Assalamualaikum wbt. Dah lama rasenya x update blog ni. Minta maaf. ana betul2 tak sempat nak update. Bak kata Imam Hassan Al-Banna ''kewajipan yang perlu kamu lakukan itu lebih banyak dari masa yang kamu ada". Tapi bila fikir balik, apa je yang aku buat? Banyak sangat masa terbuang. Layakkah memegang kata-kata Imam Hassan Al-Banna tu? Ya Allah, lalainya aku. ruginya aku. Ampunkanlah dosa hambaMu ini ya Allah.. :''(
Dengarkanlah kalamku yang kusuratkan istimewa buatMu Ya Rabb.. sesungguhnya aku tahu bahawa Kau Maha Mendengar dan Mengetahui isi hati ini..
Ya Allah, aku panjatkan kesyukuran ke atasMu atas kurniaan ini.
Menyelusuri jiwa-jiwa manusia yang menjadi fitrah azali.
Namun kadangkala aku tersungkur
Tersungkur tak mudah tergapai sisi-sisi pautanku
Tidak tahu hilang kemananya pergi
DugaanMu kadangkala membuatkan aku sedar
kuatkah aku? tegarkah aku?
ya Allah, hati ini ya Allah.
Hati ini.. sangat berharga bagi jiwa-jiwa yang menghargainya.
kerana dengan hati, jiwa-jiwa ini dapat mengenaliMu,
dengan hati, jiwa-jiwa ini dapat mengenali kekasihMu,
dengan hati, jiwa-jiwa ini dapat menghayati bait-bait indahMu..
Subhanallah..
Hati ini rapuh..
mudahnya goyah dengan setiap kalam dan laku manusia..
sedangkan sepatutnya lebih mudah tersentuh dengan kalamMu ya Allah!
mana perginya hati yang kuat menghadapi setiap takdirMu?
lemahnya hati ini, lemahnya..
Kini, aku noktahkan dengan noktah terakhir.
Bangunlah wahai mujahidah..
carilah hatimu yang tercicir disebalik halusinasimu
biar kau layak kembali menerima hidayahNya
TaufiqNya..
biarkan hatimu ini kau sandarkan semuanya kerana Allah.
demi Allah..
Sesungguhnya aku amat mencintai setiap kalam, jiwa yang bersandarkan kepadaMu.
janganlah Kau biarkan hati ini futur.
Wahai insan yang hatinya milik Allah..
p/s: Sesungguhnya hidupku, matiku hanya keranaMu ya Allah.. Dan segala yang telah Kau tentukan untukku, adalah yang terbaik bagiku.. Lahaulawalaquwwataillabillah..