Tuesday, March 30, 2010

Hari Kiamat.

Dirawikan bahwa Aisyah r.a. bertanya, "Hai Rasulullah, apakah pada hari Kiamat nanti seseorang ingat akan kekasihnya?"

Rasulullah menjawab:
"Iaitu di sisi Mizan,sebelum ia tahu apakah ringan atau berat. Ketika suhuf berterbangan, apakah diberikan kitabnya dengan tangan kanan atau tangan kiri. Dan ketika ular keluar dari neraka lalu melilit mereka dan berkata, "Aku ditugaskan kepada tiga orang; orang yang berdoa selain kepada Allah, setiap penguasa yang zalim dan setiap orang yang tidak beriman kepada Hari Hisab." Kemudian ular itu melilit mereka hingga melemparnya di tengah neraka Jahanam yang punya titian lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang dimana manusia meniti di atasnya bagi petir menyambar dan seperti angin menghembus."

Dari Abu Hurairah ra berkata, "Telah bersabda Rasulullah saw:
"Ketika Allah selesai menciptakan langit dan bumi, Dia ciptakan sangkakala lalu diberikan kepada Israfil di mana dia meletakkan pada mulutnya sambil memandang kepada Arasy dan menanti akan diprintah."

Abu Hurairah berkata, "Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apakah itu sangkakala?"
Baginda menjawab, "Ialah tanduk dari nur." Kutanya lagi, " Bagaimana dia?". Baginda menjawab, "Bulatannya amat besar. Demi Zat yang mengutuskan aku dengan hak sebagai nabi,besar bulatannya bagaikan lebar langit dan bumi.Dia meniupnya tiga kali. Pertama untuk dikejutkan, kedua untuk pengsan(mati) dan ketiga untuk dibangkitkan kembali. Lalu roh-roh keluar bagaikan tumbuh-tumbuhan memenuhi langit langit dan bumi,ia masuk dalam jasad dari lubang hidung."

Kemudian Nabi saw bersabda: " Manakala Allah menghidupkan Jibril, Mikail dan Israfil, mereka lalu menghampiri kubur Nabi saw dengan membawa burak dari Syurga.Nabi melihat kepada Jibril lalu bertanya, "Wahai Jibril, hari apa ini?" Jibril menjawab, "Inilah hari Kiamat, inilah hari malapetaka yang menggetarkan hati, inilah hari hak itu." Nabi bertanya lagi, " Wahai Jibril apakah yang Allah buat terhadap umatku?" Jibril menjawab, "Bergembiralah engkau. Sungguh kaulah orang yang di mana bumi terbuka untukNya."

Dirawikan dari Abu Hurairahpuula bahawa Nabi saw bersabda: " Sesungguhnya Allah swt berkata:
"Wahai sekalian jin dan ,manusia, sungguh aku telah perbuat kebaikan untukmu. Dimanakah amalmu dan suhufmu? Siapa yang mendaptakan kebaikan, hendaklah dii memuji Allah dan siapa menemukan selain itu hendaklah dia mencela kepada dirinya sendiri."


Disebutkan dari Yahya bin Mu'az ar Razi, di majlisnya dia membaca ayat:
" Pada hari Kiamat, Kami himpunkan org-org yang bertakwa kepada yang Maha Pengasih sebagai perutusan. Dan Kami masukkan orang-orang yang berdosa itu kedalam Neraka dalam kehausan." (QS Maryam: 85-86)


Rasulullah bersabda: "Belum berhenti langkah seseorang sebelum ia ditanya tentang empat hal;
Tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang jasadnya untuk apa dia rosakkan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia dapat dan untuk apa dia gunakan."

Dirawikan dari Ibnu Abas ra, dia Nabi saw, baginda bersabda:
"Setiap nabi ada doa yang mustajab dan dia jadikan doa itu di dunia. Sedangkan aku menyembunyikan doaku yakni syafaatkupada hari Kiamat."


Ya Allah,berikan kami syafaatnya demi kemuliaannya di sisi Engkau. Semoga selawat dan salam sentiasa ditujukan kepadanya.

Thursday, March 11, 2010

Al Fatihah buat arwah Ahmad Sarhan Ahmad Khan.

Ana mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah Ahmad Sarhan Ahmad Khan dan juga kepada sahabat-sahabat arwah atas pulangnya arwah ke rahmatullah mlm td. Ana dan sahabat-sahabat kat Tanta ni pasti merasai kehilangan Ahmad Sarhan yang merupakan PELAJAR PERUBATAN TANTA TAHUN 1 pada tahun ini.

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama doakan agar arwah Ahmad Sarhan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta dirahmati Allah swt. InsyaAllah. Sesungguhnya kita sebagai penerima berita ni, dapat muhasabah diri kerana ini juga merupakan salah satu cara Allah swt memberi peringatan kepada kita. Yang pastinya, ajal itu kita tidak tahu bila dan di mana. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

"Dan apabila datang ajal, tidak dilambatkan sesaat dan tidak dicepatkan sesaat"

Wallahualam.

Al Fatihah.. ~~

Sunday, March 7, 2010

Jangan Hampiri Zina!

Allah s.w.t. berfirman:

Ertinya: "Dan mereka yang memelihara kehormatannya."
(Al-Mukminun: 5)

Yakni dari sesuatu yang haram.

"Dan janganlah kamu hampiri perbuatan keji, baik yang lahir mahupun yang batin."
(Al An'am: 151)

Baik yang besar,iaitu zina mahupun yang kecil iaitu mencium, menyentuh, atau memandang. Sebagaimana tersebut dalam Hadis Rasulullah SAW,
"Tangan, kaki dan mata juga boleh berzina."

Allah SWT berfirman:
Ertinya: "Katakanlah kepada orang-orang mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangan mereka (dari melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatan (jangan berzina). Itu lebih suci bagi mereka."
(An Nur: 30)

Allah SWT telah memerintahkan lelaki atau perempuan memalingkan pandangannya dari hal yang haram dan menjaga kehormatan serta mengharamkan zina dalam banyak ayat.
Allah SWT telah berfirman:
"Barangsiapa yang berbuat demikian, nescaya akan menemui dosa(seksa)."
(Al Furqan: 68)

Dirawikan dari seorang sahabat dia berkata, "Hindarkan akan zina. Di dalamnya terdapat enam hal. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia adalah berkurangan rezeki, putus ajal dan bermurka durja. Ada pun di Akhirat, kemurkaan Allah, hisab yang berat dan masuk neraka."

Dirawikan bahawa Nabi Musa a.s. berkata," Ya Tuhan,apakah seksaan utk org yang berzina?"

Allah SWT menjawab,
"Kukenakan padanya baju besi dari Neraka. Kalau diletakkandi gunung, tentu hancur."

Dirawikan bahawa perempuan nakal lebih disukai Iblis daripada lelaki jalang. Dalam kitab al Mashabih, Rasulullah SAW bersabda:
"Jika seseorang berzina, hilanglah imannya dan di atas kepalanya ada semacam kegelapan. Jika dia bertaubatdari perbuatan itu, iman akan kembali kepadanya."


Dalam kitab 'Iqna' ada menyebutkan, Rasulullah SAW bersabda:
"Tiada ada dosa yang lebih besar di sisi Allah daripada lelaki yang meletakkan mani pada orang yang tidak halal baginya."

Ada pun liwat lebih besar dosanya. Dirawikan dari Anas bin Malik ra dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
" Barangsiapa liwat takkan cium bau syurga. Meskipun bau itu tercium dari sejauh lima ratus perjalanan. "

Qadli Imam ra berkata: Ku dengar seorang guru berkata, "Setiap wanita disertai satu syaitan dan setiap lelaki disertai dengan lapan belas syaitan."

Dirawikan , "Siapa mencium lelaki denga syahwat, Allah meyeksanya di Neraka lima ratus tahun. Jika mencium dengan syahwat, bagai zina dengan tujuh puluh gadis. Siapa berzina dengan gadis, seolah-olah berzina dengan tujuh pulu janda."

Dalam Kitab 'Raunaqut Tafasir', al-Kalbi berkata, "Orang pertama yang berbuat seperti kaum Luth adalah Iblis. Ia menjelma sebagai pondan cantik, merayu mereka sehingga mereka menikahinya. Kemudian hal itu jadi kebiasaan mereka. Sampai Luth diutus melarang kebiasaan itu dan mengajak mereka menyembah Allah SWT, sekaligus mengancam mereka daripada biasa berbuat maksiat kepada Allah swt. Mereka menentang dengan berkata, " Datangkan seksa itu jika kamu benar."

Kemudian Luth mohon kepada Nya agar menolongnya menghadapi mereka. Segera sahaja Allah swt menghujani mereka dengan batu yang masing-masing tertulis nama orang yang menjadi sasarannya. Itulah makna firman Allah SWT:
"Lagi diberi tanda di sisi Tuhanmu."
(Hud: 82)

Diceritakan seorang saudagar kaum Luth sedang berada di Mekkah. Lalu meluncur batu hendak mengenainya di tanah haram. Malaikat berkata kepada batu itu,"Kembalilah! Lelaki itu sedang berada di tanah haram." Lalu batu itu kembali dan berhenti di luar tanah haram antara langit dengan bumi selama empat puluh hari. Ketika saudagar itu keluar dari tanah haram, segera batu itu merejamnya sampai mati. Demikian pula isteri Luth. Ketika mendengar huru-hara itu ia berkata. "Bala mengena kaumku." Lalu batu itu menjunam kearahnya hingga mati.



sumber: Terjemahan Kitab MUKASHAFAH AL QULUB oleh Imam Al-Ghazali. (PENENANG JIWA)

Saturday, February 20, 2010

CORETAN MIDYEAR IMTIHAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat2 perjuangan ana di luar sna.
Agaknya macam dah lama jugak tak menulis kan. Lagipun sekarang ni ana tengah dalam minggu imtihan Mid Year. Cuaknya la. Semoga dengan usaha dan kekuatan yang ada ni Allah dapat bantu lah kawan2 ana dan ana sendiri utk jawab soalan Mid Year ni. Apa-apa pun kita berserah dan bertawakal kepada Allah. InsyaAllah. :)

Ana pun takde nak tulis ape. cume nak minta maaf la sementara masih sempat ni kepada semua orang. Andai selama ni coretan ana ada yang menyinggung perasaan atau perlakuan ana sendiri ke, harap dimaafkan supaya tak menyekat segala usaha yang ana dah buat selama ni. asif jiddan. ma'alisy.. huhu.

Kepada sahabat2 yang tengah imtihan tu pun ana ucapkan selamat dan bittaufiq wannajah! Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi antara golongan yang dapat memberi sinar kepada Islam dan membangunkan kembali tamadun Islam yang megah dan agung pada suatu masa dahulu. insyaAllah. Yang penting, mari kita sama-sama betulkan niat belajar adalah untuk Allah dan agama Allah iaitu Islam. Untuk menjadikan Islam dipandang tinggi di mata dunia terutamanya kepada golongan bukan Islam supaya dakwah dan perjuangan yang kita bawa ini berjaya membuka mata dan hati mereka utk 'mendekati' kita.

Oklah, itu saja kot buat masa ni. Doakan kejayaan ana dan sahabat2 ana di sini.

JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRAH.

:))

Tuesday, January 12, 2010

Adam kau pimpinlah Hawa.

Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Sesungguhnya

aku adalah Hawa,temanmu yg kau pinta semasa kesunyian di syurga

dahulu.

Aku asalnya daripada tulang rusukmu yg bengkok.

Jadi tidak

hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan

darimu,sentiasa mahu terpesong dari landasan krn aku buruan syaitan.


Adam! Maha Suci ALLAH yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya

pd akhir zaman.

Itulah ketelitian ALLAH dlm urusanNYA.

Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia dgn darah dan

kacau-bilaulah suasana.

Adam sama Adam bermusuhan krn Hawa.

Buktinya,peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman

cucu-cicitnya.

Jika begitu,maka tidak selaraslah undang-undang ALLAH

yg mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari

empat pd satu masa.


Adam! Bukan krn ramainya isterimu yg membimbangkan kau.

Atau sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku.

Tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu.

Sejak dulu lagi aku sudah tahu bhw aku

mesti tunduk apabila menjadi isterimu.

Namun,terasa berat pula untukku menyatakan isi hati.


Adam! Aku tahu,al-Quran ada menyatakan kaum Adam memimpin kaum

Hawa.Kau diberi amanah untuk mendidik aku.

Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dlm redha ALLAH.

Tapi,aku dan kaumku kini telah ramai menderhakaimu.

Menyimpang dari jalan yg telah disyariatkan.

ALLAH perintah aku tinggal di rumah.

Bukan berjalan-jalan di pasar atau di bandar sewenang-wenangnya.

Jika keluar pun,seluruh tubuhku mesti ditutup ikut syariat.

Tapi,ramai Hawa yg melanggar batas-batas itu.

Adam! Mengapa engkau biarkan aku begini? Aku jadi ibu.

Jadi guru. Menjaga dan didik anak-anakmu.Waktu yg sama aku mengurus dan mentadbir negara.

Ke hutan memikul senjata.Padahal,kau duduk saja.

Ada di antara kaummu yg menganggur.

Kau tidak seperti dulu lagi.


Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?


Adam! Marahkan kau jika kukatakan, “Andainya Hawa terpesong,maka Adam patut tanggung!”

Mengapa begitu Adam?

Ornag kata, “Jika anak jahat emak bapa tak pandai didik.Jika murid bodoh,guru tak tahu mengajar!”


Adam kau selalu kata, “Hawa memang degil.Tak mahu dengar

kata.

Tak mudah makan nasihat.Kepala batu.”

Pada hematku yg dhaif ini Adam,seharusnya kau tanya dirimu, “Apakah didikanmu padaku seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isteri baginda?

Adakah layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?


Adam! Sebenarnya, kau imam dan aku makmum.Aku pengikutmu dan kau ketuaku.

Jika kau benar, maka baiklah aku.

Jika kau lalai,aku juga lalai.

Kau punyai kelebihan akal,aku pula kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan,nafsumu satu.

Aku! Akalku satu nafsuku beribu.

Oleh itu Adam! Pimpinlah aku dari kelalaian.

Aku sering tergelincir krn dorongan nafsuku dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah aku menghayati kalimah suci ALLAH.

Perdengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar tenang

hidupku.Hembuskan roh jihad ke dlm hatiku agar aku menjadi

mejahidah,kekasih ALLAH.


Adam! Andainya aku masih lalai krn sikapmu sendiri.

Segan menuruti langkah para sahabat.

Masih gentar mencegah mungkar.

Maka,tunggu dan lihat,saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yg memerintah.


Kau akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri!

Lebih teruk lagi,engkau malu dan bersalah pada Tuhanmu yg kau Agongkan.

Thursday, January 7, 2010

Aurat Daripada Perspektif Fizik







Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah daripada wanita yang berpakaian “liberal” kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronisme yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian
Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen daripada satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah daripada segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan daripada segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada Tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Muslimat

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima. Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar daripada badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas daripada unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan.

Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan. Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha
J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, “eksperimen” dilakukan ke atas 3 jenis wanita:

wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah
wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat
wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.



Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan.

Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas daripada suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya “mengurung” wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar
m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas
J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa. 2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian. 3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama. 4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan merendah diri, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan
Daripada eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi: J = mc x tetha.

Oleh itu, hipotesis diterima.
Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam
Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu. Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan? Fikirkan.

Friday, October 23, 2009

Perjalanan Hidupku Di Mesir.

baby Kak Sah. namanya Saadah. comel kan. huhu :)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.



Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w dan semoga kita semua berada dalam rahmat dan kesejahteraan Allah hendaknya.



Ana dah lama sebenarnya tak update blog ni. Arghh. rasa menggelegak rindu ana nak update blog. hehehe. (ceh ayat.. huhu) :p



oklah. Ana sekarang tengah tak tahu nak buat apa di malam hari yang sangat sejuk ni. Musim sejuk di Mesir dah tiba. Ni baru jek permulaan musim sejuk, belum lg kemuncaknya. macam mana la agaknya nanti. Insyaallah semuanya ok. :)
Sudah hampir sebulan ana berada di Mesir ni. Alhamdulillah semua urusan telah dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Kakak2 musyrifah di sini pun banyak membantu ana dan sahabat2 ana untuk adapt kehidupan di sini. Walaupun di sini tak lah seperti kota Cairo yang mempunyai banyak tempat2 menarik, tapi alhamdulillah kat sini pun ok jugak. Macam2 jugak ada. hehe. cuma tak lah sehebat di Cairo.

Tapi walau apa pun tujuan ana ke sini bukan untuk melancong atau berjalan-jalan, tapi untuk study dan mencapai cita-cita ana untuk menjadi seorang doktor. Insyaallah. Amin. :D



Sepanjang ana di sini, banyak tempat dah ana pergi da sekitar Tanta ni. Awal bahr, Said Nawi, Fathallah, dan suk gaban(pasar). Nama tempat tinggal ana ialah Maarad. kawasan ni ok jugak cuma rumah kat mesir ni biasa la. Macam takk siap. tapi tgk jek macam tak siap tapi kadang-kadang rumah mcm KONDO. huhuhu. pelik org Arab ni kann.



Kehidupan kat sini tak macam kat Malysia. kat Malaysia malam boleh jek nak kuar perempuan secara berkumpulan. tapi kat sini walupun berkumpulan, tapi still kena ada musyrif yang jaga. musyrif tu lelaki atau ikhwah dalam bahasa arab. untuk keselamatan.

Pada seminggu lepas,ana sempat menyertai Program Gema Aidilfitri di Cairo. Best jugak la. cuma makanan tu agak sikit. huhu. maklumlah, ana ni orangnye makan byk. kalau nak kawen ngan ana kena sediakan makanan tu lebih2 sikit la. hehe. :p gurau je. Kat Cairo tu semua student perubatan dari semua muhafazah(cawangan) datang. Dari Alexandria, Mansoura, Cairo sudah pasti,Zaqazig dan Tanta sendiri.

Memang ramai la. Tak terkira. Dalam Ahmar tu semua yang berniqab kena bukak sebab untuk keselamatan bersama. Tak tahulah kenapa.




ana dan sahabat2 ana yang pergi Gema Aidilfitri di Cairo.





GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

first day ke gam'ah. lpas kuliah terus jek beli aiskrim. :D
lawat imarah baru ana dan sahabat

p/s: Ada seorang ustaz sedang mencari jodohnya di sini. Ustaz tu offer siapa2 yang kawen dgn nya akan dapat nafkah 1000 genih sebulan. Siapa lah agaknya tu jodoh ustaz tu. XD

























Thursday, September 3, 2009

Beruntunglah Bagi Mereka Yang Asing

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]


Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:


“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]



Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]


Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,


“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]


Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,


“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”


Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,


“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”


Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.


Tooba lil Ghurabaa’!


Firman Allah SWT:


“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]


Allah SWT juga menyebut:


”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)”
[Yusuf 12: 103]


Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:


“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]


Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:


“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]


Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.


Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:


“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]


Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.

Level of Love Based From Al-Quran




Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).


Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki
8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1.
Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2.
Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3.
Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4.
Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5.
Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6.
Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7.
Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8.
Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)



Thursday, August 20, 2009

Kisah Kak Ayu!


Ketika sedang sibuk browsing internet tentang maklumat untuk dipostkan di blog saya kali ini, saya tertarik dengan tajuk artikel yang telah dipostkan di laman web www.azzariyat.com iaitu Kisah Kak Ayu.
Setelah dihayati stiap isi yang ditulis di dalam blog itu saya tergerak untuk postkan kembali artikel tersebut untuk dikongsikan dengan sahabat2 Islam saya mengenai kisah Kak Ayu ini yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran.
Siapakah Kak Ayu ini? Adakah artis yang berlakon dalam cerita NurKasih? Atau seorang penceramah? Sehingga menjadi tajuk post saya pada kali ini.
Yang penting bukan saya. :p tapi adalah seorang pelajar PHd di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Apa yang buat saya tertarik menulis kisah hidup Kak Ayu ini adalah kerana apa yang dilalui oleh Kak Ayu kebanyakannya dilalui oleh kita semua Cuma yang membezakannya adalah bagaimana Kak Ayu bangkit dari kegagalannya. Saya cuba kongsikan kisah hidup Kak Ayu dengan pembaca.
Ungkapan Kak Ayu:
“ Saya berasal dari Kelantan dan dulu saya hanya bersekolah di sekolah berdekatan dengan rumah saya, Sekolah Kebangsaan Zainab 2. Saya rasa excited nak berkongsi cerita dengan adik-adik semua, saya minta saya dijauhkan daripada rasa riak dan ujub. Cerita saya ni bukan nak membangga-banggakan diri, Cuma ingin berkongsi cerita untuk jadi pengajaran buat adik-adik. Saya mula kenal usrah mase dekat matrik. Mase tu semua usrah saya join. Semangat la katakan. Kat sana kalu bab-bab couple ni, saya la paling kuat membangkang. Tapi result saya jatuh bila saya membabitkan diri dalam usrah. Ye la, usrah sampai malam, assignment tak siap lagi, tapi letih nak tido. X pe la saya pegang prinsip “ kalau kita tolong agama Allah, Allah tolong kita balik”. Tapi kalu kita pegang prinsip tu pun, kalu kita tak usaha tak kemana jugak kan. Result saya jatuh, jadi berkadar songsang dengan result-result sebelum ni. saya dapat pointer cukup-cukup makan je. “
“ lepas tu dapat tawaran g UUM, saya pikir nak pegi ke tak. Ye la, dah la jauh, orang cakap dalam hutan pulak tu. Tapi lepas pikir-pikir balik, xpe la. Saya pegi. Mula-mula study saya biasa-biasa je. Tapi ada satu perkara yang menjadi titik tolak kepada perubahan saya. Masa saya duduk dalam halakah, ada orang bagitau saya, seorang Chinese pernah cakap kat dia, “ orang Melayu ni jadi bodoh, mundur sebab mereka beragama Islam la”. Lepas saya dengar tu saya menggeletar, nak marah sangat, tapi saya sabar.”
Mungkin Kak Ayu merasa dirinya tidak layak bangun menyalahkan apa yang diperkatakan Chinese tadi kerana masa tu result dia rendah. Kalu dia bangun membantah, pasti memakan diri sendiri kerana keadaan dirinye sudah ‘membetulkan’ dakwaan Chinese tadi.
“ Sejak saya dengar ayat tu, saya jadi berfikir, aku kena buktikan pada Chinese tu bahawa agama Islam ni tak salah. Lepas tu saya duduk je dalam bilik, belejar. Memang belajar je la saya masa tu. Akhirnya saya dapat pointer 3.89. wahhh, terkejut saya. Mak saya pun terkejut. Dan lepas tu saya jadi bersemangat untuk belajar dan Alhamdulillah saya dapat anugerah pelajar cemerlang masa graduasi hari tu. Kalu boleh, saya taknak pakai jubah graduasi tu. Nak pakai jubah sendiri, nak tunjuk tudung labuh saya ni. bukan sebab nak riak, tapi nak tunjuk bahawa orang Islam ni boleh berjaya.”“ Saya pernah terfikir, kalau la yang naik ambik anugerah cemerlang tu semua bertudung labuh, mesti best. Sebab kalau saya sorang je naik ambik, mesti orang cakap ‘alah, budak tu memang terror’. Tapi kalu sume yang naik tu tudung labuh, mesti orang akan pikir macam ni. ‘eh, semua tudung labuh ni. oo rupanya diorang ni dari kumpulan yang sama, kumpulan yang mempraktikkan gaya hidup Islam dalam kehidupan mereka.’. kan best kalau macam tu.”
Itu saja yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Menyedari diri ini berada dalam keadaan yang seakan-akan sama dengan Kak Ayu, saya lantas menulis article ini. Cuma sedang cari titik tolak untuk saya mulakan kembali perjalanan hidup saya yang diiringi kejayaan seperti Kak Ayu. Ingatlah, jangan salah berpegang dengan ayat Allah,
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(47:7)
Jika kita berpegang ayat ini tanpa usaha, mustahil kita beroleh kejayaan kerana sunnatullahnya, siapa berusaha dia berjaya. Jangan ‘salahguna’ keyakinan kita pada Allahs.w.t. jika mahu bertawakal, berserah, pastikan usaha kita setimpal dengan tahap tawakal kita.Ini cuma satu bentuk pesanan kepada diri saya yang alpa dan juga sebagai satu perkongsian kepada pembaca. Bila kita memutuskan untuk berdakwah ketika masih bergelar pelajar,pegang prinsip ini
“DAKWAH NO.1, AKADEMIK BUKAN NO.2
AKADEMIK NO.1, DAKWAH BUKAN NO.2”
Dakwah dan akademik kedua-duanya sama penting. Indah hidup ini andai kehidupan dunia kita diiringi dengan bekalan kehidupan diakhirat. Moga berjaya didunia, akhirat gemilang.
“AKADEMIK CEMERLANG, DAKWAH DIJULANG”
p/s: Sempena Ramadhan yang kian tiba ini, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat saya sekiranya saya ada melakukan kesilapan kat antum dan antunna semua secara terang atau pun tersembunyi. Semoga sahabat semua memaafkan saya supaya amalan saya tak tersekat kerana dosa saya pada sahabat. :) asif jiddan.

Monday, August 17, 2009

Bila Malu Dah Tiada..Maksiat Berleluasa.


Hakikat Sifat Malu

Sifat malu ada yang positif dan ada juga yang negatif. Malu yang positif akan menjauhkan seseorang dari perbuatan maksiat, salah dan keji. Malu yang positif akan juga menimbulkan rasa bersalah kepada seseorang apabila ia meninggalkan perintah dan suruhan Allah Ta’ala.
Malu yang negatif pula menghalang seseorang itu dari melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan. Malu negatif ini juga kadang-kala menyebabkab seseorang itu terdorong untuk melakukan perbuatan maksiat, salah dan keji, umpamanya lantaran malu diangap sebagai kolot atau ketinggalan zaman maka ia sanggup mendedah aurat, minum arak, merokok dan seumpamanya.
Sebagai seorang yang beriman, kita seharusnya memiliki rasa malu yang positif, sehingga lahir nilai malu yang sebenar-benarnya di hadapan Allah Ta’ala apabila melakukan apa yang dilarang dan dibenci-Nya, atau ketika meninggalkan apa yang diperintahkan-Nya.
Perhatikanlah dialog Rasulullah S.A.W dengan para sahabat dalam sebuah majlis.
Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.” (Riwayat Imam At-Tirmizi)
Rasulullah S.A.W selalu berusaha memahamkan para sahabatnya tentang hakikat malu kerana malu merupakan salah satu sifat mulia dan terpuji. Bahkan, ia merupakan teras keimanan. Sabdanya,
”Tidak ada iman bagi orang yang tidak punya malu.”
Untuk memupuk dan memelihara rasa malu yang positif, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, umpanya;

[1] Menjaga kepala dan fikiran.
Maksudnya adalah menjaga seluruh deria atau pancaindra yang dikendalikan oleh kepala. Ia tidak mempergunakan pancaindra itu kecuali dalam perkara dan urusan yang diredhai Allah Ta’ala. Fikirannya tidak akan digunakan untuk mencetus idea-idea yang menjurus kepada maksiat. Matanya tidak akan digunakan untuk melihat aurat atau apa jua larangan Allah Ta’ala. Telingganya tidak akan digunakan untuk mendengar gosip, umpatan atau perkara-perkara yang sia-sia dan melalaikan seperti muzik dan nyanyian. Mulutnya tidak akan digunakan untuk berdusta, mengumpat, mencela, menfitnah, menyanyi dan seumpamanya.
[2] Menjaga perut dan isinya.
ertinya ia tidak memakan sesuatu kecuali yang halal kerana itulah yang diperintahkan Allah Ta’ala dalam firman-Nya :
‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu.” (Al-Baqarah : 172)
Makanan yang tidak halal yang masuk ke dalam perut akan mengakibatkan kerosakkan pada hati. Bahkan akan meningkatkan nafsu serakah untuk melakukan perbuatan hina dan keji.
[3] Mengingati mati dan kehancuran tubuh setelah mati serta membayangkan kematian selalu ada di depan mata.
Rasulullah S.A.W bersabda,
”Perbanyaklah mengingati si pemusnah kenikmatan, iaitu kematian.” (Riwayat Imam At-Tirmizi).
Mungkinkah seorang yang sentiasa mengingati mati melakukan larangan Allah Ta’ala?
Umpamanya seorang wanita yang meyedari hakikat bahawa lambat-laun ia pasti akan mati dan tubuh badan akan hancur bercampur tanah, pastinya tidak akan menyalah-gunakan kecantikan atau kejelitaan dirinya, kerana segala kecantikkan dan kejelitaan itu akan berakhir apabila maut datang kepadanya. Tambahan pula ia yakin bahawa jika ia tidak menutup auratnya, jika ia tidak menjaga batas pergaulannya, jika ia tidak menjauhi perbuatan maksiat, pastinya nanti apabila ia bersemadi berseorang di dalam liang lahad, berbagai azab seksaan yang amat berat sedang menantinya di sana. Ia sentiasa menyedari bahawa tubuh badannya yang lemah, kejelitaan yang sementara dan apa jua kelebihannya di dunia ini tidak akan berupaya mengurangkan atau menghilangkan kesakitan yang bakal ditanggung di alam Barzakh.
[4] Meninggalkan perhiasan dunia.
Ertinya, ia tidak terperdaya oleh janji-janji manis dunia, sehingga ia tidak disibukkan oleh hal-hal itu dari mengingati Allah Ta’ala dan akhirat yang merupakan tempat kembalinya.
Allah Ta’ala berfirman:
”Maka, janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu. Dan janganlah penipu (syaitan) memperdaya kamu terhadap Allah.” (Luqman: 33)
Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi…
Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.
Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah Ta’ala mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.
Dalam sebuah hadith riwayat Imam Al-Bukhari, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
Hadith ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca agama, kerana akal yang waras turut mengakui bahawa malu sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.
Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah Ta’ala itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.
Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah Ta’ala, tidak gerun kepada neraka-Nya dan tidak cinta kepada syurga-Nya. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah Ta’ala timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.
Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak saperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita. Bahkan terselamatlah kaum lelaki dari berbagai gejala dan maksiat serta larangan.
Wallahu’alam.

Tuesday, August 11, 2009

Wahai penolong Agama Allah, dimanakah kamu?!!


Apabila diteliti balik,artikel yang menjadi tatapan ramai mesti artikel yang berkisar tentang couple.Ramai yang ingin tahu apa hukum couple,kalau couple itu dibolehkan,apa syarat-syaratnya dan bagaimana couple memberi kesan kepada perkahwinan pada suatu hari kelak.Talkshow seperti ‘Aku Dibius Cinta’ mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga penonton yang hadir terpaksa bersila di atas lantai.Kenapa kita semua ingin tahu tentang cinta?Kerana kita semua sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berkahwin.
Bercakap tentang berkahwin,secara peribadinya ana sendiri sangat inginkannya.
Semasa menjadi cashier di kedai,apabila melihat anak-anak kecil bermain dengan ibu bapa mereka yang masih muda, lahir perasaan cemburu terhadap mereka.Terkadang ada juga ana rasakan diri ana sudah layak untuk berumahtangga tetapi apabila difikirkan secara mendalam,jelas sekali apa yang ana rasa itu hanyalah satu fantasi yang jauh dari realiti.Bagi ana, perkara yang paling penting untuk difikirkan apabila berkahwin ialah anak-anak kerana mereka adalah amanah dari Allah.Apa sahaja kita ajar mereka, semuanya akan disoal oleh Allah di akhirat esok.
Pada awalnya ana yakin ana mampu mendidik anak-anak ana menjadi anak-anak yang soleh dan solehah tapi selepas menetap di Selangor,menyaksikan dengan mata kasar sendiri realiti remaja,ternyata kail ana hanya panjang sedepa.Dulu,semasa di Kelantan,kalau ada seseorang lakukan keburukan, dia akan memberi alasan, “rilek la,KL teruk lagi.”Sebenarnya ana tidak tahu kenapa ayat itu boleh muncul,tapi selepas datang sendiri ke KL,semua menjadi jelas.
Semasa berada di U1,dalam kelas enkaku jugyou yang agak memboringkan, seorang rakan memulakan bicara.
“Aku dulu pernah tidur dengan pompuan,”beritahu dia dengan bangganya.
“Betul?Pakai baju tak?”Soal ana,semangat inkuiri ana sedang meningkat.
“Bogel la.Aku tak pakai baju,die pun tak pakai baju,”terang dia lagi.
“Gile la ko.Kompom best kan.Berape kali?Sekali?2 kali?”
“Ape kelas 1,2 kali.Aku tiap-tiap malam.”
“Dari form 5?”
“Takla,dari form 3 lagi.Die yang cabar aku datang umah die kol 2 pagi,aku g la.Pastu,bile wat sekali,memang esok tu nak lagi la.”
“Maksudnye,ko tidur tu kat umah die?”
“A’a,kitorang kunci pintu.Ade gak skali mak die nak masok bilik,then aku nyorok bawah katil,huhuhuuh.”
“Pastu,ko balik umah kol wape?”
“Biase kol 5 hingge 6 pagi la.Parent die bangun lambat.”
“Ko solat subuh tak?”
“Nak solat ape bendenye,da tak suci.”
“Lor,kan ko balik kol 5 pagi.Sempat je mandi.”
“Letih bai.Aku balik,aku tidur.Then mak aku kejut untuk ke sekolah,kalo aku sempat mandi,aku mandi.Kalo tak,layan je.”
Sungguh menyedihkan apabila seorang pelajar perempuan tingkatan 3 berani menyeludup masuk kekasihnya ke dalam rumah ibu bapanya sendiri dengan hasrat untuk bermesra-mesraan.Ana yakin ibu bapa kepada pelajar perempuan itu telah mendidik pelajar perempuan itu dengan baik kalau tidak masakan dia mampu bertudung litup menututp kepala.Bayangkan kawan-kawan, semua ini berlaku di zaman kita,zaman anak kita?Mengerikan.
Hebat mana pun tarbiyah ibu bapa,jika caranya tidak menepati kehendak anak-anak,pasti mereka akan ditipu oleh anak-anak mereka.Di hadapan ibubapa mungkin anak-anak pijak semut pun tidak mati,tapi di belakang ibu bapanya,gajah pun dilanggar bodoh je.Didikan dan anak-anak ini umpama enzim,salah bentuknya maka enzim tidak berfungsi. Terlampau manjakan anak,jadilah seperti Sazali.
Itulah perkara yang menyebabkan ana berasa sangat runsing untuk berkahwin.Adakah mampu ana didik anak-anak ana seperti ibu bapa ana didik ana?Jika anak-anak sekarang sudah berani lakukan perbuatan terkutuk itu,bagaimana pula anak-anak 10 tahun akan datang?
Wahai kawan-kawan,artikel itu bukanlah berfokus kepada anak-anak semata-mata,apa yang cuba ana sampaikan bahawa apa yang berlaku di zaman ini. Maksiat berleluasa.Orang yang tidak berpegangan tangan lelaki dan perempuan dianggap kolot, tidak merokok dikira childish dan tidak mengoyak seluar dikatakan tidak stylo.Sedarlah,masyarakat tengah menderita kawan-kawan.
Kalau ingin tunggu sampai Allah turunkan lagi nabi untuk membawa kita ke jalan pulang,tunggulah sampai bulan jatuh ke riba.Allah tidak akan menghantar lagi Rasul kepada kita,Muhammad ialah nabi dan Rasul terakhir. Tugas menyeru manusia ke arah kebaikan ialah tugas kita.Kita pewaris nabi andaikata kita menyambung apa yang dikerjakan oleh nabi.
Kita tidak perlu tunggu ilmu selautan baru hendak berdakwah,cukuplah dengan kalimah ‘tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah’.Kata nabi, “sampaikan olehku walau satu ayat.” Kalau ada satu ayat pun Rasul suruh kita sampaikan kepada orang lain , inikan pula 10000 ayat.
Wahai kawan-kawan,lihatlah di sekeliling kamu,lihatlah kawan-kawan kamu.Mungkin mereka nampak baik,sopan di hadapan mu tetapi mereka semua bagaikan bulan purnama.Cuba dekatinya,pasti kamu akan terlihat kawah-kawah yang mengerikan.Dekatilah kawan-kawan kita semua,kenalilah mereka dan ajak lah mereka ke jalan Allah tanpa berputus asa.
Jika kita tidak bimbang untuk kawan-kawan kita,ana pohon satu sahaja, bimbanglah untuk anak-anak kita esok.Kalau anak-anak sekarang sudah pun teruk, zaman mereka?
“Takpe,aku hantar anak aku g sekolah agama,”
Wahai kawan,ana bekas pelajar sekolah agama.Ana mempunyai kawan-kawan yang pernah menjadi naqib,menegur anak buah supaya jangan bercouple tetapi di luar sana dia bercouple secara tegar.Pantang berpisah,pasti menangis.Ana ada juga kawan yang menjadi mat motor.
Hobinya melakukan seks dengan perempuan jalanan.Kawan ana ini dulunya berserban, qiamullailnya tidak pernah miss dan bacaan al-qurannya enak didengar.Tapi sekarang?Semoha Allah memberi hidayah kepada dia dan kita.
Percayalah kepada ana,jika kita tidak mengubah nasib kita dan kawan-kawan kita sekarang,pasti nasib yang sama akan menimpa anak-anak kita.Jika anda masih mampu berdiam dan tidak ingin berdakwah,menjadikan sibuk study sebagai alasan,tengoklah kehancuran umat Islam sehari demi sehari.
Wahai penolong agama Allah,di manakah kamu?!!!