Saturday, August 20, 2011

Cari redha Allah, bukan redha manusia..



Kita tak mampu untuk menahan apa yang manusia katakan tentang kita.. Tetapi kita hanya mampu bersangka baik atas setiap kata-kata manusia. Mungkin mereka tidak tahu..


Hati manusia itu tiada siapa yang mampu terjemahkan. Allah sahaja yang Maha Mengetahui kerana Allah lah yang menguasai hati hamba-hambaNya.


Kadangkala kita ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana Allah tetapi manusia sering menafsirkan ke arah matlamat yang lain.

Berkatalah, "Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati manusia."


Kadangkala niat kita pada awalnya adalah baik dan untuk menjaga perkara-perkara yang tidak baik, namun manusia menganggap tindakan kita adalah untuk mengambil kesempatan keatas setiap perkara yang ada di depan mata.

Maka katakanlah, "Alhamdulillah, mungkin Allah nak uji lagi keikhlasan hambaNya. Itulah tarbiyah hati."



Mungkin pernah kita memilih sesuatu demi memelihara fitnah orang lain. Namun diri kita diberi fitnah kerana pilihan kita.

Maka katakanlah dan berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya di dunia tiada apa yang tiada fitnah. Aku hanya mengharapkan pandangan dariMu ya Allah. Bukan pandangan manusia. Dan Kau berikanlah kekuatan kepadaku agar aku dapat meneruskan hidup ini mengharungi segala mehnah di atas dunia hanya dengan mengharapkan redhaMu semata-mata. Lahaulawalaquwwataillabillah"




p/s: Ikhlaskan niat walaupun sesukar mana. Carilah redha Allah semata-mata. Bukan redha manusia. :)

BERSABARLAH. Ramadhan itu madrasah tarbiyah.~

3 comments:

AkuZ.. said...

moga setiap ujian yg diberi oleh Allah membuatkan kita lebih dekat dgnNya.. :)

EyEdA said...

sy mohon kopipes ye...

Anonymous said...

salam. mohon share ea. thnx..

Post a Comment