Thursday, December 9, 2010

Ke mana perginya hilang HARGA DIRI?

Assalamualaikum wbt kepada sahabat-sahabat yang disayangi semua.
Sesungguhnya aku mencintai kalian kerana Allah! :)

Dah lama rasanya tak update blog ana ni kan. Agak busy tapi usahakan jugak update sebab ini juga salah satu cinta ana. Yelah. Cinta itu kan Dakwah. :)

Mungkin apa yang ana nak bincangkan ni dah lama dikatakan dan dibincangkan. Ana rasa ana dah pernah sentuh pasal hal ni. Cuma peringatan demi peringatan itu perlu sebab manusia ni kan lupa. Insan itu sendiri membawa maksud lupa.

AURAT. Sejauh mana kita faham tentang aurat? Kalau ana tanya kamu la kan, apakah definisi aurat dan apakah fadhilat serta kesan aurat pada seseorang, apa agaknya jawapan kamu? JENG JENG JENG. mari kita berfikir sebentar...

Mengapa kami golongan wanita amat sukar untuk memelihara aurat? Sedangkan kita tahu dengan jelas bahawa mendedahkan aurat itu adalah amat dilarang dalam Islam. Cuba kita fikir balik, apa yang kita dapat kalau tak tutup aurat dengan sempurna. Untung ke rugi? Bagi pendapat ana, orang lain yang untung tetapi kita yang rugi. Sebab orang lain free-free je tgk aurat kita.

Aurat ini juga berkait dengan harga diri seseorang itu. Apabila dirinya terasa amat berharga dan tidak mudah untuk orang melihatnya, dia pasti akan menjaga auratnya dari pandangan manusia. Lebih-lebih lagi wanita itu sendiri mempunyai harga diri yang tinggi sebab itu Allah telah menetapkan aurat wanita lebih banyak dari aurat lelaki. Tidakkah kita terfikir wahai wanita sekalian bahawa kita ini telah diciptakan dengan harga diri yang sangat tinggi nilainya dari kaum Adam! Jadi, peliharalah auratmu agar harga diri yang telah Allah beri kepada kita ini tidak tercemar dan sentiasa terpelihara dalam menuju redha Allah.

Dan apabila kita malu, kita tidak akan sanggup untuk mendedahkan aurat kita pada orang lain. Adakah kita sebagai wanita pula sanggup untuk membiarkan suami kita nanti dedahkan aurat dia kat orang lain? Tentulah tidak kan. Jadi samalah macam kaum Adam juga. Lelaki yang tidak mendedahkan aurat adalah lelaki yang soleh menuruti perintah Allah. Mereka juga inginkan wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu, kalau nak lelaki yang soleh, jadilah wanita yang soleh dahulu barulah dapat lelaki yang soleh. :)

Ana harap golongan wanita sekarang dapat kesedaran tentang aurat. Sekarang ni fesyen kita banyak dijajah oleh anasir-anasir barat yang mempunyai agenda dalam menyesatkan umat Islam. Tetapi alangkah malangnya ramai terpedaya dengan agenda mereka lebih-lebih lagi banyak fesyen tudung yang sekarang ni tiba-tiba wujud yang meyerupai golongan mereka. Ada juga fesyen-fesyen baju yang ketat, apabila pakai seperti bertelanjang. MasyaAllah.. Sakit mata dan lebih sakit hati ini bila tengok. Rasa geram pun ada dengan keberanian dorang dalam membuat agenda nak myesatkan umat Islam ni.

Jadi wahai wanita sekalian, peliharalah auratmu dari pandangan manusia. Jangan kerana semata-mata nak cantik, sanggup untuk menggadaikan harga diri. Kasihanilah ibu bapa kamu, kasihanilah diri kamu sendiri untuk hari akhirat nanti. Fikir balik, apa untungnya mendedahkan aurat di khalayak ramai. Jika kamu fikir keuntungan yang dapat di dunia, adakah keuntungan itu kekal sampai bila-bila? Akhirat nanti macam mana pulak? Syurga? Neraka? Dalam kubur? Bila dah mati macam mana? Masa hidup ni buat apa? Banyakkan berfikir sebelum melakukan apa-apa yang kita nak buat. Peliharalah dirimu wahai wanita.

Jadikanlah AL-HAYA sebagai pakaianmu..





p/s: Bukan mudah untuk mendapatkan syurga. Oleh itu, tak semua yang memilih jalan ini. Cuma mereka yang berfikir sahaja yang sanggup ambil jalan ini. SAYANG KAMU WAHAI WANITA. ;)




0 comments:

Post a Comment