Tuesday, May 26, 2009




Miskin Cinta dan Kasih Sayang

Masyarakat kini miskin cinta. Cinta mereka hanya terbatas pada orang, kaum dan benda tertentu. Bila disebut pemuda, maka dia semestinya seorang yang akan mencintai gadis. Bila disebut orang kaya, dia perlu mencintai harta. Maka setiap haluan hidup di tujukan pada yang tercinta.Bila kasih sayang 100% untuk kekasihnya, hartanya, dan jawatannya, orang lain tidak lagi penting dalam hidup. Cintailah semua orang, kerana cinta itu tidak terhad..
Bila saja berhadapan dengan orang yang dicintai, orang lain dilihatnya seperti batu dan tunggul. Bila diminta pertolongan, sedikit pun tidak diendahkan.Namun untuk terjun ke lautan api bagi membuktikan cinta pada kekasihnya sanggup diredahi . Lalu bagaimana sikap tolong menolong, kasih mengasihi terhadap sadara-saudara yang lain dapat diamalkan jika segala perbuatan baik hanya untuk orang tertentu dan hanya di dasari oleh material semata-mata.Kerana itu manusia kini miskin cinta.
Cinta itu terhad untuk harta, jawatan, wanita, dan kaum kerabat. Kisah peperangan di Negara jiran tidak dihiraukan kerana; cinta hanya terhadap Negara sendiri dan semangat perkauman yang menebal.Perompak berjaya melarikan beg tangan seorang mak cik dan kita melihat dari jauh kerana; itu bukan makcik kita atau wajah mak cik itu tidak seiras Siti Nurhaliza.Ingatlah ketika jenazah kita disuatu hari nanti hendak dikebumikan. Siapa yang membantu. Saudara kita yang tidak pernah kita kasihi di dunia dahulu yang menurunkan kita ke liang lahad.Dahulu kita sibuk menghabiskan masa dengan mengira nilai wang emas, sibuk dengan kekasih dari awal pagi hingga malam.
Lalu, dimanakah benda yang kita cintai itu pada waktu ini. Pangkat yang kita cintai kini dijawat orang lain. Harta yang diusahakan siang dan malam kini menjadi warisan untuk anak-anak.Ingatlah Allah tidak pernah membataskan sifat arRahmanya pada manusia tertentu. Nabi saw juga tidak datang hanya untuk sebuah kaum atau bangsa sahaja.Maka bersahabatlah dan sebarkanlah silatarrahim kepada semua manusia.
Jangan kerana cinta harta, pangkat, dan kekasih, kita tidak berpeluang untuk mencintai yang lainnya.

Menjadi atau Mencari


SOLEHAH : Menjadi Atau Mencari??
www.iluvislam.com
Mencari Solehah atau Menjadi Soleh? Saya sering membaca kisah kehidupan orang yang ingin menghabiskan zaman bujangnya, namun gagal meninggalkan kepompong kebujangannya itu oleh kerana dilanda masalah pilihan jodoh. Mereka mencuba sedaya upaya sehingga berhabis ratusan ringgit mengupah tok bomoh profesional berataraf antarabangsa namun jodoh tidak kunjung tiba.

Pada waktu itu mereka mula mempersoal hakikat takdir Allah. Saya bukanlah agen pencari jodoh untuk anda pada post kali ini, cuma ketika berada di tahun akhir pengajian di sini saya selalu dipaparkan dengan masalah kegagalan mencari jodoh yang meragut ketenangan jiwa saya. Memang perasaan cinta agak sukar untuk diterjemahkan. Ada orang suka itu dan ini, pendek kata ada pelbagai rasa dalam satu masakan yang tak mampu diolah dalam bahasa kamus. Susahnya mencari jodoh! Jika ditanya, anda mahu mencari jodoh yang bagaimana? Tentunya akan dijawab:“Dia yang paling baik dalam akhlak dan budinya”“Pandai jaga hati”Baik dari segi itu dan ini. Sebenarnya jika anda cuba bertanya kepada penari-penari kelab dangdut, mereka juga akan menjawab dengan jawapan yang sama. Tiada wanita yang suka dibelasah oleh suaminya setiap hari walaupun suaminya itu bukan bekas ahli tinju yang mahir. Sudah fitrah manusia mencari yang elok dan tidak busuk. Cuma bayangan kefahaman mereka disebalik makna perkataan ‘baik’ itu yang berbeza.
Bagi mereka, orang yang selalu tersenyum itu adalah antara orang yang terbaik walaupun berasal dari kumpulan peninggal solat yang terkenal. Adapun kebaikan itu sebenarnya hanya terzahir bila kita mentaati perintah Allah. Bagaimanapun setiap kita mendamba cinta dari seorang kekasih yang sangat sempurna sifat keinsanannya. Sifat sempurna yang mampu menutup lubang-lubang kecacatan walaupun setengah meter. Banyak sekali mereka yang telah lanjut usia gagal untuk mendirikan rumah tangga kerana memikirkan perkara ini.
Yang ada di hati mereka:
“Betulkah dia ini baik atau sekadar berlakon.”
“Ooh mungkin dia cuba bantu aku sebab hendak mengambil hati.”
“Emm pakai tudung dan cuba-cuba buat solehah agaknya itu.”
Akhirnya, semua sifat orang habis diselidiki tanpa memikirkan sifat diri sendiri. Kita yang tidak punya sifat dan perwatakan yang 'baik' cuba untuk menilik mereka yang 'paling baik' untuk dijadikan pasangan hidup. Seboleh mungkin kita mahukan seseorang yang punya sifat seperti malaikat. Sedangkan kita antara orang yang selalu bermuamalah dengan syaitan setiap hari untuk melakukan maksiat. Ini tidak adil! Bagaimana sifat syaitan dan malaikat boleh bersatu?
Akhirnya setiap detik berganti masa yang lama tidak juga mendapat pasangan yang secucuk. Lamunan untuk mendapat itu dan ini tidak terzahir di depan mata oleh kerana sentiasa melihat yang negatif pada orang lain. Jadilah yang soleh, anda akan mendapat yang solehah! Cuba selidiki diri sebelum mencari orang yang kita bayangkan sifatnya dibenak kita. Adakah sifat yang berada dibenak sendiri itu, wujud dalam diri kita?
Atau dalam erti kata yang lain, jika ingin mendapatkan seorang yang solehah, maka kita juga perlulah menjadi yang soleh. Kalau ingin mendapat jodoh yang soleh, kita perlulah solehah. Dari sini kita dapat fahami bahawa menjadi sesuatu itu lebih mudah dari mencari sesuatu. Kita setia mencari pasangan yang berperwatakan seorang yang soleh dan solehah, sepatutnya kita sendiri perlu punya perwatakan itu.
Janganlah anda menyalah orang lain jika pinangan anda ditolak. Siapakah yang ingin mendapat pasangan punya 'kakinya berbotol' dan peninggal setia solat fardhu? Sememangnya dijanjikan Allah setiap yang baik itu kepunyaan yang baik. Dan yang buruk itu akan mendapat yang buruk. Penzina yang setiap saat bergelumang dengan dosa tidak akan mampu untuk mendapat pasangan seorang lelaki yang soleh.
Ini adalah realiti. “Jangan cuba masuk ke dalam istana untuk bertemu dengan puteri raja dalam keadaan pakaian anda compang camping”. Oleh itu jadilah yang terbaik untuk diri sendiri selain ingin menjadikan orang lain sebagai yang terbaik untuk diri kita.
Belajarlah menjadi sifat orang yang kita ingini. Kelak kita sebenarnya yang akan dicari. Bukan kita yang mencari.

Saturday, May 9, 2009

Kejayaan tanpa agama VS Kejayaan bersama agama

"Orang yang berjaya."


Mungkin ini diidamkan oleh setiap orang. Dan mungkin korang juga. Tapi pernah korang spesifikasikan kearah mana kejayaan yang ingin korang kecapi? Dan orang yang berjaya bagaimanakah korang nak jadi?


Mungkin apa yang aku nak cakapkan ni agak diklasifikasikan oleh korg sebagai satu 'bebelan' yang mungkin boleh 'memanaskan' atau 'menanahkan' telinga korang. Tapi kalau sebagai seorang yang berfikiran terbuka atau 'open' la kan, korang akan terima ni sebagai satu motivasi.

Aku tak sebaik perempuan bertudung labuh dan yang bercakap buka mulut pun macam tak bukak (maksudnya lemah lembut dan sopan santun). Tapi segala mungkin boleh diubah. Sebagai manusia, kita kena 'korek' ilmu seberapa banyak yang mungkin tak kira ilmu dunia atau akhirat. tapi ilmu akhirat sampai mati harus dicari.


Sekarang aku dah 'start' pengajian aku sebagai student di UPM. tapi 2 bulan jek sebab aku buat pra sebagai persediaan untuk aku sambung pengajian aku nanti.

Aku agak 'terkesima' dengan 'aura' yang telah disampaikan kepada aku dan alhamdulillah aku benda tu memang sampai la kat aku. takde 'obstacle' ke ape. Sorang student yang sama course ngan aku telah sampaikan tazkirah yang agak berkesan dan terkesan kepada aku. wow! terlalu besar impaknye! (gebang sikit)
hurm.
'ORANG YANG BERJAYA DENGAN AGAMA' dan 'ORANG YANG BERJAYA TANPA AGAMA'
apa yang korang fikirkan sekarang?
Kalau aku, aku akan fikir apa bezanya antara dengan agama dan tanpa agama?
Sesungguhnye la kan, orang yang berjaya tanpa agama adalah orang yang hanya mendapat kejayaan kecil sahaja. Apatah lagi orang yang tidak berjaya dan tiada agama. dorang memang orang yang sangat rugi disisi ALLAH.
Orang yang berjaya dengan agama adalah orang yang memang sangat beruntung dan kejyaanya adalah amat besar disisi ALLAH. AGAMA tu dari segi apa?
ok. macam ni. AGAMA = SOLAT.
senangkan?
islam tu mudah. jaga agama, korang berjaya. dan ALLAH akan 'baik' kepada orang yang 'baik' kepadaNYA. ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ALLAH tak kejam. dalam azan pun ada dilaungkan. 'HAIYAALASSOLAH' dan 'HAIYAALALFALAH' maksudnya dirikanlah solat dan selamat menuju kejayaan. so jaga solat dan korang berjaya insyaALLAH. kalau korang banyak berdoa, insyaallah ALLAH makbulkan.
Yes. lagi satu DOA. faktor kedua untuk berjaya.
renung-renungkan dan selamat beramal! :))
INSYAALLAH.


Monday, April 6, 2009

Tanta University di Mesir.


welcomewelcomewelcome

Wow! macam istana. bestnyee. =p huhu xsabar. Tanta University in Egypt


Faculty of Medicine


About the Faculty

The Faculty of Medicine was found in 1962/63. The Medicine student obtains after a 10 semester study the degree of Bachelor of Medicine and Surgery (B.Sc.) in Medicaid sciences . The Faculty of comprises the departments of Orthopedic Surgery; Neuro Surgery; Urology; Anatomy And Embryology; Surgery; Anesthesiology; Clinical ; Pathology ; Radiology ; Radiological Treatment For Neoplasm; Dermatology; Venereology; Neuropsychiatry; Internal Medicine; Pediatrics; Gynecology And Obstetrics; Ota-Laryng-Phonology; Ophthalmology; Public Health; Forensic Medicine & Toxicology; Pathology; Pstsdiyology; Pharmacology ; Histology; Biochemistry; Physiology Bacteriology; Tropical Medicine; Chest And Heart Surgery (A,B,C) And Physical Medicine . The faculty offers the opportunity to obtain Diploma, Master and Ph.D. degrees in the various specialization's in the above mentioned departments.


The University of Tanta , Internal Medicine Department

ahlan wasahlan ya habibi ya maulana =d


.pathology department.

bestgila!

Sunday, April 5, 2009

rasa

kau rasa apa?
ye!
sekarang.
kau rasa apa?
katakan.
jangan tangguh
percayalah kataku
jangan
sekarang katakan
huh.
susah mahu dilepaskan
kau boleh
cuba katakan
tapi sebelum itu
kau harus tahu
aku juga begitu
betul
sekarang cuba kau katakan
kau rasa itu kan?
itulah apa yang aku rasakan selama ini
aku dan kau sama
memang sama sahaja
kau suka
aku suka
tapi
kau harus tahu
walau kita sama
tapi dunia nya lain
kau ialah kau
aku ialah aku
kau sedarkan
cukuplah
aku tak mahu ini berlanjutan
sukar untuk dikatakan
terlalu sukar
kau faham kan
maafkan aku
semua ini
kerna aku sayang kan kau
selamat kau di dunia sana

terima kasih


terima kasih semua
kau amat berharga
kau tahu itu kan?
terima kasih
kau banyak tolong aku
waktu senang
waktu susah
kau ikhlas
tapi itu pandangan aku
bagi kau aku tak tahu
cuma
maafkan aku
atas segala salah silap
bukan bermaksud sengaja
tapi manusia itu banyak khilafnya
aku tahu kau faham
hurm
terima kasih
terima kasih
dan terima kasih
bukan i love you sahaje
yang perlu dilafazkan setiap masa
terima kasih lebih bererti
TERIMA KASIH

itu mungkin

hello
salam
hai
mungkin
perkataan yang acapkali dicanangkan
tapi taklah terlalu agung
mungkin
apa?
siapa?
di mana?
ahh!
soalan same
setiap kali ke mana-mana
kau tahu
percaya tak?
kau itu hanya kerdil
yang menumpang dunia
sementara mungkin
salah
itu memang pasti
esok kau pergi
mungkin
esok kau hilang
mungkin
tapi
kau fikir
kemana kau sekarang?
kemana?
dimana kau?
apa kau lakukan?
fikirkan sayang
ada lebih besar
dari kau
turunlah dari maharaja setan
turunlah
kau selamat
mungkin
dengan izinnya

kau tahu

jauh
mungkin itu
fikiran terlalu membelenggu
tapi perlu ke begitu?
jauh
mungkin itu
tapi tak usahlah
sebab
kau tahu
tahu menilai
hati kau tahu
percayalah
mungkin hati selalu bertanya
kenapa jauh?
huh!
bosan mengharap
menanti
cuma
tak mungkin berhenti
berserah segalanya
walau dengan apa jua
kau harus tahu
kau kuat
yg jauh dekatkanlah
berserah lah
semoga terungkai
renungkan