“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas pundak tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”
Jadi setiap muslim mempunyai tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah iaitu sebagai khalifah Allah untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Bukan hanya untuk orang tertentu sahaja. Sekali lagi, BUKAN HANYA UNTUK ORANGTERTENTU SAHAJA.
Walau kamu berpangkat engineer, pengarah, cikgu atau pelajar sekali pun, tanggungjawab kamu masih sama - MENEGAKKAN ISLAM DI ATAS MUKA BUMI. Jadi kita semua adalah da'ie iaitu orang yang membawa dakwah.
Jihad bermaksud bersungguh-sungguh dan berpenatan dalam mengerjakan sesuatu.
Dari segi bahasa pula, jihad bermaksud pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat.
Dalam konteks Islam, pekerjaan yang paling bersungguh dan paling banyak risiko adalah peperangan
atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana
dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
atau usaha menegakkan kalimah Allah di hadapan ancaman pemerintah yang zalim sebagaimana
dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
Maksudnya:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
Contohnya, ulama’ Mazhab Syafie memberi definisi jihad sebagai perang ke atas orang kafir untuk memenangkan Islam. Manakala ulama’ Mazhab Hanafi pula mendefinisikannya sebagai menyeru kepada agama yang sebenar dan memerangi orang yang tidak menerimanya, dengan harta dan nyawa.
Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi di dalam kehidupan manusia. Dalam hubungan ini
Syed Qutb menyatakan:
“Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.”

Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan La ilaha illa Allah itu merupakan ucapan yang sebenar, jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya (golongan Allah), manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya.
Risalah Islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak ketuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkara ini, Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”
“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.”
Jelas bahawa seruan Islam bukan setakat mengajak kepada kebaikan dengan menyembah Allah dan mentaatinya, tetapi dalam masa yang sama hendaklah menjauhi dan menentang taghut.
Mari kita hayati video ini. Moga kita dapat merasakan pengorbanan dan cinta yang telah dibawa oleh Kekasih Allah, Rasulullah saw dan membuatkan kita lebih kuat dalam meneruskan perjuangan kita. Baginda berkorban kerana cinta akan ummatnya, kita sebagai ummatnya cintakah kita pada Baginda?
T_T
0 comments:
Post a Comment