Tuesday, August 11, 2009

Wahai penolong Agama Allah, dimanakah kamu?!!


Apabila diteliti balik,artikel yang menjadi tatapan ramai mesti artikel yang berkisar tentang couple.Ramai yang ingin tahu apa hukum couple,kalau couple itu dibolehkan,apa syarat-syaratnya dan bagaimana couple memberi kesan kepada perkahwinan pada suatu hari kelak.Talkshow seperti ‘Aku Dibius Cinta’ mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga penonton yang hadir terpaksa bersila di atas lantai.Kenapa kita semua ingin tahu tentang cinta?Kerana kita semua sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berkahwin.
Bercakap tentang berkahwin,secara peribadinya ana sendiri sangat inginkannya.
Semasa menjadi cashier di kedai,apabila melihat anak-anak kecil bermain dengan ibu bapa mereka yang masih muda, lahir perasaan cemburu terhadap mereka.Terkadang ada juga ana rasakan diri ana sudah layak untuk berumahtangga tetapi apabila difikirkan secara mendalam,jelas sekali apa yang ana rasa itu hanyalah satu fantasi yang jauh dari realiti.Bagi ana, perkara yang paling penting untuk difikirkan apabila berkahwin ialah anak-anak kerana mereka adalah amanah dari Allah.Apa sahaja kita ajar mereka, semuanya akan disoal oleh Allah di akhirat esok.
Pada awalnya ana yakin ana mampu mendidik anak-anak ana menjadi anak-anak yang soleh dan solehah tapi selepas menetap di Selangor,menyaksikan dengan mata kasar sendiri realiti remaja,ternyata kail ana hanya panjang sedepa.Dulu,semasa di Kelantan,kalau ada seseorang lakukan keburukan, dia akan memberi alasan, “rilek la,KL teruk lagi.”Sebenarnya ana tidak tahu kenapa ayat itu boleh muncul,tapi selepas datang sendiri ke KL,semua menjadi jelas.
Semasa berada di U1,dalam kelas enkaku jugyou yang agak memboringkan, seorang rakan memulakan bicara.
“Aku dulu pernah tidur dengan pompuan,”beritahu dia dengan bangganya.
“Betul?Pakai baju tak?”Soal ana,semangat inkuiri ana sedang meningkat.
“Bogel la.Aku tak pakai baju,die pun tak pakai baju,”terang dia lagi.
“Gile la ko.Kompom best kan.Berape kali?Sekali?2 kali?”
“Ape kelas 1,2 kali.Aku tiap-tiap malam.”
“Dari form 5?”
“Takla,dari form 3 lagi.Die yang cabar aku datang umah die kol 2 pagi,aku g la.Pastu,bile wat sekali,memang esok tu nak lagi la.”
“Maksudnye,ko tidur tu kat umah die?”
“A’a,kitorang kunci pintu.Ade gak skali mak die nak masok bilik,then aku nyorok bawah katil,huhuhuuh.”
“Pastu,ko balik umah kol wape?”
“Biase kol 5 hingge 6 pagi la.Parent die bangun lambat.”
“Ko solat subuh tak?”
“Nak solat ape bendenye,da tak suci.”
“Lor,kan ko balik kol 5 pagi.Sempat je mandi.”
“Letih bai.Aku balik,aku tidur.Then mak aku kejut untuk ke sekolah,kalo aku sempat mandi,aku mandi.Kalo tak,layan je.”
Sungguh menyedihkan apabila seorang pelajar perempuan tingkatan 3 berani menyeludup masuk kekasihnya ke dalam rumah ibu bapanya sendiri dengan hasrat untuk bermesra-mesraan.Ana yakin ibu bapa kepada pelajar perempuan itu telah mendidik pelajar perempuan itu dengan baik kalau tidak masakan dia mampu bertudung litup menututp kepala.Bayangkan kawan-kawan, semua ini berlaku di zaman kita,zaman anak kita?Mengerikan.
Hebat mana pun tarbiyah ibu bapa,jika caranya tidak menepati kehendak anak-anak,pasti mereka akan ditipu oleh anak-anak mereka.Di hadapan ibubapa mungkin anak-anak pijak semut pun tidak mati,tapi di belakang ibu bapanya,gajah pun dilanggar bodoh je.Didikan dan anak-anak ini umpama enzim,salah bentuknya maka enzim tidak berfungsi. Terlampau manjakan anak,jadilah seperti Sazali.
Itulah perkara yang menyebabkan ana berasa sangat runsing untuk berkahwin.Adakah mampu ana didik anak-anak ana seperti ibu bapa ana didik ana?Jika anak-anak sekarang sudah berani lakukan perbuatan terkutuk itu,bagaimana pula anak-anak 10 tahun akan datang?
Wahai kawan-kawan,artikel itu bukanlah berfokus kepada anak-anak semata-mata,apa yang cuba ana sampaikan bahawa apa yang berlaku di zaman ini. Maksiat berleluasa.Orang yang tidak berpegangan tangan lelaki dan perempuan dianggap kolot, tidak merokok dikira childish dan tidak mengoyak seluar dikatakan tidak stylo.Sedarlah,masyarakat tengah menderita kawan-kawan.
Kalau ingin tunggu sampai Allah turunkan lagi nabi untuk membawa kita ke jalan pulang,tunggulah sampai bulan jatuh ke riba.Allah tidak akan menghantar lagi Rasul kepada kita,Muhammad ialah nabi dan Rasul terakhir. Tugas menyeru manusia ke arah kebaikan ialah tugas kita.Kita pewaris nabi andaikata kita menyambung apa yang dikerjakan oleh nabi.
Kita tidak perlu tunggu ilmu selautan baru hendak berdakwah,cukuplah dengan kalimah ‘tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah’.Kata nabi, “sampaikan olehku walau satu ayat.” Kalau ada satu ayat pun Rasul suruh kita sampaikan kepada orang lain , inikan pula 10000 ayat.
Wahai kawan-kawan,lihatlah di sekeliling kamu,lihatlah kawan-kawan kamu.Mungkin mereka nampak baik,sopan di hadapan mu tetapi mereka semua bagaikan bulan purnama.Cuba dekatinya,pasti kamu akan terlihat kawah-kawah yang mengerikan.Dekatilah kawan-kawan kita semua,kenalilah mereka dan ajak lah mereka ke jalan Allah tanpa berputus asa.
Jika kita tidak bimbang untuk kawan-kawan kita,ana pohon satu sahaja, bimbanglah untuk anak-anak kita esok.Kalau anak-anak sekarang sudah pun teruk, zaman mereka?
“Takpe,aku hantar anak aku g sekolah agama,”
Wahai kawan,ana bekas pelajar sekolah agama.Ana mempunyai kawan-kawan yang pernah menjadi naqib,menegur anak buah supaya jangan bercouple tetapi di luar sana dia bercouple secara tegar.Pantang berpisah,pasti menangis.Ana ada juga kawan yang menjadi mat motor.
Hobinya melakukan seks dengan perempuan jalanan.Kawan ana ini dulunya berserban, qiamullailnya tidak pernah miss dan bacaan al-qurannya enak didengar.Tapi sekarang?Semoha Allah memberi hidayah kepada dia dan kita.
Percayalah kepada ana,jika kita tidak mengubah nasib kita dan kawan-kawan kita sekarang,pasti nasib yang sama akan menimpa anak-anak kita.Jika anda masih mampu berdiam dan tidak ingin berdakwah,menjadikan sibuk study sebagai alasan,tengoklah kehancuran umat Islam sehari demi sehari.
Wahai penolong agama Allah,di manakah kamu?!!!

1 comments:

mujahidah said...

ya allah,lindungilah aku...

Post a Comment