Friday, May 27, 2011

Berjuanglah kerana Islam!

Assalamualaikum wbt. sahabat-sahabat. moga sentiasa berada dalam peliharaan Allah. Lagi 2 hari ni kita semua akan menghadapi imtihan Physiology kan. So, macam mana? dah ready? Harap semua dah ready ye. (peringatan untuk ana jugak) insyaAllah..

Nak cerita pasal kisah Palestin. Semalam ana ada tengok satu filem Valleys of The Wolves - Palestine. Sangat best. Rasa macam geram sangat kat Israel. Kejam. Menitis air mata ana tengok keadaan kanak-kanak, wanita yang jadi mangsa kekejaman zionis ni. T_T. Hati kami dan doa kami sentiasa bersama kamu rakyat Palestine.

Jadi sekarang giliran kita untuk menyumbang sesuatu untuk Islam. untuk bantu mereka-mereka yang teraniaya di sana. Moga dengan apa yang kita usahakan ni dapat bantu dorang. Siapa lagi yang nak tolong umat Islam kalau bukan kita sendiri. kan? Ya Allah, jadikanlah kami di antara yang memberi sinar kepada kegemilangan Islam. Jauhkan kami dari menjadi fitnah kepada Islam. Berikanlah kekuatan kepada kami ya Allah...Aminn.

Berusahalah sungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Ilmu yang kita kutip sekarang ni, jadikanlah sebagai satu senjata dan alat untuk kebangkitan Islam. Sama-sama kita menggunakan jalan ni untuk berjihad. Kalau di Palestine mereka berjihad menggunakan tenaga dan jiwa mereka, kita kat sini berjihadlah menggunakan akal fikiran kita. Berjuang untuk Islam tercinta. Moga-moga kita juga dapat 'syahid' jugak. insyaAllah. Tanamkan dalam fikiran dan jiwa kita, 'Menang atau Syahid? Aku nak menang jika Allah izinkan, jika Allah x izinkan, biarlah aku syahid di jalan ini!' Ya Allah pilihlah aku ya Allah... T_T


Moga kita sama-sama dapat muhasabah kembali niat kita. terutamanya ana ni. yang selalu sangat lupa. Syukran kepada sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan. :) Ana uhibbukum fillah~


p/s: Syukran kepada 'akak' sebab bagi semangat kembali kat ana. 'Akak yakin ayu boleh'.. ye, ayu boleh! Dan kita umat Islam boleh! :)

0 comments:

Post a Comment