Sunday, May 16, 2010

Kenapa akak nak berniqab??

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ini adalah sekadar untuk berkongsi kisah seorang akak bernama Atiqah. Sebenarnya ana ambil kisah ini dari salah sebuah blog. Ana begitu tertarik dengan kisah ini. Sesungguhnya kisah ini betul-betul membina akhlak. insyaAllah. :)

"Boleh akak cerita, kenapa akak pakai niqab?"

Panjang akak tu bagi jawapan. Tak salah rasanya kalau nak kongsi di sini. Cuma ada yang saya edit sikit-sikit, sebab panjang sangat, dan perbualan tu pun berkisar tentang isu lain juga.


Sebab akak nak Allah..... akak selalu jumpe wanita2 yang memakai niqab, cantik…

Teringin benar nak pakai. Pertama kali akak tau tentang niqab masa akak sekolah menengah. Kakak ipar akak nak gi yaman, kat sana kena pakai niqab. Lama2 tu, akak suka tengok orang pakai niqab… nak pakai, macam tak kuat je...


Sampailah satu hari tu, akak diuji... sampai akak rasa tak dapat nak bangun muhasabah. Lama rasanya tak cuba untuk mengenali DIA.. akak banyak buat ibadat... bangun tahajud...


Sehingga akak rasa akak teringin sangat nak jumpa DIA, macam mana caranya…Entah macam mana, akak jumpa satu hadis... “Di tengah-tengah padang mahsyar, semua hamba2NYA akan berusaha untuk bertemu dengan Allah, tetapi Allah akan mencari wanita-wanita yang istiqamah memakai niqab...” Hiba akak rasa, dik... "Aku nak Allah"...


Akak berusaha untuk ke arah itu… mula-mula memang payah, dik. Tapi akak cuba untuk istiqamah. Bila dah pakai, baru akak tau kenapa keistimewaan itu diberikan pada wanita berniqab... Bukan senang, dik. Sebab ini pakaian isteri nabi. Kalau kita cintakan nabi, seharusnya kita mempertahankan pakaian ini, menerangkan, dan cuba untuk menjadikan orang-orang sekeliling untuk cinta dengan pemakaian ini...


Masa belajar pondok dulu pun, ustaz rahim ada bagitau kami, niqab ni pakaian isteri nabi. Memang tak wajib, sebab muka bukan aurat, tapi ustaz sendiri sangat galakkan untuk pakai. Cuma, kena la faham betul-betul.


Bagi akak, bila kita dah berkeputusan untuk memakai niqab, kita juga kena terdidik dengan pemakaian ini. Satu lagi perangai akak, akak tak suka lelaki tenung akak. Kalau akak sedar mesti akak akan menyorok. Akak ni pemalu sikit.. Tapi bila kita pakai kan, banyak manfaatnya sebenarnya. Kita akan cuba untuk jaga akhlak. Tu pasal akak kata, kita jangan pakai sebab rasa nak pakai sahaja. Kalau itu sahaja, apa yang kita buat sebelum kita pakai pun, kita akan masih juga buat.


Akak ada juga dengar perempuan berniqab yang keluar dengan lelaki, makan dgn lelaki... Semua tu menjadi fitnah, dik. Tu lah yang akak kata, bahayanya kalau kita sendiri masih belum faham. Bukan sorang tu je yang akan kena, keseluruhannya. Dan cuba tengok, secara tak langsung kita tak jaga kemuliaan nabi kita, pakaian ini pakaian isteri nabi. Wanita berniqab ni lah, lagi2lah kena jaga supaya tak mendatangkan banyak perkara yang tak manis. Berat, dik... Tu sebab bukan semua mampu nak pakai.


Betullah, bila dah berpakaian dengan pakaian Islam, kena ikut syariat dan akhlak Islam. Tapi bukan semua orang mampu untuk praktikkan semua, sebab tu maksiat masih berleluasa walaupun orang tu bertudung. Jubah, kopiah, dan tudung labuh pun bukan petanda iman yang kukuh. Dan sesiapa pun tak boleh nak mengukur tahap iman seseorang melainkan Allah. Jangan menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata. Cuma kita perlu sentiasa husnuzzon sesama manusia.

Ada seorang sahabat pernah tanya,

"Macam mana ye...kalau kita rasa tak layak dengan penampilan kita sekarang... Maksudnya, kita ni takdela baik mana pun, tapi bila pakai tudung labuh orang tengok kita ni baik, tapi akhlak tak sesuai dengan penampilan, dengan apa yang kita pakai..."


Setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi saya mudah je. Kalau nak tunggu layak, tunggu diri sempurna, sampai bila? Kalau dah pakai macam tu, secara tak langsung tentu kita ada keinginan dan usaha untuk jadi lebih baik, kan? Takpelah kalau kita memang dah pakai macam tu, just be yourself, tak payah nak hipokrit. Cuma pandai-pandailah sesuaikan diri, dan ubah apa yang tak baik tu. Jangan fikir nak puaskan hati orang je, tapi fikir pandangan Allah terhadap kita.



Sahabat nabi yang dijamin syurga pun, sebelum memeluk Islam sembah berhala, tanam anak perempuan hidup-hidup, menentang dakwah nabi, dan sebagainya. Tapi hidayah itu milik Allah. Tiada yang mustahil bagi Allah bila Dia dah tetapkan sesuatu, tiada siapa yang mampu mengubahnya. Hidayah itu pun perlu dicari, bukan hanya dinanti.


p/s: Semoga dengan usahaku ini, aku dapat mengenaliMu Ya Allah. Kau bukakanlah jalan untukku mengenaliMu Ya Allah. Kau berikan kekuatan kepadaku untuk istiqamah membawa jihad besar ini Ya Allah. Bangunkan aku saat aku lemah. Sedarkan aku saat aku alpa. Tunjukkan aku saat aku salah. Ameen.

0 comments:

Post a Comment