Sunday, March 27, 2011

Contoh Isteri Idaman



“Abang, minta izin untuk nikah seorang lagi,”


Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.


Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. ”Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. ”Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, seusai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. ”Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.


”Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. ”Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis. ”Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” ”Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin. ”Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.


Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. breepp breepp… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. ”Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,” Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang… Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Assalamu’alaikum sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. abang yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi abang nak menggalas dosa orang lain. Alhamdulillah, Aliyah sudah lengkap berpakaian seperti yang dituntut dalam Islam. Dia tidak sehebat Aliyah.Aliyah sayangkan abang…


2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Dia tidak sehebat Aliyah pernah tak kita beli makanan, sebab yang Aliyah tahu, abang cukup tidak suka makan makanan luar.Aliyah sayangkan abang…


3. aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan abang… abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah.


Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. abang yang dicintai, Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang…Aliyah sayangkan abang… Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan abang. Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai..air tangan Aliyah. Assalamu’alaikum sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!



Tuesday, March 8, 2011

Hati itu Allah yang pegang!





''Kadang-kadang kalau nak fahamkan keluarga kita pasal Islam lebih susah dari nak fahamkan kawan-kawan kita.''

''Ana pun pernah macam nak give up bila terangkan kat dorang. Tak boleh tahan dah.''

''Jangan cakap macam tu, bukankah hidayah itu Allah yang beri? Hati manusia Allah yang pegang, bukan manusia. Kita manusia hanya menjadi penyebab kepada manusia lain untuk diberi hidayah oleh Allah.''


Mungkin ada di antara kalangan kita yang berasal dari keluarga yang biasa-biasa. Walhal diri kita sangat aktif dalam dakwah dan kalau boleh nak ajak keluarga kita sekali mengikuti jejak langkah kita. Bagi ana, tak salah kalau kita cuba memberi kefahaman kepada mereka dalam konteks dakwah ini. Cuma janganlah sesekali memandang rendah terhadap mereka atas alasan mereka tak faham pasal Islam semata-mata! Mereka masih lagi keluarga kita dan tanggungjawab kita untuk membawa mereka bersama kita.


Bagi pengalaman ana sendiri, dalam kehidupan yang baru sahaja 'tersedar' dari dunia khayalan, alhamdulillah Allah masih sayangkan ana. Ana mula memahami dan membuka minda ana tentang hikmah-hikmah segala perintah Allah kepada hambaNya. Kepentingan menutup aurat, melabuhkan tudung, menjaga pandangan, menjaga batas-batas pergaulan dengan berlainan jantina dan yang paling utama menjaga hati.


Pernah dulu, ketika ana suarakan keinginan ana nak memakai tudung 'dakwah', orang pertama yang menghalang ana ialah ibu ana sendiri. Yelah, bila ibu kita sendiri yang tak benarkan, mana tak sedih kan? Tapi mungkin ada sebab-sebab yang tertentu. Setiap ibu juga ada ego masing-masing. Tapi ibu ana tetap ibu ana! Dialah yang melahirkan ana, mengandungkan ana 9 bulan, dan menjaga ana sampai ana dah berusia 20 tahun sekarang! Jadi analah yang bertanggungjwab menjelaskan kepada ibu tentang keinginan ana tu. Lama-lama ibu ana terima dan dia pun sedikit demi sedikit dah ikut ana ^_^. Alhamdulillah. semuanya berkat kesabaran..


Pernah juga dulu ana beritahu dia nak pakai niqab. Lagilah ibu ana tak bagi. Yelah bukan apa katanya, cuma janganlah ekstrem sangat. Tapi ana cuba fahamkan dia, tindakan ini bukan ekstrem tetapi ana cuma rasa zaman sekarang ni lah wanita kena ekstrem menjaga diri! kerana jenayah sekarang ni sudah semakin EKSTREM! betul tak apa yang ana cakap ni? Kalau kita tengok zaman sekarang ni, wanita yang pakai tudung pun dirogol dan dicabul. mengapa? kerana meremehkan tuntutan aurat. Yelah, memang antunna semua dah pakai tudung, tetapi adakah tudung antunna tu menepati syarak? Muhasabah balik ye.. (kepada diri ana juga)


Tetapi ayah ana sangat mendokong ana dalam hal ini. Ayah kata, benda baik buat apa nak halang. Ana tetap dengan pendirian ana. Hingga pada suatu hari, naqibah ana ada jelaskan kat ana, hati ibu kena jaga dulu daripada sibuk nak wat amalan sunat kerana taat kepada ibu bapa tu kan wajib. Barulah ana tersedar. Ibu lebih diutamakan dari ayah. betul kan? Dan ibu juga lebih utama dari amalan sunnah kerana mentaati ibu bapa adalah perkara wajib manakala amalan sunnah itu semestinya sunat diikuti. Sedangkan jika kita sedang solat sunat, dan pada waktu yang sama ibu kita memanggil kita, kita kena berhenti solat dan pergi kepada ibu kita. :)


Jadi, kalau dakwah kita tu kadang-kadang terasa sukar lebih-lebih lagi keluarga kita sendiri, bersabarlah. Jangan memandang rendah kepada mereka. Anggap saja itu ujian dari Allah untuk menguji betapa kuat dan tegarnya kita dalam jalan ini. Hati mereka milik Allah. banyak kali ana sebutkan kat diri ana. HATI MEREKA MILIK ALLAH. AKU HANYA MEMBERI KEFAHAMAN. yang penting kita berusaha memberi kefahaman daripada tak berusaha langsung kan? Apa-apa teruskanlah. Jangan futur ye.. ^_^ insyaAllah!


p/s: Jangan putus asa! Allah ada bersama kamu! :) senyum lah..

Sunday, February 27, 2011

Wahai wanita yang beriman..

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Cantiknya tudung awak!!

"Amboi, cantik tudung. beli kat mana ni?"

"Eh, takdelah. Ni fesyen yang baru keluar kan. Beli kat butik dia la. Online pun ada. senang sangat sekarang ni nak beli tudung. Ni pun pasang je, dah siap. tak payah nak pin-pin."

"Haah la. bergaya pulak tu kan. Wah,lepas ni ramai la yang puji tudung awak tu. Kita pun nak beli la. Nampak moden sikit. ye tak?"


Cantik? Fesyen? Senang nak beli? bergaya? Dan moden?


Ke yang paling utama matlamat kita adalah menutup aurat?


Zaman sekarang ni, kita dapat tengok dah banyak perempuan-perempuan yang pakai tudung. Alhamdulillah kerana wujud kesedaran dalam jiwa masing-masing tentang kewajipan memakai tudung. Tetapi adakah benar kesedaran yang wujud itu adalah semata-mata ikhlas menunaikan perintah Allah atau kesedaran yang zaman moden wujud tudung-tudung yang menarik??

Hmm. mari kita muhasabah diri kita balik.. 2 minggu berturut-turut ni, ana ada pergi ke kenduri kahwin pada setiap akhir minggu. Ana memang suka tengok keadaan masyarakat kita. Alhamdulillah, jika tengok pada wanitanya, memang semuanya menutup kepala. Tetapi yang paling tak sedap mata memandangnya, bila tudung itu diserabutkan lagi dengan fesyen-fesyen terkini yang terlalu menjolok mata. Ingat pakaian je ke yang boleh menjolok mata, tudung pun ade jugak kalau ade banyak sangat kilat-kilat penuh satu tudung, bonggol unta kat kepala, dan tudung yang sekadar tutup kepala tapi dada tak tutup.

Subhanallah..yang masalahnya, yang pakainya tu banyak juga dari golongan makcik-makcik yang dah menjangkau umur 40-50 tahun. Hmm. Ana harap kepada yang membaca ni tak kisah la anak-anak ke, golongan bapa ke, abang ke, kakak ke.. Harap dapatlah sampaikan benda ni kepada mereka yang dekat dengan kita yang masih tak tahu lagi tentang benda ni.



Marilah kita sama-sama hayati hadith Rasulullah saw ini.


Daripada mafhum hadith Rasulullah:

Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya:

1. lelaki yang tangan mereka menggengam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain.

2. wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggang lenggok.kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta.

mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya.padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.
(hadith riwayat Muslim)







Jadi, jika dah tahu, mari sama-sama kita tinggalkan. Nak ke kita menjadi golongan wanita yang tidak dapat mencium bau syurga? Nauzubillah.. Api di dunia ni pun kita tak sanggup nak rasa, apatah lagi api neraka nanti..

p/s : Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menghadapi dunia akhir zaman ni. Kau tetapkanlah imanku dalam menghadapi fitnah-fitnah ini. Jauhkanlah dan lindungilah aku dari fitnah-fitnah akhir zaman ini. Jauhkanlah aku dari menjadi fitnah kepada dunia. Amin.. :'(

Wednesday, February 23, 2011

Dengarkan ini ibu..




Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu


Bicara untukmu ibu,

Seorang ibu

Seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi

Tetap menghantar pesan nasihat

Walau “jangan risau ibu” kuulang berkali-kali

Terasa seakan pintu langit terbuka

Dia wakil daripada Ilahi

Menyentuh sayang hatiku

Aku tersenyum

Saat semua orang menyatakan aku kuat

Dikau wahai ibu mengetahui anakandamu ini

Bermesej-mesej kau hantar sebagai penenang hati

Seakan tangisku yang tersembunyi kau dengari dengan jelas sekali

Ibu,

Kalau aku mampu beli seluruh dunia untuk bersamamu

Makan aku uruskan itu sesegera waktu

Tapi aku tertakhluk kelemahan kudratku,

Hanya usaha sahaja yang ada padaku,

Jangan risau ibu,

Jangan risau

Aku amat percaya dan sangat percaya

Sitar takdir yang sentiasa bersamaku

Sentiasa terpetik dan tidak akan menzalimiku

Bukan sepanjang masa lagunya sedih

Bukan sepanjang masa juga lagunya bahagia

Namun tuan sitar telah berjanji kepadaku ibu

Setiap kesusahan itu diiringi dengan kesenangan,

Kuulang jangan risau ibu,

Lepaskanlah tembakan-tembakan doamu kepadaku

Jangan kau hentikan layangan kasihmu padaku

Aku telah berjanji padamu untuk terus hidup

Maka aku akan terus hidup dengan janjiku itu

Ibu,

Sesungguhnya kita tidak tahu apa takdir yang tertulis

Mungkin Ilahi hanya menggegarkan kita sebentar

Menguji keimanan

Dan ini belum tentu lagi kesudahan

Tersenyumlah ibu,

Bahagiamu bahagiaku

Laramu laraku,

dengan senyumanmu,

Akan kuhentak awan dengan telapak kakiku.

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH juga kepada Ayah...!!!

Thursday, February 17, 2011

Mengembalikan memori zaman silam.. ketika kanak-kanak riang. ^_^

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST PELABUHAN KLANG.

atau lebih dikenali sebagai MBS.. sebab dulu namanya Methodist Boys School.. Skang dah campur dah lelaki dan perempuan.


Kenangan apa ye kat tangga ni?? hehe :p





Tempat yang jadi kunjungan bila cikgu xde dalam kelas. iaitu.... TANDAS la.. huhu




sekolah da cantik..


tangga ke pejabat. dulu murid x leh lalu tapi skg boleh da. x aci ni.. =.=


go nasyid!! siap percussion tuu..cayalah.


Lawrence Lee je ana kenal. :)







the place where we were assembled every Monday morning :)


pokok apa ni eh? tmpt kitorg men masak-masak mase camping dulu. masak telur je..



Hari ni ana dan sahabat ana Zaidatul Adilah ziarah sekolah rendah lama dulu. Saja nak jumpa cikgu-cikgu yang banyak didik kami dulu. Rindunya kat mereka! Akhirnya terubat juga rindu dan tertunai juga hajat nak jejak sekolah rendah tu balik.. Alhamdulillah ^_^


Antara cikgu-cikgu yang kami jumpa :


1. Puan Faizah

- Cikgu kelas 6 Kuning dulu. Rindu gila kat cikgu. nampak lagi muda kot dari dulu. awet muda gitu. hehe. Apa-apa pun syukran cikgu atas jasa cikgu selama ni yang didik dan ajar kami sampai kami dapat sambung belajar mencapai cita-cita kami. insyaAllah.. doakan kami ye! :)


2. Puan Zaiton


- Cikgu ni sekarang Penolong Kanan 1 sekolah. Busy cikgu sekarang. Esok nak settlekan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Minggu depan plak PIBG dan Hari Kecemerlangan. hehe. Nanti kot-kot mana taw jadi Guru Besar pulak kan? :p


3. Cik Rohani

-Cikgu ni ajar kami subjek Sains yang memg favourite subjek la. (favourite ke? susah T_T)
Tapi cikgu still comel macam dulu. X sempat nak tgkp gambar. lupa sebenarnya sebab excited sgt. :p


4. Encik Zulikhwan

- Cikgu yang paling cool. Ajar kompang kot. Datang sekolah mesti sempoi je. ingat lagi pakai kereta satria. Tapi skg tak taw lak pkai kete ape. hehe.

Cikgu Zulikhwan : Eh ko.. (sambil mengecikkan mata nak detect sape)

Ana : Assalamualaikum cikgu.

Cikgu Zulikhwan : Cuti ke? Ni adik ko kat mane skg? Boy kan?

Ana : Haah. cuti ler. Adik kat KUIS skang. ye lah . Boy.

Cikgu Zulikhwan : Ha ko ingat nama ko ape tak? GIRL. Haha.

Ana : (hisy, malu ana) =.='' hee.


5. Ustazah Mek Embong

- Ustazah yang baik. still macam dulu. kurus je. tapi banyak jasa. Slang dia still macam dulu! :D


6. Puan Looi


- Puan Looi sangat baik. Still sweet macam dulu. hehe. Ingat lagi dia kat kami. Dia ajar subjek muzik. My favourite subject. :) Dia ajar choir.

Puan Looi : Kamu ingatkan yang cikgu amik suara kamu untuk lagu sekolah? Tapi sekarang sudah xde. Guru Besar tak mau ade suara dah. Tapi boleh jadi arkib sekolah la nanti..

Ana : haha. (alhamdulillah la dalam hati). Arkib? Tak mau la cikgu. =.=''



7. Encik Masnizam

- Cikgu ni kan, cikgu yang paling ana tak suka. hehe. xde lah. gurau je cikgu! cikgu ni suka menyakat orang. Ade ke dia perli kami, baru balik dari Mekkah ke? haha. sabor je la. Ape-ape pun cikgu ni dulu garang jugak. takut pun ade. tu la tak suka tu. hehe. anyway tabik la cikgu kerana berjaya bertahan di sekolah tu lamanya.. Tahniah! :)



8. Puan Kowasalya


- Cikgu BI. Agak garang jugak. Tgk bulu ayam atas meja tu pun da taw da garang. :p






men sep tiang jum! rindu gile.. ^_^




bilik darjah baru..




bookshop still macam dulu.. akak, nak pemadam satu? :p



in memories...





p/s : planning nak wat reunion batch. but need some idea la nak wat kat mane. but bukan wat mase terdekat la. huhu. next time when semua orang ada kat klang ni.. :) insyaAllah.



Monday, February 14, 2011

Egyptian Revolution 2011 COMPLETE




Adakah ini tanda-tanda kebangkitan Islam?? Yang pasti janji Allah itu pasti. Islam akan menang. InsyaAllah!



p/s : Kekuatan Islam di dalam diri masyarakat orang Arab memang kuat. Adakah aku seperti mereka? muhasabah diri. Syukran kepada sahabat yang bg link video ni kat ana. ^_^

Sunday, February 13, 2011

Terimalah Aku Kerana Dakwah..

Hidup ini tak selalunya indah. Kadangkala hampir saja terjatuh dengan dugaan dan cubaan yang melanda. Namun aku pasti setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya dan Allah tak mungkin menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya sendiri. Alhamdulillah, sehingga sekarang aku masih tetap kuat dengan setiap cabaran dalam kehidupan ini. Aku masih lagi teringat ketika aku masih tercari-cari pendirian diri ini, di saat aku masih tidak mendalami Islam. Setiap kali berkata tentang Islam, aku ego. Menyombongkan diri seperti diri ini sudah banyak ilmu.

'Astaghfirullahalazim. Aku mohon padaMu ya Allah, janganlah Kau membolak-balikkan hatiku setelah Kau memberi hidayah kepadaku. Aku tak sanggup menghadapinya lagi. cukuplah sekali..'
, bisik hatiku..



Aku masih ingat lagi tentang seseo
rang yang sangat tinggi ilmunya. Setiap perkataannya itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Sehinggalah satu hari hati aku tergerak untuk mengikuti jejak langkahnya dalam meneruskan dakwah dan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Tetapi, siapalah aku. Dah lah diri sendiri pun tak lepas, nak dakwah orang.. Aku memulakan langkah yang pertama untuk menitik beratkan aurat. Sebagai wanita Islam, jadilah seperti buah epal yang berbungkus. kerana ianya dilindungi dari segala bahaya daripada epal yang terdedah. Aku memperbanyakkan bacaan al-Quran kerana al-Quran itu dapat melembutkan hati manusia yang keras. Aku dapat rasakan ketenangan di dalam hati ini yang dahulunya penuh dengan maksiat. Subahanallah betapa indahnya jika nikmat ini hadir dalam jiwa.. Setiap malam aku menyendiri, bermunajat memohon keampunan dengan perasaan takut dan harap..


'Aku takut untuk memaksiatiMu ya Allah.. Dan aku tahu
aku tidak layak untuk menghuni syurgaMu tetapi aku berharap agar Kau ampunkan segala dosa-dosa ku yang banyak ini ya Allah. Berikanlah kekuatan kepadaku untuk meninggalkan dosa-dosa dan untuk beribadah kepadaMu dengan ibadah yang khusyuk ya Allah.. Dengarkanlah doa hambaMu ini..'



Dan sehingga kini aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk membawa Islam. Aku ingin menjadi wanita yang solehah dan muslihah.. Aku tahu tidak mudah tetapi bukankah usaha yang baik itu Allah pasti akan balas dengan baik? Cuma hati ini jangan mudah ujub dan takabbur dengan ilmu yang ada. ingatlah lebih banyak ilmu yang kita belajar, lebih banyak lagi yang kita tak tahu. Dan tentang seseorang itu, aku masih menyimpan sesuatu yang amat sukar untuk diceritakan. Seseorang yang aku sangat kagum dengan ilmunya, yang menjadi salah seorang penyebab aku diberi hidayah ini.. Sudah lama nama itu hadir kerana dakwah ini.. Aku cuma memohon agar Allah sentiasa memberiku yang terbaik. Dan tanggungjawab aku juga untuk memelih
aranya dan menjaga hati ini dari godaan syaitan yang selalu ingin menyesatkan manusia. Kini, aku hanya berserah kepada Allah. Semoga kau menerimaku kerana dakwah..



A
ku memilihmu kerana dakwah, terimalah aku kerana dakwah..



oleh : Nur Iman Solehah


p/s: Nama Nursyahadah pun sedap kan? :)

Saturday, February 12, 2011

Menjelang Maulidur Rasul..

Assalamualaikum wbt. Hilang sudah penat mengharungi 'proses evakuasi' yang merupakan pengalaman paling x dpat dilupakan dalam sejarah hidup ni. Kamu pernah terfikir tak yang satu hari tiba-tiba kamu jadi salah seorang mangsa rusuhan? (Tapi xde la mangsa sangat sebab kawasan tempat tinggal ana kat Mesir tu aman jugak. :) alhamdulillah)


12 RabiulAwal, Maulidur Rasul kian tiba. Nak tengok jugak suasana bagaimana bakal aku rasai kat Malaysia ni. Bila ingat Maulidur Rasul, teringat kembali sirah-sirah dulu ketika perjuangan dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kalimah Islam di atas muka bumi ini. Tapi peringatan untuk diri sendiri, jangan bermusim untuk ingat Nabi kita ya.. Subhanallah. Betapa sayangnya kekasih Allah itu kepada umatnya walaupun tak pernah bersua muka. Dan diri ini? Adakah setimpal cinta yang ada dalam hati ini kepada baginda seperti mana baginda mencintai umatnya?? Sedarlah wahai diri yang hina ini..


Kembalikan semangat dakwahmu menyambung apa yang Rasulullah perjuangkan dulu. Kembalikan.. Walaupun biah sekarang ni x sama dengan di Mesir tu, pokok pangkal diri sendiri. Seperti ada seorang senior katakan, TARBIYAH YANG SEBENAR ITU ADALAH APABILA KITA BERSENDIRI. Ya, kini aku sendiri tanpa sahabat-sahabat yang sering memberi semangat ketika di sana. Jadi inilah tarbiyah yang sebenar! Teruskanlah... InsyaAllah.. :)


p/s : Dalam hati ini ada hajat yang ingin ditunaikan tapi perlukan bantuan. Moga Allah berikan jalan dan petunjuk itu. Ameen..

Thursday, February 10, 2011

Saat-saat berada dalam pelan evakuasi =.='

Assalamualaikum. Perjalanan pulang ke Malaysia mengambil masa seminggu. Tak pernah sangka. Ape-ape pun syukran kepada semua yang terlibat dengan pelan ni sehingga hari ini alhamdulillah ana dah sampai di baitii jannatii.:)



kesan dari rusuhan rasenye..





banyak kereta kebal di jalan raya. ni yang sempat ana tangkap. excited jugak la.


walaupun gambar ni agak kurang jelas tapi kalau tgk pun dah taw betapa ramainya orang kat bangunan tabung haji ni dan betapa ramainya pelajar malaysia di Mesir untuk dibawa pulang!


pelajar-pelajar malaysia beratur untuk masuk boarding gate lepas check in luggage. ramai kan?


finally, Malaysia i'm coming! :) bye jeddah. illalliqa'.



p/s: Ya Allah, selamatkanlah sahabat-sahabatku yang masih belum pulang ke Malaysia.

Thursday, December 16, 2010

Peter Sanders - The Art of Intergration



Fotografi vs Perubatan, bukan sahaja dua bidang yang berbeza malah arah yang cukup bertentangan.


Siapa Peter Sanders a.k.a Abdul Adzeem?

Bermula sebagai seorang fotografer selebriti-selebriti terkenal seperti Bob Dylan dan The Doors, Peter akhirnya terdetik untuk mencari suatu ketenangan yang tidak mampu diberi oleh profesyennya sebagai seorang fotografer ketika itu.

Beliau akhirnya membuat keputusan untuk ke India dan mengaji di sana sebelum memeluk Islam sekembalinya beliau ke England 6 bulan kemudian.


"Having photographed almost every famous person in the music industry I got bored and started getting in to spritual things.

I just wanted something else, and so I decided to go to India. I packed everything up and went, looking for a teacher.

Eventually I found one, who was basically a Hindu but had a lot of what we consider 'Muslim Qualities'.

I studied with him for about six months and when I cam back to England, some of my friends had become Muslim.

Then there were other friends who had gotten heavy into drugs and alchohol. It was as if God was saying to me, 'which direction do you want to go?'.

I didn't know very much about Islam but I had dreams and various other things happened to me. So I made a decision to become Muslim without knowing too much about it.

I was 24 years old at the time and within three months of becoming Muslim, I decided to go on Hajj.

I didn't have the money but I just made the intention. My elderly Muslim teacher at that time had also made the intention and I knew that I wanted to go too.

Someone gave me a ticket and I went. It was at the Kaaba that I learnt that my teacher had died on the way."

Conversion: Islam the Growing Religion


Dari Mata Lensa ke Mata Hati

Bukan sahaja Peter dapat meluaskan pengalamannya mengenali dunia Islam di seluruh dunia seperti di China, Malaysia, Sepanyol dan lain-lain negara, beliau juga diberi keistimewaan untuk menangkap gambar Haji di Mekah yang tidak pernah dilakukan oleh seorang 'westerner'.

Namun peluang yang beliau miliki tidak disia-siakan malah foto-foto yang ditangkap mampu memberi impak yang cukup terkesan kepada setiap mata yang memandang.

Menurut Peter atau Abdul Adzeem, 'Cahaya adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan seorang fotografer.

Mereka sangat terpukau akan keindahan yang sanggup dihasilkan oleh cahaya.

Tapi saya mendapati, satu jenis cahaya lain yang jauh lebih memukau, iaitu cahaya spiritual. Ada sesuatu dalam Islam yang mampu menghasilkan keindahan sekaligus cahaya."


Fotografi dan Islam

Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya cukup tersentuh ialah kesungguhan Peter dalam kerjayanya sebagai seorang fotografer tetapi dalam masa yang sama menjalankan dakwahnya menerusi foto-foto yang dihasilkan.

Dalam foto-fotonya jelas menampakkan kemampuan beliau menjadi seorang professional yang hebat dalam bidangnya tanpa meninggalkan identitinya sebagai seorang Muslim.

Beliau tidak perlu meninggalkan Islam untuk bekerja sebagai seorang Muslim Photographer.

Malah beliau membawa Islam bersama.

Saya teringat beberapa artikel Ust. Hasrizal dan juga kisah Syed Qutb/Sheikh Muhammad Abduh [jika tersalah, minta tolong betulkan, saya tak ingat sangat tentang istilah 'Islam tanpa Muslim' dan 'Muslim tanpa Islam'.

Bila dilihat dengan mata kepala sendiri, memang terasa sedih. Bagaimana muallaf-muallaf di negara barat bertambah ramai sedangkan Muslim sedia ada di Malaysia masih merangkak-rangkak (bagi yang ingin belajar, Alhamdulillah) dan terus hanyut (bagi yang tidak ingin belajar) dalam memahami agama.

Betapa ramai kenalan-kenalan saya di Malaysia yang sanggup meninggalkan dan menggadaikan agama demi kerjaya sebagai seorang fotografer.

Tidak dinafikan ada juga fotografer yang islamik tetapi terlalu sedikit dan boleh dikira dengan jari.

Kebanyakannya (tidak semua) tanpa segan silu menangkap model-model yang tidak menutup aurat kerana itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan saya sendiri pun sudah 'lali'.

Dan tidak ketinggalan juga dengan golongan yang menangkap gambar-gambar model yang seakan-akan 'telanjang' yang mereka sangka diri mereka itu Britney Spears atau Jennifer Lopez, terlupa bahawa nama mereka hanyalah Tipah dah Bedah.

Kekecewaan dan kesedihan itu membuatkan saya semakin tidak ingin berjinak-jinak dalam bidang yang kurang islamik ini.

Tapi seringkali saya teringat kisah Peter Sanders dan juga beberapa rakan fotografer yang islamik lain yang berjaya menghilangkan persepsi saya tentang ketidak-islami-an bidang fotografi ini.

Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki.



p/s: Walau pekerjaan apa pun yang kita lakukan, walau dimana juga kita berada, bawalah Islam bersama.

**http://www.artofintegration.co.uk/aoiEng/Gal1.html