Thursday, August 20, 2009

Kisah Kak Ayu!


Ketika sedang sibuk browsing internet tentang maklumat untuk dipostkan di blog saya kali ini, saya tertarik dengan tajuk artikel yang telah dipostkan di laman web www.azzariyat.com iaitu Kisah Kak Ayu.
Setelah dihayati stiap isi yang ditulis di dalam blog itu saya tergerak untuk postkan kembali artikel tersebut untuk dikongsikan dengan sahabat2 Islam saya mengenai kisah Kak Ayu ini yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran.
Siapakah Kak Ayu ini? Adakah artis yang berlakon dalam cerita NurKasih? Atau seorang penceramah? Sehingga menjadi tajuk post saya pada kali ini.
Yang penting bukan saya. :p tapi adalah seorang pelajar PHd di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Apa yang buat saya tertarik menulis kisah hidup Kak Ayu ini adalah kerana apa yang dilalui oleh Kak Ayu kebanyakannya dilalui oleh kita semua Cuma yang membezakannya adalah bagaimana Kak Ayu bangkit dari kegagalannya. Saya cuba kongsikan kisah hidup Kak Ayu dengan pembaca.
Ungkapan Kak Ayu:
“ Saya berasal dari Kelantan dan dulu saya hanya bersekolah di sekolah berdekatan dengan rumah saya, Sekolah Kebangsaan Zainab 2. Saya rasa excited nak berkongsi cerita dengan adik-adik semua, saya minta saya dijauhkan daripada rasa riak dan ujub. Cerita saya ni bukan nak membangga-banggakan diri, Cuma ingin berkongsi cerita untuk jadi pengajaran buat adik-adik. Saya mula kenal usrah mase dekat matrik. Mase tu semua usrah saya join. Semangat la katakan. Kat sana kalu bab-bab couple ni, saya la paling kuat membangkang. Tapi result saya jatuh bila saya membabitkan diri dalam usrah. Ye la, usrah sampai malam, assignment tak siap lagi, tapi letih nak tido. X pe la saya pegang prinsip “ kalau kita tolong agama Allah, Allah tolong kita balik”. Tapi kalu kita pegang prinsip tu pun, kalu kita tak usaha tak kemana jugak kan. Result saya jatuh, jadi berkadar songsang dengan result-result sebelum ni. saya dapat pointer cukup-cukup makan je. “
“ lepas tu dapat tawaran g UUM, saya pikir nak pegi ke tak. Ye la, dah la jauh, orang cakap dalam hutan pulak tu. Tapi lepas pikir-pikir balik, xpe la. Saya pegi. Mula-mula study saya biasa-biasa je. Tapi ada satu perkara yang menjadi titik tolak kepada perubahan saya. Masa saya duduk dalam halakah, ada orang bagitau saya, seorang Chinese pernah cakap kat dia, “ orang Melayu ni jadi bodoh, mundur sebab mereka beragama Islam la”. Lepas saya dengar tu saya menggeletar, nak marah sangat, tapi saya sabar.”
Mungkin Kak Ayu merasa dirinya tidak layak bangun menyalahkan apa yang diperkatakan Chinese tadi kerana masa tu result dia rendah. Kalu dia bangun membantah, pasti memakan diri sendiri kerana keadaan dirinye sudah ‘membetulkan’ dakwaan Chinese tadi.
“ Sejak saya dengar ayat tu, saya jadi berfikir, aku kena buktikan pada Chinese tu bahawa agama Islam ni tak salah. Lepas tu saya duduk je dalam bilik, belejar. Memang belajar je la saya masa tu. Akhirnya saya dapat pointer 3.89. wahhh, terkejut saya. Mak saya pun terkejut. Dan lepas tu saya jadi bersemangat untuk belajar dan Alhamdulillah saya dapat anugerah pelajar cemerlang masa graduasi hari tu. Kalu boleh, saya taknak pakai jubah graduasi tu. Nak pakai jubah sendiri, nak tunjuk tudung labuh saya ni. bukan sebab nak riak, tapi nak tunjuk bahawa orang Islam ni boleh berjaya.”“ Saya pernah terfikir, kalau la yang naik ambik anugerah cemerlang tu semua bertudung labuh, mesti best. Sebab kalau saya sorang je naik ambik, mesti orang cakap ‘alah, budak tu memang terror’. Tapi kalu sume yang naik tu tudung labuh, mesti orang akan pikir macam ni. ‘eh, semua tudung labuh ni. oo rupanya diorang ni dari kumpulan yang sama, kumpulan yang mempraktikkan gaya hidup Islam dalam kehidupan mereka.’. kan best kalau macam tu.”
Itu saja yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Menyedari diri ini berada dalam keadaan yang seakan-akan sama dengan Kak Ayu, saya lantas menulis article ini. Cuma sedang cari titik tolak untuk saya mulakan kembali perjalanan hidup saya yang diiringi kejayaan seperti Kak Ayu. Ingatlah, jangan salah berpegang dengan ayat Allah,
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(47:7)
Jika kita berpegang ayat ini tanpa usaha, mustahil kita beroleh kejayaan kerana sunnatullahnya, siapa berusaha dia berjaya. Jangan ‘salahguna’ keyakinan kita pada Allahs.w.t. jika mahu bertawakal, berserah, pastikan usaha kita setimpal dengan tahap tawakal kita.Ini cuma satu bentuk pesanan kepada diri saya yang alpa dan juga sebagai satu perkongsian kepada pembaca. Bila kita memutuskan untuk berdakwah ketika masih bergelar pelajar,pegang prinsip ini
“DAKWAH NO.1, AKADEMIK BUKAN NO.2
AKADEMIK NO.1, DAKWAH BUKAN NO.2”
Dakwah dan akademik kedua-duanya sama penting. Indah hidup ini andai kehidupan dunia kita diiringi dengan bekalan kehidupan diakhirat. Moga berjaya didunia, akhirat gemilang.
“AKADEMIK CEMERLANG, DAKWAH DIJULANG”
p/s: Sempena Ramadhan yang kian tiba ini, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat saya sekiranya saya ada melakukan kesilapan kat antum dan antunna semua secara terang atau pun tersembunyi. Semoga sahabat semua memaafkan saya supaya amalan saya tak tersekat kerana dosa saya pada sahabat. :) asif jiddan.

1 comments:

AhmadFadhli said...

nice story.. salam ramadhan kareem.

afhar0110.blogspot.com

Post a Comment