Saturday, July 3, 2010

Seandainya telah Kau takdirkan...


Tuhanku,
Seandainya Kau telah takdirkan dia adalah milikku,
tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku.

Tuhanku Yang Pengasih,
Seiringkanlah langkah kami mengharungi hidup luas ini,
Ketepian yang sejahtera,
Ku mohon apa yang telah Engkau takdirkan,
Ku harap dia adalah terbaik buatku,
Kerana Kau tahu segala isi hatiku,
Dan Tuhanku yang Penyayang,
Seandainya Kau telah takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
luput dari ingatanku,
dan peliharalah daku dari kekecewaan,
Dan Tuhanku yang Maha Mengetahui,
Berilah daku kekuatan bersama senja nan merah,
Agar aku bisa bahagia tanpa dirinya,
Gantikan yang telah hilang, tumbuhkan yang kepatahan,
Biarkan dia bahagia di dunia dan di akhirat,
Biar sekuat mana kasihku kepadanya,
Ku pohon agar dilenyapkan perasaan ini,
Sekiranya dia bukan milikku,

Tetapi...
Sekiranya dia ditakdirkan untukku,
Aku pohon kepadaMu agar takdir memperkuatkan,
Kasihku padanya selagi tidak melebihi kasihku padaMu..


Amin.




p/s: Munajat. Semoga cinta yang ada ini tidak melebihi cinta kepada Allah dan Rasul. Lenyapkan seandainya cinta ini palsu.

2 comments:

ambiz said...

tiada kata yg dapat diungkapkan melain rasa syukur yg tidak terhingga kepada-Nya di atas segala pemberian nikmat. kadang-kala kite tidak sedari nikmat yg datang itu sebenarnya adalah ujian untuk menguji keimanan hamba-Nya. andai Engkau kurniakan kepada kami cubaan, maka kami memohon agar cubaan itu mampu kami depani dengan izin-Mu. insha-Allah. Jzzk.

Unknown said...

mohon share yea entri ini.. disini.. ririlicious.blogspot.com

Post a Comment