Tuesday, April 24, 2012

Sebaik-baik manusia...



SEBAIK-BAIK MANUSIA SEMASA JAHILIAH ADALAH JUGA SEBAIK-BAIK MEREKA SETELAH MEMELUK ISLAM.



Assalamualaikum wbt. Apa khabar iman semua? :) Moga-moga jika saat Allah semakin menjauh, usrah semakin kering, ukhuwah yang semakin menyakitkan membawa kita semua lebih dekat pada Allah dengan memperbanyakkan zikrullah. insyaAllah. :)  


Di kesempatan waktu ni, ana ingin kongsikan sikit tentang apa yang ana dapat dalam 'TaMagh' semalam. (mesti tertanya-tanya apebenda la tu kan?) 


Tazkirah yang menceritakan tentang kisah sahabat yang bernama Zaid Al-Khail (pada zaman jahiliahnya) atau pun Zaid Al-Khair(pada zaman keislamannya). In my opinion, Zaid ni pada zaman jaihiliahnya merupakan seorang yang baik, apatah lagi pada zaman keislamannya! Subhanallah, kalau zaman jahiliah pun da baik, bila da masuk Islam memang lagi baik. 


Rasulullah saw pernah berkata pada Zaid, " Wahai Zaid, tiada seorang lelaki yan diceritakan kepada saya sifatnya, kemudian saya melihatnya sendiri, ternyata dia kurang daripada apa yang disifatkan..kecuali engkau."


Best gila Rasulullah cakap macam tu. Rasulullah saw sangat memuji dengan sifat Zaid ni sehinggakan Rasulullah saw memberi gelaran Zaid Al-Khair setelah beliau memeluk Islam. Sweetnyeeeee!!! opps. hehehe


Apabila diceritakan tentang akhlak Rasulullah saw pula, memang Rasulullah saw suka memberi gelaran kepada sahabat-sahabat dan ummatnya dengan gelaran yang baik-baik dan disukai oleh orang itu. :) Tapi kita macam mana ye? T_T  siap mengumpat lagi peribadi orang tu. Astaghfirullah....



So, sama-samalah kita renungkan balik tentang akhlak Rasulullah saw dan juga sifat-sifat yang dibawa oleh Zaid Al-Khair ni. (ayat ini khusus untuk ana sebenarnya). Moga-moga setiap langkah kita untuk memperbaiki dan mendekatkan diri dengan Allah dan sunnah Rasulullah saw itu mendapat redha Allah dan dipandang Allah. InsyaAllah.. 



“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”



p/s: Carik tentang kisah Zaid Al-Khair dengan lebih lanjut!! :) Hayatilah..

1 comments:

Unknown said...

sebaik-baik manusia adalah apabila dia mendahulukan tuhan dalam sesutu dan melakukan sesustu kerana tuhan nya..baik atau jahat tidak terletak pada pandangaan manusia tapi ia terletak di pandangan Allah baik ibadah kita padaNya maka baik juga lah akhlaknya di hadapan manusia sekadar pandangaan yang fakir http://hakikatcahayasatu.blogspot.com moga ada manfaatnya

Post a Comment