Saturday, November 27, 2010

Ukhwah Islamiyah

MUQADDIMAH

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana (Al Anfaal ayat 63)


KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:


Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).


Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.


Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.


Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.


1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.


Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.


2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).


3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.


4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).


5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).


Rasulullah s.a.w juga bersabda:

Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).


Rasulullah s.a.w juga bersabda:

Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).


Rasulullah s.a.w juga bersabda:

Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda:

Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).


SYARAT-SYARAT UKHWAH

a. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah swt. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.

Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”

Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.

Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”

Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.


b. Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad saw telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:

Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut). (Muntafaq ‘Alaih)

Namun demikian, ia tidak beerti kita tidak boleh langsung berkomunikasi atau bersahabat amaada kepada golongan yang tidak baik atau kafir, tetapi di dalam konteks ini kita mestilah istiqomah agar tidak terjebak atau terpengaruh dengan sebarang keburukan. Sebaliknya kita yang menguasai situasi sebagai pendakwah. Contohilah ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan.

c. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.

Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah swt sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Sebagaimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:

Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.

Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

d. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.

Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt di dalam Surah al-Asr:

Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)

e. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah atau senang.

Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah saw dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah ataupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya (Muntafaq ‘Alaih)


Hak-Hak Ukhwah

a. Memberi salam
b. Menjawab salam
c. Menziarahi sahabat yang sakit.
d. Mengiringi jenazah
e. Memenuhi undangan.
f. Mendoakan sahabat ketika bersin.
g. Menolong mereka yang dizalimi.
h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
i. Menolong mereka yang kesusahan.

Selain itu Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:

1) Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:

Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain

2) Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.
3) Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.
4) Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik. Saidina Umar pernah berkata: “tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.
5) Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.
6) Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.
7) Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.
8)
Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.


KESATUAN AQIDAH

Ia merupakan faktor terasas dalam pembentukan Wahdatul Amal dan Wahdatul Fikr. Tumpuan utama dalam menyatupadukan Aqidah ialah dengan mentauhidkan Allah kerana tuntutan tauhid adalah bertunjangkan Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid yang diimani inilah yang menjadi asas kefahaman yang jelas seterusnya melahirkan amal Islami yang ikhlas. Firman Allah swt yang bermaksud:

Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut lalu mereka beriman kepada Allah, seungguhnya mereka telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat dan tidak akan ia putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (al-Baqarah : 256)

Berdasarkan Sirah Rasulullah saw, baginda pada permulaannya telah menjalankan usaha memperbetulkan aqidah masyarakat daripada kekotoran syirik dan kufur kea rah mengesakan Allah bagi mencapai kesatuan ummah. Manakala menurut Hassan al-Banna pula, beliau mengelakkan daripada berlaku perpecahan dengan memberikan kefahaman yang jelas dan menutup pintu penyelewengan.


KESATUAN AMAL DAN MATLAMAT

Hasil daripada kesatuan fikrah dan kefahaman, maka akan lahirlah kesatuan amal dalam jemaah kea rah matlamat yang satu. Apa yang paling penting dalam merealisasikan kesatuan amal dan matlamat adalah wala’ dan taat yang mutlak kepada Allah, Rasul dan ketaatan kepada jalan yang benar kepada pimpinan. Segala yang diputuskan oleh pimpinan perlu ditaati selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat. Keingkaran kepada perkara tersebut dan saling merasa hebat akan mewujudkan perpecahan dalam jemaah biarpun wujudnya kesatuan fikrah di dalamnya.

Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beilau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.

Kesan daripada tiadanya amal dan system di dalam gerakan Islam dan dakwah, kita dapati banyak kumpulan yang mendakwa mereka sebagai badan Islam dan dakwah, sedangkan cara yang dilakukan adalah bertentangan dengan syara’. Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa untuk samaada menyertai atau menyokong jalan tersebut walaupun matlamatnya adalah untuk Islam (matlamat menghalalkan cara).

Jalan atau cara yang perlu dilalui oleh anggota jamaah dan ahli gerakan dakwah ialah:

a. Iman yang mendalam.
b. Kefahaman asas yang mantap.
c. Pembentukan dan perancangan yang rapi.
d. Bekerja dan beramal dengan berterusan dan ikhlas.

Manakala matlamat umum jamaah Islam adalah untuk mendapatkan Mardhatillah dengan berusaha melaksanakan tugas mendaulatkan Syariat Islam sebagai sebuah kuasa yang memerintah. Daulah Islamiyyah yang dimaksudkan adalah yang berteraskan ajaran Tauhid bukannya dari pemikiran Orientalis atau golongan Sekular dan ia menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim.


p/s: manisnya ukhwah fillah. :)

Friday, November 26, 2010

You want to burn the QURAN? Watch this first..




So, if you feel like want to burn this HOLY QURAN of the Muslims, recite it first then you will feel the comfortness after reading it which is what you actually need as well as the Muslims..




-I LOVE ALLAH, I LOVE MUHAMMAD, I LOVE QURAN-





p/s: The teachings of Islam are so beautiful! I'm glad to be a Muslim and feel so thankful for this ni'mat of Islam. Thank you Allah.. Alhamdulillah..

Thursday, November 25, 2010

Aku buat sebab aku CINTA!

"Akak, kenapa akak nak jadi doktor?"

"Kerana cinta dik."


"Cinta? Oo. Ni mesti sebab kawan akak nak jadi doktor, akak pun nak jadi doktor eh? kan?"


"Kerana cinta akak pada Allah dan Rasulullah."



Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah hubungannya kerjaya doktor dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah. Cinta itu membuatkan kita mendalami, menghayati, dan menyusuri setiap apa yang kita cintakan. Cinta itu membuatkan kita menghayati satu hala tujuan itu dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati, walau ada halangan yang datang, cinta membuatkan kita tetap teguh dalam menyusuri langkah cinta kita.



Ramai bertanya kenapa nak jadi doktor? Kerja doktor ni kan busy. Awak tu dah la perempuan. Tetapi hati ini tetap dengan jawapan sendiri. Kerana Islam. Kerana Allah. kerana Rasul. Kerana cinta. Kerana Cinta itu Dakwah!Dan dakwah itu adalah perjuangan Rasulullah. Aku cintakan Rasulullah. Kerana itu semualah aku tetap berada di jalan ini. Kerana itu jugalah aku di sini menggunakan segala tenaga aku untuk memenuhi kehendak cinta aku itu..


Dalam jalan yang dipilih ini, aku tidak memandang kerjaya doktor ini sebagai satu 'MATERIAL' semata-mata. Percayalah, jadi doktor ni tak seperti yang kamu sangka. Pendapatannya tak setimpal dengan apa yang kamu buat untuknya. Cuma pahala sahaja yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan..InsyaAllah..



" Jadi kenapa akak nak jadi Obstretician n Gynaecologist (OnG) pulak? Jadilah yang senang-senang je. Anasthesia ke.. Pakar kulit ke.. Yelah, nanti kahwin susah. dengan anak lagi. siapa nak jaga."


"Akak nak jadi sebab cinta jugak. Cinta akak pada Islam. Dalam Islam sepatutnya pakar sakit puan (OnG) tu haruslah doktor muslimah. Jika tiada doktor muslimah, barulah doktor muslim, jika tiada doktor muslim barulah doktor non-muslim. Cinta itu kan membuatkan kita sangat-sangat nak memenuhi kehendak yang kita cintai itu. Itulah indahnya cintakan Islam."


Ya, aku tahu semua itu kehendak masing-masing. Sahabat-sahabat aku selalu mempertikaikan kehendak aku itu. Ada yang cakap OnG ni dahla kena deal dengan 'privacy' orang. Kadang-kadang dorg tak titik beratkan 'hygiene' dorg. Tak sanggup!



Bagi aku sebagai muslimah aku amat bertanggungjawab dalam hal ini. Pada akhir zaman ni golongan wanita lebih ramai dari golongan lelaki. Tetapi pernah terfikir tak kenapa OnG ni lebih ramai golongan lelaki dari golongan wanita? Kemana golongan wanita pergi? Kemana mereka untuk menunaikan kehendak agama sendiri? Fikir-fikirkanlah.. Dan aku ingin menjadi golongan yang menunaikan kehendak agama.



Ya. Aku tahu amat s
usah menjadi OnG. Tetapi bukankah mereka yang menolong agama Allah itu akan ditolong oleh Allah?




Subhanallah. Sebenarnya jalan kita ke syurga ini tidak pernah mudah. Semuanya perlukan pengorbanan, perjuangan yang tidak pernah kenal erti lelah. Ingatlah wahai sahabat, ini juga jalan dakwah dan dakwah itu sendiri tidak mudah. Amat memerlukan pengorbanan. Sangat memerlukan pengorbanan! Kita lihat sendiri bagaimana Rasulullah saw dalam dakwahnya. Penat lelahnya menegakkan Islam dimuka bumi ini. Adakah kita sebagai umatnya tidak mahu meneruskan perjuangannya yang pernah baginda mati-mati perjuangkan dahulu? Tidakkah kita sedih jika melihat Islam ini terkapai-kapai tanpa ada penjuru-penjuru agama yang mengukuhkan kemuliaan Islam? Wallahualam.




p/s: Jomlah jadi OnG wahai sahabat-sahabat akhawat sekalian. Meramaikan pakar sakit puan wanita. Tak sanggup tengok ramai pakar sakit puan lelaki. T_T

Tuesday, November 16, 2010

Formula 5F Islam Dihancurkan oleh Yahudi.

1. Filem

Melalui filem bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem

2. Famili (keluarga)

Menanamkan amalan hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendeadh aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

3. Fesyen

Memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa

4. Fun (hiburan)

Hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan

5. Food (makanan)

Umat Islam lebih selera dan suka menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita tidak tidak sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi


p/s: Petikan kitab yahudi :

“Angka kelahiran orang-orang non-Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.” (Zohar II, 4b)



*Disini ana bagi link tentang PROTOKOL YAHUDI HAPUSKAN ISLAM DAN MUSLIM. Ada 24 protokol semuanya.

Monday, November 15, 2010

T H E F A R A B I A N S


Dari kiri : Rosnida Rusli, Syazana Ayu Hussin, Nooru Azreen Abd Aziz, Nabilah Omar, Huda Najiehah Noordin.

Inilah ahli bait ana. Ana harap semoga semua cita-cita tercapai. Yang penting ikhlas dalam perjalanan hidup ini. Jalan yang dipilih ini bukanlah mudah. Jangan cepat putus asa. Moga-moga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Jadi doktor itu bukanlah sekadar doktor biasa-biasa saje. Jadilah doktor yang memperjuangkan Islam dalam hospital nanti. Bahkan bukan dalam hospital sahaja, tapi di mana-mana sahaja kita berada. Kita ni kan khalifah Allah, hamba Allah. Kita hidup ni bukan untuk jadi doktor sahaje, tapi the main point kita hidup ni adalah sebagai khalifah yang memperjuangkan Islam dan sebagai umat Rasulullah saw yang meneruskan perjuangan Baginda dalam menghidupkan Islam di atas muka bumi ini. InsyaAllah, dengan usaha, doa dan tawakkal, Allah pasti akan memakbulkan. Allah kan pasti memenuhi janji-janjiNya. Cuma mungkin cepat atau lambat sahaja sbb mungkin Allah nak menguji kita betapa kuatnya kita. Tapi Allah takkan menguji kita lebih dari kemampuan kita.



Dr. Rosnida Rusli : Cardiologist
Dr. Syazana Ayu : Obstretician and Gynaecologist
Dr. Nooru Azreen : Opthalmologist
Dr. Nabilah Omar : Opthalmologist
Dr. Huda Najiehah: Obstretician and Gynaecologist


Aminn.. :)



p/s:


ليبلغنّ هذا الأمر ما بلغ اليل والنّها ر ولا يترك الله بيت مدرٍ ولا وبر إلأ أدخله اللهُ هذا الدّين بعذّ عذيذٍ او بذل ذليلٍ, عذّا بعذّ اللهُ به الإسلام وذلاّ بذلِّ به الكفْر ـ

رواه مسلم و ابوداود عن شؤبان.

"Sesungguhnya Islam ini akan sampai ke bumi yang dilalui oleh malam dan siang. Allah tidak akan melewatkan seluruh kota dan pelosok desa, kecuali Allah memasukkan Addin ini ke daerah itu, dengan memuliakan yang mulia dan merendahkan yang hina. Yaitu memuliakan dengan Islam dan merendahkan dengan kekufuran"


Thursday, November 4, 2010

Subhanallah.. Aku pun nak TAQWA, tapi..

Taqwa itu kunci utama dalam kehidupan Muslim. Bagaimanakah untuk mendapatkan TAQWA?

Menjadi seorang Islam itu mudah. Apabila kita sudah mengucapkan dua kalimah syahadah, kita sudah pun menjadi seorang Muslim. Tetapi adakah sekadar Muslim itu mampu menjamin dosa kita diampunkan? Mampukah menjamin kehidupan kita di akhirat kelak? Mampukah menjamin amalan kita akan diterima oleh Allah swt.? Mampukah menjamin pembelaan kita daripada Allah swt? Mampukah menjamin pertolongan kita daripada Allah swt? Sebenarnya inilah yang menimbulkan banyak persoalan dilubuk hati ana.


Lama ana kaji pasal benda ni. Banyak sumber bacaan, dari buku, blog dan ceramah-ceramah yang ana dengar. Hmm. Betul, banyak perbezaan. Taqwa itu adalah satu benda yang sukar dicapai. Tetapi kalau kita memang berusaha nak dapatkan taqwa tu, TAK MUSTAHIL!!! semuanya perlukan jalan mujahadah yang memang tak ramai yang nak ambil. Hanya yang betul-betul inginkannya yag akan memilih jalan untuk meraih ketaqwaan tu.

Dengan taqwa, baru kita akan faham tentang Islam dengan lebih baik. Bila kita menjadi orang yang bertaqwa, barulah kita akan mendapat pembelaan Allah. Bila kita menjadi orang bertaqwa, barulah dosa kita diampunkan oleh Allah swt, rezeki kita melimpah ruah tak tahu dari mana asalnya, kita akan mendapat pembelaan dari Allah swt, dan yang lebih baik kita akan mendapat pimpinan dari Allah swt sendiri. Subhanallah! Betapa seronoknya menjadi orang yang bertaqwa.. Kalau kita usaha sikit, Allah akan bagi banyak. Kalau kita usaha banyak, apatah lagi lebih banyak Allah bagi.


Firman Allah swt:


“Barang siapa yang bertaqwa pada Allah, Allah beri jalan keluar dari kesusahan dan akan diberi rezeki dari arah yang tidak terduga-duga”. (QS At Talaq 2 – 3)


“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan mempermudah segala urusannya“. (QS At-Talaq 4).

”Allah menjadi pemimpin (pembela) bagi orang yang bertaqwa”. (QS Al-Jasiah 19)


”Sesungguhnya amal ibadah yang diterima dari orang yang bertaqwa” (QS Al-Maidah 27).


“Dan jika ada penduduk sebuah kampung itu beriman dan bertaqwa, maka akan Allah bukakan berkat dari pintu langit dan bumi”. [Q.S. Al-A'raf : 96]


Allah akan buka pintu langit dan bumi bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu sudah pasti kehidupan orang yang bertaqwa aman damai, sejahtera dan tenang. Di dunia lagi sudah dapat Syurga, apatah lagi di akhirat kelak. Subhanallah..

Jadi, kalau kita sudah menjadi orang Islam, kita tak sepatutnya sudah berbangga. Ana tak cakap yang kita tak payah bangga dengan agama kita, tapi menjadi seorang Islam sahaja tiada jaminan dan pembelaan disisi Allah. Sebab itulah, rata-rata umat Islam sekarang hanya menjadi seorang Islam dan bukan menjadi orang yang bertaqwa. Sebab tu tiada pembelaan Allah. Bila tiada pembelaan dari Allah, kita dapat lihat sendiri keadaan umat Islam sendiri yang berpecah belah, musuh-memusuhi, pergaduhan sesama sendiri. Adakah itu apa yang dianjurkan dalam Islam? Walhal umat Islam itu sendiri yang memberi pandangan fitnah tentang agama Islam itu sendiri. Adakah itu yang ingin kita banggakan? Dan bagaimana cara penyelesaian keadaan ini? TAQWA itu sendiri. Sebab tu, kini ramai je umat Islam tapi tak berguna. Bagai buih di lautan.

Oleh itu, kita mestilah bersungguh untuk mencapai tahap Taqwa tu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai cita-cita untuk membangunkan Islam. Orang yang bertaqwa tidak hanya ingin memperbaiki dirinya sahaja, tetapi dia juga mempunyai cita-cita untuk memperbaiki masyarakat juga. Untuk mencapai tu, dia mestilah memahami bagaimana nak memperbaiki dirinya sendiri dan bagaimana nak memperbaiki masyarakat.

Ada 8 syarat untuk menjadi orang soleh atau bertaqwa:


1. Dapat petunjuk dari Allah.

“Barang siapa yang Allah kehendaki untuk dineri-Nya petunjuk, maka dilapangkan hatinya untuk menerima Islam”. (QS Al-An’am 125).


2. Faham tentang Islam.

sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa yang Allah hendak jadikan dia orang baik, maka dia akan diberi faham tentang Islam”

3. Yakin

4. Melaksanakan


dalam Matan Zubat dikatakan :
“Orang yang berilmu tapi tidak beramal akan masuk ke Neraka 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala”

5. Bermujahadah

“Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa kepada kejahatan”. (QS Yusuf 53).


sabda Rasulullah SAW :“Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu”.


ada hadits yang mengatakan : “Tidak dianggap seseorang itu berani bila ia dapat mengalahkan musuhnya, tetapi dianggap berani, jika seseorang itu dapat melawan hawa nafsunya.”


”Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu karena hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan menunjuki jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu beserta dengan orang yang berbuat baik”. (QS Al-Ankabut 69).

6. Istiqamah beramal

sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu, yang dibuat secara istiqamah sekalipun sedikit”.

7. Ada pemimipin yang memimpin

8. Berdoa kepada Allah




p/s: Andai perjuangan ini mudah tentu ramai yang ingin berjuang. Namun jalan yang penuh ranjau ini adalah pilihan kita. Bukankah kita beruntung tergolong dalam golongan yang sanggup menghadapi cabaran? SALAM PERJUANGAN. :) . Syukran ukhti. Setiap pagi bangun ana mesti tengok mesej dia ni. kata-kata semangat! :D



Friday, October 29, 2010

Cara-cara menjaga LISAN.

Pertama

  • Hendaknya pembicaraan kita selalu diarahkan ke dalam kebaikan.

Allah SWT berfirman,
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisik-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia.”
(QS. An-Nisa [4]: 114)


Kedua

  • Tidak membicarakan sesuatu yang tidak berguna bagi diri kita maupun orang lain yang akan mendengarkan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Termasuk kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)


Ketiga

  • Tidak membicarakan semua yang kita dengar.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Cukuplah menjadi suatu dosa bagi seseorang yaitu apabila ia membicarakan semua apa yang telah ia dengar.” (HR. Muslim)


Keempat

  • Tenang dalam berbicara dan tidak tergesa-gesa.

Aisyah r.a. berkata,

“Sesungguhnya Nabi shallAllahu ‘alaihi wa sallam apabila membicarakan suatu hal, dan ada orang yang mau menghitungnya, niscaya ia dapat menghitungnya” (HR. Bukhari-Muslim).



p/s: Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar. Kalimat-kalimat ini lebih baik dari ghibah(umpatan), namimah(mengadu domba) dan maksiat. Jadi peringatan untuk KITA, lisan itu datang dari hati. Jika baik lisan kita, baiklah hati kita. Jika jahat lisan kita, jahatlah hati kita. Sebelum kita bercakap tu, apakata kita ucapkan kalimat-kalimat SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHUAKBAR. insyaAllah. perkataan yang keluar tu baik-baik belaka. Selamat bermujahadah! :)


Thursday, October 28, 2010

Kisah pertunangan 'aku' dan si 'dia'..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Ya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Muslimin biasa. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, aku juga tidak sehebat Saidina Umar al-Khattab dalam berbakti, aku bukan seperti Saidina Uthman bin Affan, bukan juga seperti Saidina Ali yang keempat-empat ini merupakan sahabat-sahabat nabi yang begitu kuat dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang muslimin yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah mengkhitbah seseorang yang begitu istimewa apabila mendengar khabar-khabar angin bahawa aku sudah bertunang. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah dan serban. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"ya syeikh sahabatku, anta dah bertunang ke? Mesti hebat muslimah tu sampai anta terpikat. cantik tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan ana dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah betunangkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabat juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enta menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enta akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" sahabat ana tersenyum megah.

"Kalau enta tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku sudah pun melamar dan bertunang dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Ya syeikh, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabat juga semakin galak mengusik.

"Wah, sahabat kita diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, tapi ana mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabat ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang aku telah dikhitbahkan oleh Allah..

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, sahabatku bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"anak makcik bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Adam hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk sahabat-sahabatku mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la dia selalu menangis... saya tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

sahabat-sahabat masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diariku yang diberikan oleh ibu.

" satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."


p/s: Kisah ini ana dapat dari sini. Ada banyak input yang dapat kita ambil dari sini. Semoga kisah ini dapat memberi kita manfaat! InsyaAllah. :)

Friday, October 22, 2010

Solehah...

Solehah.. indah nama tika disebut,
Yang menjadi matlamat setiap kaum hawa,
Namun kehendak dan kemampuan jua yang bisa mencapainya.

Solehah.. dahulu kau terjerumus, jatuh.
jatuh ke lembah hina,
hilang tujuan, hilang pendirian.

Tatkala kau jatuh, rohanimu lemah,
dimana kekuatan yang hilang itu,
kau bingung,
segugus pertanyaan dituju,
mampukan ku temui kekuatan itu Ya Allah?

keinsafan, kekesalan meruntun hati saat jatuh,
mengapakah selama ini aku tak mampu melawan?
Adakah takdir atau kau yang memandu takdir itu?
Insaflah wahai diri hina,
Temukanlah dia dengan cinta itu.

Malam tidak pernah sunyi dengan air mata sujud,
tangisan dan luahan kesedihan,
semuanya dituju kepada Ar-Rahman,
rintihan keinsafan di setiap sudut celahan malam.

kau harus menemui hidayah itu!
kau harus!
dengan ibadat yang tiada seberapa,
gagahkan jua kerana redha Allah itu yang utama.
Ya! Redha Allah itu yang utama.

Menuruti setiap malam,
Solehah kian solehah,
Qiamullail tiada pernah terleka,
Solehah lebih solehah,
meninggalkan titik hitam dulu,
yang hanya menjadi sejarah hitam,
membina sahsiah diri,
menjadi rahsia hati.

Kini, Solehah menjadi solehah..
bagai namanya yang indah,
bahkan lebih cantik,
Menjadi srikandi hasil Bumi Kinanah.



SOLEHAH, izinkan diri ini menjadi seperti dirimu..


p/s: Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupa. Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaian. Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Dan iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya. Wanita itu sendiri adalah RAHSIA.

Thursday, September 23, 2010

Pengalaman Mengajar Kita.

Assalamualaikum w.b.t.
Sepanjang cuti banyak pengalaman yang ana kutip. Sekurang-kurangnya terisi sikit masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Alhamdulillah. Cuma rasa macam sekejap je masa berlalu bersama-sama keluarga di Malaysia ni. Tapi ada juga terselit rasa rindu kepada Tanta tercinta. Rindukan suasana yang banyak men'tarbiyah' diri ini yang serba kekurangan. Namun Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sempat juga merasai kemanisan di'tarbiyah' sebelum mati.
Antara pengalaman yang paling ana tak mungkin lupakan adalah sepanjang mengikuti pengajian kelas Al-Quran oleh Ustaz Rusli. Sebenarnya ana ikut mak ana gi kelas tu. Daripada tak buat apa kat rumah, makan tiduq makan tiduq je, baik ke majlis ilmu. Semakin banyak kita belajar, semakin sedikit rasanya ilmu di dada ini.
Banyak juga hukum-hukum pembacaan Al-Quran yang dikutip. Contohnya, isti'mal huruf, mu'allaq, dan macam-macam lagi. Ana tak dpt la nak hurai satu-satu tu sbb belum fasih lagi. Ada juga tanya tentang hukum menindik hidung bagi perempuan. Ana ada rekod penerangan beliau.
Ustaz Rusli terangkan bahawa:
"Hukum menindik hidung bagi perempuan ni no. 1 tiada dalam syariat. Nabi saw bersabda 'barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk dalam kaum tersebut'. Yang ke-2, selain daripada menyerupai, dia sebenarnya menyeksa diri dia sendiri. Tindik-tindik ni kan benda sakit. Jadi benda itu adalah tidak dibenarkan. Soalnya anak-anak dara sekarang ramai buat. Tindik hidung, kalau tindik telinga satu lubang takpe, ni 3-4 lubang. Yang seronoknya mak bapak ada lagi. Yang ke-2 yang buat-buat macam ni kadang-kadang dia pergi sekolah pakai tudung, bila dibuat pemeriksaan mengejut, baru nampak rambutnya berwarna dan berbagai-bagai lagi. Bagi saya benda-benda macam ni adalah kesalahan ibu bapa sebab Nabi letakkan tanggungjawab kerana pendidikan ini tanggungjawab ibu bapa yang akan mencorakkan anaknya Yahudi, Nasara atau Majusi. Tulah jadinya kalau ikutkan fesyen. Dia kata cantik, kita tak nampak cantiknya kat mana. Yang sebenarnya apa bezanya yang kita tengok dengan puak-puak yang akan sambut Deepavali bulan 11 ni. Saya tanya puak-puak agama Hindu ni, itu yang dorg buat kabadi cucuk-cucuk apa macam, apa dia punya opinion? Dia kata dari segi agama Hindu sebenarnya tak ade. Dia pun cakap kalau sembahyang takde di kuil yang kecil estet-estet ni. Dia sembahyang kuil yang besar-besar. Ini semua tak betul. Hindu punya kalau betul dia tutup semua dia tarik dia tutup semua. Ha itu seorang yang mempelajari Hindu yang betul-betul. Ha dia yang beritahu saya, dia bagi pinjam kitab dia iaitu kitab agama Hindu bahasa Sanskrit yang menyatakan bersanding itu adalah rukun agama hindu yang ke-11."
Itulah antara penerangan Ustaz Rusli yang ingin ana kongsikan. Banyak lagi sebenarnya tapi ini saja yang dapat ana kongsikan. Jadi selepas ni, kepada ibu bapa, yang bakal menjadi ibu bapa termasuk la ana sendiri ni sebagai peringatan, kelak kita didiklah anak-anak kita ni elok-elok kerana didikan kita la yang akan mencorakkan mereka. InsyaAllah.
Tak lama lagi ana akan pulang ke Tanta. Doakanlah perjalanan ana dan sahabat-sahabat ana semua selamat hendakNya. Doakan juga supaya segala urusan pembelajaran ana dan sahabat-sahabat seperjuangan ana kat sana dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat. Aminn.
p/s: Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Thabrani,
Rasulullah saw bersabda : "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk disitu. Istirehatlah kamu di situ."
Para sahabat bertanya : " Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?"
Nabi saw menjawab : "Majlis-majlis ilmu"

Tuesday, September 21, 2010

Mengapa Allah temukan kita dengan orang yang salah..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


p/s: Ana ingin share nota yang ana ambil ini kepada semua sebagai motivasi kepada diri kepada ana sendiri dan juga semua. Alangkah indah apabila semua ujianNya kita ambil sebagai satu iktibar dan bersangka baik! Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. :))

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum wbt.
Ana ingin ucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh dunia. Mohon maaf seandainya ada mengguris hati ke, terkasar bahasa ke. Walaupun lambat wish ni, ana harap semoga Aidilfitri kali ini dapat membuka lembaran baru dalam hidup kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertakwa. insyaAllah.


SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
:)




p/s: Akan ku rindui Ramadhan walau Syawal telah menjelma. Al-Fatihah buat arwah ibu kepada Puan Siti Hanizah aka Ummi medicmesir yang telah pulang ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Sunday, August 15, 2010

Jangan mudah merajuk.. Wahai diri dan saudara seperjuanganku.

Akhirat yang pertama, dunia yang kedua atau dunia pertama, akhirat yang kedua? Seandainya mereka yang betul-betul menghayati Islam, pasti jawapan mereka adalah akhirat yang pertama dan dunia yang kedua!


Namun begitu berapa banyakkah mereka yang betul-betul menghayati Islam itu sendiri? Sekurang-kurangnya mereka yang menghayati ungkapan Lailahaillallah Muhammadurrasulullah, berapa banyak?


Sudah hampir sebulan aku pulang ke tanah air tercinta. Alhamdulillah rindu aku kepada keluarga terubat juga akhirnya. Melihat wajah ibu dan ayah secara dekat betul-betul mendamaikan hati aku yang sering risau bila berada jauh dari mereka. Terima kasih Allah kerana memelihara mereka dan beri kesihatan yang baik kepada mereka. Kasihani mereka Allah..


Cuma yang sangat menyentuh dan membuatkan hati ini sedih kerana melihat keadaan tanah air sendiri yang sedang berada dalam tahap menyedihkan. Walhal dalam 'organisasi kecil' di rumahku jelas terpampang dihadapan mata dan aku tak mampu mengubahnya??!!


Ya Allah, betapa lemahnya aku. Tapi aku takut. Di mana imam yang selama ini aku impikan? Pemimpin yang gagah, tidak mudah tersentap dengan dugaan dan teguran yang dilemparkan ke atas dirinya? Mungkin dulu perkara ini dipandang sebelah mata. hanya mementingkan dunia dan membelakangkan akhirat. Namun kini baru aku sedar semua tu salah!


Semangat dalam hati ni kian hilang apabila tiada suntikan sokongan untuk merubahnya. Sungguh penuh ujian jalan yang dipilih ini. Namun aku tahu balasannya manis kelak. Jangan mudah merajuk. Contohilah mereka-mereka yang tak pernah kenal erti lelah dalam memperjuangkannya. Jadi, kenapa kau nak mengalah wahai diri yang lemah ini? Kuatkan dirimu. Ingat Allah ada bersamamu.

Petikan penyuntik semangat:


Namun, langit mana yang tidak pernah mendung, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Jalan ini bukan jalan mudah. Jalan ke syurga tak mungkin semudah yang disangka. Bermacam-macam dugaan boleh menimpa. Bagi yang tidak pernah dipaksa, tiba-tiba dia dipaksa buat itu dan ini. Siapa yang tak pernah makan dulang, tiba-tiba terpaksa makan dalam dulang bersama rakan-rakan yang baru dikenali. Bukankah itu sesuatu yang mengejutkan untuk orang baru dalam jalan ini. Namun percayalah, tarbiyah bermula dengan titik yang paling kita lemah. Jika kita jenis yang tak boleh dipaksa, tarbiyah datang pada kita dalam bentuk kita terpaksa. Disini gunanya fungsi iman dan takwa. dalam kita keliru, kita rasa terpaksa. Namun perlu bijak menilai, mana imani, mana pula nafsunya.

Dalam tengah semangat berjuang atas jalan dakwah ini. Tiba-tiba berlaku pula perkara kurang senang. Kita pula terkecil hati dengan rakan-rakan seperjuangan. Kita jadi keliru. Semangat kian hilang. Kata-kata mengguris rasa terngiang-ngiang di telinga. Ketika ini juga yang berperang hanyalah dua. Nafsu dan iman. Disini peranan hati untuk menilai. Disini peranan kita untuk berlapang dada kerana berlapang dada adalah tingkatan terendah dalam dakwah. Jadi nilai kembali diri kita dimana kita jika masih tidak mampu mencapai tingkatan terendah itu. Mencari buruk orang lain bukanlah perkara yang diseru Islam kerana manusia itu sendiri tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Janganlah kerana manusia, kita bertekad ‘lari’ dalam jalan ini. Itu bukan sikap hamba yang Allah sayangi. Sesungguhnya jalan dakwah ini penuh ujian, jika setakat berkecil hati dengan rakan, itu hanyalah sekecil-kecil ujian. Banyak lagi ujian yang tidak pernah terbayang dek diri sendiri menanti kita di hadapan. Bukan kerana Allah mahu kita lemah, tapi Allah mahu kita lebih kuat kerana bersabar dan berlapang dada itu kejayaan bagi orang-orang yang diuji. Dugaan kecil begitu bukan penghalang kita atas jalan dakwah tapi sebagai penguat dan titik tolak untuk muhasabah diri.

Cuma kene beringat-ingat, jalan dakwah ini jalan mencari redha Allah. Tidak ada sesuatu pun yang boleh menghalang kita dari jalan ini jika redha Allah masih di damba. Jalan dakwah ini jalan menuju syurga Allah, jalan lelaki menuju bidadari mereka, jalan wanita menuju emas permata di syurga. Mana mungkin jalan menuju kebahagian hakiki itu semudah mengelipkan mata. Jalan ini tidak seindah pandangan mata. Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (9:111)





p/s: Yakinlah dengan firman Allah SWT :

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami ” (al-Ankabut : 69)

Syeikh Imam Al-Ghazali Berkata :

‘‘Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah”

Saturday, August 7, 2010

Salahkah kain kecil di wajah ini?

Sarahah “Su, ana minta maaflah jika menyakiti hati enti,” Rozita menyiku Sumayyah tiba-tiba.

“Enti marahkan ana tak jika ana tanya satu soalan?” Rozita menyambung sambil matanya meliar melihat dua orang pelajar siswi yang berpurdah sedang menyeberang jalan di Bulatan Antarabangsa. Seorang memakai tudung kelabu dan purdah kelabu serta berjubah hitam. Dan seorang lagi tudung hitam dan purdah hitam berbaju kurung merah gelap.

“ Tak. Tanyalah, ada apa?” Sumayyah menjawab tenang. Hatinya tenang kerana seharian kuliah, akhirnya baru dapat makan berdua dengan sahabat yang dirinduinya.

“ Ana tengok, hari demi hari makin ramai yang pakai purdah di kolej. Enti tak rasa ke diorang ni pakai sesedap rasa je, main suka2 je. Perangai belum tentu baik tapi dah pakai purdah.” Rozita menjelaskan berterus-terang.

“Ita, betul ke apa yang ana dengar ni?” “ Lain macam je bunyinye…” Sumayyah memerhatikan arah tumpuan Rozita. Sambil membayar nasi goreng ayam radix kegemarannya, Sumayyah melihat air muka sahabatnya seperti sedang menahan marah. Sumayyah tahu Rozita lah sahabat yang paling akrab dan pendokong paling kuat kepada perjuangan sahabat-sahabatnya mempertahankan pakaian wanita Islam di kolej.

“ Ada apa-apa ke ni?” Sumayyah menambah.

Rozita menggeleng. Sumayyah sedar perubahan pada diri sahabatnya. Sememangnya Rozita agak tidak suka bermesyuarat dengan muslimin. Balik dari mesyuarat sahaja, dia beremosi.

“ Hmm..Ana cakap betul lah…mana ada main-main. Enti patut bertanggungjawab. Diorang ni banyak terpengaruh dengan tulisan enti tentang purdah” kata Rozita sambil meletakkan beg di meja makan bahagian siswi. Meja itu sudah menjadi kegemaran mereka kerana ia menghadap tasik.

Sumayyah diam agak lama, sambil menyusun gelas, pinggan, beg dan fail-failnya agar teratur. Sumayyah cuba mengaitkan apa yang biasanya menjadi kemarahan sahabatnya.

“ Macam mana meeting tadi?” Sumayyah cuba meneka permasalahan sebenar.

“ Enti,” Rozita meletakkan sudu dan garfunya.

“ok, ok, ana tanya enti…” Sumayyah memberhentikan kata-katanya, menunggu mata mereka bertentang untuk mendapat tumpuan sahabat yang dikasihinya. “ Salahkah berpurdah? Islam tidak pernah mengajarkankah pada kita? Apa yang mereka lakukan bertentangan dengan agama kita ke?”

“ Ana tak kata begitu, cuma bercouple la, berdating la, bukan-bukan je diorang ni. Pakai purdah, tapi perangai tak ubah macam budak tak pakai tudung” Rozita menghamburkan apa yang tersimpan di hati.

Sumayyah terkedu. Namun bertenang sahaja. Baginya adik-adik mujahidah purdah yang dikenalinya ramai yang sedang berusaha bermujahadah mengejar cinta Allah. Kalau ada yang perangai buruk pun itu kisah lama. Dan kalau ada yang masih bermasalah mungkin hanya dua, tiga orang sahaja. tak adil rasanya meletakkan kesalahan itu di bahu semua. Biasalah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi, jelas padanya Rozita tentu mahu suburkan kembali kekuatannya dengan hujah. Selalunya begitulah, jika pemakai purdah dihina, mulalah dia menambah hujah dengan cara mendapatkan maklumat dari Sumayyah.

“Tak perlulah berpurdah, perangai tu kena baik dulu. Main hentam sahaja” Rozita menambah lagi. Rozita baru balik dari meeting persatuan. Dalam meeting tadi, Muslimin hebat menghentam pemakai purdah, terutama Ketua Unit Kebersihan Masjid, Azrol Hazim. Biasanya, Rozita yang hebat mempertahankan sahabat-sahabat yang berpurdah. Tapi, dia mula mati hujah bila Azrol membangkitkan nama pensyarah yang mereka kasihi dan hormati, Puan Zaitun.

“ Pertama, enti ada bukti ke mereka ni berdating dan bercouple? Siapa yang enti maksudkan? Enti tak boleh hanya mendengar khabar angin, terus meletakkan salah itu pada pemakai purdah tanpa menyelidiki sebaiknya. Kedua, jika salah seorang yang berdating, adakah semua kain kecil di muka mereka yang dipersalahkan? Dan adakah semua pemakai purdah bersalah? Ketiga, yang pakai tudung biasa, yang pakai tudung labuh takda ke yang berdating dan bercouple? Semuanya baik?” Sumayyah bertanya kembali kepada Rozita.

Rozita terdiam, tunduk.

“ Adakah mereka perlu jadi baik dulu sebelum menutup aurat dengan memakai tudung? Apakah terdapat syarat mempunyai akhlak yang baik baru memakai pakaian seperti yang digariskan syarak?”

Rozita menggeleng.

“ Adakah jika pemakai tudung itu bercoule, berdating malah berzina, maka tudung itu yang salah? Adakah tudung yang salah dan purdah yang salah? Ataukah perbuatan berdating atau berzina itu yang salah? Adakah dalam Islam ni, bila kita nak mengamalkan sesuatu perintah Allah, mesti sudah sempurna perintah yang lain baru boleh lakukan perintah seterusnya?

Rozita terdiam. Mukanya merona merah.

“ Berhakkah ana menapis mereka semua sebelum diluluskan untuk memakai purdah? Siapa ana? Perlukah ana interview mereka seorang demi seorang? Hanya kerana ana kalangan orang pertama yang memakai purdah di kolej ni? Pada ana, Ita, memakai purdah ni adalah cara mendekatkan diri kepada Allah, maka sedikit demi sedikit pemakai purdah akan menjadi muslimah yang solehah. Ia bergerak selari dengan perubahan diri ke arah menjadi muslimah sejati. Pada ana, mereka mampu dan kuat untuk menutup wajah mereka sudah menjadi satu usaha yang baik untuk memelihara diri mereka,” Sumayyah cuba menjelaskan keadaan sebenar yang menjadi kekeliruan sahabatnya.

“ Tak mungkin menunggu perangai sempurna baru memakai purdah, hidayah sudah sampai, pastilah adik-adik menyambutnya,” sumayyah menambah lagi. Sumayyah mengangkat tangan, sambil menganggukkan kepala kepada siswi yang lalu-lalang berhampiran tasik yang mengenali mereka.

“Tapi, enti terangkanlah pada mereka tentang hukum berpurdah ni. Bukannya wajib pun,” Rozita menambah lagi. Dia menjelaskan dalam keadaan tenang.

“ Ita, sahabatku yang kukasihi, yang bakal menjadi temanku di mahligai syurgawi, adakah ia haram?” “ Ada tak ulama’ yang menghukumkannya haram?” Sumayyah membalas lembut, hatinya sayu. “ Tak ada, yang ada hanya hukum wajib, sunat mustahab (Yang disukai) sahaja, al-fadhil Ustaz Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti pun menghukumkan wajib berpurdah di zaman penuh kefasadan sekarang ni dalam buku fiqh sirah yang ustaz kupaskan tu, enti dah baca bahagian tu? Islam menyukainya, sahabatku. Jadi, usah kita menjadi penghalang mereka berpurdah,”

Rozita terdiam.

Sarahah “ Untuk kali keberapa, ana masih nak tanyakan enti, enti tahu kan hukumnya? Sebelum enti menghinakan mereka yang berpurdah? Rozita yang ana kenal takkan mudah berputus asa dengan cacian orang, kan? Enti pun tahu kan, ana sudah menjelaskan, bukan semuanya memakai kerana memahami hukum. Enti pun tahu kan tujuan ana menulis novel Kain Kecil Di Wajahmu, adalah untuk menerangkan pada adik-adik tentang hukum berpurdah ni, sabarlah, lambat laun, mereka akan faham. Ana tahu ramai sangat yang tak faham lagi hukumnya dalam Islam. Ana pun memerlukan kajian bertahun-tahun. Ada juga yang memakainya kerana malu pada lelaki. Enti pun faham kan perasaan tu. Ia fitrah dan ia baik, memudahkan lelaki menjaga pandangan. Bukankah Islam menuntut lelaki dan perempuan agar menjaga pandangannya seperti dalam Surah an-Nur ayat 30 dan 31?, ”

Rozita terdiam. Dia teringat macam mana setiap kali meeting dia selalu menundukkan kepala dan kadang-kadang berselindung di belakang Sumayyah kerana malu yang begitu menebal pada kaum lelaki. Dia sedar bahawa dirinya banyak terpengaruh dengan kata-kata muslimin. Tapi, Rozita masih merasakan sakitnya panahan kata-kata Azrol dalam meeting tadi, macam benar.

“Azrol kata, purdah ni cuma adat sahaja.” Rozita cuba mengingat kembali hujah Azrol.

“Azrol tu siapa? Azrol mana, Ita? Sumayyah cuba menguji.

“Azrol la, mana ada Azrol lain, pelajar tahun tiga Engineering. Enti pun kenal, kan ana selalu menyebut namanya. Katanya, Muslimat ni tak perlu berpurdah dalam organisasi, purdah ni adat sahaja.”

Sumayyah menggeleng perlahan. “ Subhanallah, Maha Suci Allah. Maaflah jika ana katakan begini. Azrol tu kan ana kenal sangat. Mana pulak adat. Azrol tu baru menyertai usrah kita semester ni. Semester ni ustaz baru kupas buku Fiqh Sirah 1, buku Fiqh sirah 2 belum lagi ustaz kupaskan dalam usrah. Yang ustaz kupaskan dalam usrah MT yelah Fiqh sirah 2 termasuk. Tapi untuk exco kan baru Fiqh sirah 1. Mereka kan masih baru menyertai usrah. Azrol tu kan memandai je…Astaghfirullahal’azim, bukan ana nak mengumpat, Ita. Tapi, enti nak terima hujah seseorang perlu menilai juga pandangannya dan pengamalannya selama ini terhadap hukum-hukum dalam Islam. Azrol cukup tidak suka muslimat yang berpurdah. Dia sudah terdidik dengan pemikiran Barat. Ibunya bertudung selempang, bapanya mementingkan akademik anaknya dan tidak mementingkan agama mereka adik-beradik. Ana kan sekampung dengannya. Azrol bukan dari sekolah agama, dan Azrol bukan pelajar pengajian Islam. Oleh itu, Azrol tidak tahu tentang hukum berpurdah. Dia hanya dengar-dengar je dan buat kesimpulan, mengkaji jauh sekali. Azrol pernah buat tesis atau kajian tentang purdah ke? Bila ye, ada kajiannya? Boleh tunjukkan pada ana.”

“Tapi, Azrol ada hujah yang kuat,”

“ Apa hujahnya?”

“ Pendakwah tidak boleh menutup muka, ia mengganggu dakwah,”

“ Itu bukan hujah, itu pendapat,”

“ Pendapat peribadi, tanpa sokongan dalil tidak boleh dijadikan hujah dalam Islam,” Sumayyah menjelaskan tegas.

” Ia membuatkan mad’u lari daripada kita,”

“Dan tidak ada kewajipan bagi mana-mana perempuan untuk mentaati perintah yang tidak ada asasnya dalam Islam, jelasnya ana sendiri yang menyusun bahagian tarbiyah. Enti tahukan kebanyakan adik-adik yang pergi usrah yang dibawa oleh naqibah yang berpurdah. Yang tidak berpurdah pula yang kurang anak usrahnya. Ia bergantung kepada komitmen dan kekreativitian naqibah sebenarnya, enti pun tahu sejarah Kelab Amar Ma’ruf, kan sudah bertahun-tahun kita di sini semenjak diploma. Bukan kerana purdah orang lari tapi kerana Islam itu sendiri yang ditakutinya. Mana ada orang suka benda baik, Ita. Kenapa ye, yang lain-lain tidak berdakwah dengan lebih bersemangat kalaulah muka mereka itu digunakan untuk berdakwah, sepatutnya lebih ramai yang berjaya ditarik ke dalam usrah. Ana tengok sama sahaja. Boleh ke kita salahkan hukum Islam jika orang lari dari kita? Dulu bertudung labuh pun dapat spekulasi yang sama, bertudung hitam pun sama, sekarang bila dah ramai berpurdah, yang berpurdah pula dituduh orang lari. Tiba-tiba sahaja, yang bertudung labuh orang tak lari pula? Pelik tu. Masyarakat yang belum mengubah cara berfikir, masih kolot dan jumud tentang islam, itu tujuannya usrah. Bukanlah dengan menanggalkan apa yang ada pada diri kita. Entahlah Ita, terpulang, ana secara peribadinya lebih selesa berdakwah dengan berpurdah. Di asrama kita bersama adik-adik perempuan dengan selesa. Di luar asrama kita berurusan dengan muslimin dalam keadaan terjaga. Ana lebih suka purdah ni dalam memelihara diri, jika tidak, nak bermesyuarat dengan muslimin pun ana malas. Ana pelik dan rimas kenapa mereka boleh pula melihat wajah kita semudahnya. Islam telah menyelamatkan ana, Allah mengurniakan kain kecil ini bagi memudahkan urusan organisasi kita,”

“Jelasnya, Azrol bukanlah ulama’ sehebat Ibnu Mas’ud, Ibnu Kathir, Ibnu Abbas, Syeikh Muhammad bin Salih bin Uthaimin dan lain-lain ulama’ kebanyakan ulama’ Syafi’iyyah. Adakah Azrol menyalahkan ulama’? Azrol bukan sahaja tidak tahu hukum berpurdah bahkan banyak lagi hukum tidak diketahuinya. Enti pernah test tanya dia hukum berwudhuk, hukum solat jamak dan qasar, hukum membeli barangan Israel dan Amerika, enti pernah tanya pada Azrol tentang pendapat ulama’ tentang solat bagi keempat-empat mazhab berlainan?”

“Enti ni, Azrol tu makan Mc’ Donalds lagi, tapi beria-ia mengatakan purdah tak perlu pakai kerana ulama’ kontemporari Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi menghukumkan begitu. Tapi, ada tak dia nak terima fatwa ulama’ yang sama yang mengatakan haram membeli produk Amerika dan Israel? Azrol, untuk pengetahuan enti seorang yang tak thiqah dan hanya mengambil hukum yang ia suka sahaja. Ya, yang selari dengan nafsu dan gaya hidup kebaratan yang telah didoktrinkan oleh yahudi dalam pemikirannya. Tak perlu jauh-jauh, Azrol tu bercouple lagi. Apa bercouple tu tak haram baginya?” Sumayyah mempersoalkan satu persatu hukum yang dia tahu merupakan bukan kepakaran Azrol.

“Tapi, Azrol bertanya pada pensyarahnya,”

“ Pensyarahnya yang dia rapat? Puan Zaitun ye?” Sumayyah menyoal dengan penuh kepastian.

Rozita mengangguk lemah.

“Puan Zaitun belajar di sekolah mana, Ta? Puan Zaitun pengkhususan apa? Puan Zaitun ambil degree dan master di mana dan apa bidang kajiannya? Puan Zaitun pakai macam mana di luar kolej? Apa hukum menutup aurat bagi Puan Zaitun? Pernah jumpa beliau di luar kolej tak? Boleh diringankan sampai ke tahap tu sekali? Allahuakbar! Ana bukan macam tu, Ita. Boleh ke kita tanya tentang akaun pada pelajar Qur’an Sunnah? Boleh ke dia jawab? Boleh kalau dia pernah belajar dan kaji tentang akaun sama ada di sekolah atau di peringkat universiti. Perlu ada bukti bahawa ia pernah mengkaji perkara ini. Jika Azrol berpendapat setakat meminjam pendapat Us Razali dalam blognya yang terkenal tanpa sebarang pengkajian lanjut nak suruh kita membuka purdah? Siapa dia untuk mempertikaikan al-Qur’an? Hmm…cuba kalau Azrol suka merujuk Us. Abu Zaki, Us. Saifullah , Us. Amzan, tentu lain pula pendapatnya. Merujuk tentang Akaun bolelah pada Puan Zaitun, ape pulak soal hukum merujuk Puan Zaitun? Hmm…ana kalau nak tanya akaun ana tak tanya ustaz Amzan, Ita. Itu bukan kepakarannya,” Sumayyah menggelengkan kepala. Dia faham benar betapa bersungguh-sungguhnya pelajar bukan pengajian Islam ni meletakkan hukum berpurdah mengikut nafsu dan kejahilan mereka.

“ Enti tak boleh la nak tunjuk hebat, sedangkan mereka muslimin kan tentu mereka lebih tahu,” Rozita cuba membela.

“ Ana tak tunjuk hebat, tapi kalau dah enti mempersoalkan hukum Allah, ana perlu pertahankan Islam yang ana anuti. Sepatutnya enti berkata begitu kepada Azrol kerana dia bercakap tentang sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu mengenainya. Muslimin, jika suka bermain game, suka buat perkara lagha, chatting dengan muslimat sana-sini, bercouple dan tidak menjaga thiqah, maafkan ana tapi ana tak respect langsung. Jika ilmu setakat di bibir bukan dicerminkan pada perlakuan, perlu ke kita hormat padanya? Dalam Surah as-Saff ayat 4 pun Allah mencela orang yang memperkatakan sesuatu yang ia tidak lakukan,” Sumayyah menjelaskan sikap buruk sesetengah Muslimin yang tidak boleh dipakai kata-katanya.

“ Ya, kita muslimat. Namun ini bukan soal ilmu muslimin atau muslimat. Sebelum Azrol mencadangkan pada Muslimat Kelab Amar Ma’ruf untuk menanggalkan purdah, Azrol perlu buka al-Qur’an untuk lihat hukum berpurdah yang telah ditetapkan oleh Allah. Azrol tidak boleh menghukum dengan pendapat peribadi. Ia mesti didasari ilmu, Azrol perlu membuat kajian sebelum ia memberi arahan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Ya, tidak ada kewajipan berpurdah bagi sesetengah ulama’ tapi tidak boleh menghalang wanita berpurdah, itu kan sudah fitrahnya, dan islam pula menggalakkan. Salah tu, memang salah menghalang orang memakai purdah, sama salahnya memaksa-maksa orang memakai purdah,” Sumayyah menjelaskan bagaimana dahulu ia mula mengkaji tentang purdah. “ Bukan soalnya wajib berpurdah, tapi soalnya, sebagai seorang yang beriman dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, beliau tidak perlu halang mana-mana wanita untuk berpurdah kerana Islam menyukainya,”

“ Adakah dalil dalam al-Qur’an membezakan pakaian orang yang berdakwah dan tidak berdakwah?” “ Adakah kewajipan berdakwah menggunakan muka?” “Apakah anggota lain tidak dapat membantu dakwah? Adakah kewajipan berdakwah begitu sekali hingga aurat perlu dibuka? Ana pun belajar uslub dakwah tapi tak ada pula menyentuh soal muka , tiada pula dalam ilmu methodologi dakwah yang mengatakan keberkesanan dakwah itu meningkat bagi wanita yang tidak memakai purdah berbanding yang berpurdah, yang tersenyum dan tidak tersenyum. Jika ini ada, maka bagaimana pula meningkatnya dosa seorang yang tidak berpurdah dan senyuman manisnya memikat ribuan lelaki dan mendatangkan fitnah jika dibandingkan dengan seorang wanita yang berpurdah? Berdakwah, berdakwah juga, tapi, hukum menutup aurat mana boleh kita permainkan. Kita masih boleh teruskan dakwah tanpa muka. Dakwah bukan menggunakan muka dan senyuman sahaja,”

“ Tapi, muka bukan aurat,”

“ Muka bukan aurat bagi sesetengah ulama’, tapi aurat bagi sesetengah ulama’. Jadi, bila ada ulama’ yang mengira muka sebagai aurat, Azrol tak bolehlah nak kata ulama’ tu tak betul..Muhammad bin Sirin dan Ubaidah al-Salmani tak betul, begitu? Oleh kerana hujah mereka (ulama’ yang mengatakan muka dan tangan aurat dan ulama’ yang mengatakan muka dan tangan bukan aurat) sama kuat bahkan dalam mazhab as-Syafi’e hujah wajib berpurdah lebih kuat, maka sekali lagi ana tekankan, tidak boleh bagi mana-mana lelaki menyuruh mana-mana kaum wanita membuka penutup mukanya sebagaimana Yahudi cuba hendak membuka purdah seorang wanita yang mencetuskan kemarahan kaum Muslimin dan terjadinya pergaduhan pertama antara kaum Muslimin dengan yahudi setelah dimeterai perjanjian di antara mereka dan Rasulullah s.a.w. Pertengkaran ini berlaku sebagaimana yang diceritakan oleh al-Tabari dan al-Waqidi ialah di pertengahan bulan Syawal tahun kedua Hijrah,” Sumayyah menegaskan.

“ Bila ada ulama’ yang menghukumkan wajib memakai purdah, maka, Azrol atau mana-mana manusia di dunia ini tidak boleh sama sekali menyuruh atau memerintahkan mana-mana perempuan untuk menanggalkan purdahnya, kerana ia termaktub di dalam hukum- WAJIB dan SUNAT. Tiada yang mengHARAM kan. Ulama’ mana pun tidak mengharamkan, jadi mana datang arahan membuka. Tiada ulama’ menyuruh wanita membuka wajahnya, Azrol siapa untuk menyuruh wanita membuka wajahnya, dan kitab mana yang menjadi rujukannya, bukankah kitab rujukan umat Islam adalah al-Qur’an,” Sumayyah menjelaskan panjang lebar.

“ Mana boleh Azrol menghukum sesuka hati dia, hanya berpandukan artikel dua-tiga tulisan ulama’ kontemporari dan ulama’ itu pun tidak mengkaji tentang purdah, dia pun sekadar mengambil hukum daripada tulisan ulama’ kontemporari juga. Mana boleh, Ita. Nak berhukum mesti rujuk al-Qur’an,”

“ Tapi, mana ada hukum berpurdah dalam al-Qur’an,” kata Rozita.

“ Ita, kalau tak ada dalam al-Qur’an, jadi , boleh ke kita buat hukum sendiri?” Sumayyah masih tidak letih mengingatkan sahabatnya. Dalam sepuluh kali dah soalan yang sama Ita ajukan dalam tahun ni sahaja. Semata-mata kerana beliau dihina, maka Ita mula rasa lemah dalam mempertahankan.

“ Habis, kalau tiada, maka boleh la berijtihad,” kata Rozita acuh tak acuh.

Sumayyah merenung gambar wanita berpurdah yang diletakkan di belakang failnya. Dia agak terluka mengingatkan pelajar-pelajar yang tidak mengkaji hukum termasuklah Rozita, dengan mudahnya meletakkan hukum berpurdah mengikut faham orang tak berilmu. Sumayyah faham bahawa sahabatnya mengambil jurusan kejururawatan.

“ Siapa kata tiada. Cuba enti tulis dalilnya dari al-Qur’an supaya enti tak mati hujah dalam penerangan kepada masyarakat. Terus sahaja berijtihad?” “ Enti ni Ita….” “ Enti, kita kena belajar dari A sampai Z kaedah penetapan hukum dalam Islam. Dari sumber-sumber hukum dalam Islam hinggalah kepada kaedah penetapan hukum. Bahaya jika enti membawa kaedah hukum yang enti faham ni kepada orang ramai. Enti pun jelas bahawa sistem pendidikan di Malaysia ni tidak mampu memanusiakan manusia. Ia hanya berlingkar pada perkara yang terlalu asas. Kemudian, bila pelajar-pelajar masuk universiti terus didedahkan dengan ilmu fardhu kifayah, sedangkan ilmu fardhu ain pun kita belum selesai lagi. Inilah kebobrokan sistem pendidikan di Negara kita. Pendidikan sepatutnya mendekatkan kita kepada Allah dan menjadikan kita takut pada-Nya dan mencintai-Nya, tapi, sistem di Negara kita salah cara dan oleh itu tidak dapat mencapai matlamat pendidikan dalam Islam. Jadilah, kita semua masyarakat yang jahil hingga ke tua. Ilmu agama perlu dicari di surau1 dan kelas pengajian tambahan pula bila dah tua. Sepatutnya penerapan ini berlaku ketika kecil.” Sumayyah menasihati Rozita, tegas dan jelas.

“ Betul lah jika ana katakan dalam al-Qur’an tiada hukum berpurdah?”

“ Ada,” Sumayyah menjawab ringkas.

“ Ye ke? Surah apa?”

“ Surah al-Ahzab dan Surah an-Nur,”

“ Ayat berapa?” Rozita mencatit bersemangat. Dia mula rasa bersalah kerana Sumayyah telah banyak kali menjelaskan padanya dan dia sering lupa nama surah yang menyebut tentang aurat wanita.

“ Surah an-Nur ayat 31, ayat 60. Surah al-Ahzab ayat 53, 55, 59.”

“Dalam surah ni ia sebut purdah ke? Apa purdah dalam bahasa Arab?”

“Dalam Surah al-Ahzab ayat ke-59. Dalam surah ni ia sebut “ jalabib” jalabib ini kita nak faham maksudnya perlu merujuk pada tafsir. Maksudnya, apa yang kit abaca dari al-Qur’an perlu kita fahami apa yang Allah nak sampaikan melalui tafsir. Ada ramai ulama’ yang memberi tafsiran yang berbeza untuk perkataan “ jalabib” ni. Ada yang kata kain yang menutup kepala dan leher dan ada yang berpendapat bahawa perkataan jalabib ni bermakna kain yang besar yang menutup kepala dan sekaligus wajahnya.Kecuali mata. Ada ulama’ yang berpendapat mata kiri yang perlu dibuka dan ada ulama’ yang berpendapat mata kanan yang perlu dibuka untuk melihat jalan. Kedua-duanya betul. Jadi, ulama’ yang mengatakan perkataan jalabib itu sebagai kain menutup muka, maka, mereka menetapkan hukum berpurdah itu wajib iaitu mesti dipakai oleh wanita. Manakala ulama’ yang menafsirkan perkataan jalabib dalam al-Qur’an itu hanya tudung yang menutup leher dan kepala berpendapat bahawa wajib bagi wanita menutup kepala dan leher serta tidak wajib menutup muka. Maka, ulama’-ulama ini hanya menghukumkan purdah itu sebagai sunat sahaja atau dalam erti kata lain digalakkan. Tapi, dalam keseluruhan al-Qur’an tidak ada yang menghukum haram memakai purdah bagi wanita kecuali ketika solat dan ihram. Ini dua termasuk dalam soal ta’abbudi. Hanya dalam dua keadaan ini sahaja kaum wanita diharamkan dari berpurdah.”

Rozita diam sebentar. Dikeluarkannya sebuah artikel tentang purdah lantas diberikannya kepada Sumayyah. “ Enti kena tengok ni, entah-entah purdah ni bukan ajaran Islam, ia cuma tradisi sahaja”

Sumayyah menyambut artikel itu dan mengangguk. Sumayyah lantas mengembalikan pada Rozita.

Sumayyah bertanya lagi “ Ana dah baca artikel ni. Enti nak berhujah menggunakan artikel ni? Silakan. Purdah mungkin tradisi, tapi hukum bahawa wajah dan tangan adalah aurat wanita yang perlu ditutup bukan tradisi, ia hukum yang jelas dalam tafsiran beberapa ulama’ tentang ayat dalam surah al-Ahzab,”

Rozita mengeluh. Terasa perbuatannya bagai memalukan diri sendiri memandangkan sahabatnya Sumayyah telah sekian lama mengkaji tentang purdah.

“ Enti bagitau ana apa hujah penulis terhadap purdah”

“ Su, enti kena terima hakikat. Purdah ni cuma pakaian tradisional Arab sahaja. Kita bukan orang Arab, Su. Kita bukan di zaman Nabi, dan kita, kita bukan isteri Nabi yang mulia, bukan ummahatul mukminin,”

Hati Sumayyah berdetak. Dia diam sebentar. Sumayyah menahan sebak. Dia kecewa dengan kejahilan masyarakat tapi, tiada istilah putus asa dalam menyampaikan ilmu baginya kerana itulah lumrah pendakwah. Sumayyah cuba mengangkat muka.

Rozita diam. Baginya jelas apa yang diperkatakan.

Sarahah “ Enti berhujah dengan hujah siapa?”

“ Enti, Syeikh Tantawi sendiri mengatakan bahawa ia adalah adat dan bukannya ibadat. Enti sedarlah Sumayyah. Enti hanya membazir masa enti untuk mempertahankan pemakaian purdah di kolej kita, sedangkan ia tidak pernah diajarkan agama kita. Siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul Azhar,”

“ Enti kata siapa kita nak menafikan pendapat Syeikhul Azhar, tapi enti sedar tak bahawa di kalangan ulama’ pun ada yang terikut-ikut irama kerajaan sekular.”

“ Sedap je enti tuduh ulama’ begitu?”

“ Enti, enti tahu tak siapa Syeikhul Azhar ni? Enti kenal tak ulama’ ni?

Rozita terdiam.

Rupa-rupanya, Sumayyah terlebih dahulu mengikuti perkembangan isu semasa.

Sumayyah mengeluarkan sehelai kertas dari beg galasnya.

Sumayyah membaca kenyataan yang terdapat dalam artikel tersebut“ Dr. Nazreen Nawaz memberi kenyataan tegas mengkritik tindakan Syeikh Muhammad Tantawi. Katanya Syeikh Tantawi bukanlah orang yang asing dalam memukul gendang mengikut irama kerajaan Sekular Barat. Antara perkara yang telah dilakukan termasuklah menyokong pengharaman tudung di Perancis, menasihati perempuan-perempuan Muslim untuk membuka tudung mereka dalam memenuhi kehendak undang-undang, serta bersalaman dengan Presiden Israel Shimon Peres iaitu seorang penyembelih yang mana tangannya berlumuran dengan darah ribuan rakyat Palestin. Berlatar belakangkan kerajaan Eropah yang sedang berusaha untuk mencantas kebangkitan Islam dalam masyarakat mereka dan memaksa untuk menerapkan nilai-nilai Barat melalui undang-undang seperti pengharaman tudung dan purdah, kata-katanya telah dijadikan sebagai hujah dalam agenda mereka. Tambahan pula, kenyataannya yang mutakhir ini telah menyediakan bantuan kepada propaganda peperangan kerajaan Barat terhadap Islam dan pakaian wanita Muslim. Dia menunjukkan kemarahan terhadap wanita yang berpurdah tetapi langsung tidak menghiraukan tindakan kerajaan membenarkan para pengunjung wanita untuk berarak separuh bogel di dalam pusat percutian di Mesir. Dia mempergunakan Islam untuk berhujah bahawa wanita Muslim mestilah membuka wajah mereka tetapi mendiamkan diri terhadap pemerintahan rejim sekular Mubarak yang zalim yang cuba sedaya upaya dalam menyingkirkan Islam dari masyarakat, termasuk memenjara dan menyeksa sesiapa yang menyeru kepada pemerintahan Islam. Enti nak guna hujah ulama’ yang begini?” Sumayyah mengakhiri pembacaannya sambil menggelengkan kepala.

Rozita terdiam.

Rozita menambah lagi “ Tapi, enti tahu tak isu ni jadi isu yang panas pada tahun 2001 di Mesir juga,”

“Isu yang mana tu? Di American University di Kaherah tu ye?”

Rozita mengangguk. “ Yup, seorang pengkaji Muslimah telah dilarang memasuki perpustakaan American University di Kaherah kerana enggan menanggalkan niqobnya. Tengok di Negara Mesir pun jadi macam ni. Negara Islam tu,”

“ Negara Mesir Negara Islam? Enti biar betul, Ita…Mesir dah dikotori sekularisme di mana-mana,” Sumayyah menafikan kenyataan sahabatnya. “ Husni Mubarak kan presidennya,”

“ Maafkan ana, Ita. Tapi kalau tak silap ana Muslimah tu telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan mahkamah memutuskan larangan itu tidak sah. Maksudnya larangan untuk beliau masuk dengan keadaan mermakai niqab adalah tidak sah. Kesudahannya, wanita tersebut menang di dalam kes berkenaan.”

“ Oh, dia menang ye?”

“ Ha’ah,oh ye, enti. Ya, sebelum kita memutuskan sesuatu perkara atau isu sebagai hujah dan perdebatan, kita perlu tahu apa kesudahannya dan watak-watak utama dalam kes berkenaan. Enti tahu ke pasal arahan syeikh Tantawi sebenar,”

“ Maksud enti?”

“ Yelah, beliau mengharamkan niqab di University al-Azhar. Enti perlu ingat bahawa Universiti al-Azhar mempunyai kampus yang berasingan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ini yang diajarkan Islam. Tapi, kolej dan universiti di Malaysia tidak begitu. Adalah haram dalam Islam untuk dicampurkan pelajar lelaki dan perempuan dalam sebuah pusat pengajian, tanpa tabir pula tu di dalam kelas. Jadi, kita memang tidak sama dengan mereka. Kita lagi perlu memakai niqab (purdah) kerana kita berada di kampus yang tidak mengasingkan kuliah dan kelas dan sebarang urusan untuk lelaki dan perempuan, “ Sumayyah menjelaskan panjang lebar.

“ Owh, begitu. Maksud enti tiada pelajar lelaki di kampus pelajar perempuan? Beginikah sistem di al-Azhar? Ana tak tau pun..”

“ Ha’ah, takde. Ana sempat singgah waktu lawatan sambil belajar ke Kaherah, tahun lepas. Memang kampus berasingan. Universiti lil baniin (untuk lelaki) dan lil banaat (untuk perempuan) adalah asing. Bagus, kan?” Sumayyah menjelaskan.

“ Subhanallah, bestnye..”

Sumayyah mengeluarkan sebuah fail yang diisi artikel tentang niqab di dalamnya. “ Cuba kita check and balance semula, ok, isu ni adalah berpunca daripada pekeliling yang dikeluarkan pada 5 Oktober 2009 oleh Syeikh al-Azhar kepada semua sekolah rendah dan menengah serta kolej-kolej milik Universiti al-Azhar, supaya pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah semasa dalam kelas atau dewan kuliah. Lihatlah apa alasan mereka, semua kelas dan dewan kuliah pelajar wanita adalah berasingan daripada kelas dan dewan kuliah pelajar lelaki. Justeru, tiada keperluan bagi pelajar wanita memakai purdah. Ini berbeza semasa berada di luar kelas atau di luar dewan kuliah. Kita lihat hasil dari mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi al-Azhar , dalam mesyuarat ni diputuskan beberapa perkara:

Pertama, pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar as-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar as-syarif.

Tentang perkara pertama yang diputuskan ni jelas pada kita bahawa niqab tidak diharamkan. Bahkan wanita yang berniqab tidak boleh pun dihalang daripada memasuki al-Azhar.

Kedua, pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar.

Lihat pada keterangan yang kedua. Pelajar perempuan diizinkan untuk memakai niqab jika ada orang lelaki di al-Azhar. Seperti yang kita tahu kampus mereka adalah khusus untuk pelajar perempuan. Dan kampus untuk pelajar lelaki bukan di tempat yang sama. Jadi, jika ada lelaki di dalam kampus, mereka dibenarkan berniqab.

Ketiga, para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuat kuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan.

Keputusan yang ketiga juga jelas. Arahan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam kelas adalah arahan yang jelas tidak bertentangan dengan Islam kerana kelas-kelas ini hanya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Dan larangan memakai niqab ini hanya berkuat kuasa jika guru itu adalah perempuan. Lihat, kita di kampus yang bercampur dengan lelaki di dalam kelas dan gurunya juga lelaki, tentulah lagi perlu memakai niqab.

Keempat, para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah dari kalangan wanita.

Keputusan yang keempat juga begitu jelas. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab hanya dengan syarat para pengawal peperiksaan adalah dari kalangan wanita. Lihat, jika para pengawal terdiri daripada lelaki, maka larangan berniqab ini tidak sah lagi. Lihat, adakah nak kita samakan dengan kolej kita. Di kolej kita, bukan sahaja para pengawal peperiksaan terdiri daripada pensyarah lelaki dan staf lelaki, bahkan di dalam dewan peperiksaan juga bercampurnya antara pelajar lelaki dan perempuan. Lihat, kita lebih-lebih lagi perlu memakai purdah.

Kelima, Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha’ Islam.

Keputusan majlis yang kelima ini semestinya tidak ana persetujui. Lihat sahaja bagaimana kanak-kanak tidak ada masalah dengan pemakai niqab apabila mereka sudah terbiasa dengan ibu mereka sendiri yang berniqab. Bagi ana, jika kita nak menghalang orang dari berniqab hanya kerana kanak-kanak maka kita perlu kembalikan pada hukum itu sendiri. Ini bukan persoalan, minoriti ulama’ menghukumkan wajib berpurdah maka bermakna tidak perlu berhujah. Kedua-dua hujah ulama’ yang berselisih adalah berkaitan wajib dan sunat. Tidak ada ulama’ yang mengharamkan. Oleh itu, tidak timbul persoalan untuk mereka yang memakai kerana kedua-dua hujah sepakat kebaikan memakai purdah.

Jadi, ini semua berbalik kembali pada persoalan hukum berpurdah ini dalam Islam,” jelas Sumayyah panjang lebar.

“ Tapi, ada juga mereka menyebutkan bahawa pemakaian purdah adalah adat dan bukannya ibadat, malah ia merupakan isu khilafiyah dalam bidang fiqh,” Rozita menambah sambil menunjukkan kenyataan syeikhul azhar tersebut dalam artikel di tangannya.

“ Yup, ana tahu tu. Tapi, lihat kenyataan ini bertentangan. Pertama ia mengatakan bahawa ia adat dan bukan ibadat. Kedua ia mengatakan bahawa ia isu khilafiyyah dalam bidang fiqh. Kedua-dua ayat ini bertentangan. Lihat, jika purdah adalah adat, ini bermakna ia tak sepatutnya berada dalam isu khilafiyyah. Jika ia bukan ibadat, bagaimana ia termasuk isu khilafiyyah? Isu khilafiyyah adalah perkara-perkara yang ulama’ berbeza pendapat berkaitan hukum sahaja, bukannya soal adat pun dibincangkan. Ini bermakna ia ada kaitan dengan ibadah dan terbuktilah ia bukannya sekadar adat. Kerana ulama’ berselisih pendapat antara wajib dan sunat. Ini jelas membuktikan soal ibadah. Bukannya adat sahaja.” Sumayyah menjelaskan sambil menunjukkan pada kedua-dua kenyataan syaikh yang antagonis antara satu sama lain.

Rozita mengerutkan dahinya dan mengangguk.

“ Jelasnya, ana sendiri bersetuju dengan apa yang mereka bawa kerana mereka mengikut apa yang digariskan Islam sendiri dalam keputusan syeikh azhar untuk perkara satu hingga empat. Dan ia berkaitan isu khilafiyyah pun ana bersetuju kerana ia membuktikan pemakaian purdah ini berkaitan ibadah dan bukannya adat”

“ Tapi enti, lihat ni, beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi al-Azhar tersebut dibuat adalah adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan , ha, macam mana pendapat enti,”

“ Setuju, ana setuju. Untuk tujuan keselamatan, adalah tidak mengapa. Kerana kampus mereka ini hanya terdiri dari pelajar perempuan, jadi tidak mengapa membuka purdah, lagipun ini bagi mengelakkan pencerobohan. Lagipun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut membuat kenyataan menyokong pandangan Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi tersebut, Tuan Guru Nik Aziz ada mengulas dengan berkata, “ Atas dasar keselamatan Negara, Tantawi mengambil keputusan tersebut sebagai langkah awal pencegahan jenayah dan keganasan, menangani taktik penjahat menggunakan purdah melindungi aktiviti haram mereka. Bagi ana tak da masalah kerana prems mereka semuanya perempuan. tapi, keadaan ini berbeza dengan Malaysia, jika keseluruhan kampus semuanya perempuan, barulah arahan ini sesuai diaplikasikan di Malaysia” Sumayyah menambah dengan menyokong bahagian ketetapan al-Azhar itu.

“Tapi,ada juga mereka menegaskan bahawa ketetapan ni dibuat demi untuk mengelak berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa pada tahun 2008 menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai,” Rozita menambah lagi hujah syeikh al-Azhar.

“ Enti lihat, walaupun tiada pelajar yang berniqab dalam tahun-tahun sebelum kita semua berniqab iaitu sebelum tahun 2007, telah ada kes peniruan di dewan exam. Selain itu,dalam tahun-tahun lepas pun ada peniruan di dewan exam, bukan sedikit bahkan banyak sekali yang terdiri dari pelajar-pelajar pengajian Islam dan bukan pengajian Islam, pakai tudung labuh atau pakai tudung bawal. Tidak ada lagi yang melibatkan pelajar berniqab, tapi peniruan masih berlaku. Adakah salah niqab? Jika salah itu diletak pada niqab, maka kita juga boleh menyalahkan pelajar yang meniru di kolej kita atas tudung mereka. Jadi, adakah kita nak mengharamkan mereka bertudung kerana mereka meniru? Ana tidak nampak ini boleh dijadikan hujah. Akhlak dan adab untuk tidak meniru di dewan exam yang perlu diterapkan bukannya pakaian yang dipersalahkan. Namun, ana bersetuju dengan pendapat Syeikhul azhar bahawa dilarang untuk memakai niqab apabila pelajar yang mengambil peperiksaan dan pengawal peperiksaan semuanya terdiri daripada orang perempuan. Ana rasa ini tiada masalah. Inilah yang sepatutnya. Pengawal peperiksaan adalah perempuan dan semua pelajar perempuan diasingkan tempat peperiksaan dari pelajar lelaki, maka barulah larangan berniqab itu boleh dijalankan untuk langkah keselamatan jika perlu. Tapi, terus terang bagi ana, tidak perlu tunggu berniqab, menipu itu ada macam-macam cara, yang pakai tudung labuh dan pakai tudung bawal pun boleh menipu dan meniru. Pelajar sekarang ada banyak tempat sorok mereka, ustaz-ustaz pun dah kenal pasti tempat-tempat sorok nota yang biasa di kalangan pelajar perempuan dan pelajar lelaki,” Sumayyah menjelaskan sambil menggeleng kepala kecewa.

Sumayyah menjelaskan lagi kenyataannya “ Terdapat pelbagai respon dalam masyarakat Islam. Enti tahu tak Ita, Hamdi Hassan? Enti kenal tak?”

“ Tak” Rozita menggeleng.

“ Untuk pengetahuan enti, Hamdi Hassan adalah merupakan ahli parlimen Mesir yang mewakili kumpulan Ikhwanul Muslimin telah menyatakan bantahan keras kumpulan fundamentalis tersebut terhadap arahan Tantawi. Hamdi Hassan berpendapat bahawa Tantawi perlu meninggalkan jawatan beliau kerana sudah beberapa kali menyinggung perasaan institusi agama terunggul tersebut, dengan merujuk kepada beberapa fatwa kontroversi sebelum ini seperti mengharuskan transaksi riba di dalam perbankan atas nama faedah (riba) yang dibenarkan. Hamdi Hassan walaupun berpegang kepada pendapat niqab itu bukanlah wajib, membantah arahan Tantawi tersebut kerana al-Azhar bagi beliau ialah institusi agama yang perlu meraikan pandangan semua mazhab muktabar. Pendapat Hamdi Hassan ini pun disokong oleh tokoh ulama’ terkemuka Mesir yang merupakan bekas Ketua Majlis Fatwa dan Kajian Universiti al-Azhar, iaitu Syeikh Ali Abu al-Hasan. Menurut beliau, pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk melarang mana-mana Muslimah daripada memakai niqab, melainkan untuk sebab-sebab sekuriti. Ujar beliau lagi, pemakaian niqab tidak bercanggah dengan syariat Islam serta undang-undang Mesir, justeru pengharamannya tidak diterima sama sekali,” jelas Sumayyah dengan teliti.

“Oh, kalau macam tu, perkara ni pun jadi isu besar jugalah ye,”

“ Mestilah isu besar, ia masalah hukum, jika ditebuk oleh orang kafir atau orang Islam sendiri, pastilah bangkit orang berilmu di kalangan masyarakat Islam sendiri untuk mempertahankan hukum Islam. Ini bukan perkara main atau soal remeh. Ia melibatkan hukum wajib. Kalau sekadar sunat je dan tiada pendapat yang wajib, ana rasa isu ni tak jadi sebesar begini,” Sumayyah menambah.

Tut…tut…

“ Assalamualaikum,” Sumayyah menjawab panggilan telefon.

“ Waalaikumussalam, Su. Mak Ngah ni. Macam mana dengan cadangan Mak Ngah tempoh hari?”

“ Oh, Mak Ngah…Mak Ngah sihat?”

“ Alhamdulillah, sihat. Su Sihat?”

“ Alhamdulillah Mak Ngah. Mak Ngah, Su minta maaf banyak-banyak….Su tak dapat nak terima pinangan anak Mak Cik Melah. Su nak sambung belajar lagi Mak Ngah…”

“ Su, kamu ni dah berumur dah..terima je dulu, nanti baru fikir nak sambung belajar ke ape…Lagipun, kalau dah kahwin pun bole sambung belajar,”

“ Mak Ngah, Su dah istikharah dah. Mungkin ada yang lebih baik untuknya,”

“ Maafkan Su, Mak Ngah…”

Tak pe, tak pe…”

Rozita berdehem-dehem.

“ Pinangan yang baru?”

Sumayyah tunduk. Agak bosan. Bukan calang-calang suami yang diimpikan, mestilah yang sayangkan Islam dan mengamalkan, bukannya yang Islam pada nama.

“ Su masih menanti? Menanti sesuatu yang tak pasti?”

“ Subhanallah, hanya Allah yang berhak menyusun segalanya,” Sumayyah memejamkan matanya, sambil menggeleng.

Itulah prinsip Sumayyah.

“ Baik, kita sambung.”

“ Janganlah enti risau, Ita. Ana ok je, tak, ana tak tunggu siapa-siapa. Untuk apa menunggu seseorang yang tidak mahu beramal dengan hukum Islam, tentu ada yang lebih baik. Allah itu adil. Surah an-Nur kan Allah dah berjanji wanita yang baik untuk lelaki yang baik,”

“ Macam tu lah kawan ana, kuat, tidak mudah mengalah,” Rozita memeluk sahabat karibnya Sumayyah.

“ Ada yang terlebih baik untuk enti. “Rozita menepuk-nepuk bahu sahabatnya mesra.

Sumayyah tersenyum sendiri. Matanya mengecil. Rozita membalas senyuman kerana amat mengenali wajah sahabatnya yang tersenyum ketika berpurdah. Sumayyah menelan makanan dengan beratnya. Sukar dia menerima hakikat aturan hidupnya yang pelik. Namun kerana Allah digagahi juga. Hanya jauhari mengenal manikam. Terbayang keindahan Yaman yang pernah diceritakan. Memang tiada yang sempurna tapi sekurang-kurangnya yang takutkan Allah, yang berusaha mencapai kesempurnaan kehidupan bertunjangkan Islam. Subhanallah, tentu Syurga terlalu indah. Dengan sebab itulah jalan ke sana penuh berliku, fikirnya dalam hati.

“Lagi satu, tentang isu pengharaman niqab di Universiti al-azhar ni perlu kita kaji bersama. Dari segi politik, pengharaman itu boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak, Negara sekular, pertubuhan-pertubuhan yang memusuhi Islam serta pertubuhan musuh dalam selimut di kalangan umat Islam sendiri. Ia boleh dijadikan prima facie di dalam Negara Eropah untuk mengharamkan secara total pemakaian niqab oleh wanita Muslim. Tidak mustahil juga, suatu hari nanti pemakaian tudung, hijab dan scarf pun bakal diharamkan. Malah tidak mustahil juga, suatu hari nanti lelaki Muslim pun turut dilarang daripada memakai kopiah, songkok atau serban kerana ia juga boleh dikatakan tiada kaitan dengan nas agama. Bayangkanlah jika Syeikhul Azhar terpaksa membuka serban al-Azharnya sekiranya ingin melawat Negara Eropah, bukan ke pelik tu? “ Sumayyah menambah.

Mereka berdua tersenyum sambil mengggeleng kepala membayangkan.


p/s:
Pada zaman sekarang ni wanita berpurdah selalu di anggap serong. Sama ada dianggap ekstrem atau mengikuti jemaah Al-Arqam yang disahkan sesat. Sebenarnya dalam Islam sendiri tidak mengharamkan purdah. Adakah nanti tudung dan skaf juga bakal diharamkan oleh masyarakat Islam sendiri? Mari kita renung-renungkan. Kehidupan itu Islam dan Islam itu kehidupan. Tiada yang memisahkan antara duanya. Kami yang berpurdah ini tetap manusia biasa cuma kami sangat merasai kemanisan membawa Islam bersama-sama kami dalam menghadapi kehidupan duniawi menuju akhirat. Salahkah kami??