi sekolah gak dulu. huhu. dulu la. skg x. :p

3. Aktif dalam PBSM sekolah dan Chapter Klang. kat skola ni la blaja kawad kaki, blaja bagi koman, blaja jadi pemimpin.tapi still kurang lagi sifat kepimpinan tu :(

4. Tolak jadi pengawas sebab xnk terikat ngan rules kat sekolah. boleh tak? ish3. dulu nakal sikit. suka wat benda pelik2. minta maaf eh cikgu. (pernah kena marah ngan cikgu disiplin Cik Nabihah. garang gila kot tapi hati penyayang. :) )

5. Kat skola ni gak dapat first time wat persembahan main piano time hari guru. Kawan ana tolong nyanyi. Sampai skrg still ingat lagu tu. tajuknya 'DEMI NAMA CINTA'

6. Tertubuhnya 'O' family secara tak rasmi. hehe :p antara ahli2nya adalah:

-Nuradila Kamaruddin (ola)

-Nur Tiara Idayu Abd Rasyid (oya)
-Nur Elvira Haque (ovy)
-Nordiana Ab Manan (ody)
-Norwahidah Ahmad (owa)
-Syazana Ayu Hussin (oyu)

childish tak? ye ana taw childish. huhu. tp kadang-kadang kita kena tunjukkan kasih sayang kita dengan cara tu supaya nampak berharga. :)) hehe

tu jela wat mase ni. kalau nak cerita lagi, memg byk sgt. tapi biar ni je yg jadi ingatan dala blog ni. korg, nnt kite balik malaysia, nak jumpe naa. :D sayang korg laa.


p/s: sahabat sejati itu adalah sahabat yang selalu menasihati kita seandainya kita jatuh dan menegur kita seandainya kita salah. dan juga mengajak kita ke arah kebaikan. :))





Saturday, July 10, 2010

Kisah benar perempuan di US. Subhanallah!

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)


Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.




Moral



"Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya"

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]




p/s: Mungkin dua orang lelaki yang berada di kiri dan kanan perempuan itu adalah malaikat yang telah diturunkan oleh Allah untuk melindungi perempuan itu pada malam itu. Subhanallah!

Friday, July 9, 2010

Bagaimana nak pakai tudung labuh? :)

Assalamualaikum w.b.t.

Anda ingin tahu bahan dan cara untuk berhijrah ke pemakaian tudung labuh SYAUQAH WARDAH? Ana ada cara-caranya. :) cubalah..


Bahan-bahan:
  1. Segenggam gula keazaman
  2. Semangkuk air keikhlasan
  3. Secawan serbuk matlamat
  4. Sesudu perasa mujahadah
  5. Setitis pewarna niat.
  6. Sehelai tudung labuh SYAUQAH WARDAH.


Cara-cara:
  1. Letakkan segenggam gula keazaman ke dalam hati.
  2. Kemudian taburkan secawan serbuk matlamat ke dalam gula keazaman tadi.
  3. Letakkan sedikit demi sedikit air keikhlasan dan kacau perlahan-lahan.
  4. Diselang-selikan dengan sesudu perasa mujahadah.
  5. Kemudian titiskan setitis pewarna niat agar nampak berseri.
  6. Kacau kesemuanya sehingga sebati.
  7. SIAP!
  8. Sarungkan tudung labuh SYAUQAH WARDAH dengan sebatian tadi pada diri anda. :) Semoga istiqamah!


SELAMAT MENCUBA!!




p/s: Ooo indahnya..jika kita dapat bersama.. hidup di dalam gembira.. di akhirat sana.. :)) Wanita itu ibarat bunga,jadilah bunga mawar yang berduri.. indah dilihat namun amat sukar untuk didekati! Sayang kamu semua wahai INSAN YANG BERNAMA WANITA.. :D

Israk Mikraj 27 Rejab- Sejarah motivasi dan pengajaran.

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat

Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.



Sejenak

Peristiwa Israk Mikraj ini adalah untuk menguji kepercayaan umat Islam tentang kebesaran Allah s.w.t. Orang-orang kafir pada zaman Rasulullah s.a.w. langsung tidak mempercayai peristiwa ini sebaliknya memperolok-olokkan Nabi ketika Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa ini merupakan sejarah yang sering diulang dan diulang kembali pada setiap 27 Rejab sebagai satu peringatan dan memuji kebesaran Allah s.w.t. selain daripada untuk dihayati dan dipelajari agar umat Islam mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan perkara yang tidak baik dan meneladani perkara yang baik.

Kita juga dapat melihat bahawa Rasulullah s.a.w. sangat sayang dan kasihan kepada umatnya dalam peristiwa pengurangan rakaat solat dan nilainya tetap sama seperti 50 rakaat. Oleh itu, cuba kita muhasabah diri kita sendiri. Jika Nabi sendiri menyayangi umatnya, mengapa kita sebagai umatnya tidak pernah menyayangi Nabi kita??

Dalam peristiwa Israk Mikraj ini juga, banyak kejadian aneh yang berlaku untuk memberi keeinsafan kepada kita agar kita sentiasa mengingati Allah s.w.t dan memuji kebesaran dan kekuasaaNya. Keindahan-keindahan syurga yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w. ketika peristiwa ini juga dapat memberi motivasi kepada umat Islam untuk mengejar syurga dengan melakukan banyak ibadah dan meninggalkan perkara-perkara yang haram.

Oleh itu, sama-samalah kita mengambil iktibar dari peristiwa ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. :)


SALAM ISRAK MIKRAJ


p/s: Diri ini bagaikan tersedar apabila baca keadaan kaum yang dilihat Rasulullah sepanjang perjalanannya. Betapa lemahnya diri ini dan banyaknya dosa. Ampunkanlah Ya Allah. :'(



Thursday, July 8, 2010

'First time' in Cairo.

Assalamualaikum w.b.t.

Ana baru je balik hari ni dari Cairo. Kesimpulannya Cairo lebih panas dari Tanta tercinta. Mungkin sebab banyak kilang kot kat Cairo kan. Kenderaan pun lebih banyak. Berbanding dengan Tanta, Tanta ada sawah dan tumbuh-tumbuhan hijau yang menyebabkan banyak proses
photosynthesis berlaku yang menghasilkan banyak oxygen dan mengurangkan carbon dioxide.

Tanpa diduga, banyak benda first time yang ana buat dan lalui kat Cairo dalam masa 3 hari tu. Seriously. I will keep those experiences as my special experiences during SUMMER HOLIDAY 2010 in Cairo. :p

  1. Naik METRO. hisy, takut naik ni. sebab pintu tren tu cepat gila kot nak tutup. Kesian kat org yang tak sempat nak keluar.
  2. Ice skating in Genina Mall. Kat Malaysia dari Form 3 teringin tapi akhirnya dapat kat Egypt ni.
  3. Beli crystal untuk diri sendiri. Beli kat ASSFUR. semua cantik-cantik tapi mahal. kalau sesiapa nak belikan untuk mak tersayang, kat sini sesuai.
  4. Naik teksi bermeter. :) bila naik teksi ni, setiap 5 minit tanya kawan meter tulis berapa genih. lawak je.
  5. Adegan KOREA. huhu. ana dengan ahli bait ana je taw. kan kan kan? :p


p/s: Ya Rabb, adakah Kau sedang berbicara denganku sekarang??

*terima kasih kepada yang berkenaan kalau terasa kitorg menyusahkan. semuanya tak disangka. minta maaf banyak-banyak.


Saturday, July 3, 2010

Seandainya telah Kau takdirkan...


Tuhanku,
Seandainya Kau telah takdirkan dia adalah milikku,
tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku.

Tuhanku Yang Pengasih,
Seiringkanlah langkah kami mengharungi hidup luas ini,
Ketepian yang sejahtera,
Ku mohon apa yang telah Engkau takdirkan,
Ku harap dia adalah terbaik buatku,
Kerana Kau tahu segala isi hatiku,
Dan Tuhanku yang Penyayang,
Seandainya Kau telah takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
luput dari ingatanku,
dan peliharalah daku dari kekecewaan,
Dan Tuhanku yang Maha Mengetahui,
Berilah daku kekuatan bersama senja nan merah,
Agar aku bisa bahagia tanpa dirinya,
Gantikan yang telah hilang, tumbuhkan yang kepatahan,
Biarkan dia bahagia di dunia dan di akhirat,
Biar sekuat mana kasihku kepadanya,
Ku pohon agar dilenyapkan perasaan ini,
Sekiranya dia bukan milikku,

Tetapi...
Sekiranya dia ditakdirkan untukku,
Aku pohon kepadaMu agar takdir memperkuatkan,
Kasihku padanya selagi tidak melebihi kasihku padaMu..


Amin.




p/s: Munajat. Semoga cinta yang ada ini tidak melebihi cinta kepada Allah dan Rasul. Lenyapkan seandainya cinta ini palsu.

Thursday, July 1, 2010

Kisah cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha.




Di suatu malam yang tenang, dengan langit yang hitam pekat, bintang yang berjuta kecantikannya, angin yang kuat terasa lembut memukul wajah. Ketenangan malam itu membuatkan Zulaikha lena dikamarnya.

Ditengah-tengah keindahan malamnya, mimpi indah hadir dalam lenanya. Susuk pemuda tampan yang mengumpulkan ketampanan separuh manusia dunia hadir dalam mimpinya di tengah taman yang indah dan mewangi.

Keindahan taman itu seperti hilang diatasi ketampanan wajah si pemuda tampan itu.
Hati Zulaikha bergoncang hebat.
Hatinya jatuh cinta pada pemuda itu.
Ya, jatuh cinta.
Zulaikha tewas dengan ketampanan pemuda tampan itu.


"Duhai,siapakah...siapakah pemuda itu?"

Zulaikha termangu-mangu apabila bangun dari tidurnya.
Cinta Zulaikha pada si pemuda tampan itu kian menusuk ke dalam hatinya.

“Duhai,Siapakah kini yang dapat membawa dia kehadapanku

Engkaukah angin ? Yang sanggup menyampaikan rasa cintaku padanya ?

Atau engkaukah air ? yang dapat mengalirkan anggur cintanya kepadaku ?

Atau engkaukah bumi ? yang dapat mempertemukanku dengan sang pujaan hati ?

Api telah membakar seluruh isi hatiku.”


Setiap malam dilaluinya dengan memohon dan memohon agar dipertemukan dengan pemuda yang menjadi igauannya sejak mimpi yang dialaminye sebelum ini.

Pada suatu malam, pemuda tampan itu dihadirkan sekali lagi dihadapannya dalam mimpinya.

Zulaikha bertanya,
”Siapakah engkau Tuan ? yang telah menyita seluruh

perhatianku ? yang telah menghabiskan siang dan malamku untuk mengingatmu ?
Siapakah engkau ?”


pemuda itu berkata,
“Aku Wazir Agung dari Mesir”

Zulaikha bingkas bangun mencari Wazir Agung agar dapat bertemu dengannya. Zulaikha berkata kepada ayahandanya agar dikahwinkan dengan Wazir Agung itu. Ayahandanya terdiam dan ingin mengetahui sejauh manakah keinginan Zulaikha ingin bertemu Wazir Agung itu.


Suatu hari diundanglah seorang Wazir.
Di balik pintu, Zulaikha melihat dengan dada yang berdegup kencang.


“Diakah..diakah orang yang telah mencuri hatiku ?”



Apabila dilihat wajah Wazir itu, alangkah sedihnya hati Zulaikha kerana bukan dia si pemuda tampan yang menjadi harapan.
Tiba-tiba Zulaikha terdengar satu suara.



"Melalui wazir inilah engkau akan bertemu dengan pujaan hatimu."


Zulaikha yang sudah lemah lunglai, hampir putus harapan, kini kembali
bersemangat. Zulaikha tetap melangsungkan perkahwinan dengan Wazir Agung Mesir itu.
Namun keanehan dalam rumahtangga mereka jelas tetapi Wazir terima takdir yang telah ditentukan.


Demikianlah Zulaikha sudah lama tidak dihadiri mimpi si pemuda tampan.
Ingin sekali Zulaikha menyebut-nyebut namanya namun dia tidak tahu nama pemuda tampan itu. Hanya bayang-bayangnya yang tidak lepas dari angan-angan Zulaikha. Siang malam dihabiskan dengan mengingati orang yang dicintainya.


Suatu malam, dihadirkan lagi pemuda itu ke dalam mimpinya.

Zulaikha bertanya,

“Siapakah Tuan yang memiliki wajah separo manusia dunia ?”

“Siapakah nama Tuan ?”


Si pemuda tersenyum,

Senyumnya menghidupkan tetumbuhan yang mati disekelilingnya,

Menyegarkan yang layu,

Menyembuhkan hewan-hewan yang sakit.

“Aku Yusuf.."



Zulaikha terbangun dari tidurnya.
Bayang Yusuf semakin bertambah dan bibir Zulaikha hanya mengungkapkan nama Yusuf..Yusuf..

Pada suatu hari, Zulaikha terdengar ada seorang budak bernama Yusuf di pasar. Lalu dia bergegas mengajak dayang-dayangnya ke sana. Dengan tandunya diiringi dayang-dayang, Zulaikha menuju ke pasar. Diintipnya dari tirai kuning tandunya itu untuk melihat budak yang bernama Yusuf itu.

"Tuhan!!" pekiknya dengan nada tahan.

"Dia..dialah dalam mimpiku!"

“Pelayan.beli budak yang dipasar itu. Berapapun harganya beli. Jangan sampai
kedahuluan oleh orang lain. Kalau perlu, katakan pada mereka, isteri wazir
Agung Mesir yang membeli budaknya”



Yusuf dijadikan budak kepada wazir dan Zulaikha. Yusuf dilayan dengan istimewa dengan diberi pakaian yang indah dan mkanan yang sama seperti wazir dan Zulaikha. Budak lain semuan
ya iri hati dengan keistimewaan Yusuf itu. Sejak hari itu, Zulaikha mencuba untuk menarik perhatian Yusuf walau dengan apa cara sekalipun.


Pada suatu hari, Zulaikha mengajak Yusuf melalui lorong-lorong kamar. Semua pintu kamar dikunci Zulaikha dan setiba di kamar terakhir, jauh dari yang lain, Zulaikha mengunci kamar itu juga secara diam-diam. Kerinduan Zulaikha pada Yusuf yang sudah bertahun-tahun lamanya sudah tidak dapat ditahan lagi.


Zulaikha mendekati Yusuf tetapi Yusuf menghindar.

Yusuf tidak mahu terjatuh ke lembah hina itu,dia pun melangkah kaki dari kamar itu lalu Zulaikha menarik baju Yusuf sehingga terkoyak. Yusuf pun lari dan keluar dari kamar-kamar itu seperti Allah yang membukakan pintu-pintu kamar yang telah dikunci itu.



Aib kejadian itu terbongkar dan semuanya mencemuh Zulaikha.


Cara halus tidak dapat menggoyangkan iman Yusuf lalu Zulaikha menggunakan cara dengan meyakinkan wazirnya untuk memenjarakan Yusuf yang telah menggodanya.
Lalu Yusuf dipenjarakan 7 tahun.


Namun Zulaikha menyesal kerana sudah tidak dapat melihat cintanya lagi. Dia menyuruh budaknya membina jalan rahsia ke penjara Yusuf. Setiap kali Zulaikha melihat Yusuf dipenjara, Zulaikha melihat dengan pandangan sesal, rindu..


Sehingga satu ketika, Yusuf dibebaskan dan mempunyai keupayaan untuk menafsirkan mimpi. Yusuf pun meninggalkan penjara dan pergi membawa dirinya.


Dan wazir meninggal dunia, Zulaikha hilang punca. Seluruh harta kekayaannya dihabiskan dengan membayar kepada mereka yang membwa berita tentang Yusuf. Seluruh hidupnya dihabiskan dengan mengenang dan menyebut nama Yusuf.

Semua permohonan pertemuannya dengan Yusuf disampaikannya pada
berhala-berhala sesembahannya. Sampai satu ketika, di gubuknya yang kecil
dipinggir kota, berhala sesembahannya dihancurkannya,


“Engkau sama sekali tidak berguna wahai arca mati. Sekian lama aku mengabdi
kepadamu tak ada artinya”.

“Duh Yang memiliki hidup sesungguhnya, ampunilah aku, dan aku berserah diri
kepadaMu”

“Ya Alloh Tuhan Yusuf dan Tuhan semesta Alam.rindu dalam diriku yang
menggelora adalah dariMu Jua, hati terasa dikoyak-koyak ketika malam tiba,
wajah Yusuf yang terbayang tak dapat hilang, Ya Alloh.

Sudah sekian tahun hatiku gelisah resah dan selalu sakit, seolah luka lama
yang disayat luka baru dan disayat luka baru lagi., Aku begitu merindukan
Yusuf..Yusuf..Yusuf..

Dan jika siang tiba, matahari bersinar terang, tapi apa artinya bagi mataku
yang telah buta ?

Yang ada hanya bayangan Yusuf.

Ya Alloh, Engkau yang telah memasukkan benih cintaku pada Yusuf, dan Engkau
pula yang telah menyemai kerinduanku pada Yusuf, pertemukanlah aku
dengannya, atau cabutlah akar cintaku padanya, agar derita yang hamba
tanggung berkurang.”


Zulaikha menangis.menangis sampai kering airmatanya.

Malaikat mendengar doa itu tak kuat menahan terlalu lama, mereka
melaporkannya,


“Ya Alloh seru sekalian Alam. Zulaikha memohon uluran tanganMu, ia meratap
meminta Kasih dan sayangMu”

“Wahai malaikatku. Aku tahui dan kiranya sekaranglah saat ia lepas dari
derita kerinduan dan cintanya pada Yusuf."


Yusuf sudah menjadi raja Mesir. Suatu hari Yusuf dengan kenderaan kudanya lalu dihadapan Zulaikha.

Zulaikha tidak habis-habis mengungkapkan nama Yusuf..Yusuf..Yusuf..

Yusuf tertarik mendengar suara itu lalu berhenti.

“Siapakah engkau wahai wanita ?”


Zulaikha menjawab,

“Bibirku tak pernah berhenti menyebutmu.orang yang dulu pernah
memasukkanmu ke penjara selama bertahun-tahun. Ampunilah aku yang terlalu
banyak berbuat dosa kepadamu”


“Zu..Zulaikha ?” kata Yusuf dengan gagap,

dia turun dari kudanya dan dilihatnya Zulaikha. Wajah Zulaikha kelihatan tua, rambut yang memutih dan tidak secantik dulu.

“Kemanakah harta, kecantikanmu dan kekuasaanmu ?”


Zulaikha berkata,

“Semua dimakan api yang berkobar dalam diriku, gelombang rindu dan api cinta
padamu telah membakar segalanya,” katanya lirih sambil terus melantunkan
nama “Yusuf..yusuf” di bibirnya.


Allah berfirman pada Yusuf dan kemudian ia mengajak Zulaikha ke istana.
Kemudian Allah mengembalikan kecantikan Zulaikha dan menambahnya, Allah
mengembalikan kemudaan Zulaikha.

Rindu dan Cinta kini sudah ditumbuhkan olehNya di tanah persemaian Yusuf.

Mereka berdua pun melangsungkan pernikahan.






Madah penyair sufi Fariduddin 'Aththar:

Ketika Ya’qub berangkat untuk mengunjungi putranya,
dan meninggalkan Kanaan untuk pergi ke Mesir,
orang-orang Mesir menghiasi negeri mereka
dari ujung yang satu ke ujung yang lain.
Ketika Zulaikha mengetahui hal ini
dia menjatuhkan dirinya ke atas tanah,
sama sekali tak berdaya
dia menutupi kepalanya dengan kerudung
dan membungkuk dengan rendah hati ke sisi jalan.
Kebetulan pula, Yusuf harus melewati tempat ini;
dia melihat orang yang sedih dan terluka.
Tinggi di atas kudanya, dengan cambuk di tangan,
dia menemukan wanita yang amat-sangat mencintainya.
Suatu keluhan meluncur keluar dari lubuk hatinya,
yang hasratnya membuat cambuk itu semakin membara,
dan, ketika api semakin membesar,
Yusuf, yang paling menyedihkan, menjatuhkan cambuknya.
Zulaikha berkata, “Wahai engkau dengan iman begitu
murni. Tidakkah keterlaluan bagimu, bahwa engkau tidak mampu menahannya!
Api ini meloncat keluar dari hatiku
dan kau tidak mampu memegangnya di tanganmu?
Api yang telah memenuhi diriku selama bertahun-tahun,
tidak dapatkah engkau memegangnya sekejap saja?
Engkau, yang Pertama dari semua kaum beriman, dan
aku seorang wanita!
Begitukah caramu menunjukkan ketaatan?”



p/s:
Sungguh indah kisah ini. Ana terharu. Cinta itu kurniaan Allah, oleh itu kepada Allah lah kita memohon kembali.