Saturday, May 9, 2009

Kejayaan tanpa agama VS Kejayaan bersama agama

"Orang yang berjaya."


Mungkin ini diidamkan oleh setiap orang. Dan mungkin korang juga. Tapi pernah korang spesifikasikan kearah mana kejayaan yang ingin korang kecapi? Dan orang yang berjaya bagaimanakah korang nak jadi?


Mungkin apa yang aku nak cakapkan ni agak diklasifikasikan oleh korg sebagai satu 'bebelan' yang mungkin boleh 'memanaskan' atau 'menanahkan' telinga korang. Tapi kalau sebagai seorang yang berfikiran terbuka atau 'open' la kan, korang akan terima ni sebagai satu motivasi.

Aku tak sebaik perempuan bertudung labuh dan yang bercakap buka mulut pun macam tak bukak (maksudnya lemah lembut dan sopan santun). Tapi segala mungkin boleh diubah. Sebagai manusia, kita kena 'korek' ilmu seberapa banyak yang mungkin tak kira ilmu dunia atau akhirat. tapi ilmu akhirat sampai mati harus dicari.


Sekarang aku dah 'start' pengajian aku sebagai student di UPM. tapi 2 bulan jek sebab aku buat pra sebagai persediaan untuk aku sambung pengajian aku nanti.

Aku agak 'terkesima' dengan 'aura' yang telah disampaikan kepada aku dan alhamdulillah aku benda tu memang sampai la kat aku. takde 'obstacle' ke ape. Sorang student yang sama course ngan aku telah sampaikan tazkirah yang agak berkesan dan terkesan kepada aku. wow! terlalu besar impaknye! (gebang sikit)
hurm.
'ORANG YANG BERJAYA DENGAN AGAMA' dan 'ORANG YANG BERJAYA TANPA AGAMA'
apa yang korang fikirkan sekarang?
Kalau aku, aku akan fikir apa bezanya antara dengan agama dan tanpa agama?
Sesungguhnye la kan, orang yang berjaya tanpa agama adalah orang yang hanya mendapat kejayaan kecil sahaja. Apatah lagi orang yang tidak berjaya dan tiada agama. dorang memang orang yang sangat rugi disisi ALLAH.
Orang yang berjaya dengan agama adalah orang yang memang sangat beruntung dan kejyaanya adalah amat besar disisi ALLAH. AGAMA tu dari segi apa?
ok. macam ni. AGAMA = SOLAT.
senangkan?
islam tu mudah. jaga agama, korang berjaya. dan ALLAH akan 'baik' kepada orang yang 'baik' kepadaNYA. ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ALLAH tak kejam. dalam azan pun ada dilaungkan. 'HAIYAALASSOLAH' dan 'HAIYAALALFALAH' maksudnya dirikanlah solat dan selamat menuju kejayaan. so jaga solat dan korang berjaya insyaALLAH. kalau korang banyak berdoa, insyaallah ALLAH makbulkan.
Yes. lagi satu DOA. faktor kedua untuk berjaya.
renung-renungkan dan selamat beramal! :))
INSYAALLAH.


0 comments:

Post a Comment