Tuesday, June 22, 2010

"Aku hanya ada 1 bulan untuk hidup'

Aku hanya ada 1 bulan untuk hidup..

Aku hanya ada 1 bulan untuk hidup??

Ya Allah adakah ini benar Ya Allah? Mengapa kau beri aku tempoh ini Ya Allah?? Adakah dosaku yang selama ini menggunung akan diampunkan olehMu??


Bolehkah Kau beri aku masa untuk aku beribadah kepadaMu? Aku janji Ya Allah, aku akan meninggalkan segala laranganMu dan tunaikan setiap kewajipanKu yang telah Kau amanahkan kepadaku.



Kau ampunkanlahku Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih dan Maha Pengampun kepada hambaMu. Aku hambaMu yang selalu lupa kepadaMu. Yang tidak lepas dari dosa..

Ampunkanlah aku Ya Allah..



Ayah.. Mak.. Kakak.. Abang.. Adik.. Saudara.. Sahabat-sahabat seperjuangan..

Maafkanlah dosaku seandainya aku pernah melakukan dosa terhadap semuanya..
Aku bukan manusia sempurna..
Aku manusia yang banyak khilafnya..
Yang imannya itu hanya senipis urat rambut..
Jadi maafkan dosaku, salah dan silapku..
Agar aku tenang menanti 1 bulan ini..
Terima kasih atas segala yang dicurahkan ke atas ku selama ini..
Tidak terdaya untuk aku balas semua itu..
Hanya Allah yang mampu membalsanya..



Ya Allah tempatkan orang-orang yang aku sayangi bersama mereka yang beriman..

Tempatkan mereka bersama-sama mereka yang soleh dan solehah..
tempatkan mereka bersama-sama mereka yang mendapat keredhaanMu..
Ampunilah dosa-dosa mereka Ya Allah..



Dan aku hanya ada 1bulan untuk hidup Ya Allah..

1 bulan sahaja Ya Allah..
Dan bila tiba saat itu, Kau ambillah aku dalam iman kepadaMu..
Ambillah aku dalam ketenangan mendapat redhaMu..
Ambillah aku dalam iman yang tetap..



Ya Allah.. 1 bulan ini Kau berikan kekuatan kepadaKu untuk beribadah kepadaMu Ya Allah..

Berikan kesempatan kepadaku untuk mengingatiMu selalu..
Berikan ketenangan untuk aku rasai Ya Allah..
Kerana aku hanya ada 1 bulan sahaja..


Ya Allah dengarlah rintihan hati ini Ya Allah...




***************************

Sejenak




Assalamualaikum w.b.t.

Apakah perasaan anda seandainya anda berada dalam keadaan ini?

Apakah anda akan mohon kepada Tuhan Pencipta Alam jika anda berada dalam keadaan ini?


Apakah yang akan anda lakukan senadainya anda tahu bahawa anda akan hidup untuk sesuatu tempoh yang anda ketahui?


Apakah anda fikirkan seandainya anda tahu pada masa bilakah Malaikat Maut itu akan mencabut nyawa anda?


Sesungguhnya 2 perkara sahaja yang dapat melembutkan hati iaitu
membaca Al-Quran
dan mengingati maut..



Ingatlah kepada MAUT!

Ingatlah kepada MAUT!

Ingatlah kepada MAUT!



kerana itu adalah sesuatu yang pasti kita alami..


dan kita tidak tahu bilakah masanya untuk kita menghadapi MAUT!


Ingatlah kawan-kawan..


Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua di jalanNya..
Dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan taufiqnya walau dimana dan bila-bila masa saja.
cepat atau lambat..
jauh atau dekat..

kerana itu semua kehendakNya..


Wallahualam..

2 comments:

Nana Farhanah said...

suka ini.. :)

Anonymous said...

sayu terasa seolah esok nak mati

Post a Comment