Friday, June 11, 2010

Atas dasar apa?

Jam menunjukkan pukul 3.30 ptg. Time tengah nak adakan mood blaja sekejap terasa laparlah, mengantuklah, dan macam-macamlah. Syaitan terus menggoda. Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kita yang utama! Ingat tu kawan2..


Tiba-tiba hati ini terdetik nak menelefon keluarga di tanah air. Baru perasan dah lama dah ana tak menelefon keluarga di sana. Rasa rindu ini sudah lama rupanya membuak dalam hati. Ana terus membuka laptop dan menggunakan talian internet untuk menelefon keluarga. Ya lah, murah sikit kan. Kalau guna telefon tu habislah kertas bernilai dalam poket ni. Mau kempis poket ni..

Setelah beberapa kali cuba menelefon talian terputus. Pada cubaan kali ketiga barulah talian akhirnya berjaya! Alhamdulillah..


Ana: Assalamualaikum ummi.

Ummi: Ha, waalaikumsalam warahmatullah anak ummi ni. Kenapa takde nombor keluar ni?

Ana: Ooo. ni ha, guna internet la ummi. murah sikit. Ummi sihat ke? kat mana tu?

Ummi: Oo yeke? patutlah. Ummi sihat alhamdulillah. Ummi ni tengah on the way nak pergi
Singapore ni.

Ana: Singapore? biar betul? Alaa.. nak ikut!!! best nyee. Semua adalah ni? semua sihat tak?

Ummi: Semua sihat jek. semua ada ni. Nak cakap dengan Along tak?

Ana: Best nyee. nak2!

Ummi 'pass' telefon kepada Along..

Along: Assalamualaikum.

Ana: Waalaikumsalam Along. sihat ke? bestnyee gi Singapore. nak ikut boleh? hehe.

Along: Jom lah. haha. Alhamdulillah sihat . Kau macam mana exam? ok? Mumtaz tak?

Ana: Exam alhamdulillah ok boleh jawab. Along doakanlah Mumtaz! Meh ana ajar Along macam mana nak doa. 'Ya Allah, kalau tak dapat Jayid Jiddan pun, Mumtaz pun jadilah!'. hehe.nanti doa macam tu taw. Jangan lupa!

Along: oo. haha. macam tu ke? ok2 nanti Along doakan. k la, Along pass kat ummi balik telefon ni ye.

Ana: ok.

Ummi: Hello anak ummi. Bila balik sini? Dah confirm tarikh?

Ana: 10 july ni insyaAllah. dah confirm dah tarikhnye. tapi nanti ada transit kat Duha 14 jam. so maybe ana sampai dalam 11 july kot.

Ummi: ok. ingat taw. Kepulanganmu harus dirahsiakan!

Ana: ha? kenapa pulak Ummi? takkan tak leh gitau kawan-kawan?

Ummi: Kawan-kawan tu siapa? Kalau kawan-kawan yang perempuan tu takpelah..

Ana: kalau sedara pulak? tak boleh?

Ummi: ha, sedara lah yang tak boleh.

Ana: oo ni mesti pasal 'tu' kan? tak suka lah... hmm. Tapi hari tu Kak Zu ada tanya bila balik. Macam mana ni? Ana manalah tahu.

Ummi: La yeke? hmm. x pelah nanti biar Ummi cakap kat dia.

Ana: hmm. ok. k la Ummi. ana nak study ni. kirim salam semua ye. Assalamualaikum.

Ummi: Ok. study elok2 ye. Mumtaz! Ameen. Waalaikumsalam.


Butang merah ditekan. Talian dimatikan. Ana seperti hilang moodnya secara tiba-tiba. Manakan taknya, peristiwa lampau diingatkan kembali dengan kepulangnnya nanti. Kenapa ada juga orang yang macam tu ye? Kasihanlah kat Ummi yang tak pasal-pasal kena menjaga hubungan persaudaraan dan dalam masa sama untuk tidak mengguris perasaan mereka dengan berkata 'TAK'.


***************



Ana sedang menjalani tempoh persediaan di salah sebuah universiti di Johor. Sudah genap sebulan Ana berada di universiti itu. Ana memang bercita-cita untuk menjadi seorang Doktor Pakar Obstetric & Gynaecology. Semua itu adalah denga iringan semangat dan sokongan yang diberi oleh ahli keluarganya lebih-lebih lagi Ummi nye.

Pada suatu hari, ada satu panggilan telefon. Pada waktu seperti biasa Ana sedang menelaah kembali pelajaran yang telah diajar oleh Lecturer pada siang harinya supaya tidak lupa. Tetapi keheningan dan ke'khusyuk'kan malam itu diganggu oleh satu panggilan telefon.


Dalam hatinya terdetik 'Eh, ummi telefon kenapa malam-malam macam ni? Macam ada something yang urgent jek.'


Ana: Assalamualikum Ummi. kenapa telefon malam-malam macam ni Ummi?

Ummi: Waalaikumsalam. Tak de papelah. saja nak call Ana tak boleh? hehe. tengah wat apa tu?

Ana: Ooo. la yeke. pelik je bunyi nya tu. Tak wat pape. Ngah study jek ni. Malam-malam macam ni memg time Ana study. Sebab sunyi sikit. Ummi sihat ke?

Ummi: Sihat Alhamdulillah. em. sebenarnya Ummi nak cakap ni. Ana dengar baik-baik dulu ye.

Ana: Ummi kata tadi takde pape. huhu. Ok2. wat cuak je Ummi ni.

Ummi: Takde. macam ni sebenarnya. Tadi Pak Ngah dengan Makngah datang umah. Ummi ingatkan kenapa. Tapi dia kata bawak hajat orang.

Ana: Apa? Hajat? Hajat apa? Siapa yang berhajat pulak tu?

Ummi: Dia bawak hajat Mak cik Nina. Ala, adik Makngah. Dia minta saiz jari Ana. Dia nak bagi cincin.

Ana: (Mak Cik Nina? haish, setahu aku dia tu bukan ada anak yang selalu kirim salam kat aku tu ke? Gelinyee. tak suka lah. ni apsal lak nak bg cincin berbagai plak ni. Aduih) Er, dia nak bagi cincin? untuk apa Ummi?

Ummi: Ummi pun terkejut jugak. Dia nak tanda Ana untuk anak dia yang si Aliff tu. Pastu dia cakaplah, kalau kahwin dengan anak dia boleh dapat rumah, kereta, dan cakap je nak apa. boleh bagi.

Ana: Apa? apa ni Ummi. Ana tak suka la macam ni. Kenapa dia cakap macam tu? Macam nak beli Ana je dengan harta dia. Lain lah kalau benda tu si Aliff tu yang bagi sendiri. Dia kan belajar lagi. Tu pun family dia punya. Dia ingat family kita ni desperate nak benda-benda tu ke? Dia ingat kita ni senang2 nak dibeli macam tu? Ana tak suka.

Ummi: Em betul jugak tu. Tapi Ummi tak cakap apa-apa lagi. Ni yang Ummi call Ana ni. nak tanya pendapat. tapi Ana tak suka,so Ummi pun nanti akan cakap kat dia eh?

Ana: ok Ummi. cakap je lah yang Ana nak study dulu. Ana mals la nak pikir pasal benda ni. em, Ummi, Ana nak cakap sikit boleh?

Ummi: Ha, apa dia anak Ummi?

Ana: Em.. Ana nak cakap. Ana nak orang yang boleh bimbing Ana dunia akhirat. Ana tak nak orang yang ingat Ana ni nak kahwin dengan orang tu sebab harta dan kekayaan dia. Ana nak orang yang boleh jadi Imam dalam keluarga. yang boleh nasihatkan Ana bila Ana salah. Yang boleh lembutkan hati Ana bila marah. Yang boleh ajar Ana baca Quran dengan betul. Bukan sebab harta dan kekayaan semata-mata. Yang sukakan Ana sebab Allah. bukan sebab rupa paras atau kekayaan. Harap Ummi faham...

Ummi: hmm. Alhamdulillah. betul tu anak Ummi. Ok la. Nanti Ummi cakap kat dia. study elok2 ye sayang. Ummi selalu sokong anak Ummi ni. Muahh! Assalamualaikum.

Ana: Ok Ummi. InsyaAllah . doakan kejayaan Ana. Waalaikumsalam.


Talian terus dimatikan. Entah mengapa perasaan Ana jadi tak tenteram. Kenapa saat ini datangnya perkara tu? Ana nak fokus study dulu dan kalau adalah yang melamar pun biarlah yang soleh. Memanglah tak semestinya ustaz atau ustazah sahaja yang boleh menuntut ilmu agama, tapi biarlah sekurang-kurangnya yang boleh membimbing Ana yang masih mencari tujuan hidup yang sebenar. Yang baru sahaja ingin mendalami ilmu agama dengan sebaik-baiknya. Bukan menarik hati Ana atas dasar 'kereta,rumah dan kekayaan'....


****************




Sejenak.


Masa depan kehidupan suami-istri erat kaitannya dengan memilih suami, maka Islam memberi anjuran agar memilih akhlak yang baik, shalih, dan taat beragama.


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Dien dan akhlaknya kamu ridhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerusakan.”
(HR. At Tirmidzi)



Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda :

“Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.”
(Muttafaqun ‘Alaihi)


Dalam hadits di atas dapat kita lihat, bagaimana beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menekankan pada
sisi agamanya dalam memilih istri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun.


Maka pilihlah calon pasangan hidup yang memiliki pemahaman yang baik tentang agama. Karena salah satu tanda orang yang diberi kebaikan oleh Allah adalah memiliki pemahaman agama yang baik.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Orang yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapat kebaikan akan dipahamkan terhadap ilmu agama.” (HR. Bukhari-Muslim)



Islam memiliki pertimbangan dan ukuran tersendiri dengan meletakkannya pada dasar takwa dan akhlak serta tidak menjadikan kemiskinan sebagai celaan dan tidak menjadikan kekayaan sebagai pujian. Sebagaimana firman Allah Ta’ala :

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (nikah) dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur : 32)



0 comments:

Post a Comment