Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Rum ayat :21 bermaksud;
" Dan di antara tanda-tanda ang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia Menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
Terdetik hati apabila membaca firman Allah S.W.T diatas.
Dalam satu hadis lain pula Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Apabila di antara kamu hendak meminang perempuan, maka jika dia boleh melihat apa-apa (bukan aurat) daripada perempuan itu yang boleh menggalakkan dia mengahwininya, maka hendaklah dia melakukannya."
Ayat Al-Quran dan hadis ini memberi satu panduan;
percintaan perlu untuk tujuan perkahwinan dan dibenarkan untuk mempunyai rasa kasih dan sayang sebelum wujudnya ikatan perkahwinan tersebut.
Tapi ingat, ada syarat tertentu yang perlu yang perlu dijadikan panduan dan sempadan agar lelaki dan perempuan tersebut dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain dalam batasan agama demi untuk pihak-pihak dapat merasai kesesuaian hidup sebagai suami atau isteri dengan pasangannya itu.
Secara mudah, terdapat 3 aspek utama yang perlu diberikan perhatian dan menjadi syarat utama sebagai panduan dan sempadan iaitu :
- tatacara pergaulan
- tatacara pertuturan
- tatacara luahan perasaan
Menyentuh mengenai pergaulan, seperti yang selalu saya tegaskan, bercinta atau bertunang sekalipun tidak memberikan anda kebebasan bergaul seperti yang telah mempunyai ikatan yang sah. Ramai pasangan kini yang belum kahwin tetapi bercinta atau bertunang, bertindak bergaul tidak tidak menurut kehendak syarak.
Ya! anda sayangkan dia. Anda sudah bertunang dengannya! Tapi hukum batasan aurat tetap sama, tetap haram mendedahkan aurat anda kepadanya. Lelaki pun punya batasan aurat yang tersendiri ya!
Bukan sekadar mendedahkan aurat malah haram juga bersentuhan apatah lagi bersentuh tanpa apa-apa alas atau lapik. Ada yang cakap, sentuh berlapik tak mengapa, ala-ala bersalaman lelaki dan perempuan tetapi perempuan bersarung tangan!
Benar tapi tak tepat! Bersentuhan walau berlapik tetapi jika boleh menimbulkan syahwat, hukumnya juga haram!. Analogi mudah, jika anda terpegang atau tersentuh anjing atau khinzir, anda dikehendaki menyamak tempat bersentuhan tersebut. Selepas samak anda akan kembali suci. Malangnya, jika anda bersentuh (dalam ertikata sengaja), anda tak boleh kembali suci walau dengan menyamak seluruh diri kecuali anda bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya.
Ada yang berpendapat, tidak boleh berjumpa di tempat awam kerana boleh menimbulkan fitnah. Jalan terbaik, berjumpa di masjid atau surau pulak, dan berbicara di balik tabir. Rutin ini selalu berlaku.
Terus terang saya tidak bersetuju dengan cara tersebut malah saya yakin, cara tersebut juga melanggar syarak!
ya lah, berbicara bersunyi-sunyian! Ada peneman tapi jauh kebelakang. Kalau disentap tabir yang menjadi tirai pemisah, boleh bersentuhan hidung masing-masing!!
Tolonglah! Jangan jadikan agama sebagai bahan untuk kepentingan sendiri, bukan niat menghalalkan cara!!
Sebab????
Bukan saja pergaulan, sebaliknya cara anda bertutur, bercakap, berbual, bergurau juga terikat dengan syarat khusus; tidak melanggar batasan syarak. Jika cara anda bercakap, bergurau atau apa saja boleh menimbulkan keghairahan pihak satu lagi atau menyebabkan kelalaian daripada menunaikan tuntutan agama, maka anda melanggar tatacara bercinta mengikut syarak.
Samalah juga dalam meluahkan perasaan! Sebelum perkahwinan, luahkanlah perasaan sayang anda tapi berpada-pada, sekadar untuk memaklumkan perasaan tersebut kepada pasangan anda.
Seorang remaja lelaki pernah betanya kepada saya; bolehkah ucapan cinta dan sayang kepada kekasihnya setiap pagi dan malam?
Jawapan saya;
tak perlu sebab nanti kekasihnya akan jemu. Paling tidak pun, luahan tersebut dah tiada harganya lagi!
tak perlu sebab nanti kekasihnya akan jemu. Paling tidak pun, luahan tersebut dah tiada harganya lagi!
Memanglah rasa teruja kerana hubungan dalam larangan, masih ada batasan yang perlu dijaga, maka syaitan pun asyiklah menggoda.
Itu baru luahan sayang, ada pasangan bercinta yang melafazkan keinginan ingin memeluk pasangan, mencium pasangan dan macam-macam lagi. Astaghfirullah! , itu bukan tatacara percintaan yang islam benarkan. Bercintalah, tapi banyakkan bersabar. Kekang dan jaga nafsu anda! Jangan biarkan keinginan nafsu tersebut menguasai emosi dan minda anda! Benarlah bahawa, peperangan melawan nafsu adalah paling sukar melebihi peperangan sebenar dan lebih hebat!
"Ala , tak dak apa aih, buat ja dulu apa nak buat, nanti lepas kahwin, taubat ar!"
Jika itu pendirian anda, ingin saya tanyakan; tahukah bila tiba tarikh malaikat maut nak datang jemput? Bercintalah menurut ketetapannya, bukan saja bahagia sebelum perkahwinan, tetapi akan kekal bahagia selepas perkahwinan hingga ke akhir hayat nanti, Insya-Allah!!!
Jika itu pendirian anda, ingin saya tanyakan; tahukah bila tiba tarikh malaikat maut nak datang jemput? Bercintalah menurut ketetapannya, bukan saja bahagia sebelum perkahwinan, tetapi akan kekal bahagia selepas perkahwinan hingga ke akhir hayat nanti, Insya-Allah!!!
*sumber dari: http://www.azriomar.com
p/s: memang betul percintaan sebelum berkahwin ni banyak negatifnya daripada positif.
0 comments:
Post a Comment