Tuesday, August 23, 2011

Mim..Sadh..Ra..



Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi manusia yang sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik.. Apa yang penting janganlah kita mempermainkan perasaan, menyakiti apa lagi menganiayai manusia lain.. sebabnya kemudharatan yang timbul itu sebenarnya amat merumitkan bahkan boleh menjadi isu yang cukup besar..namun, keyakinan yang patut diyakini iaitu setiap yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah swt..segalanya berlaku atas aturanNya dan kuasaNya dan kita hambaNya perlu mengambil ibrah dari setiap yang berlaku dan yakin bahawa semua itu adalah ujian dan dugaan yang sengaja Allah uji sejauhmanakah tahap keimanan kita..dan yang terlihat dari hati itulah iman kita yang sebenarnya iaitu sama ada kita REDHA atau tidak..


p/s: Musibah, Sabar, Redha..

Saturday, August 20, 2011

Cari redha Allah, bukan redha manusia..



Kita tak mampu untuk menahan apa yang manusia katakan tentang kita.. Tetapi kita hanya mampu bersangka baik atas setiap kata-kata manusia. Mungkin mereka tidak tahu..


Hati manusia itu tiada siapa yang mampu terjemahkan. Allah sahaja yang Maha Mengetahui kerana Allah lah yang menguasai hati hamba-hambaNya.


Kadangkala kita ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana Allah tetapi manusia sering menafsirkan ke arah matlamat yang lain.

Berkatalah, "Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati manusia."


Kadangkala niat kita pada awalnya adalah baik dan untuk menjaga perkara-perkara yang tidak baik, namun manusia menganggap tindakan kita adalah untuk mengambil kesempatan keatas setiap perkara yang ada di depan mata.

Maka katakanlah, "Alhamdulillah, mungkin Allah nak uji lagi keikhlasan hambaNya. Itulah tarbiyah hati."



Mungkin pernah kita memilih sesuatu demi memelihara fitnah orang lain. Namun diri kita diberi fitnah kerana pilihan kita.

Maka katakanlah dan berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya di dunia tiada apa yang tiada fitnah. Aku hanya mengharapkan pandangan dariMu ya Allah. Bukan pandangan manusia. Dan Kau berikanlah kekuatan kepadaku agar aku dapat meneruskan hidup ini mengharungi segala mehnah di atas dunia hanya dengan mengharapkan redhaMu semata-mata. Lahaulawalaquwwataillabillah"




p/s: Ikhlaskan niat walaupun sesukar mana. Carilah redha Allah semata-mata. Bukan redha manusia. :)

BERSABARLAH. Ramadhan itu madrasah tarbiyah.~

Thursday, August 18, 2011

Berikan aku mentari pagi menggantikan malam yang berkalut benci..

Moga dapat kutemui 'kamu' suatu hari agar dapat kuterima bunga kasih itu.. <33



ku tetap mengahrungi hidup ini biar tiada siapa yang peduli..

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci..


moga diriku tabah menghadapi segalanya..






Tuesday, August 16, 2011

Cara Menegur Ibu Bapa




Assalamualaikum wbt.


Bukan kerja yang mudah untuk menyampaikan kebenaran. Bak pepatah melayu “telan anak mati bapa, telan bapa mati anak”. Walaubagaimana kebenaran perlu ditegakkan dengan apa cara sekalipun mengikut kemampuan kita. Siapa lagi kalau bukan kita mencegahnya, jangan diharapkan orang lain untuk mencegahnya, kerana sikap yang begitu akan merosakkan semua. Walaupun kita sering solat dan menunaikan segala yang makruf dan tidak melakukan segala yang mungkar, dalam masa yang sama kita tidak pernah mencegah kemungkaran yang berlaku disekeliling, maka jawapannya Allah tetap akan humban kita ke neraka Allah juga kerana tidak menunaikan amanah atau kewajipan yang telah diberikan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah.

Masalah di atas ini agak rumit untuk menyelesaikannya, kerana anak tidak boleh mengecilkan hati kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).” (Al-Isra : 23)


Sebagai anak yang bertanggungjawab untuk memelihara dan mencegah kedua ibu bapanya dari siksaan api neraka Allah yang sangat dahsyat. Untuk menegur kedua ibu bapa ini perlu mempunyai metode atau kaedah yang sangat halus (hikmah) supaya hati dan perasaannya tidak terguris. Cara hikmah ini boleh digunakan dengan cara pertuturan yang baik dengan rasa merendah diri kepada kedua ibu bapa. Contohnya “mak saya mohon maaf atas segala kesalahan atau derhaka saya terhadap mak, saya sebenarnya hendak menegur mak atas kesilapan yang telah mak lakukan seperti keluar rumah walaupun sejengkal mesti menutup aurat, ini bukan kehendak saya, tapi ini kehendak Allah. Orang yang tidak menutup aurat akan dibakar rambutnya di akhirat nanti, takut mak siksaan Allah”. Ini sebagai contoh sahaja, mungkin anda semua mempunyai ayat yang lebih halus dan hikmah untuk menegur kedua ibu bapa anda. Kalau anda semua ada pendapat mengenai masalah ini boleh dikongsikan di ruangan komen di bawah ini.

Ada setengah ibu bapa, mereka lebih suka dengan cara berbincang diwaktu-waktu lapang dengan anak-anak mereka di rumah atau di luar rumah. Kalau cara ini mengikut hemah saya, lebih mudah sedikit dari cara di atas, kerana ibu bapa yang bersifat terbuka lebih mudah untuk ditegur, selalunya mereka tidak akan berkecil hati akan teguran anak-anak mereka. Ibu bapa yang terbuka juga mudah untuk menerima segala pandangan anak-anak mereka dengan hati yang ikhlas dan bersifat kekeluargaan. Anak-anak yang mempunyai ibu bapa seperti ini, boleh menegur dengan cara terus terang tanpa ada ayat-ayat bunga bagi anak yang tidak pandai menggunakan ayat-ayat bunga. Walaupun ibu bapa anda bersifat terbuka, maka lebih baiklah anda gunakan juga bahasa-bahasa yang berbunga dan cantik di dengari oleh ibu bapa anda dan hatinya tenang dan mudah menerima segala teguran yang hikmah.

Ada sebahagian ibu bapa yang egois atau tidak mahu langsung mendengar teguran anak-anak mereka dengan alasan mereka lebih dahulu makan asam garam dari anak-anak mereka. Ini juga susah untuk menegur kesalahan yang telah dilakukan oleh ibu bapa. Menurut saya, ibu bapa seperti ini boleh ditegur dengan menggunakan orang lain yang rapat dengannya, seperti saudaranya yang dipercayai, ayah (tok wan) dan ibu (nenek) mereka, sahabat mereka dan sesiapa sahaja yang rapat dengan mereka. Selalunya mereka akan mudah menerima teguran dari orang yang dipercayai atau dihormati oleh mereka. Malah mereka akan akur dengan segala teguran orang tersebut.

Ada juga ibu bapa yang langsung tidak boleh terima teguran anak, sahabat, saudaranya, teman-temannya dan sesiapa sahaja. Ini sangat susah dan perlu mempunyai strategi yang baik menurut kemampuan anak tersebut. Selalunya teguran dari anak akan kesalahan ibu bapa tersebut, mereka akan mengatakan bahawa anak tersebut derhaka dan masuk ke neraka. Persoalannya siapa yang derhaka dan siapa yang berdosa, anak tersebut tidak berdosa dan tidak derhaka dan cuma menjalankan kewajipan sebagai seorang anak yang soleh dan solehah. Nasihat saya, kepada sesiapa yang ingin menegur kesalahan ibu bapanya, jangan takut dengan istilah derhaka dan dosa jika teguran anda betul dan mengikut segala teknik yang ada dalam dakwah Islam. Kecualilah teguran anak dengan menggunakan perkataan yang kesat, kasar atau sebagainya untuk menegur kesalahan ibu bapanya, maka hal ini barulah dikatakan dosa. Untuk mengetahui teknik atau cara menegur yang lain dari saya nyatakan di atas ini boleh klikkan di sini.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak yang bertanggungjawab dan melaksanakan amanah Allah terhadap kedua ibu bapanya, mestilah menegur kesalahan ibu bapanya dengan cara yang baik dan hikmah. Kerana anak tersebut telah memelihara ibu bapanya dari siksaan api neraka Allah. Jangan takut kepada segala kesulitan yang akan dihadapi, takutlah kepada Allah yang sentiasa memerhatikan perbuatan dan percakapan kita. Jadi seorang anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mendoakan kebaikkan kepada kedua ibu bapanya. Doa kepada kedua ibu bapa :


“Ya Allah ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihanilah kepada kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihani dan menyayangi aku sewaktu kecil dahulu”.


Oleh : Ustaz Nor Amin

Munajat Sang Musafir





Wahai Tuhan kami, jadikanlah cinta kami kepada Mu sebagai sesuatu yang paling kami sukai, dan rasa takut kami pada Mu sebagai suatu rasa yang paling dalam.

Putuskanlah segala ketergantungan dunia dari kami, dan gantilah dengan rasa rindu untuk berjumpa dengan Mu.

Jika Engkau memberikan kepada ahli dunia kesejukan harta mereka, maka jadikanlah kesejukan bagi kami di dalam ibadah kami.Allahumma ameen.



**************************

Hidup ini hanyalah persinggahan. Sepanjang bermusafir di atas muka bumi Allah ini, banyak ujian dan dugaan Allah titipkan untuk kita tanda kasih dan sayangnya betapa Dia terlalu mahu mendengarkan rintihan hamba-hambaNya.

DUNIA.. Selalulah meminta dan memohon pada Allah agar kita dijauhkan dari menjadi hamba dan ahli DUNIA. Sesungguhnya kita hidup ini bukanlah untuk DUNIA tetapi adalah untuk AKHIRAT. Allah telah menciptakan kita adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya, bukan untuk mengumpul segala harta di atas dunia ini tetapi adalah untuk mengumpul segala amal kebajikan sebagai bekalan kita di hari akhirat kelak.
Seperti dalam firman Allah :

"Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"
Az-Zariyat : 56



Hidup ini penuh dengan pementasan dan drama. Adakah kita hanya ingin menjadi manusia robot yang tiada tujuan hidup dan hanya melalui hari-hari yang sama? Apakah sebenarnya tujuan hidup kita? Siapakah kita sebenarnya wahai manusia? Siapa kita??


Kita adalah hamba Allah.
Kita adalah ummat Rasulullah saw.
Kita adalah ummat Islam.


Di akhirat kelak, Allah tak tanya apakah pekerjaan kamu. Allah tak tanya berapa banyak harta yang kamu dapat. Allah tak tanya berapa jam sehari kamu bekerja mencari duit.

Tetapi mungkin Allah akan tanya apakah yang telah kamu lakukan untuk Islam. Apakah kamu telah laksanakan tanggungjawab kamu di atas muka bumi Allah.


Ya Allah, tidak takutkah kita apabila Allah bertanyakan kepada kita semua itu? Bagaimana amalan kita? Sudah cukupkah nak dibandingkan dosa-dosa kita yang terlalu banyak ni? Yang kita sedar dan tidak kita sedar. Sudah bertaubatkah kita wahai manusia?


Kembalilah ke jalan Allah. Jalan di mana kita seharusnya lalui sebagai hamba Allah. Menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Sebagai ummat Rasulullah saw membawa risalah-risalah Islam ke serata alam untuk menjadikan Islam sebagai rahmat seluruh alam. Sedarlah.. Buangkan DUNIA dari dalam hati kamu. Buangkanlah. Jadikanlah DUNIA ini hanya sebagai satu platform untuk kita ke syurga bagi kita mengumpulkan sebanyak mana amal jariah kita.


2 Cinta yang tidak bersatu di dalam hati seorang manusia iaitu

CINTA DUNIA dan CINTA AKHIRAT.


Mana satukah pilihan kita? renung-renungkan.





p/s: Ayuh kita melangkah! Masih belum terlambat. ^_~

Monday, August 8, 2011

Jaulah Ramadhan :)



Assalamualaikum wbt..


Ramadhan kali ini memberi ana episod yang baru dalam hidup. Episod ini memberi ibrah dan juga tak kurang dapat mengukur baju di badan sendiri mengenai kelemahan ana yang selama ini ana x nampak tapi alhamdulillah semakin terserlah kelemahan tu dan insyaAllah akan cuba untuk memperbaikinya iaitu ;

LEMAHNYA KEMAHIRAN BERCAKAP DAN BERKOMUNIKASI.


Jaulah Ramadhan baru-baru ni yang diadakan bersama akhawat-akhawat lain banyak memberi ibrah kepada ana. Ukhuwah itu sangat penting dalam menyusuri kehidupan sebagai seorang muslim. Seperti dalam firman Allah :

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku puak supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya. [49:13]



Semoga ukhuwah yang terjalin di atas jalan Allah ini dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. Sememangnya dapat merasai bahawa setiap manusia itu sama sahaja tarafnya walaupun berbeza rupa, pangkat dan sebagainya. Yang membezakan hanyalah takwa.


Walaupun baru pertama kali bersua muka, insyaAllah akan selamanya ingat setiap kata-kata dan sharing yang diberi oleh ukhti-ukhti. Sebenarnya sangat segan dan malu tengok semuanya hebat-hebat tapi diri ini sangatlah banyak kekurangan. :( Namun insyaAllah, mungkin Allah nak sedarkan diri ana dengan cara sebegitu. LUARAN TAK MELAMBANGKAN DALAMAN. :)



Kenangan itu akan ku semat dalam ingatan. Moga kita dapat bersua lagi kerana Allah insyaAllah..


Akhukunna fillah. :)




*bertambah tautan ukhuwah. moga-moga ia dikira oleh Allah.

Nikah Connecting People



Nice forum for our knowledge..
Nikah..
What is actually the purpose of nikah in Islam?
What is needed in marriage?

*just terjumpa kat youtube, so share la. :)
buka minda. Islam itu kan mudah.








































So, the answers are.. MATURITY, INSIGHT, GOAL, KNOWLEDGE :)

JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH, PASTI ALLAH MEMUDAHKAN SEGALANYA..





Saturday, August 6, 2011

Sabarlah wahai hati..








Walau dirimu tak sempurna..
Ketahuilah.. setiap manusia tak sempurna..
Namun jalan ini tetap harus kau ambil..
Demi redha Allah..
:)




Friday, August 5, 2011

Jatuh , bangkitlah! Walau kau harus bermula dari awal.







Semasa dalam perjalanan pulang dari berbuka puasa, kawan saya cakap, “Cuba kau keluarkan tangan kau dari kereta. Tahan angin dengan tapak tangan. Apa yang kau rasa?” “Berat dan ada rasa sedikit tekanan.”, jawab saya ringkas. “Cuba kau mendatarkan tapak tangan kau pula.”, arahnya. “Tak ada lagi rasa tekanan kan?”. Saya hanya mengakui dengan anggukkan kepala. “Macam tu juga dengan masalah. Makin kita tahan, makin sakit dan banyak tekanan yang kita rasa. Kita tak boleh tahan masalah. Tapi kita boleh harungi masalah. Hidup, memang penuh dengan masalah kawan, jadi bersiap siagalah untuk menghadapinya dan banyakkanlah mengingatiNya. Semoga dipermudahkan hidup. InsyaAllah.”


Adakah saya sekadar menghalang masalah atau saya mengharunginya? Semoga Allah memberi pertunjuk kepada diri saya dan juga pembaca.


Andai jatuh, bangkitlah. Walau kau harus bermula dari awal atas kesilapanmu sendiri. Kerana setiap perkara itu ada hikmahnya. Allah akan melihatkan kepadamu walau bukan di dunia insyaAllah di akhirat kelak. Tetaplah berjuang. Asal matlamat itu benar.



-PURIFY YOUR INTENTION-





Thursday, August 4, 2011

Tabah dan iringilah dengan Taubat.. Pasti ada ganjarannya..




Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


(Al-Baqarah : 286)









Jalan ini jalan jauh..
Matlamat akhir itu hakiki..
Mencapainya perlukan kesabaran dan ketekunan..
Ujian adalah kayu ukur iman..
Tinggi rendah iman diukur pada natijah di akhir ujian..
Tetaplah tsabat..
JanjiNya pasti..





Allah..
Thabbatkanlah hati kami pada agamaMu..
Thabbatkanlah hati kami dalam mentaatiMu..
Thabbatkanlah hati kami pada jihad di jalanMu..





Wednesday, August 3, 2011

Allah Adalah Sebaik-baik Perancang..


Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum wbt buat semua sahabat-sahabat yang dicintai kerana Allah Taala. Lama rasanya tak jenguk blog ni. rasa dah bersawang. Ana minta maaf, mungkin sebab Allah tetapkan masa yang ada untuk perkara yang lebih penting untuk ana walaupun blog ni pun tak kurang pentingnya bagi ana. :)


Apa khabar iman semua? Bulan Ramadhan pun sudah tiba. Alhamdulillah Allah telah sampaikan kita pada bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang memberi peluang kepada kita untuk merebut sebanyak mana pahala sebagai bekalan untuk akhirat kelak. InsyaAllah. Moga kita sama-sama dapat rahmat, maghfirah dan terlepas dari api neraka hendakNya...



Di sini ana ingin kongsikan sebuah rentetan perjuangan seorang da'ie..


Dalam perjuangan ini, tidak semuanya manis.. Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan sesuatu perkara yang kita suka demi perkara yang kita tak suka. Tapi kita mesti tahu, kita merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Dan Allah lah yang memandu hati-hati hambaNya ke arah jalan mana yang terbaik untuk hambaNya..

Jalan ini sesungguhnya penuh mehnah, duri. kerana jalan ke syurga itu sendiri tidak mudah. Kadang-kadang kita harus membuat keputusan demi sesuatu yang memberi manfaat kepada Islam itu sendiri walaupun kadang-kadang juga alasan kita itu tidak munasabah. Namun, istikharah lah sebagai jalan yang terakhir menguraikan segala kebuntuan yang ada di dalam kotak fikiran.

Mana mungkin seorang da'ie itu tidak pernah buntu dan tertekan dengan ujian dan cabaran yang datang dalam perjalanan dakwahnya. Hati memainkan peranan penting iaitu niat. Jika niat adalah semata-mata kerana Allah Taala, insyaAllah Allah akan permudahkan setiap jalan kita..

Percayalah, Allah tak akan menguji seseorang itu melebihi dari kemampuan hambaNya. dan setiap perkara yang datang itu adalah dari Allah yang telah ditetapkan olehNya demi kebaikan hambaNya.. Dalam perjuangan ini kita pelajari bahawa kita tidak boleh tamak dan inginkan kesemua yang kita nak. Kita semua sama-sama membawa Islam untuk mendapatkan redha Allah. Kita tidak dapat tidak harus mengorbankan salah satu pilihan demi kebaikan Islam itu sendiri. Namun pada akhirnya, Allah jua yang tahu manaka
h yang terbaik untuk hambaNya. Kita hanya mampu berdoa dan bertawakkal memohon yang terbaik daripadaNya..




***************************

Sahabat-sahabat, sungguh aku mencintai kamu semua kerana Allah. Kalau boleh aku tak mahu berpisah dengan kamu semua. Tapi pertemuan, perpisahan, jodoh dan ajal itu terletak pada tangan Allah. Andai sampai sini pertemuan dan jodoh kita yang Allah tetapkan, sampai sini sajalah. Bukan aku tak sedih tapi Allah lah yang memandu hati-hati manusia. Hati itu Allah yang pegang, bukan manusia.. Hanya Allah yang tahu betapa berat hati ini.. Bukannya aku tak pernah ikhlas dalam ukhuwah ini tapi aku perlu buat keputusan walaupun kita tak tahu akan datang macam mana kan. Doakan yang terbaik buatku sahabat-sahabat. Hati ini sebenarnya sangat sayang kamu semua sebab Allah. ingatlah setiap hari aku doakan kita akan dikumpulkan sama-sama di jannah kelak. Amin. InsyaAllah...


Minta maaf atas segala kesilapan. Halalkan makan minum. Dan moga kita sama-sama dapat cari redha Allah. Ikhlaskan niat kerana Allah..


-UHIBBUKUMFILLAH-



Dakwah adalah cinta. Cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
^____^





sebiru hari ini

birunya bagai langit terang benderang

sebiru hari kita bersama disini


seindah hari ini

indahnya bak permadani taman surga

seindah hati kita walau kita kan berpisah


bukankah hati kita telah lama menyatu

dalam tali kisah persahabatan ilahi

pegang erat tangan kita terakhir kalinya

hapus air mata meski kita kan berpisah


selamat jalan teman

tetaplah berjuang

semoga kita bertemu kembali

kenang masa indah kita sebiru hari ini