Thursday, August 20, 2009

Kisah Kak Ayu!


Ketika sedang sibuk browsing internet tentang maklumat untuk dipostkan di blog saya kali ini, saya tertarik dengan tajuk artikel yang telah dipostkan di laman web www.azzariyat.com iaitu Kisah Kak Ayu.
Setelah dihayati stiap isi yang ditulis di dalam blog itu saya tergerak untuk postkan kembali artikel tersebut untuk dikongsikan dengan sahabat2 Islam saya mengenai kisah Kak Ayu ini yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran.
Siapakah Kak Ayu ini? Adakah artis yang berlakon dalam cerita NurKasih? Atau seorang penceramah? Sehingga menjadi tajuk post saya pada kali ini.
Yang penting bukan saya. :p tapi adalah seorang pelajar PHd di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Apa yang buat saya tertarik menulis kisah hidup Kak Ayu ini adalah kerana apa yang dilalui oleh Kak Ayu kebanyakannya dilalui oleh kita semua Cuma yang membezakannya adalah bagaimana Kak Ayu bangkit dari kegagalannya. Saya cuba kongsikan kisah hidup Kak Ayu dengan pembaca.
Ungkapan Kak Ayu:
“ Saya berasal dari Kelantan dan dulu saya hanya bersekolah di sekolah berdekatan dengan rumah saya, Sekolah Kebangsaan Zainab 2. Saya rasa excited nak berkongsi cerita dengan adik-adik semua, saya minta saya dijauhkan daripada rasa riak dan ujub. Cerita saya ni bukan nak membangga-banggakan diri, Cuma ingin berkongsi cerita untuk jadi pengajaran buat adik-adik. Saya mula kenal usrah mase dekat matrik. Mase tu semua usrah saya join. Semangat la katakan. Kat sana kalu bab-bab couple ni, saya la paling kuat membangkang. Tapi result saya jatuh bila saya membabitkan diri dalam usrah. Ye la, usrah sampai malam, assignment tak siap lagi, tapi letih nak tido. X pe la saya pegang prinsip “ kalau kita tolong agama Allah, Allah tolong kita balik”. Tapi kalu kita pegang prinsip tu pun, kalu kita tak usaha tak kemana jugak kan. Result saya jatuh, jadi berkadar songsang dengan result-result sebelum ni. saya dapat pointer cukup-cukup makan je. “
“ lepas tu dapat tawaran g UUM, saya pikir nak pegi ke tak. Ye la, dah la jauh, orang cakap dalam hutan pulak tu. Tapi lepas pikir-pikir balik, xpe la. Saya pegi. Mula-mula study saya biasa-biasa je. Tapi ada satu perkara yang menjadi titik tolak kepada perubahan saya. Masa saya duduk dalam halakah, ada orang bagitau saya, seorang Chinese pernah cakap kat dia, “ orang Melayu ni jadi bodoh, mundur sebab mereka beragama Islam la”. Lepas saya dengar tu saya menggeletar, nak marah sangat, tapi saya sabar.”
Mungkin Kak Ayu merasa dirinya tidak layak bangun menyalahkan apa yang diperkatakan Chinese tadi kerana masa tu result dia rendah. Kalu dia bangun membantah, pasti memakan diri sendiri kerana keadaan dirinye sudah ‘membetulkan’ dakwaan Chinese tadi.
“ Sejak saya dengar ayat tu, saya jadi berfikir, aku kena buktikan pada Chinese tu bahawa agama Islam ni tak salah. Lepas tu saya duduk je dalam bilik, belejar. Memang belajar je la saya masa tu. Akhirnya saya dapat pointer 3.89. wahhh, terkejut saya. Mak saya pun terkejut. Dan lepas tu saya jadi bersemangat untuk belajar dan Alhamdulillah saya dapat anugerah pelajar cemerlang masa graduasi hari tu. Kalu boleh, saya taknak pakai jubah graduasi tu. Nak pakai jubah sendiri, nak tunjuk tudung labuh saya ni. bukan sebab nak riak, tapi nak tunjuk bahawa orang Islam ni boleh berjaya.”“ Saya pernah terfikir, kalau la yang naik ambik anugerah cemerlang tu semua bertudung labuh, mesti best. Sebab kalau saya sorang je naik ambik, mesti orang cakap ‘alah, budak tu memang terror’. Tapi kalu sume yang naik tu tudung labuh, mesti orang akan pikir macam ni. ‘eh, semua tudung labuh ni. oo rupanya diorang ni dari kumpulan yang sama, kumpulan yang mempraktikkan gaya hidup Islam dalam kehidupan mereka.’. kan best kalau macam tu.”
Itu saja yang ingin saya kongsikan dengan pembaca. Menyedari diri ini berada dalam keadaan yang seakan-akan sama dengan Kak Ayu, saya lantas menulis article ini. Cuma sedang cari titik tolak untuk saya mulakan kembali perjalanan hidup saya yang diiringi kejayaan seperti Kak Ayu. Ingatlah, jangan salah berpegang dengan ayat Allah,
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”(47:7)
Jika kita berpegang ayat ini tanpa usaha, mustahil kita beroleh kejayaan kerana sunnatullahnya, siapa berusaha dia berjaya. Jangan ‘salahguna’ keyakinan kita pada Allahs.w.t. jika mahu bertawakal, berserah, pastikan usaha kita setimpal dengan tahap tawakal kita.Ini cuma satu bentuk pesanan kepada diri saya yang alpa dan juga sebagai satu perkongsian kepada pembaca. Bila kita memutuskan untuk berdakwah ketika masih bergelar pelajar,pegang prinsip ini
“DAKWAH NO.1, AKADEMIK BUKAN NO.2
AKADEMIK NO.1, DAKWAH BUKAN NO.2”
Dakwah dan akademik kedua-duanya sama penting. Indah hidup ini andai kehidupan dunia kita diiringi dengan bekalan kehidupan diakhirat. Moga berjaya didunia, akhirat gemilang.
“AKADEMIK CEMERLANG, DAKWAH DIJULANG”
p/s: Sempena Ramadhan yang kian tiba ini, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat saya sekiranya saya ada melakukan kesilapan kat antum dan antunna semua secara terang atau pun tersembunyi. Semoga sahabat semua memaafkan saya supaya amalan saya tak tersekat kerana dosa saya pada sahabat. :) asif jiddan.

Monday, August 17, 2009

Bila Malu Dah Tiada..Maksiat Berleluasa.


Hakikat Sifat Malu

Sifat malu ada yang positif dan ada juga yang negatif. Malu yang positif akan menjauhkan seseorang dari perbuatan maksiat, salah dan keji. Malu yang positif akan juga menimbulkan rasa bersalah kepada seseorang apabila ia meninggalkan perintah dan suruhan Allah Ta’ala.
Malu yang negatif pula menghalang seseorang itu dari melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan. Malu negatif ini juga kadang-kala menyebabkab seseorang itu terdorong untuk melakukan perbuatan maksiat, salah dan keji, umpamanya lantaran malu diangap sebagai kolot atau ketinggalan zaman maka ia sanggup mendedah aurat, minum arak, merokok dan seumpamanya.
Sebagai seorang yang beriman, kita seharusnya memiliki rasa malu yang positif, sehingga lahir nilai malu yang sebenar-benarnya di hadapan Allah Ta’ala apabila melakukan apa yang dilarang dan dibenci-Nya, atau ketika meninggalkan apa yang diperintahkan-Nya.
Perhatikanlah dialog Rasulullah S.A.W dengan para sahabat dalam sebuah majlis.
Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.” (Riwayat Imam At-Tirmizi)
Rasulullah S.A.W selalu berusaha memahamkan para sahabatnya tentang hakikat malu kerana malu merupakan salah satu sifat mulia dan terpuji. Bahkan, ia merupakan teras keimanan. Sabdanya,
”Tidak ada iman bagi orang yang tidak punya malu.”
Untuk memupuk dan memelihara rasa malu yang positif, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, umpanya;

[1] Menjaga kepala dan fikiran.
Maksudnya adalah menjaga seluruh deria atau pancaindra yang dikendalikan oleh kepala. Ia tidak mempergunakan pancaindra itu kecuali dalam perkara dan urusan yang diredhai Allah Ta’ala. Fikirannya tidak akan digunakan untuk mencetus idea-idea yang menjurus kepada maksiat. Matanya tidak akan digunakan untuk melihat aurat atau apa jua larangan Allah Ta’ala. Telingganya tidak akan digunakan untuk mendengar gosip, umpatan atau perkara-perkara yang sia-sia dan melalaikan seperti muzik dan nyanyian. Mulutnya tidak akan digunakan untuk berdusta, mengumpat, mencela, menfitnah, menyanyi dan seumpamanya.
[2] Menjaga perut dan isinya.
ertinya ia tidak memakan sesuatu kecuali yang halal kerana itulah yang diperintahkan Allah Ta’ala dalam firman-Nya :
‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu.” (Al-Baqarah : 172)
Makanan yang tidak halal yang masuk ke dalam perut akan mengakibatkan kerosakkan pada hati. Bahkan akan meningkatkan nafsu serakah untuk melakukan perbuatan hina dan keji.
[3] Mengingati mati dan kehancuran tubuh setelah mati serta membayangkan kematian selalu ada di depan mata.
Rasulullah S.A.W bersabda,
”Perbanyaklah mengingati si pemusnah kenikmatan, iaitu kematian.” (Riwayat Imam At-Tirmizi).
Mungkinkah seorang yang sentiasa mengingati mati melakukan larangan Allah Ta’ala?
Umpamanya seorang wanita yang meyedari hakikat bahawa lambat-laun ia pasti akan mati dan tubuh badan akan hancur bercampur tanah, pastinya tidak akan menyalah-gunakan kecantikan atau kejelitaan dirinya, kerana segala kecantikkan dan kejelitaan itu akan berakhir apabila maut datang kepadanya. Tambahan pula ia yakin bahawa jika ia tidak menutup auratnya, jika ia tidak menjaga batas pergaulannya, jika ia tidak menjauhi perbuatan maksiat, pastinya nanti apabila ia bersemadi berseorang di dalam liang lahad, berbagai azab seksaan yang amat berat sedang menantinya di sana. Ia sentiasa menyedari bahawa tubuh badannya yang lemah, kejelitaan yang sementara dan apa jua kelebihannya di dunia ini tidak akan berupaya mengurangkan atau menghilangkan kesakitan yang bakal ditanggung di alam Barzakh.
[4] Meninggalkan perhiasan dunia.
Ertinya, ia tidak terperdaya oleh janji-janji manis dunia, sehingga ia tidak disibukkan oleh hal-hal itu dari mengingati Allah Ta’ala dan akhirat yang merupakan tempat kembalinya.
Allah Ta’ala berfirman:
”Maka, janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu. Dan janganlah penipu (syaitan) memperdaya kamu terhadap Allah.” (Luqman: 33)
Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi…
Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.
Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah Ta’ala mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.
Dalam sebuah hadith riwayat Imam Al-Bukhari, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
Hadith ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca agama, kerana akal yang waras turut mengakui bahawa malu sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.
Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah Ta’ala itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.
Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah Ta’ala, tidak gerun kepada neraka-Nya dan tidak cinta kepada syurga-Nya. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah Ta’ala timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.
Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak saperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita. Bahkan terselamatlah kaum lelaki dari berbagai gejala dan maksiat serta larangan.
Wallahu’alam.

Tuesday, August 11, 2009

Wahai penolong Agama Allah, dimanakah kamu?!!


Apabila diteliti balik,artikel yang menjadi tatapan ramai mesti artikel yang berkisar tentang couple.Ramai yang ingin tahu apa hukum couple,kalau couple itu dibolehkan,apa syarat-syaratnya dan bagaimana couple memberi kesan kepada perkahwinan pada suatu hari kelak.Talkshow seperti ‘Aku Dibius Cinta’ mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga penonton yang hadir terpaksa bersila di atas lantai.Kenapa kita semua ingin tahu tentang cinta?Kerana kita semua sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berkahwin.
Bercakap tentang berkahwin,secara peribadinya ana sendiri sangat inginkannya.
Semasa menjadi cashier di kedai,apabila melihat anak-anak kecil bermain dengan ibu bapa mereka yang masih muda, lahir perasaan cemburu terhadap mereka.Terkadang ada juga ana rasakan diri ana sudah layak untuk berumahtangga tetapi apabila difikirkan secara mendalam,jelas sekali apa yang ana rasa itu hanyalah satu fantasi yang jauh dari realiti.Bagi ana, perkara yang paling penting untuk difikirkan apabila berkahwin ialah anak-anak kerana mereka adalah amanah dari Allah.Apa sahaja kita ajar mereka, semuanya akan disoal oleh Allah di akhirat esok.
Pada awalnya ana yakin ana mampu mendidik anak-anak ana menjadi anak-anak yang soleh dan solehah tapi selepas menetap di Selangor,menyaksikan dengan mata kasar sendiri realiti remaja,ternyata kail ana hanya panjang sedepa.Dulu,semasa di Kelantan,kalau ada seseorang lakukan keburukan, dia akan memberi alasan, “rilek la,KL teruk lagi.”Sebenarnya ana tidak tahu kenapa ayat itu boleh muncul,tapi selepas datang sendiri ke KL,semua menjadi jelas.
Semasa berada di U1,dalam kelas enkaku jugyou yang agak memboringkan, seorang rakan memulakan bicara.
“Aku dulu pernah tidur dengan pompuan,”beritahu dia dengan bangganya.
“Betul?Pakai baju tak?”Soal ana,semangat inkuiri ana sedang meningkat.
“Bogel la.Aku tak pakai baju,die pun tak pakai baju,”terang dia lagi.
“Gile la ko.Kompom best kan.Berape kali?Sekali?2 kali?”
“Ape kelas 1,2 kali.Aku tiap-tiap malam.”
“Dari form 5?”
“Takla,dari form 3 lagi.Die yang cabar aku datang umah die kol 2 pagi,aku g la.Pastu,bile wat sekali,memang esok tu nak lagi la.”
“Maksudnye,ko tidur tu kat umah die?”
“A’a,kitorang kunci pintu.Ade gak skali mak die nak masok bilik,then aku nyorok bawah katil,huhuhuuh.”
“Pastu,ko balik umah kol wape?”
“Biase kol 5 hingge 6 pagi la.Parent die bangun lambat.”
“Ko solat subuh tak?”
“Nak solat ape bendenye,da tak suci.”
“Lor,kan ko balik kol 5 pagi.Sempat je mandi.”
“Letih bai.Aku balik,aku tidur.Then mak aku kejut untuk ke sekolah,kalo aku sempat mandi,aku mandi.Kalo tak,layan je.”
Sungguh menyedihkan apabila seorang pelajar perempuan tingkatan 3 berani menyeludup masuk kekasihnya ke dalam rumah ibu bapanya sendiri dengan hasrat untuk bermesra-mesraan.Ana yakin ibu bapa kepada pelajar perempuan itu telah mendidik pelajar perempuan itu dengan baik kalau tidak masakan dia mampu bertudung litup menututp kepala.Bayangkan kawan-kawan, semua ini berlaku di zaman kita,zaman anak kita?Mengerikan.
Hebat mana pun tarbiyah ibu bapa,jika caranya tidak menepati kehendak anak-anak,pasti mereka akan ditipu oleh anak-anak mereka.Di hadapan ibubapa mungkin anak-anak pijak semut pun tidak mati,tapi di belakang ibu bapanya,gajah pun dilanggar bodoh je.Didikan dan anak-anak ini umpama enzim,salah bentuknya maka enzim tidak berfungsi. Terlampau manjakan anak,jadilah seperti Sazali.
Itulah perkara yang menyebabkan ana berasa sangat runsing untuk berkahwin.Adakah mampu ana didik anak-anak ana seperti ibu bapa ana didik ana?Jika anak-anak sekarang sudah berani lakukan perbuatan terkutuk itu,bagaimana pula anak-anak 10 tahun akan datang?
Wahai kawan-kawan,artikel itu bukanlah berfokus kepada anak-anak semata-mata,apa yang cuba ana sampaikan bahawa apa yang berlaku di zaman ini. Maksiat berleluasa.Orang yang tidak berpegangan tangan lelaki dan perempuan dianggap kolot, tidak merokok dikira childish dan tidak mengoyak seluar dikatakan tidak stylo.Sedarlah,masyarakat tengah menderita kawan-kawan.
Kalau ingin tunggu sampai Allah turunkan lagi nabi untuk membawa kita ke jalan pulang,tunggulah sampai bulan jatuh ke riba.Allah tidak akan menghantar lagi Rasul kepada kita,Muhammad ialah nabi dan Rasul terakhir. Tugas menyeru manusia ke arah kebaikan ialah tugas kita.Kita pewaris nabi andaikata kita menyambung apa yang dikerjakan oleh nabi.
Kita tidak perlu tunggu ilmu selautan baru hendak berdakwah,cukuplah dengan kalimah ‘tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah’.Kata nabi, “sampaikan olehku walau satu ayat.” Kalau ada satu ayat pun Rasul suruh kita sampaikan kepada orang lain , inikan pula 10000 ayat.
Wahai kawan-kawan,lihatlah di sekeliling kamu,lihatlah kawan-kawan kamu.Mungkin mereka nampak baik,sopan di hadapan mu tetapi mereka semua bagaikan bulan purnama.Cuba dekatinya,pasti kamu akan terlihat kawah-kawah yang mengerikan.Dekatilah kawan-kawan kita semua,kenalilah mereka dan ajak lah mereka ke jalan Allah tanpa berputus asa.
Jika kita tidak bimbang untuk kawan-kawan kita,ana pohon satu sahaja, bimbanglah untuk anak-anak kita esok.Kalau anak-anak sekarang sudah pun teruk, zaman mereka?
“Takpe,aku hantar anak aku g sekolah agama,”
Wahai kawan,ana bekas pelajar sekolah agama.Ana mempunyai kawan-kawan yang pernah menjadi naqib,menegur anak buah supaya jangan bercouple tetapi di luar sana dia bercouple secara tegar.Pantang berpisah,pasti menangis.Ana ada juga kawan yang menjadi mat motor.
Hobinya melakukan seks dengan perempuan jalanan.Kawan ana ini dulunya berserban, qiamullailnya tidak pernah miss dan bacaan al-qurannya enak didengar.Tapi sekarang?Semoha Allah memberi hidayah kepada dia dan kita.
Percayalah kepada ana,jika kita tidak mengubah nasib kita dan kawan-kawan kita sekarang,pasti nasib yang sama akan menimpa anak-anak kita.Jika anda masih mampu berdiam dan tidak ingin berdakwah,menjadikan sibuk study sebagai alasan,tengoklah kehancuran umat Islam sehari demi sehari.
Wahai penolong agama Allah,di manakah kamu?!!!

Ya Allah..aku ingin berubah..tapi..

Ada seorang teman ni pada asalnya dia berminat melihat orang-orang yang memakai tudung-tudung labuh. Namun dia belum masih punya kekuatan untuk berubah secara mendadak kerana dia berasa takut kalau dia tak mampu belajar untuk istiqamah dan dia takut kalau-kalau diperli oleh teman-teman yang lain dek kalau terlalu cepat dia melakukan perubahan pada dirinya. Setelah sekian lama memendam perasaan ingin berubah telah timbul dalam hatinya untuk…
Mulakan langkah awal…
Merasakan terlalu mendadak baginya cuba untuk memakai tudung labuh dari tudung bawal yang jarang dan singkat, dia memulakan dengan menjatuhkan tudung bawalnya ke bawah dahulu. Jika dahulu dia sering menyilang tudung , dia cuba dengan mengubah untuk menjatuhkan tudungnya ke bawah. Pada hari pertama dia memakainya rakan-rakan menegur…
“makcik nak jual ape makcik?”
“kau nak pergi pasar ke ni?”
Kata-kata semangat agar dirinya dapat berubah menjadi yang lebih baik dari rakan-rakan yang diharapkan, tetapi tomahan yang mereka berikan . Tetapi Alhamdulillah masih dikuatkan hatinya untuk ditabahkan hati menahan penangan sinis dari rakan-rakan yang tidak memahami.
Tekad baru…
Setelah beberapa lama , mula timbul perasaan baru untuk memakai tudung akel(bidang 50). Tudung ni tidak la selabuh mana namun sekurang-kurangnya tidak la sejarang tudung bawal.
“Tidak sejarang tudung bawal. Iya aku nak pakai tudung bidang 50 pulak”. Dikuatkan sekali lagi hatinya untuk memakai tudung bidang 50 ke kelas.
“Tak sesuai la kau pakai ..macam mak orang “
“Ish…macam orang tua la”
Iman mula goyah
“Teruk sangat ke aku pakai tudung ni? Aku nak belajar berubah menjadi hambaNya yang lebih baik.”
“Hina sangat ke aku pakai tudung ni? Elok sangat ke kalau aku pakai tudung yang jarang?”
“Salahkah aku untuk berhijrah ke arah yang lebih baik?”
Setelah sekian lama diperli rakan-rakan , dia kembali dengan tudung yang lama. Kali ini tidak ada pula kata-kata yang menyakitkan hati. Semua orang seakan setuju dengan perbuatannya. Dia mula tertanya-tanya dalam hati… “Adakah ini yang lebih baik untukku Ya Allah?” Namun dibiarkan sahaja persoalan itu tanpa jawapan. Yang penting rakan-rakan tidak lagi mengata.
Bisikan hidayah
Walaupun mungkin telinga tenang dari penangan kata-kata sinis dari rakan-rakan, namun tak semudah itu untuk hati kekal tenang. Dicari-cari di manakah kelemahan diri. Ya, dia telah terlupa sesuatu….
Firman Allah S.W.T dalam surah An-’Alkabut ayat 2…
“Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman ,” dan mereka tidak diuji? “.
Ya..dia terlupa akan ujian Allah kepadanya. Mudahnya iman goyah dek kata-kata dalam sekelip mata. Jauh dari sudut hati telah memaki rakan-rakan yang telah memerli diri, menyalahkan yang telah menyebabkan dia kembali berubah tanpa terfikir itu mungkin ujian Allah kepadanya. Mana kan mungkin datang kepada kamu seseorang dan berkata aku sebenarnya diutuskan untuk menguji kamu? Ya,itu adalah mustahil…Tanpa disedari mungkin kata-kata dari rakan-rakan itu adalah ujian dari Allah untuk Dia mengetahui sejauh manakah kekuatan hati seorang hamba untuk berpaut pada jalan yang diredhaiNya .
“Ya Allah betapa hati ini telah mudah goyah dari landasan hidayahMu. Diharapkan masih ada lagi ruang untuk diri ini berubah.”
Ikhlaskan hati
Alhamdulillah masih ada lagi ruang untuk kembali kepadaNya . Apa yang penting sekarang adalah untuk ikhlaskan hati. Pada awalnya masih ada kata-kata yang tidak sedap didengar, namun Alhamdulillah setelah seketika tidak ada lagi kata2 sinis dari rakan-rakan. Yang tinggal hanyalah hati yang ikhlas untukMu Ya Allah. dan Alhamdulillah rakan-rakan yang dahulu asyik memerli kerana memakai pemakaian tudung labuh juga belajar memaikainya. Bahkan mereka lagi istiqamah. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Hidayah itu sememangnya milikMu…
Kadang-kadang kita terlalu mudah mengambil kata-kata dan pandangan orang dalam membentuk peribadi diri. Sedangkan apa yang diutarakan mereka masih belum pasti betulnya..
“Orang akan kata aku hipokrit ke?”
“Boleh ke aku nak istiqamah ni?”
“Aku takut kalau orang kata aku ni hangat-hangat tahi ayam aje”
“Kalau orang pikir aku buat ni sebab orang lain macammana?”
Rakan-rakan sekalian, kita pasti tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Orang tetap akan mengata samaada benda yang kita buat tu betul atau salah..betul tak? Apa yang paling penting adalah apa yang kita buat itu adalah berlandaskan syariat islam demi untuk mendapatkan keredhaanNya. Itu yang penting dan lebih utama dan bukannya kata-kata dari rakan-rakan. Ikhlaskan niatmu dan kamu pasti akan mendapat pertolongan dariNya. Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Mintalah agar hatimu sentiasa ditetapkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga apa yang kita semua lakukan, sentiasa mendapat keredhaanNya…amin….

Monday, August 10, 2009

Antara Gereja dan Masjid



Tyme2 borink ritu,aq bukak chanel 441,tengok crite ’short circuit 2′.Crite ni mengisahkan tentang sbuah robot yang perfect,robot ni mampu berfikir, mempunyai perasaan,ala cam manusia la,tapi die robot.Namun demikian, pencipta robot ni telah haramkan dia keluar daripada tempat dan penciptanya juga menipu dengan mengatakan bahawa mereka berada di satu tempat yang tiada orang,bukan bandar.Tetapi,nak dijadikan cerita,robot tu keluar daripada tempat itu dan dia mendapati dia berada di sebuah bandar. Maka bermulalah cerita apabila robot itu mengalami konflik dalaman.Dia mencari jawapan mengenai satu perasaan yang dinamakan ‘kesunyian’.Dlm usaha mencari jawapan,dia terjumpa satu bangunan yang di luar bangunan itu tertulis, “answers for all your questions”.



Ayat-ayat sebegitu dapat dilihat di pintu masuk gereja-gereja serata dunia. Ayat yang dicari-cari oleh manusia yang sedang mencari jawapan. Manusia yang keseorangan,terkapai-kapai dalam mencari jawapan lalu terjumpa ayat itu,nah,bertambahlah lagi pengikut agama kristian.Pintu gereja sentiasa terbuka buat semua manusia,penganut kristian mahupun yang beragama lain.Senyuman manis dihulurkan dengan penuh santun,tanda menerima kehadiran tetamu.Indah sungguh institusi ini,sesiapa yang terjumpa pasti akan jatuh ke tangannya.Namun,bagaimana pula dengan masjid,rumah Allah?

Pak bilal membetulkan mic tanda ingin melaungkan iqamah.Tatkala menarik nafas bagi membaca iqamah dalam satu nafas,pak bilal terdengar ada orang di belakangnya sedang berbicara dalam bahasa cina,sayup-sayup.Lalu pak tua ini menoleh ke belakang,dilihatnya 2 orang cina sedang berbual jauh daripada jemaah yang sedang membetulkan saf.Pak tua ini masih belum dapat memastikan siapakah gerangan 2 orang ini,lalu dia mengambil kaca matanya daripada kocek bajunya.Makmun lain memerhatikan gelagak pak bilal dengan penuh tanda tanya.Alangkah terkejutnya pak bilal apabila dia mendapati kedua-dua orang cina ini memakai rantai bertanda salib di tengkak mereka.Tanpa menghiraukan jemaah yang menanti suaranya berkumandang,pak bilal melangkah kaki ke belakang lalu menghalau sang kafir itu keluar daripada masjid.Malang sungguh institusi ini.

Aq ‘mengenal’ kristian since aq form 3 selepas menonton video debat Ahmad Deedat.Dari situ timbul perasaan ingin tahu dalam diri ku,apakah ada kesamaan antara agama lain dengan Islam.Lalu aq mencari,memerhati dan mengkaji agama lain dan aq cukup terpukau apabila mengkaji balik bagaimana institusi gereja itu bergerak.Agak memeranjatkan aq apabila aq mendapat apa yang aq belajar semasa form 1 dalam usrah tentang institusi masjid di zaman Rasulullah,diterjemahkan oleh paderi-paderi secara mutlak.

Melalui cerita di atas dapat kita fahami bahawa gereja menerima sesiapa sahaja tanpa mengenal agama.Hakikatnya,Islam pun begitu.Institusi masjid yang ditunjukkan oleh pak bilal itu sebenarnya bercanggah dengan Islam sama sekali.Mungkin pak bilal itu lupa akan masjid itu rumah Allah dan bukan rumahnya.Di zaman Rasulullah,tawanan-tawanan perang yang tidak ingin memeluk Islam diikat di belakang masjid untuk memerhatikan kehidupan orang Islam yang sebenar.Dengan harapan,hati mereka lebih cenderung untuk memeluk Islam.

Satu kisah lain, Rasululllah membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristian dari Najran dalam masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah bersabda kpd Sahabat, “Biarkan mereka utk menunaikan sembahyang.”

Jelas kepada kita,masjid bukanlah satu bangunan untuk dikunci dengan mangga sebesar buah epal tetapi merupakan satu bangunan untuk semua manusia berkumpul,berbincang dan bermunajat.Kegagalan kita dalam menterjemahkan institusi masjid Rasulullah,perlu diinsafi.
“pihak gereja pergi rumah ke rumah di pedalaman sabah dan sarawak, menyogok penduduk dengan bantuan,”beritahu seorang rakan.

Aq dengan sukacitanya ingin membetulkan satu perkataan daripada ayat yang diucapkan oleh rakan kita ini,iaitu perkataan ‘menyogok’ dengan ‘menghulurkan bantuan’.Ketahuilah dengan memberi bantuan kepada golongan susah juga merupakan salah satu kaedah dakwah,ini bukan sogokan.Apa yang dilakukan oleh pihak gereja,sama sekali tidak menentang konsep dakwah.Percayalah,Islam juga menyuruh kita membantu golongan miskin.Golongan inilah yang berada di antara syurga dan neraka.Selangkah ke kanan,maka syurga tapi selangkah ke kiri, maka neraka lah.
“Kalo mereka masok Islam,merak masuk sebab duit,makanan,so mereka tidak ikhlas,”jawab seorang rakan.
Perlu kita ingat,hidayah Allah datang dengan banyak cara.Tidak kisahlah dia masuk Islam sebab makananan ke,minuman ke,duit ke,kalo die masuk Islam,bermakna Allah telah memberinya hidayah untuk dia masuk Islam. Pernah diterangkan dalam satu post yang lalu,‘hidayah permata yang dicari’Ketika peristiwa al-kubra,fathul Makkah,ada yang masuk Islam sebab Allah, ada sebab Rasulullah dan ada yang disebabkan ingin dirinya selamat. Berbalik bab tolong orang yang susah.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 273:
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Melalui ayat ini kita dapat faham bahawa Islam menyuruh umatnya yang kaya menginfakkan harta mereka kepada orang miskin sehingga orang luar yang melihat tidak menyangka orang miskin itu miskin.Lihatlah betapa indahnya Islam.Tapi,ini pun banyak diterjemahkan oleh ramai paderi,bukan tok imam dan pak bilal.Adoyai…Sedeynye…

Teringat aq zaman kecik-kecik dulu.Tengah aq borak2 n bergumbira bersama kawan sekampung tyme tok khatib tengah baca khutbah,bangun seorang pakcik dengan muka yang agak bengis.

“Wei budok2,jange bising gak…Tok ime tengoh baco khutboh sek mung dot wat bising,aku rote(rotan) sekor2 khe..”marah pakcik yang bengis itu.

Secare jujurnya,hati aq dan kawan2 ku terasa.Kawanku secara perlahan-lahan menyuarakan isi hatinya padaku.

“pok cik ni bengong ar..dio oyak kotre jange bising tapi dio sdiri bising..mace ****…kalu pokcik ni ado lagi minggu depe,aq malah doh maghi masjid ni,”keluh seorang insan kecil.

Ada satu lagi kisah,ni tyme aq da besar sikit.Di masjid yang sama cume aq suda sdikit matang.Imam mengarahkan para makmun merapatkan saf dan memenuhkan saf hadapan.Di hadapanku ada satu saf kosong dan ditepiku ada la seorang brother ni.Nampak cam alim la.Aq pom bagi isyarat tangan supaya dia memenuhkan saf hadapan ku tapi..
“mung buto ko,budok tepi tu,”marahnya kepada ku dan aq yakin kanak-kanak di hadapan itu juga mendengarnya dek kerana dia memandangku semasa aq maju memenuhi saf kosong itu.Memang aq x kusyuk la solat jumaat ritu.

Memang benar,membuat bising semasa khatib membaca khutbah merupakan satu kesalahan namun cara atau pendekatan yang digunakan oleh pak cik itu sememangnya salah.Pendekatan yang digunakan oleh pakcik itu akan menyebabkan kanak-kanak hilang minat untuk ke masjid. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Nak anak jadi anak surau maka didiklah dari kecil.Tapi kalao mase kecik budak tu da kene maki,kene marah,nak ke dia jadi tetamu tetap rumah Allah?
Kes satu lagi,kate-kate abang tu sememangnya menggiris hati si budak kecil. Apa salah budak kecil itu sehingga abang tu xnak solat di tepinya.
“jijik sangat ke aq?hina sangat ke aq?”persoalan2 yang mungkin dikeluarkan oleh si budak kecil yang tidak berdosa.

Pernah anda ke gereja?Pernah anda tahu macamana gereja menangani masalah2 kecil ini?Budak2 kecil membuat bising,diberinya coklat supaya budak itu diam.Budak2 kecil melompat2,dihantarnya sister2 yang lawa supaya budak2 itu terduduk.Pendekatan yang digunakan sememangnya menarik hati sesiapapun.Sekali lagi mereka telah menterjemahkan institusi masjid Rasulullah.

Hadirin hadirat..lupe lak,aq x bg pidato..( ^^)


Masjid kita tidak akan penuh,masjid kita akan terus dalam kekosongan jika kita tidak berubah.Usah ditudingkan ke arah pak bilal,pakcik bengis, tudinglah jari pada diri sendiri.Apa yang telah anda lakukan supaya masjid pada hari ini sama dengan masjid pada zaman Rasulullah?Muhasabahlah diri anda.Berapa kerap anda solat berjemaah di masjid?Berapa kerap anda berdiskusi di masjid?Berapa lama anda membaca di masjid?Yang menulis ini juga sama,jadi marilah sama-sama kita berpesan-pesan,supaya apa? Supaya kita tidak menjadi orang yang rugi.

Sunday, August 9, 2009

13 Perkara Sebelum Kiamat Datang



1.Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malikr.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.

2.Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3.Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4.Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5.Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6.Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7.Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8.Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.

10.Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11.Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12.Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13.Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Friday, August 7, 2009

Tudung Bukan Aurat!


“Ya,mahu makan apa incik?”tanya seorang pelayan barra kepada Arep.
“bagi nan cheese garlic satu sama itu kari ya,”jawab Arep selepas mentelaah menu yang diberikan
“baiiikk..incik?”
“bak saya nan cheese biasa,”order Rapek.
“nan cheese garlic ada,nan cheese takda.”
Logik tak?Nan cheese garlic ada tapi nan cheese biasa tiada?Adakah roti nan itu yang menjadikan nan cheese atau garlic yang menjadikan roti itu dikenali dengan nama nan cheese?
Memeningkan,namun itulah kesalahfaham yang berlaku di dalam masyarakat kita.
“TUDUNG ITU AURAT ATAU AURAT ITU TUDUNG?”-pening,yang mana satu betul?selepas berjam-jam memikirkan 2 ayat ini,akhirnya saya dapat jawapan bahawa kenyataan ‘tudung itu aurat’ dan kenyataan ‘aurat itu tudung’ memberi makna yang serupa tapi pada hakikat Islam itu adalah salah?Iye?Tudung bukan aurat?
Ya,tudung bukanlah aurat atau aurat bukanlah tudung kerana tudung adalah sehelai kain yang berfesyen manakala aurat adalah bahagian-bahagian pada badan yang harus ditutup.Persepsi orang yang tidak memakai tudung sedang mendedahkan aurat sudah menjadi pegangan sape-sape sahaja,dari anak-anak kecil yang sedang makan lolipop atau seorang bos yang sedang menyedut cerut kematian.”Kite kene tutup rambut kita,rambut tu aurat.sehelai rambut kite dilihat oleh lelaki bukan mahram maka kte akan masok nerake 60tahun akhirat.1 tahun bersamaan 1000tahun(rujuk as-sajda) atau 500tahun(rujuk Ma’arij) dunia,”nasihat seorang akak naqibah kepada mad’unya.Hakikatnya,dalam nasihat itu juga ada 2 kecuaian kecil.
Yang pertama,akak naqibah itu menekankan bahawa rambut sahaja adalah aurat dan yang kedua,’dilihat oleh lelaki bukan mahram’,padahal aurat wanita muslim tidak boleh didedahkan kepada wanita bukan muslim.
Takpe,takpe,jangan dot kalot lagi,kali ni kita bincang satu-satu bab aurat ni.Kita akan ikut pendapat imam Syafi’e disebabkan Malaysia pengamal mazhab syafi’e.
Aurat Muslimah - Muslimin + Non-Muslim( Boy + Gal)
“Ala ilek ar,biar la free hair asal hati baik”-cik mbong(bukan nama sebenar)
“yang pakai tudung labuh pun kene tangkap khalwat,so same ar ngan aku yang free hair ni”-mek mah(bukan nama sebenar)
“takpe ar aku buka lengan,aku pakai tudung pe!”-kiah(bukan nama sebenar)
Jawapan-jawapan yang biase kite dengar apabila kita tanye, “y dont u wear hijab?(tulis omputih skit)”Sebelum kite jawab lu jawapan2 daripada adik-adik ni,mari kita teliti.Bahagian manakah aurat bagi wanita sebenarnya.Adakah rambut sahaja?Leher?Dada? atau… =P
Firman Allah dalam surah An-Noor,31:
Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.
Sabda Nabi kepada Asma’ Ibnu Abu Bakr:
Wahai Asma’!Sesungguhnya seorang gadis yang berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (BUKHARI MUSLIM)
Sudah jelas bahawa selain daripada muka dan pergelangan tangan adalah aurat bagi wanita,inilah hadis yang dipakai Imam Syafi’e dalam menetapkan aurat bagi wanita untuk lelaki muslim,lelaki-perempuan non-muslim.Maksud ‘melabuhkan tudung hingga ke dada’ dalam ayat 31 surah An-Noor bukanlah mewajibkan semua wanita memakai tudung labuh tetapi ayat itu memberi maksud bahawa wanita harus menutup rambutnya dan juga dadanya daripada terzahir@ternampak.Tak kisahlah anda ingin memakai tudung ke,topi ke,skaf ke atau serban,asalkan bahagian rambut dan dada anda tertutup.Kenapa ya Islam menekankan penutupan rambut dan juga dada? kerana situlah tempat intaian pertama kaum Adam!
Hadis di atas juga memberi maksud kepada kita,pemakaian purdah bukanlah wajib disebabkan Rasulullah sendiri mengatakan semua takley terdedah kecuali muka dan tapak tangan.Pendapat majoriti ulama’(jumhur ulama’) seperti Syeikh Nasirudin Al-Bani dan Prof.Yusof Qardawi menyatakan pemakaian purdah@niqab ini bukanlah wajib.Antara hujah mereka, aurat wanita di dalam solat dan di luar solat adalah sama manakala alasan bagi ulama’ yang mengatakan purdah adalah wajib berdasarkan pendekatan ‘mencegah lebih baik dari merawat.”Namun begitu,para ulama’ memberi keutamaan untuk wanita memakai purdah@ menutup muka mereka.
Rasulullah mengeluarkan hadis di atas disebabkan Asma’ datang berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan memakai pakaian yang nipis,yang menzahirkan bentuk badannya.Menerusi asbabul@sebab hadis ini,kita dapati bahawa pemakaian pakaian yang ketat atau lut cahaya ditegah oleh Islam.Islam tidak mengharamkan perempuan memakai seluar,bahkan kalau diteliti siapakah pencipta seluar,maka kita akan dapati bahawa pencipta seluar pertama di dunia ialah Nabi Allah,Ibrahim.Apa yang Islam haramkan ialah pemakaian pakaian yang ketat,yang membentuk tubuh badan wanita tersebut.Muslimah perlu diingatkan bahawa pandangan lelaki adalah pandangan TRANSPARENT!Kaum lelaki tidak memerlukan sinar X untuk melihat sesuatu yang tersembunyi,cukup dengan merenung dari jauh!
Menjawab kepada persoalan adik-adik tadi,saya bagi satu analogi:
saya masak mee goreng.saya letak udang,ayam dan daging.lepastu saya masokkan pewarna coklat pekat ke dalam mee dan saya pekatkan mee itu supaya nampak seperti najis.Still nak makan?Takpe luaran je nampak cam tahi,dalam tu ade udang,ayam dan daging.Sedap tu!


Kita gunakan hukum alam,judge a book by it cover!Memang kadang-kadang ada yang menutup aurat tapi melakukan maksiat tapi dia sudah berusaha untuk memenuhi syariat Islam.Mungkin solat dia tidak kusyu menyebabkan dia melakukan maksiat,atau apa-apa alasan lain.Udah,jangan tuding jari ke arah oram lain,kite lihat diri kita,muhasabah sendiri,analisa sendiri.Adakah kita sudah mengikut acuan Islam atau kita telah mengacu Islam ikut kehendak kita?
Aurat Muslim - Musliminah + Non-Muslim( Boy + Gal)
Ali seorang pemain bola yang profesional.Setiap kali dia sepak bola,dia akan masuk ke neraka!Aik,kerana apa?Kerana dia tidak menutup aurat.Semua orang sudah tahu bahawa aurat lelaki adalah dari lutut ke pusat dan ade golongan yang main-main,diorang kata aurat lelaki adalah lutut DAN pusat.Tak kisahlah dia nak main-main atau apa,tapi tu pon diorang masih pakai seluar pendek,dedah lutut!Pekehe ni Yop?!Tadi kate aurat laki pusat DAN lutut tapi lutut x tutup pom?Astaga,Allah da bagi hukum kite main-main,hukum yang main-main pom tak ikut.Ape nak jadi ni?
Bucah turun ke utiliti untuk belajar lillahita’ala dengan memakai wax di kepala,misai yang baru dicukur dan memakai seluar pendek.Niat tu da baik da,belajar kerana Allah tapi pakai seluar pendek,dedah aurat.Ni satu lagi masalah kita,kita nak g ke Jepun tapi beli tiket beca padahal oram da berkali-kali kata,nak ke jepun beli tiket flight,bli tiket flight,kite degil ugak,nak jugak naik beca.Takpe,terpulang.Betul,sampai juga kat jepun tu,tapi tengoklah betapa tersiksanya kita duduk di atas beca tu menahan panas dan basah,kene BASUH DULU!Ya,sebelum masuk syurga Allah,Allah basuh dulu kita dalam neraka Die,bagi bersih betul-betul.Punyela senang nak tutup aurat lelaki,bukan kene pakai tudung labuh ke ape ke,just pakai seluar labuh sikit dari lutut n pakai singlet biase,da,tu pom da cukup tapi ‘babil’ gak,nak juga buka.
Pikirlah sendiri,nak tutup ke tak.Terpulang atas kita untuk masuk direct ke syurga Allah atau kite nak kene basuh dulu.Nabi da tunjuk macamana nak idup atas muka bumi ni dengan cara yang paling baik,atas kita nak ikut ke tak. Tak perlu toleh ke Cik Mbong,Bowyang atau Mek Piah,kita tengok diri sendiri.Adakah kita benar-benar buat apa yang Islam suruh.Artikel ni bukanlah tuju kepada sesiapa,tetapi untuk diri sendiri.Untuk diri sendiri meng’kairyou’kan diri sendiri.Apa-apa kesalahan arap dimaafkan,Wallahua’lanm.

Benarkah BATU TERAPUNG dalam israk mikraj di Palestin

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..(maaf sahabat ana terlewat untuk mendapat khabar yg benar ini harap masih utuh dlm jiwa kita peristiwa agung isra' mikraj insyaAllah yg jatuh pada tahun ke 11 Kerasulan Nabi Muhammad SAW)


Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet.


Gambar PALSU 1Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )


Gambar PALSU 2
Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?


Gambar PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?



Gambar PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?



Gambar PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..




Jadi.. Mana yang ASLInya..?


___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj




Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj



Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.


SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD



JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:



Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.



Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi



Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud):

“Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.



“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”



“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”



“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”



Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.



Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.




Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung





Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.


Keadaan Berubah


Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.




Kegerunan Hati Manusia


Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.



Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..
[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..? Sila ke;
http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/
Syukran.. **petikan dri blog al fadhil ustaz zamri zainuldinre

Janji Dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan)."Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi."Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi."Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Pesanan Buat Wanita Islam

Kecantikan dan Airmata Seorang Wanita
"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikín seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Monday, August 3, 2009

Sahabat..Anugerah ukhwah Rabbul Izzati


Buat semua sahabatku dikasihi fillah.
Semoga ukhwah yang kita jalinkan berpanjangan dan kekal duniawi dan ukhrawi
Hargailah persahabatan
insyaAllah :)