Thursday, September 29, 2011

Tarbiyah itu sifatnya..




Perjuangan Islam.
Melalui usaha-usaha "Dakwah & Tarbiyah."
Jalan yang dirintis oleh baginda Rasulullah SAW. Jalan menuju kepada Allah SWT.



Jalan tarbiyah itu, tabiat dan sifatnya :


صَعْبٌ ثَابِتٌ
Sulit tapi Kukuh


طَوِيْلٌ أَصِيْلٌ
Panjang tapi Terjaga Keasliannya


بَطِيْءٌ مَأْمُوْنٌ
Lambat tapi Hasilnya Terjamin


Mungkin, kita baru sahaja disentuh dengan tarbiyah ini. Ataupun sudah bertahun-tahun berada di dalamnya. Proses inilah yang menjadikan kita ini hamba. Hamba Allah SWT yang sedar akan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, kepada muslim di sekelilingnya, kepada komuniti masyarakat yang ada dan seluruh ummah yang bersama-samanya.

Pemilihan Allah SWT ini, harus dihargai, disyukuri, dinikmati dan di"izzahi." Namun ia tidak cukup sekadar itu sahaja, jika tidak dikongsikan kepada insan-insan yang lain. Justeru, mindsetting kita jalan tarbiyah ini adalah jalan yang punyai sifatnya yang tersendiri.

(1) Jika antum merasai kesukaran, kesusahan, kejemuan, kelelahan, keletihan dan bermacam-macam perasaan yang mengetirkan sepanjang melalui proses tarbiyah ini – YAKINLAH – antum telah berada di landasan yang benar.

(2) Benar! Jalan ini bukan jalan magis, jalan yang “popular” dan glomour tetapi ia adalah jalan yang ditaburi duri-duri tajam lagi halus yang menusuk diri.

(3) Wahai, sahabat! – BERSABARLAH, TEGUHKANLAH KAKI-KAKIkalian kerana jalan ini melorongkan kita ke kampung halaman kita yang sebenar. Itulah “Jannah”!




0 comments:

Post a Comment