Assalamualaikum wbt. Apa khabar iman sahabat-sahabat? Sihatkah jasmani kita? rohani pulak mcm mana? Moga-moga semuanya sihat.
Cuma mungkin ana yang x berapa nak sihat. maklumlah, bulan-bulan exam ni lah nak homesick la, ape la.. Rindukan family kat Malaysia.. Ya Allah, rindu sangat. rasa macam nak pecah jantung ni. Berikanlah ketenangan kepadaku ya Allah. T_T
Tercari-cari apa solution nye. Dari semalam..Kol family dah. lega sikit. pastu pagi tadi ok sikit. pastu qailullah jap. pastu rase balik. Parah-parah..Jika kamu rasa tidak tenang bacalah Al-Quran. InsyaAllah, dapat menenangkan. Tapi, masalahnya sekejap je tenang. Solatlah. Dah jugak. Kenapa ni Ya Allah?? Ke dosa-dosa yang menggunung tinggi? T_T Astaghfirullah...
Mungkin ada satu benda yang ana lupa. iaitu UKHUWAH. Ana rasa lama dah tak wat liqa' ngan ahli usrah. Rindu nya kat dorang.. Dan orang cakap, skali skala tu belanjalah sahabat-sahabat kalau rasa-rasa macam hati tu tak tenang. insyaAllah Allah tenangkan hati kita. insyaAllah. harap-harap lepas ni hati jadi lagi tenang!
So, conclusionnya di sini, kalau rasa-rasa hati tu tak tenang, perkara yang perlu kita wat:
1. Ingat Allah banyak-banyak. Zikir tu perkara utama.
2. Selawat banyak-banyak.
3. Istighfar mengenangkan dosa-dosa dulu.
4. Solat sunat.
5. Baca Al-Quran
6. Kol la family. Gembirakan hati dorang.
7. Berukhuwah. Bawak sahabat-sahabat gi makan ke. Belanja dorang.
InsyaAllah, kalau wat semua ni, hilanglah rasa homesick yang menggila tu! T_T
Remember ALLAH, will make your heart in peace and your mind relax.. :)
p/s 1: Tak sabar nak jumpa sahabat-sahabatku ptg ni! Mari berukhuwah di Haita. (Restoran baru kat Tanta ni. btw, sdap gak la makanan dia. promote sikit) :)
Bittaufiq sahabat-sahabat..
0 comments:
Post a Comment