Tuesday, June 28, 2011

Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat Yang Utama









Di antara tanda-tanda kecil kiamat yang UTAMA :


1. Hamba wanita melahirkan tuannya.
-merupakan kiasan akan ramainya anak yang derhaka pada ibunya sehingga si anak melayan anaknya seakan-akan dia adalah tuan kepada ibunya. Kedua perkara tersebut telah berlaku pada masa sekarang.


2. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya.
- Telah bersabda Rasulullah s.a.w.

"Apabila suatu urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya , maka tunggulah masa kehancurannya,"


3. Sedikitnya ilmu dan munculnya kejahilan manusia (dalam kehidupan dan persoalan yang berkaitan dengan kehidupan akhirat)


4. Banyaknya perbuatan zina dan perbuatan kotor.


5. Golongan lelaki akan memakai sutera.


6. Lagu dan alat muzik menjadi halal.
- Rasulullah s.a.w bersabda :

" Sungguh akan ada di antara umatku beberapa golongan manusia yang akan menghalalkan zina, sutera, khamar, dan muzik" HR Muslim.


7. Mengambil (menjadikan sah) penyanyi wanita (biduanita)


8. Timbulnya perkara keji , buruk dan kata-kata kotor.


9. Berleluasanya memutuskan silaturrahim.


10. Berleluasanya pengkhianatan dan tuduhan pada orang yang jujur.


11. Mempercayai dan mendekati orang yang suka khianat.
- Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Di antara syarat-syarat kiamat adalah timbulnya perkara keji, biadap dalam kekejian, memutuskan silaturrahim, khianat pada orang yang jujur dan kepercayaan kepada orang yang khianat." oleh Ahmad dan Al-Bazzar dari Ibnu Umar.


12. Menjadikan masjid sebagai laluan sahaja.
- Rasulullah s.a.w bersabda :

"Masjid dijadikan sebagai laluan dan timbulnya mati mendadak" Riwayat Bukhari.


13. Pendeknya waktu.
- Berkurangnya berkat waktu.


14. Banyak berlaku gempa bumi.
- sehingga sebahagian ahli meteorologi di Mesir berkata bahawa bumi ini terus bergetar pada setiap saat.


15. Munculnya wanita yang tidak berpakaian.
- iaitu wanita yang menutup sebahagian dari tubuhnya dan membuka sebahagiannya. Atau mereka yang memakai pakaian yang ketat dan nipis, di mana dengan demikian mereka belum bermakna menutup aurat.


16. Ucapan salam hanya diucapkan oleh seorang Muslim yang dikenali sahaja.
- Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Seungguhnya di antara syarat-syarat kiamat adalah, bahawa seorang lelaki hanya memberi salam pada orang yang dikenali sahaja. " Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i.


17. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara yang umum.


18. Berkurangnya iman manusia untuk melaksanakan ketaatan dan amal untuk akhirat.


19. Harta kekayaan umum dikuasai oleh segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa ada rasa warak (tidak takut dosa), termasuk mengambil harta awam dengan senyap (penyelewengan).


11. Terasa berat bagi orang untuk melaksanakan syariat agama.


21. Seorang lelaki (suami) hanya taat kepada isterinya sedangkan derhaka kepada ibunya.


22. Seorang lelaki bersifat kasar kepada bapanya dan bersikap lembut dengan rakannya.


23. Yang menjadi pemimpin pada suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (bersifat keji) dikalangan mereka dan sebuah suku dipimpin oleh orang yang fasik di kalangan mereka.


24. Menjual kepimpinan atau jawatan (hukum). Iaitu bahawa jawatan diterima dengan risywah (rasuah, sogokan)


25. Seorang isteri turut serta bersama suaminya dalam bekerja dan berniaga atau suami akan menjadi pembantu isterinya.


26. Anak-anak menjadi pemarah.



*Ini adalah diantaranya. Masih ada lagi tanda-tanda kiamat utama yang boleh didapati daripada sumber hadis yang sahih.




p/s: "Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datangnya tempohnya , tidak dapat mereka kemudiankan walaupun sesaatpun, dan tidak dapat mereka dahulukan."
Surah Al-A'raf : 34




Wednesday, June 22, 2011

Salam sayang adik-adikku..

Kata-kata dari adik tercinta....

"Salam kak ayu. jazakillah for the sweet letter! Tiba-tiba rasa bersalah sebab jarang tanya khabar akak, jarang ziarah akak. Asifah jiddan sebab tak menjalankan hak ziarah tu. And sorry jugak sebab saya ni adik yang tak caring! Sorry kak! Saya harap akak kuat melalui musim imtihan yang ada macam-macam dugaan ini. Always remember Allah when you feel down. Selalu-selalu rindukan Dia, dan cintailah Allah sepenuh hati! letak Allah nombor satu dalam hati. Selamat bermujahadah kak! Take care. psst. ILOVEYOUTOO FILLAH."



T_T Syukran dik. akak sangat sayangkan ukhuwah ni. Sangat-sangat sayangkan ukhuwah ni. Walau kita tak selalu jumpa, percayalah akak selalu ingat kat adik-adik akak. Akak sentiasa rindukan korang. Moga ukhuwah kita kekal sehingga ke syurga. Kepada adik-adik akak..

<3MOGA SENTIASA DALAM PANTAUAN DAN PELIHARAAN ALLAH<3




salam sayang dari kak Ayu...




Thursday, June 9, 2011

Imagine If London Was Occupied by Israel



p/s: Sama-sama kita hayati perasaan rakyat Palestin.

Monday, June 6, 2011

Kata-kata hikmah

Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewaKHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.

Begiti juga dengan kita, tak guna ada mata kalau tak dapat melihat,

Tak guna ada hati kalau tak tau menilai....



"Untuk mencatur sesuatu yang luar biasa kita tidak perlu menjadi hebat.
Namun kita perlu melalui tahap yang biasa untuk menghasilkan sesuatu yang hebat.
Tidak ada yang lahir terus menjadi hebat kecuali manusia pilihan Tuhan. Setiap khalqillah perlu melalui tahap biasa untuk menjadi hebat. Apa yang penting biarlah perkara luar biasa yang terhasil itu benar-benar berguna dan bermanfaat."


(Akhi Ahmad Syukri, Mujahid Islam)




“Tiga perkara yang menyelamatkan hati seseorang Muslim dari kedengkian:
Ikhlas dalam beramal kerana Allah,
menasihati penguasa dan
komitmen dengan jamaah kaum Muslimin”.

(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad 4/80-82)


p/s : Kata-kata ini diambil dari

http://syahadah86.blogspot.com/2009/05/kata-kata-semangat-pencinta-perjuangan.html



Thursday, June 2, 2011

Andai dia untukku!





Keheningan pagi memecah sanubari. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah! Mataku terus mendongak kearah langit menikmati keindahan pancaran matahari di waktu subuh itu. Tiba-tiba hatiku terfikirkan seseorang. Seseorang yang selama ini menjadi rahsia di dalam hatiku. Yang menjadi salah seorang penyebab kepada hidayah yang Allah berikan kepadaku. Subhanallah. Betapa kasihnya engkau,halus dan cantiknya caraMu ya Allah. Kau telah menghantar seseorang yang tidak pernah aku terfikir dan aku kenali yang berjaya menyedarkan otak fikiranku dan meenyentak jiwaku dengan kebenaran dan keindahan Islam yang seharusnya dihayati setiap insan bergelar muslim. Bukan sekadar di bibir!

Mindaku mula berandaian. Adakah dia layak untukku? Atau layakkah aku untuk dia? Siapalah diri ini yang dahulunya jahil, terlalu banyak dosa yang telah menjadi darah daging. Baru sekarang ingin mendekatiMu ya Allah. Titisan airmata mula jatuh ke pipi. Aku tahu, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah memberi peluang kepadaku untuk berubah. Alhamdulillah. Aku bersyukur ya Allah! Dan Kau Maha mengetahui hati ini. Apa yang tersimpan selama ini. Tapi, aku sudah berazam, aku harus berubah dahulu! Berikan kekuatan kepadaku Ya Allah...


************


''Assalamualaikum ukhti. Kaifahaluki? Lama x jumpa enti. Enti dah lain sekarang ni eh. Alhamdulillah. MasyaAllah!"

Sahabat lamaku Maisarah tiba-tiba munculkan diri.

"Waalaikumsalam warahmatullah. Alhamdulillah sihat. Ana biasa je lah. Masih x sehebat enti. Doakan ana ye moga thabat."

Aku tersenyum. Tak sangka dapat bertemu kembali sahabat yang dulu juga menjadi penyebab perubahan diri ini. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan kerana Allah itu sangat manis.

Ukhuwah antara aku dan sahabatku Maisarah semakin lama semakin rapat.


***********

''Maisarah, hari ini kita ada apa-apa projek ke?"

"Hari ini? emm ada. projek....jalan-jalan carik makan sambil berukhuwah. hehe. Ana nak ajak enti pergi makan la. Nak x? Jom la."

"Hehe. Mestilah boleh. Tapi ada syaratnya. Enti blanja ana la. Ok?"

Aku senyum memujuk.

Maisarah hanya tertawa dan bersetuju dengan cadanganku. Sesungguhnya sahabatku itu tidak pernah berkira. Dia seorang pemurah.

"Alhamdulillah, kita dah sampai. Enti nak makan apa?"

"Ana makan apa-apa je Mai. Enti orderkan untuk ana la. Ana ok je."

"Ok."


Tetiba hati kecilku teringatkan kembali tentang kisah kami di kolej lama. Bagaimana aku bertemu dengan Maisarah dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain. Aku sangat menghargai setiap kenangan yang kami lalui. Merekalah yang banyak mengingatkan aku tentang Islam. Alhamdulillah.

"Enti, ana nak tanya kat enti. emm, tapi ana minta maaf kalau enti x selesa. Enti still ingat tak ada seorang yang selalu bagi tazkirah masa kat kolej dulu? Ana rasa enti mesti taw siapa maksud ana kan?"

Maisarah menunjukkan reaksi berfikir.

"Oh,, ingat-ingat. kenapa dengan akhi tu? Ana ada dengar dia study kat sini jugak. Sama dengan kita semua. Emm. Tapi kenapa enti tanya ye? Boleh ana taw? Kalau tak leh xpe je."

"Hmm. Oo. yeke. Ana taw ana ni xde lah sebaik enti dan sahabat-sahabat yang lain. Tapi dah lama ana simpan benda ni. Sebenarnya dulu ana tertarik dengan agama yang ada pada dia tu. Keinginan dia untuk ingatkan kawan-kawan semua. Ana dulu memang teringin nak jadi macam dia. Alhamdulillah, ana bersyukur sangat sekarang ana dah capai azam ana tu. Cuma..."

"Cuma apa?"

"Cuma... satu benda je lagi. Ana nak kongsi benda ni kat enti sorang je. Enti leh rahsiakan? Enti sangat thiqah bagi ana. Sebab tu ana bagitahu enti."

"InsyaAllah, apa dia tu? enti ada hati dengan dia ke? Enti nak jadikan dia zauj enti?"

Maisarah meneka.

"Hmm. Ana taw ana x selayaknya untuk dia. Tapi ana taw benda ni pun fitrah manusia. Perasaan yang Allah campak dalam hati ana ni pun Allah yang bagi. Ana dah cuba nak lupakan dia tapi ana x leh. Lagi ana cuba lagi ana ingat. Ana cuma nak mintak enti rahsiakan hal ni. Sebab selama ni pun, parents ana je yang taw. Takde sape yang taw."

"InsyaAllah. tapi ana cuma nak ingatkan. Perasaan tu tak salah kalau ada tapi jangan biar benda tu sampai melalaikan. Jangan kotori fitrah. Buatkan apa yang kita rasa tu lebih dekatkan diri kita pada Allah. Buatkan kita banyak berdoa pada Allah moga dia adalah terbaik untuk kita dan Allah akan temukan dia dengan kita. Doa tak salah. Moga enti kuat ye. Ana taw enti boleh."

Maisarah memegang erat tanganku tanda memberi kekuatan kepadaku. Alhamdulillah aku beruntung ada sahabat seperti Maisarah yang memahami. Aku berharap moga hatiku ini dijauhi dari segala perkara yang tak baik. Dan membuatkan aku lebih dekat dengan Allah. InsyaAllah..

*************


Sudah 2 tahun aku di sini, meneruskan perjuangan demi Islam. Demi menuntut ilmu untuk memberi sumbangan kepada Islam kelak. Alhamdulillah. setakat ni aku rasa Allah telah banyak membantuku.

"Assalamualaikum enti! Tengah wat ape tu? Termenung jauh nampak? hehe."

"Waalaikumsalam. eh takdelah. cuma tengah fikir masa depan je. hehe."

"emm. ni ana ada dengar yang orang yang enta pernah citer kat ana tu, dia...emm ada pernah risik orang lain. Tapi orang tu tolak."

"Ooo. yeke. emm. ruginya yang tolak."

Jawabku dengan nada lemah.

"Emm. tapi ada hikmah kot orang tu tolak dia. Mungkin ada orang yang lebih baik untuk dia."

"Emm insyaAllah. Ana mampu doakan je."

"hehe. k la, ana kena pergi dulu ni. Ada hal jap. nanti jumpa lagi ye ukhti! Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam"


'YA ALLAH, KUATKANLAH AKU. KAU MAKBULKANLAH DOAKU. AKU HANYA MAMPU BERSERAH KEPADAMU YA ALLAH.'

*********************

Bulan demi bulan berlalu. Tahun kedua aku telah pun tamat. Kini, aku hanya menunggu untuk meneruskan ke Tahun 3 pengajian. Alhamdulillah. Keputusan untuk Tahun 2 aku memberangsangkan. Syukur Ya Allah. Berkat dari usaha yang telah aku taburkan akhirnya dibalas Allah dengan keputusan yang menggembirakan ibu dan ayahku. Alhamdulillah.

Selepas mendapat keputusan, kepulanganku ke Malaysia dinanti-nantikan oleh ibu dan ayah. Tak sabar rasanya. Walhal bukannya tahun lepas tak balik cuma rindukan suasana di rumah dan gurau senda bersama keluarga. Aku rindukan gelak tawa bersama ibu ketika di dapur dan bersama ketika berbual-bual di dalam kereta. Ya Allah, rindunya!!

Akhirnya aku tiba di Malaysia. Masih seperti dulu. Hilang kerinduanku kepada udara tanah air dan gelagat masyarakat Malaysia. Mataku terus meliar mencari gelagat keluargaku dari jauh.

"Mak, ayah.. rindunyaaa."

Aku terus menyalam dan mencium pipi kedua ibu bapaku yang tersayang. Dan kupeluk adik beradikku yang selama ini telah menjadi pemecah kesunyian dan penghilang kesedihan sepanjang hidupku. Ya Allah, indahnya nikmaty ini. Baru aku terasa sejak belajar di oversea. Ikatan kekeluargaan itu makin terasa kuatnya. Subhanallah..

***********************


"Mak, masak apa harini? rindu nak rasa ayam masak sumor mak. hehehe."

"Nak ayam sumor ke? Sana tak masak?"

"Masak je tapi tak sama lah ngan mak punye. mak masak eh? boleh la...hee."

"Yelah anak aku oii. Memang mak nak masak pun harini. Tolong mak potong bawang meh."

"Ok!. I love you la mama. Muahhh!"

Ibuku hanya tersenyum.

"Emm. mak, mak ingat tak yang Ana ada cerita kat mak masa dulu tu? Emm. masa ana kat kolej lama ngan kat tempat belajar ana sekarang tu."

"Yang mana? emm. ooo. yang tu ke? Orang yang anak mak ni suka sangat tu? Kenapa? Dia risik ana ke?"

Ibu ku meneka. Aku hanya mengganggapnya satu gurauan. Aku tahu siapalah aku nak dirisik oleh lelaki soleh sedemikian.

"Hmm. Takdelah. mak ni. siapalah ana ni mak nak dibandingkan dengan ukhti-ukhti yang sekolah agama tu. Tapi tu lah. mak tahu kan, benda ni macam dah lama Ana simpan. kadang-kadang Ana rasa tak kuat. Haritu kawan ana cakap dia ada risik sorang akhawat yang blaja kat daerah lain kat tempat ana belaja tu. Macam sedih jugak la. Tapi nak wat macam mana kan. Ana serah kat Allah je lah mak."

"Hmm. Serah tu memang la serah. Tapi kenalah ikhtiar jugak. Mak percaya, orang yang Ana pilih tu soleh sebab mak pernah jumpa dia kan. Mak pun suka jugak."

"Hmm. entahlah mak."

***************************


Sepanjang aku di Malaysia, masalah itu menjadi rumit di dalam otak fikiranku. Entah kenapa, aku jadi tidak kuat. Hatiku tidak tenang. Ya Allah, mengapa kau campakkan perasaan ini dalam hatiku Ya Allah. Aku tidak kuat diuji seperti ini Ya Allah. Setiap malam aku bermunajat kepada Allah dan meminta petunjuk adakah sudah tiba masanya aku menghuraikan semuanya. Aku takut perkara ini menjadi fitnah atau perkara yang tak baik. Aku takut Ya Allah. Berikanlah petunjuk kepadaku Ya Allah.. Tanpa disedari, airmataku jatuh. 2/3 malam aku duduk di atas sejadah memohon kekuatan dan petunjuk dari Allah. Bukan sehari tetapi berhari-hari.


Pada malam itu juga, hatiku tiba-tiba terdetik untuk mencapai sebuah buku yang bertajuk "Saidatina Khadijah Ummul Mukminin". Aku menyelak helaian demi helaian sehingga aku terbaca tentang kisah perkahwinannya dengan kekasih Allah Rasulullah saw.

Indahnya kisah kedua insan yang telah dijanjikan syurga oleh Allah. Dan aku teringat tentang satu artikel yang telah dibaca dulu tentang peminangan Khadijah terhadap Rasulullah saw. Artikel itu menyatakan bahawa kisah Khadijah ni patut menjadi contoh kepada wanita Islam. Tiada istilah perigi mencari timba. Kedua-duanya harus saling mencari. Tetapi jika ingin mencari yang soleh atau solehah, soleh dan solehahkanlah diri dahulu. Dan jika wanita ingin memulakan dahulu, biarlah dengan cara yang bermaruah seperti menggunakan orang tengah sama ada keluarga atau sahabat yang thiqah. Seperti kisah Khadijah dahulu, Saidatina menggunakan orang tengahnya yang bernama Maisarah untuk meminang Rasulullah saw. Pada mulanya Rasulullah saw terasa berat untuk menerima kerana terasakan perbezaan di antara baginda dan Khadijah. Namun akhirnya mereka tetap berkahwin. Saidatina Khadijah telah banyak membantu Rasulullah saw dalam dakwah baginda. Sentiasa bersama baginda ketika susah dan senang dan Saidatinalah orang pertama yang mempercayai apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Subhanallah. Indahnya kisah percintaan mereka!!!


Hatiku tiba-tiba inginkan penyelesaian...

*************************

Selesai sahaja aku menunaikan solat sunat istikharah dan solat hajat, aku terus membuka emailku dan klik 'Compose New Email'.

Aku terus menaip dengan berhati-hati.

"Assalamualaikum wbt. Sahabat ana. Apa khabar? Ana mintak maaf jika email ini mengganggu sahabat. Sebenarnya biar ana teruskan kepada tujuan sebenar ana menghantar email ni kepada sahabat.

Begini, ana inginkan jasa baik sahabat untuk sampaikan hajat ana ni kepada sahabat kepada sahabat yang juga sahabat ana juga. Ana dah lama simpan hajat ni cuma masa yang menjadi penghalang. Tolong sampaikan hajat ana bahawa satu hari, ana nak jadikan sahabat ana tu zauj ana jika diizinkan Allah. Dan sahabat kita itu ialah Abdullah. Ana harap apa yang ana buat ni tak membawa kepada fitnah. Dan sahabat adalah sahabat yang paling thiqah bagi ana. Ana percaya sahabat takkan hebahkan nya kepada sesiapa sebab benda ni tak elok dihebahkan lagi. Dan untuk pengetahuan sahabat, benda ni bukan ana dan sahabat je yang tahu. Ibu dan ayah ana juga tahu dan juga sahabat-sahabat ana yang lain yang thiqah bagi ana juga tahu sebab ana taknak jadi perkara yang tak elok nanti. Jadi ana harap jasa baik sahabat dibalas Allah satu hari nanti. Dan ana hanya berserah dan berdoa kepada Allah atas ikhtiar ana ni. InsyaAllah. Jika apa-apa tentang jawapan dari Abdullah silalah email kepada ana ye. Syukran kathiran.

Assalamualaikum.. "


Klik!


'Ya Allah, aku hanya mampu berserah kepadaMu ya Allah. Biarlah semuanya dengan petunjukMu. Jauhkanlah aku dari fitnah. Aminn'



**********************


Selepas 3 hari, aku membuka inbox emailku. Tertera ada satu email masuk dari sahabatku. Aku pun membukanya. Hatiku jadi tak tenang. Aku mula membaca ayat demi ayat.

"Assalamualaikum sahabat. Terima kasih sebab anggap ana orang yang thiqah untuk buat benda ni. Dan Alhamdulillah ana dah cuba sampaikan hajat sahabat tu. Emm ana cuma nak bagitahu, ada 1 perkara baik dan 1 perkara yang mungkin menjadi kekecewaan bagi sahabat. Tentang perkara kurang baik itu, sebenarnya Abdullah sudah menghantar risikan kepada seorang ukhti lain. Dan hanya menunggu jawapan dari ukhti tu. Dan perkara yang baiknya, Abdullah tetap ingin buat istikharah pasal benda ni. Sebab dia percaya risikan sahabat ini juga datang dari petunjuk Allah. Ana cuma mampu doakan je untuk sahabat dan Abdullah moga mendapat pengakhiran yang terbaik. Dan ana percaya jika Allah sudah tetapkan sesuatu buat sahabat, pasti akhirnya juga baik. Sama-samalah doa. Dan doakan ana juga supaya dapat yang solehah macam sahabat. InsyaAllah. Assalamualaikum."


Aku menutup peti inbox ku. Perasaanku seperti jatuh ke tanah. Aku mula tidak dapat menerima bahawa Abdullah sudah menghantar risikan kepada ukhti lain. Ya, kini aku baru percaya aku tidak layak untuk Abdullah. Aku terus mencapai sejadahku dan menyarungkan telekungku dan menunaikan solat hajat supaya jika dia bukan untukku, Allah akan hilangkan perasaan ni sedikit demi sedikit.


******************

Kini sudah tiba saatnya aku untuk pulang ke tempat belajarku kembali. Aku sudah
tak mahu memikirkan tentang soal itu. Cukuplah. kini, aku hanya ingin Allah sahaja di dalam hatiku. Soal jodoh aku hanya serah kepada ketentuan Allah.

Aku sudah tiba di negara yang menjadi medan perjuanganku ini dalam mencapai cita-citaku. Esok kelas bakal bermula. Semangat untuk belajar sudah berkobar-kobar kerana aku tahu aku belajar adalah semata-mata kerana Allah dan Islam. Ya Allah, permudahkanlah jalanku ini ya Allah....

***************

Sesudah pulang dari kelas, aku membuka peti inbox ku. Aku terlihat satu email masuk dari sahabatku yang menjadi orang tengahku dulu. Aku takut untuk membukanya tetapi aku gagahkan juga. Aku mula membaca dengan hati yang tenang..


"Assalamualaikum sahabat. Maaf ganggu. Ana cuma nak sampaikan hajat seseorang. Sahabat masih lagi ingatkan dulu. Sahabat pernah bertanyakan tentang Abdullah? Ana yakin, sahabat mesti sudah istikharah dengan bersungguh-sungguh dengan keputusan sahabat itu. Dan ana juga yakin Abdullah juga sudah istikharah. Dan, tentang risikan yang Abdullah hantar tu, Allah sudah tetapkan yang ukhti tu menolak risikan Abdullah. Dan sekarang selepas istikharah, Abdullah minta ana sampaikan hajat dia untuk menerima risikan sahabat. Subhanallah. Ana rasa gembira sangat. Tambah lagi, Abdullah menerima sahabat atas solehah dan agama yang thiqah yang ada pada sahabat. Dia tidak pernah melihat wajah sahabat kerana sahabat berniqab tetapi dia yakin, agama yang ada pada sahabat itu sudah cukup untuk dia menerima sahabat. Lagipun dia tahu dulu sahabat bukanlah seperti sekarang tetapi dia sangat kagum dengan perubahan sahabat. Itulah indahnya kekuasaan Allah. Pada bila-bila masa sahaja hidayah Allah itu sampai kepada hamba-hambaNya. Emm jadi, ana harap sahabat dapat terima keputusan Abdullah ini. Dan moga sahabat gembira dengan ketentuan Allah ni. InsyaAllah. Assalamualaikum."


Subhanallah! Alhamdulillah... Titisan airmataku jatuh.. Aku terus sujud syukur atas ketentuan Allah ini. Aku tahu semuanya atas doa-doa dan berserahnya aku kepada Allah semata-mata. Ya Allah sesungguhnya aku memilihnya kerana dakwah, dan aku berharap dia juga menerimaku kerana dakwah. Aku cintakan setiap perkara yang bersandarkan kepadaMu ya Allah. Syukur ya Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah.....




Kini, aku hanya menunggu saat itu. Saat hak dipindahkan dari tangan ke tangan. Pada waktu ini, aku hanya mampu mempunyai kekuatan dan semangat mujahadah yang kuat bagi menjaga hati. Jagalah, dan ikutlah cara Islam, penuh keindahan. Jangan biarkan fitrah itu dikotori dengan kelalaian dan maksiat.


Cinta itu membuatkan ibadah kita lebih banyak.

cinta itu membuatkan kita lebih tertumpu untuk menuntut ilmu.

cinta itu mengelakkan kita daripada lebih terjebak dengan benda sia-sia.

cinta itu lebih menghalang kita daripada membuat dosa besar atau kecil.

cinta itu membuatkan kita lebih mengingati Allah.

cinta itu membuatkan kita lebih mengingati keluarga.

CINTA ITU FITRAH YANG SUCI. jangan kotorinya dengan perkara yg melalaikan. :)




p/s: Moga entri ini menjadi teladan kepada kita semua. Jangan sesekali kotori fitrah kita dan berserahlah kepada Allah dengan sepenuhnya. Jika Allah sudah tetapkan yang terbaik untuk kita, insyaAllah Allah akan beri yang terbaik untuk kita. Jangan pernah putus asa. Dan jika da yang tersalah ke sila lah komen ye. :) jzkk.