Toot! Toot! Telefon Nokia Humaira berbunyi. Satu nombor yang asing muncul di skrin telefon bimbitnya. “Isy, siapa pula yang call aku ni, pagi-pagi raya pulak tu,” monolog Humaira sendirian di dalam hati.
“Assalamualaikum WBT.” Humaira memulakan bicara.
Talian terputus. Usai sahaja Humaira mengucap salam, pemanggil misteri itu terus menamatkan panggilan. Humaira terdiam seketika.
“Ah, orang silap nombor agaknya,” rungut Humaira di dalam hati.
Dia segera mengenakan anak tudungnya. Dengan berbaju kurung berwarna merah jambu, dan sedikit corak-corak bunga. Itulah baju pemberian Bukhari. Saat memakai baju kurung itu, Humaira terkedu seketika, kenangan-kenangan lampau bersama Bukhari kembali menerjah kotak fikirannya.
“Isy, Ira, apa yang kamu menungkan pagi-pagi raya ni. Dah siap cepat, kita nak pergi masjid dah. Ke kamu nak duduk kat rumah sahaja pagi raya ni?,” makcik Limah memanggil anak tunggalnya itu.
Humaira tersedar dari lamunannya. Suara ibunya menghilangkan kenangan-kenangan yang
Humaira segera mencapai niqabnya. Niqab yang dia jahit sendiri. Inilah hari pertama dia menutup wajahnya. Malam tadi, dia meluahkan rasa hati kepada ibunya. “Ibu, Ira mahu pakai purdah,” itulah bait kata yang diluahkan Humaira kepada ibunya malam tadi seraya mereka tamat solat Isya’ berjemaah di rumah.
Ibunya terkejut. “Anakku mahu berpurdah?”
Terus Humaira menunjukkan niqab yang sudah dia selesai jahit siang itu. Si ibu terdiam. Beliau mengusap kepala Humaira. Ibunya membisikkan “Semoga engkau istiqamah wahai anakku.”
“Macam mana ibu, lawa tak Ira pakai niqab ni,” Humaira berkata kepada ibunya yang sudah bersiap mahu ke masjid.
“Anak ibu sentiasa cantik,” jawab makcik Limah ringkas.
“Dahlah tu, jom cepat pergi masjid. Tu kat masjid dah ramai orang, nanti penuh kena solat atas tar pulak.” Gesa makcik Limah kepada anaknya.
“Jom ibu.”
Kedua beranak ini berjalan ke masjid yang jaraknya hanya 300 meter sahaja dari rumah mereka. Sambil berjalan mereka bertakbir.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر، لا اله الا الله و الله اكبر، الله اكبر و لله الحمد
Sampai di masjid, segenap ruang masjid sudah dipenuhi manusia. Laungan takbir bergema memenuhi ruang masjid.
*****
Tamat sahaja khutbah, Humaira dan ibunya berkemas untuk pulang ke rumah. Perut yang kosong sudah mula berbunyi. Maklumlah, sebelum pergi ke masjid, mereka tidak menjamah apa-apa.
Humaira memeriksa telefon bimbitnya. Tadi ketika solat raya, telefon bimbitnya bergetar. Nasib baik dia sudah men’set’
Humaira terus berjalan pulang bersama ibunya. Sambil berjalan dia menaip mesej ke nombor yang asyik muncul di skrin telefonnya itu. “Aslm wbt. Boleh saya tahu siapa kamu?”
SMS tidak berbalas. Humaira dan ibunya terus berjalan dengan pantas. Perut mereka berdua sudah mula menari dan menyanyi. Toot, Toot! Telefon bimbit Humaira berbunyi. Nombor misteri itu muncul kembali. Tapi kali ini ia mengisi ruangan kotak mesej Humaira.
Humaira membuka mesej yang diterima. “
Humaira terus melihat ke arah rumahnya. Kelihatan seorang gadis yang sedang duduk di atas tangga batu rumahnya. Seolah-olah gadis itu sedang menanti kepulangan Humaira dan ibunya. Humaira melajukan langkah beliau. Ibunya tertinggal di belakang. Mak cik Limah kehairanan dengan tingkah laku Humaira. “Sakit perut agaknya, nak pergi tandaslah tu,” bisik mak cik Limah di dalam hatinya.
Sampai di tangga rumahnya, Humaira seakan-akan tidak percaya. Hatinya berbunga-bunga. Gadis yang sedang duduk di tangga hanya melihat sahaja ke arah Humaira, seolah-olah tidak mengenali Humaira. Gadis itu bermata sepet, rambutnya perang, mungkin diwarnakan. Dengan pakaian yang ranggi, jaket yang seolah-olah sejenis sahaja dengan seluar jeans ketat yang dipakainya.
“
Si gadis terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia membuka mulutnya “Bagaimana kamu kenal saya?”
“Isy, kamu dah tak kenal saya lagi ke, Ira lah. Humaira bte Mohd Syafie.”
“Hah!” gadis bermata sepet terkejut. Dia seakan tidak percaya. Dia masih keliru, termanggu-manggu.
Humaira memahami gusar di hati temannya itu. Terus Humaira menyingkap kain niqabnya. “Hah, ni sayalah, Humaira, tak percaya lagi?”
Melihat sahaja wajah disebalik niqab itu,
“Isy,
“Alah, Ira. Saya tahu, hari raya mesti kamu ada di rumah. Sebab tu saya datang.”
Humaira tergelak kecil. Dia memanggil ibunya. Mak cik Limah terkejut dengan kehadiran
“Eh, Ira, ajaklah
“Jom Alice!”
Pagi raya itu menjadi satu saat yang amat tidak disangka-sangka oleh Humaira.
“Eh. Berapa lamu
“Kenapa, Ira tak sudike saya duduk di rumah kamu ni lama-lama.”
“Eh, takdelah.
“Ooo,” jawab Humaira pendek.
Mereka berdua terus berbual dan berbual. Sambil membelek album-album lama mereka, melihat kenangan-kenangan mereka di sekolah dahulu.
“Ira, Alice tanya satu soalan boleh?”
“Boleh, kenapa pula tak boleh?” Humaira menjawab.
“Kenapa Ira pakai kain tutup muka kamu waktu balik dari masjid tadi.”
Humaira tersenyum, dia terdiam seketika, mungkin sedang mencari jawapan. “Kenapa,
“Eh, takdelah,
“Entah, Ira selesa, Ira tak suka orang tengok wajah Ira, lebih-lebih lagi lelaki.”
“Kenapa?” soal
Humaira terdiam. Dia menyambung bicara, “Ira mahu orang menyukai Ira, kerana diri Ira, bukan kerana wajah Ira.”
“Ooo,”
“Bukhari tau pasal ni?”
“Dia tiada kaitan lagi dengan hidup Ira. Sudah jangan sebut nama dia lagi,” Ira menjawab dengan nada yang sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit perasaan apabila nama Bukhari disebut.
“Sorry, Ira.
“Never mind.”
Mereka berdua terdiam. Nama Bukhari tadi seakan menganggu keseronokan yang baru sahaja mereka kecapi.
“Congrats Ira,” tiba-tiba sahaja
“Aik, kenapa pula
“Ya, tahniah kerana Ira telah menyembunyikan wajah jelita Ira dari pandangan lelaki.”
“Apa maksud
“Ira,
“Kenapa?” soal Ira lagi.
“Iyelah. Ira dah tak macam perempuan lain. Tak perlu sibuk-sibuk nak make-up supaya boyfriend suka.
“Ooo macam tu. Ira ingat
“Apa pulak tak suka, lawa, macam ninja perempuan,”
“Ooo,
“Eleh, lawa sangatlah muka merajuk tu,”
Humaira ketawa kegelian. “Eh, jomlah makan. Ira dah laparlah.”
“Jom,” jawab
*****
Humaira baru sahaja usai menunaikan solat Zohor.
“Heh, kenapa
“Isy, mengarutlah Ira ni.”
“Betulke Alice suka Ira tutup muka ni?” soal Humaira.
“Mestilah suka. Bagi Alice Ira lah perempuan yang bebas, tak payah fikir macam mana nak puaskan mata lelaki yang dok sibuk nak tengok perempuan cantik.”
“Heh, so,
“Isy, sakitle Ira cubit. Mestilah saya tak suka. Lelaki ni tengok perempuan muka cantik sikit, mesti jadi macam singa tak makan sebulan.”
“Hehe, lawaklah
Humaira ketawa sahaja melihat telatah
“Alah kalau lelaki jahat suka dok tenung muka perempuan cantik, mestilah yang suka perempuan macam Ira ni lelaki baik-baikkan. Betul tak Ira?” soal
“Heh betul sangatlah tu.”
Tiba-tiba telefon Nokia Humaira berbunyi.
“Siapa tu Ira?” soal
Humaira menatap nama yang terpapar di skrin telefonnya. “Huh, tak sudah-sudah mamat ni,” rungut Humaira di dalam hati.
“Bukhari,” Humaira menjawab soalan Alice tadi.
2 comments:
sangat best!!:-) wat novel nnt..hehe
huhu. hisy cerpen tu boleh la. ni download dan copy dan paste sahaja. hee. nantikan sambungannyaa...
Post a Comment