Tuesday, June 28, 2011

Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat Yang Utama









Di antara tanda-tanda kecil kiamat yang UTAMA :


1. Hamba wanita melahirkan tuannya.
-merupakan kiasan akan ramainya anak yang derhaka pada ibunya sehingga si anak melayan anaknya seakan-akan dia adalah tuan kepada ibunya. Kedua perkara tersebut telah berlaku pada masa sekarang.


2. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya.
- Telah bersabda Rasulullah s.a.w.

"Apabila suatu urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya , maka tunggulah masa kehancurannya,"


3. Sedikitnya ilmu dan munculnya kejahilan manusia (dalam kehidupan dan persoalan yang berkaitan dengan kehidupan akhirat)


4. Banyaknya perbuatan zina dan perbuatan kotor.


5. Golongan lelaki akan memakai sutera.


6. Lagu dan alat muzik menjadi halal.
- Rasulullah s.a.w bersabda :

" Sungguh akan ada di antara umatku beberapa golongan manusia yang akan menghalalkan zina, sutera, khamar, dan muzik" HR Muslim.


7. Mengambil (menjadikan sah) penyanyi wanita (biduanita)


8. Timbulnya perkara keji , buruk dan kata-kata kotor.


9. Berleluasanya memutuskan silaturrahim.


10. Berleluasanya pengkhianatan dan tuduhan pada orang yang jujur.


11. Mempercayai dan mendekati orang yang suka khianat.
- Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Di antara syarat-syarat kiamat adalah timbulnya perkara keji, biadap dalam kekejian, memutuskan silaturrahim, khianat pada orang yang jujur dan kepercayaan kepada orang yang khianat." oleh Ahmad dan Al-Bazzar dari Ibnu Umar.


12. Menjadikan masjid sebagai laluan sahaja.
- Rasulullah s.a.w bersabda :

"Masjid dijadikan sebagai laluan dan timbulnya mati mendadak" Riwayat Bukhari.


13. Pendeknya waktu.
- Berkurangnya berkat waktu.


14. Banyak berlaku gempa bumi.
- sehingga sebahagian ahli meteorologi di Mesir berkata bahawa bumi ini terus bergetar pada setiap saat.


15. Munculnya wanita yang tidak berpakaian.
- iaitu wanita yang menutup sebahagian dari tubuhnya dan membuka sebahagiannya. Atau mereka yang memakai pakaian yang ketat dan nipis, di mana dengan demikian mereka belum bermakna menutup aurat.


16. Ucapan salam hanya diucapkan oleh seorang Muslim yang dikenali sahaja.
- Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Seungguhnya di antara syarat-syarat kiamat adalah, bahawa seorang lelaki hanya memberi salam pada orang yang dikenali sahaja. " Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i.


17. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara yang umum.


18. Berkurangnya iman manusia untuk melaksanakan ketaatan dan amal untuk akhirat.


19. Harta kekayaan umum dikuasai oleh segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa ada rasa warak (tidak takut dosa), termasuk mengambil harta awam dengan senyap (penyelewengan).


11. Terasa berat bagi orang untuk melaksanakan syariat agama.


21. Seorang lelaki (suami) hanya taat kepada isterinya sedangkan derhaka kepada ibunya.


22. Seorang lelaki bersifat kasar kepada bapanya dan bersikap lembut dengan rakannya.


23. Yang menjadi pemimpin pada suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (bersifat keji) dikalangan mereka dan sebuah suku dipimpin oleh orang yang fasik di kalangan mereka.


24. Menjual kepimpinan atau jawatan (hukum). Iaitu bahawa jawatan diterima dengan risywah (rasuah, sogokan)


25. Seorang isteri turut serta bersama suaminya dalam bekerja dan berniaga atau suami akan menjadi pembantu isterinya.


26. Anak-anak menjadi pemarah.



*Ini adalah diantaranya. Masih ada lagi tanda-tanda kiamat utama yang boleh didapati daripada sumber hadis yang sahih.




p/s: "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datangnya tempohnya , tidak dapat mereka kemudiankan walaupun sesaatpun, dan tidak dapat mereka dahulukan."
Surah Al-A'raf : 34




1 comments:

Abu Zarim Mohamad said...

moga dpt amik manfaat,,,,
:)
bile nk post lg,,,khih3,,,,:)

Post a Comment