Sunday, October 30, 2011

Hakikat Yang Harus Diterima

Macam ni kan bagus. Walau berbeza warna, tetap membantu sesama yang lain. Kerana mereka adalah spesis yang sama iaitu seekor KUCING. Yang kita manusia ada akal ni kalau tak jadi macam kucing ni, tak ke rasa kurang bersyukur kerana tak menggunakan akal ciptaan Allah?




Terimalah hakikat yang manusia tu mempunyai pelbagai pendapat. Jangan ego merasakan diri yang lebih tua lebih baik dan lebih banyak tahu asam garam kehidupan. Dan yang muda pula jangan pula tidak hormat pada yang lebih tua. Biarkan manusia membuat pilihan yang mana lebih baik bagi diri mereka. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan TELAH DIRANCANG OLEH ALLAH. Bila dah dirancang dan ditetapkan oleh Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya.





p/s: Sudah-sudahlah menghasut manusia. Kita tak tahu kita benar atau tidak. Berkongsilah pendapat dan biar mereka yang memilih. Bukan kita yang pilih untuk mereka. Kita manusia. Manusia yang sama Tuhan iaitu Allah. Wallahualam.


1 comments:

salafy ciampea bogor said...

Please, Your visit to my blog Ahlussunnah waljamaah www.salafyciampeabogor.blogspot.com, baarakallahu fiikum.

Post a Comment