Thursday, April 29, 2010

Adam dan Hawa



Dan apabila terkenang saat itu'
Mungkin secara tiba-tiba
tanpa aku sengaja
Namun aku akui
Itu satu fitrah kurniaan Allah


Tapi aku kena tahu batasnya!
Wahai Adam.
Apabila Hawa itu sudah mula menyayangi
tiada yang paling indah di lihat pada seorang Adam
malainkan kekuatan imannya melawan segala godaan
disitu terpancar kebolehannya kelak
mengawal seorang Hawa
yang dia tahu
lebih nafsunya dari Adam



Wahai Adam
kau tetaplah teguh dengan pendirianmu
jangan terpesong niatmu
jangan kau kalah dengan fitnah utama dunia dihadapan seorang Adam
kerana kau kelak menjadi pemimpin
yang jika kau salah langkahmu
salahlah langkah Hawamu
kerana itulah kau dinamakan pemimpin



Wahai Adam
aku tak mampu menghalang perasaan ini datang dan pergi
cuma ikhlas niatku hanya kerana Allah
oleh itu
aku berdoa agar Allah temukan aku denganmu
kerana Agamamu dan akhlakmu
supaya aku dibimbing di jalan lurus.



Dan pabila tiba masanya nanti
wahai Adam
aku harap agar segalanya benar dan nyata
Adam! kau tunggu aku di mahligai itu
Semoga Allah meredhai niat ikhlasku...



oleh : hamba Allah yang mengharap keredhaan Tuhannya

4 comments:

Pencarian Hikmah~ said...

hmmm
ada sesuatu yg terbuku di hati tak dapat nak luah ek dik?
seni hati datang dari hati.:)

M. Faiz Syahmi said...

adekah ini untuk seorang ADAM,
atau untuk semua ADAM.? (:

Mohammad Farid Ismail said...

maruk nti...moga2 terbuka semua hati2 ADAM(termasuk ana) untuk terima apa yg nti nukilkan...moga2 istiqamah di jalan dakwah ini...

ayumuslimah said...

Kak aisyah,seni nukilan yg ikhlas ni.
cuba diluahkan seboleh yg mungkin. huhu :)

kak ade blog rupenye.
baru sy taw. :D

farid,insyaAllah. doakan agar sama-sama istiqamah.

Post a Comment