Friday, August 5, 2011

Jatuh , bangkitlah! Walau kau harus bermula dari awal.







Semasa dalam perjalanan pulang dari berbuka puasa, kawan saya cakap, “Cuba kau keluarkan tangan kau dari kereta. Tahan angin dengan tapak tangan. Apa yang kau rasa?” “Berat dan ada rasa sedikit tekanan.”, jawab saya ringkas. “Cuba kau mendatarkan tapak tangan kau pula.”, arahnya. “Tak ada lagi rasa tekanan kan?”. Saya hanya mengakui dengan anggukkan kepala. “Macam tu juga dengan masalah. Makin kita tahan, makin sakit dan banyak tekanan yang kita rasa. Kita tak boleh tahan masalah. Tapi kita boleh harungi masalah. Hidup, memang penuh dengan masalah kawan, jadi bersiap siagalah untuk menghadapinya dan banyakkanlah mengingatiNya. Semoga dipermudahkan hidup. InsyaAllah.”


Adakah saya sekadar menghalang masalah atau saya mengharunginya? Semoga Allah memberi pertunjuk kepada diri saya dan juga pembaca.


Andai jatuh, bangkitlah. Walau kau harus bermula dari awal atas kesilapanmu sendiri. Kerana setiap perkara itu ada hikmahnya. Allah akan melihatkan kepadamu walau bukan di dunia insyaAllah di akhirat kelak. Tetaplah berjuang. Asal matlamat itu benar.



-PURIFY YOUR INTENTION-





0 comments:

Post a Comment