Monday, August 10, 2009

Antara Gereja dan Masjid



Tyme2 borink ritu,aq bukak chanel 441,tengok crite ’short circuit 2′.Crite ni mengisahkan tentang sbuah robot yang perfect,robot ni mampu berfikir, mempunyai perasaan,ala cam manusia la,tapi die robot.Namun demikian, pencipta robot ni telah haramkan dia keluar daripada tempat dan penciptanya juga menipu dengan mengatakan bahawa mereka berada di satu tempat yang tiada orang,bukan bandar.Tetapi,nak dijadikan cerita,robot tu keluar daripada tempat itu dan dia mendapati dia berada di sebuah bandar. Maka bermulalah cerita apabila robot itu mengalami konflik dalaman.Dia mencari jawapan mengenai satu perasaan yang dinamakan ‘kesunyian’.Dlm usaha mencari jawapan,dia terjumpa satu bangunan yang di luar bangunan itu tertulis, “answers for all your questions”.



Ayat-ayat sebegitu dapat dilihat di pintu masuk gereja-gereja serata dunia. Ayat yang dicari-cari oleh manusia yang sedang mencari jawapan. Manusia yang keseorangan,terkapai-kapai dalam mencari jawapan lalu terjumpa ayat itu,nah,bertambahlah lagi pengikut agama kristian.Pintu gereja sentiasa terbuka buat semua manusia,penganut kristian mahupun yang beragama lain.Senyuman manis dihulurkan dengan penuh santun,tanda menerima kehadiran tetamu.Indah sungguh institusi ini,sesiapa yang terjumpa pasti akan jatuh ke tangannya.Namun,bagaimana pula dengan masjid,rumah Allah?

Pak bilal membetulkan mic tanda ingin melaungkan iqamah.Tatkala menarik nafas bagi membaca iqamah dalam satu nafas,pak bilal terdengar ada orang di belakangnya sedang berbicara dalam bahasa cina,sayup-sayup.Lalu pak tua ini menoleh ke belakang,dilihatnya 2 orang cina sedang berbual jauh daripada jemaah yang sedang membetulkan saf.Pak tua ini masih belum dapat memastikan siapakah gerangan 2 orang ini,lalu dia mengambil kaca matanya daripada kocek bajunya.Makmun lain memerhatikan gelagak pak bilal dengan penuh tanda tanya.Alangkah terkejutnya pak bilal apabila dia mendapati kedua-dua orang cina ini memakai rantai bertanda salib di tengkak mereka.Tanpa menghiraukan jemaah yang menanti suaranya berkumandang,pak bilal melangkah kaki ke belakang lalu menghalau sang kafir itu keluar daripada masjid.Malang sungguh institusi ini.

Aq ‘mengenal’ kristian since aq form 3 selepas menonton video debat Ahmad Deedat.Dari situ timbul perasaan ingin tahu dalam diri ku,apakah ada kesamaan antara agama lain dengan Islam.Lalu aq mencari,memerhati dan mengkaji agama lain dan aq cukup terpukau apabila mengkaji balik bagaimana institusi gereja itu bergerak.Agak memeranjatkan aq apabila aq mendapat apa yang aq belajar semasa form 1 dalam usrah tentang institusi masjid di zaman Rasulullah,diterjemahkan oleh paderi-paderi secara mutlak.

Melalui cerita di atas dapat kita fahami bahawa gereja menerima sesiapa sahaja tanpa mengenal agama.Hakikatnya,Islam pun begitu.Institusi masjid yang ditunjukkan oleh pak bilal itu sebenarnya bercanggah dengan Islam sama sekali.Mungkin pak bilal itu lupa akan masjid itu rumah Allah dan bukan rumahnya.Di zaman Rasulullah,tawanan-tawanan perang yang tidak ingin memeluk Islam diikat di belakang masjid untuk memerhatikan kehidupan orang Islam yang sebenar.Dengan harapan,hati mereka lebih cenderung untuk memeluk Islam.

Satu kisah lain, Rasululllah membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristian dari Najran dalam masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah bersabda kpd Sahabat, “Biarkan mereka utk menunaikan sembahyang.”

Jelas kepada kita,masjid bukanlah satu bangunan untuk dikunci dengan mangga sebesar buah epal tetapi merupakan satu bangunan untuk semua manusia berkumpul,berbincang dan bermunajat.Kegagalan kita dalam menterjemahkan institusi masjid Rasulullah,perlu diinsafi.
“pihak gereja pergi rumah ke rumah di pedalaman sabah dan sarawak, menyogok penduduk dengan bantuan,”beritahu seorang rakan.

Aq dengan sukacitanya ingin membetulkan satu perkataan daripada ayat yang diucapkan oleh rakan kita ini,iaitu perkataan ‘menyogok’ dengan ‘menghulurkan bantuan’.Ketahuilah dengan memberi bantuan kepada golongan susah juga merupakan salah satu kaedah dakwah,ini bukan sogokan.Apa yang dilakukan oleh pihak gereja,sama sekali tidak menentang konsep dakwah.Percayalah,Islam juga menyuruh kita membantu golongan miskin.Golongan inilah yang berada di antara syurga dan neraka.Selangkah ke kanan,maka syurga tapi selangkah ke kiri, maka neraka lah.
“Kalo mereka masok Islam,merak masuk sebab duit,makanan,so mereka tidak ikhlas,”jawab seorang rakan.
Perlu kita ingat,hidayah Allah datang dengan banyak cara.Tidak kisahlah dia masuk Islam sebab makananan ke,minuman ke,duit ke,kalo die masuk Islam,bermakna Allah telah memberinya hidayah untuk dia masuk Islam. Pernah diterangkan dalam satu post yang lalu,‘hidayah permata yang dicari’Ketika peristiwa al-kubra,fathul Makkah,ada yang masuk Islam sebab Allah, ada sebab Rasulullah dan ada yang disebabkan ingin dirinya selamat. Berbalik bab tolong orang yang susah.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 273:
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

Melalui ayat ini kita dapat faham bahawa Islam menyuruh umatnya yang kaya menginfakkan harta mereka kepada orang miskin sehingga orang luar yang melihat tidak menyangka orang miskin itu miskin.Lihatlah betapa indahnya Islam.Tapi,ini pun banyak diterjemahkan oleh ramai paderi,bukan tok imam dan pak bilal.Adoyai…Sedeynye…

Teringat aq zaman kecik-kecik dulu.Tengah aq borak2 n bergumbira bersama kawan sekampung tyme tok khatib tengah baca khutbah,bangun seorang pakcik dengan muka yang agak bengis.

“Wei budok2,jange bising gak…Tok ime tengoh baco khutboh sek mung dot wat bising,aku rote(rotan) sekor2 khe..”marah pakcik yang bengis itu.

Secare jujurnya,hati aq dan kawan2 ku terasa.Kawanku secara perlahan-lahan menyuarakan isi hatinya padaku.

“pok cik ni bengong ar..dio oyak kotre jange bising tapi dio sdiri bising..mace ****…kalu pokcik ni ado lagi minggu depe,aq malah doh maghi masjid ni,”keluh seorang insan kecil.

Ada satu lagi kisah,ni tyme aq da besar sikit.Di masjid yang sama cume aq suda sdikit matang.Imam mengarahkan para makmun merapatkan saf dan memenuhkan saf hadapan.Di hadapanku ada satu saf kosong dan ditepiku ada la seorang brother ni.Nampak cam alim la.Aq pom bagi isyarat tangan supaya dia memenuhkan saf hadapan ku tapi..
“mung buto ko,budok tepi tu,”marahnya kepada ku dan aq yakin kanak-kanak di hadapan itu juga mendengarnya dek kerana dia memandangku semasa aq maju memenuhi saf kosong itu.Memang aq x kusyuk la solat jumaat ritu.

Memang benar,membuat bising semasa khatib membaca khutbah merupakan satu kesalahan namun cara atau pendekatan yang digunakan oleh pak cik itu sememangnya salah.Pendekatan yang digunakan oleh pakcik itu akan menyebabkan kanak-kanak hilang minat untuk ke masjid. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Nak anak jadi anak surau maka didiklah dari kecil.Tapi kalao mase kecik budak tu da kene maki,kene marah,nak ke dia jadi tetamu tetap rumah Allah?
Kes satu lagi,kate-kate abang tu sememangnya menggiris hati si budak kecil. Apa salah budak kecil itu sehingga abang tu xnak solat di tepinya.
“jijik sangat ke aq?hina sangat ke aq?”persoalan2 yang mungkin dikeluarkan oleh si budak kecil yang tidak berdosa.

Pernah anda ke gereja?Pernah anda tahu macamana gereja menangani masalah2 kecil ini?Budak2 kecil membuat bising,diberinya coklat supaya budak itu diam.Budak2 kecil melompat2,dihantarnya sister2 yang lawa supaya budak2 itu terduduk.Pendekatan yang digunakan sememangnya menarik hati sesiapapun.Sekali lagi mereka telah menterjemahkan institusi masjid Rasulullah.

Hadirin hadirat..lupe lak,aq x bg pidato..( ^^)


Masjid kita tidak akan penuh,masjid kita akan terus dalam kekosongan jika kita tidak berubah.Usah ditudingkan ke arah pak bilal,pakcik bengis, tudinglah jari pada diri sendiri.Apa yang telah anda lakukan supaya masjid pada hari ini sama dengan masjid pada zaman Rasulullah?Muhasabahlah diri anda.Berapa kerap anda solat berjemaah di masjid?Berapa kerap anda berdiskusi di masjid?Berapa lama anda membaca di masjid?Yang menulis ini juga sama,jadi marilah sama-sama kita berpesan-pesan,supaya apa? Supaya kita tidak menjadi orang yang rugi.

0 comments:

Post a Comment