Wednesday, May 19, 2010

kisah humaira siri 2 (sambungan)


“Kenapa tak jawab telefon tu?” Soal Alice lagi.


“Malas,” Jawab Humaira ringkas.


“Pelik,” terpacul perkataan itu dari mulut Alice.


Humaira memandang ke arah wajah Alice. Lalu menyoalnya, “Apa yang pelik?”


Alice mendiamkan diri. “Heh, tak ada apa-apalah Ira. Eh Ira, petang ni Ira bawaklah Alice jalan-jalan keliling kampung ni.”


“Boleh je, apa salahnya.”


“Eh, Alice dekat UK ambil course apa ya?”


“Alah Ira ni, takkan itu pun tak tahu.”


“Ira lupalah.”


“Alice belajar Comparative Religion di sana.”


“Wah, menarik!”


“Takdelah menarik sangat, tapi bestlah jugak. Hah Ira, Alice ada beberapa soalan ni, tentang agama Islam. Ira kena jawab soalan Alice ni.”


“Kalau Ira tak nak jawab?” Ira menyal sambil tersengih.


“Ooo kalau Ira tak nak jawab, malam ni jugak Alice balik KL.”


“Ala merajuklah pulak dia. Hah apa soalannya?”


“Isy, kot ye pun sabarlah dulu. Tu kain sembahyang Ira tu. Tak lipat lagi. Nanti nampak mak Ira, mesti kena marah.”


Humaira terus mengemas sejadah yang digunakan untuk bersolat Zohor tadi. Ibunya, makcik Limah seorang yang pengemas. Pantang kalau dilihatnya barang-barang yang bersepah-sepah. Silap hari bulan boleh kena leter sampai ke malam kalau ada yang tak kemas.


“Hah, Ira dah kemas ni. Apa soalan Alice tu?”


“Ok, hari tu dalam kelas, ada pensyarah Alice cakap Islam ni suka sangat rendah-rendahkan hak wanita. Lepas tu dia bagi contoh tentang harta pusaka. Dia kata anak lelaki akan dapat lebih dari anak perempuan. Betulke Ira macam tu, atau pensyarah tu yang tipu sebenarnya.”


“Oo betullah apa yang pensyarah Alice cakapkan itu.”


“Isy, Ira macam tak rasa apa-apa pun. Takkan Ira tak rasa yang Islam ni tak adil kat perempuan. Kenapa tak bagi sama rata sahaja. Isy tak adil betul.”


Humaira terdiam. Dia seolah memikirkan sesuatu. Dia sedang mencari jawapan kepada soalan Alice itu. Bukan mudah, silap jawab akan menambahkan kekusutan dan salah faham. Silap jawab, takut-takut mengubah hukum Allah pula. Alice merenung wajah Humaira. Perasaan menyesal timbul di hatinya. Kenapa perlu dia timbulkan soalan yang merencatkan kegembiraan pertemuan mereka ini.


“Ira, Alice minta maaf kalau soalan tadi buat Ira kecik hati. Alice tak ada niat apa-apapun.”


“Eh, ok je. Takde marah pun. Hah pasal soalan Alice tu. Memang betulpun. Tapi, ketidakadilan tu terjadi sebab kesilapan manusia, bukan sebab undang-undang harta pusaka yang ada di dalam al-Quran tu.”


“Apa maksud Ira?”


“Okey, macam ni. Memang menurut Islam lelaki dapat hak lebih dalam harta pusaka. Tetapi Islam bukan hanya bagi harta yang lebih, bahkan Islam letakkan tanggungjawab yang lebih kepada anak lelaki.”


“Contohnya?” Alice menyoal lagi.


“Hah tu yang Alice kena faham. Dalam Islam lelaki yang bertanggungjawab sara keluarga. Anak lelaki yang wajib bagi nafkah dari segi wang, harta kepada ibu bapa bila mereka dah tua. Lagipun, kalau ada kakak atau adik perempuan yang belum berkahwin, mereka semua bawah tanggungjawab anak lelaki tadi. Hatta kalau kakak atau adik perempuan tu dah umur 25 tahun, anak dara lagi, belum kahwin dan dia tak nak pulak kerja. Maka wajib si anak lelaki tadi sara hidup saudara perempuan dia tu. Sebab dalam Islam bukan jadi kewajipan pada perempuan untuk cari harta dan duit. Tu kerja lelaki,” Humaira menerangkan dengan panjang lebar.


Alice kelihatan sedikit terlopong. Humaira hanya tergelak sahaja melihat reaksi Alice itu.


“Bukan tu sahaja, lelaki juga kena tanggung anak-anak dia, isteri dia lagi. Walaupun seorang isteri tu kaya atau berkerja. Si suami tetap wajib tanggung perbelanjaan seharian mereka. Walaupun si suami bergaji kecil dan si isteri dia ni ahli korporat yang gaji berpuluh ribu.”


“Ooo, macam tu rupanya.”


“Jadi, masalah yang timbul sekarang bukan pada undang-undang yang Islam ajar. Masalah dia ada pada sebahagian orang Islam. Bila sampai part harta pusaka, semua dok bising nak bahagi ikut undang-undang Islam, tapi bila sampai kepada tanggungjawab kepada keluarga, semua lepas tangan. Tu yang menyebabkan jadi tak adil, dan perempuan rasa ditindas.”


“Kalau begitu, yang patut kita salahkan orang Islam lah, bukan agama Islam. Betul tak Ira?”


“Hah betullah tu.”


“Tak ada ke undang-undang yang boleh pastikan waris-waris harta pusaka tu jalankan tanggungjawab masing-masing?” soal Alice lagi.


“Entah, Ira pun tak pastilah Alice. Ira ni bukan pandai sangat bab-bab ni.”


“Isy, Ira pandai apa. Dah kuranglah sikit soalan Alice pasal Islam lepas Ira jawab tadi. Nanti balik UK, bolehlah Alice cakap macam Ira jawab tadi kat pensyarah Alice. Hehhe.”


“Hah kata tadi ada banyak soalan? Ni baru satu je.”


“Memang banyak pun, takpelah, nanti-nantilah, lagipun Alice nak duduk sini bukan sehari je. Banyak masa lagi.”


“Hah, Ira jangan lupa ye. Petang ni bawak Alice jalan-jalan kat kampung ni.”


“Iye, Ira tak lupanya.”


“Ok, Alice ngantuklah, Alice tidur kejap ye. Nanti bila dah nak petang, Ira kejutlah Alice ye.”


“Ok,” jawab Humaira pendek.


*****


Kedengaran azan Asar berkumandang. Humaira segera mengejutkan Alice. Lagipun selepas Asar nanti dia mahu membawa Alice melihat orang kampungnya yang akan menyembelih dua ekor kambing untuk dijadikan korban.


“Alice, Alice bangun. Dah petang ni.”


“Isy Ira ni, kacau betullah. Tak puas tidur lagilah. Penat perjalanan dari UK tak hilang lagi.”


“Heh jangan ngada-ngada. Tadi kata nak jalan-jalan kat kampung ni. Mana tahu ada mamat kampung ni terpikat kat Alice ke,” seloroh Humaira.


“Huih, apalak diaorang terpikat kat Alice, diaorang jatuh hati kat Ira le. Bukan senang nak jumpa ninja perempuan kat kampung ni,” jawab Alice sambil ketawa.


“Dahlah tu, pergi mandi. Lepas Ira selesai solat Asar ni kita keluar.”


****


Usai solat Asar. Humaira dan Alice pun bergerak keluar. Tiba-tiba Alice memanggil Humaira.


“Ira, kamu lupa satu benda lah?”


“Apa dia?”


“Ni, takkan kamu nak bagi lelaki tengok pipi kamu yang gebu itu,” jawab Alice sambil tangannya melambai-lambai dengan niqab berwarna merah jambu itu.


“Hah, Ya Allah, terlupa pulak aku nak pakai niqab ni,” bisik Humairah ke dalam hatinya.


“Hai Ira, macam mana boleh lupa ni. Ingat kat siapa tu? Heheh.”


“Alah dah terlupa nak buat macam mana. Lagipun Ira baru je mula pakai niqab, so kadang-kadang terlupalah. Kan Tun Dr Mahathir pernah cakap Melayu muda lupa. Heheh.”


“Loyar buruk pulak budak ni,” jawab Alice.


“Jom Alice, Ira nak tunjuk satu benda best.”


“Apa benda yang best sangat tu?”


“Alah ikut jele.”


Mereka berdua segera turun dari rumah. Humaira membawa Alice menaiki basikal LeRun nya. Alice duduk membonceng di belakang.


“Isy, Ira slow-slow lah sikit. Kang terjatuh dalam sungai ni pulak,” rungut Alice ketika basikal mereka melalui sebatang jambatan kayu yang merentasi sebatang anak sungai.


“Hahaha, Alice ni penakut lah jugak. Ingatkan dah biasa naik kapal terbang dah tak takut dah.”


Humaira terus memecut basikal LeRun nya sambil Alice memeluk erat rakannya, takut-takut terjatuh dari basikal. Sesekali pemuda-pemuda kampung yang sedang duduk-duduk di kedai kopi, bersiul dan mengusik-ngusik mereka. Mungkin terpegun dengan wajah Alice. Masakan tidak. Di sekolah dulu, Alice digelar sebagai Princess. Menjadi kegilaan ramai. Hatta pelajar-pelajar Melayu dan India pun ramai yang tertarik dengan keayuan wajahnya.


“Hah! Alice, kan aku dah kata ramai budak kampung ni nak ngorat kamu Alice.”


“Huh, tak ingin aku,” jawab Alice.


Humaira hanya tergelak kecil. Akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Kelihatan ramai orang lelaki di situ. Kelihatan juga wanita-wanita kampung yang berusia. Mereka semua seolah-olah sedang mengerumuni sesuatu.


“Isy, tempat apa ni Ira. Apa yang menarik kat sini?”


“Hah! Alice, kamu pernah dengar tak tentang ibadah korban?”


“Pernah jugak, yang Alice tau nanti orang Islam akan sembelih lembu, kambing, ayam.”


Humaira tergelak. “Isy, mana ada orang sembelih korban guna ayam. Lembu dengan kambing adalah.”


“Hehe Alice main teka je. Manalah saya tahu.”


“Hah dah jom kita pergi tengok orang tu sembelih kambing.”


“Jom,” jawab Alice.


“Tengok tu, pakcik tu tengah siap sedia nak sembelih kambingle tu.”


“Eh mana kambingnya?”


“Tu, dalam kandang tu,” jawab Humaira sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kandang kambing. Kelihatan seekor sahaja kambing yang belum disembelih.


“Isy, kenapa tak bawak je kesemua kambing tu keluar. Kan senang, tak payah ulang alik nak ambik kambing tu dari kandang,” kata Alice.


“Hah, tu yang Alice kena tau. Islam ajar, kalau nak sembelih binatang, kita jangan takut-takutkan binatang-binatang tu. Janganlah pergi asah pisau depan haiwan yang nak disembelih. Apatah lagi nak biar haiwan-haiwan tu tengok kawan-kawan diorang kena sembelih. Cuba Alice bayangkan kalau Alice tengk Ira kena sembelih macam kat Iraq tu,” terang Humaira.


“Isy, adake sampai cakap macam tu. Betul gakkan. Mesti takut kambing-kambing tu kalau tengok kawan-kawan dia kena sembelih.”


“Dulu waktu zaman Nabi, ada seorang lelaki Islam pergi asah pisau depan binatang yang nak disembelih. Ira lupalak apa binatang tu kambing atau unta. Lepas tu Nabi Muhammad nampak. Nabi cakap kat lelaki tu, kau nak bunuh binatang ni dua kali ke.”


“Oo macam tu.”


“Isy dahlah. Jom tengok, kambing tu pun dah dibawak ke tempat sembelih. Kejap lagi kambing tu nak kena sembelihlah. Jom tengok.”


Bebarapa pemuda kampung itu sedang menumbangkan kambir biri-biri itu. Kepalanya diletakkan di atas satu tempat yang sudah digali lubang. Mungkin supaya darah kambing itu tak bersepah-sepah hingga mengotori kawasan sekitar. Seorang lelaki dalam lingkungan 60an mengeluarkan sebilah pisau yang kelihatan sedikit panjang daripada biasa. Mata pisaunya amat tajam. Mata kambing itu ditutup dengan kain. Mungkin bagi mengelakkan ia ketakutan melihat orang-orang disekelilingnya.


“Bismillah Allahuakbar,” pakcik yang memegang pisau itu memulakan upacara penyembelihan. Pisau yang tajam itu terus diletakkan dileher kambing. Ia ditekan dengan lembut tapi dilakukan dengan agak pantas. Mungkin bagi mengurangkan kesakitan kambing itu. Darah merah memancut keluar.


“Iii, kasianlah kambing tu.”


“Kenapa Alice?”


“Yelah, tak sampai hati Alice tengok dia kena sembelih.”


“Heh Alice, dah nama pun binatang. Kalau tak sembelih macam mana nak makan. Takkan nak campak kambing tu hidup-hidup dalam periuk.”


“Hehe. Tapi macam menariklak Alice tengok cara orang tu sembelih tadi. Macam ada rule tertentu yang kena ikut. Teratur je.”


“Mestilah Alice, cara nak masuk tandas pun Islam ajar. Takkan cara sembelih Islam tak ajar.”


Pemuda-pemuda kampung di situ segera menyiat kulit kambing yang sudah disembelih itu. Dalam masa tak sampai setengah jam, kambing itu sudah selesai dilapah. Masakan tidak, dengan tenaga kerja yang ramai. Cuma tinggal untuk dagingnya dipotong kecil-kecil sahaja supaya mudah dibahagikan kepada orang ramai.


Kelihatan seorang pemuda yang berumur di dalam lingkungan 20an. Pemuda itu sederhana tinggi, dengan rambut yang nipis seperti rekrut tentera. Cuma yang memelikkan dia jika dibandingkan dengan pemuda-pemuda lain di situ ialah rupa parasnya. Dia seakan membiarkan sahaja janggutnya yang panjang sehingga ke dada tu. Ini membuatkan wajahnya seakan lebih tua. Cuma wajahnya yang masih menunjukkan usia muda dan tubuhnya yang kecil. Sedangkan pemuda-pemuda lain jika berjanggutpun, pasti sejemput sahaja. Dia sedang memotong daging-daging kambing itu sambil memasukkannya ke dalam plastik. Kelihatan kesan-kesan tompok darah di kemeja T putihnya. Masakan tidak sudah 3 ekor kambing disembelih. Pasti ada tompok-tompok darah pada daing yang melekat pada bajunya. Selepas itu, daging-daging tersebut ditimbang. Pemuda tadi menoleh ke arah Humaira dan Alice. Dia seakan terpaku. Dia melambai kepada Alice.


“Amoi, meh sini ambil daging ni. Free ma, tak payah bayar.”


“Hah Alice, mamat tu panggi kamu ambil daging. Pergilah.”


“Isy seganlah, saya sorang je Cina kat sini.”


“Alah pergi jelah, dah dia panggil. Entah-entah dia minat kat Alice kot,” seloroh Humaira.


Alice terus pergi ke arah pemuda tersebut.


“Brother, bolehke saya ambil daging ni, saya bukan Islam le,” soal Alice.


“Ambil jele, apa salahnya, orang Islam ke, bukan Islam ke, semua boleh ambil. Ke kamu tak makan kambing?”


“Huh saya makan je apa yang boleh dimakan.”


“Hah nah ambil dua bungkus, satu untuk kamu, satu untuk kawan kamu yang pakai purdah tu.”


“O Thank you ye brother.”


“Amoi! Hah tunggu kejap!”


“Why?”


“Heh, kawan kamu yang pakai purdah tu siapa, orang kampung ni ke?”


“Oo brother minat kat dia ke, meh saya panggil dia nak tak.”


“Eh jangan! Saya nak tahu je,” segera pemuda itu memotong Alice sebelum sempat dia memanggil Humaira.


“Brother orang kampung ni kan, takkan tak tahu, dia tu anak tunggal makcik Limah yang duduk dekat hujung kampung tu.”


“Ooo,” pemuda itu seakan melopong.


“Hah okeylah brother, kawan saya dah ajak balik tu. Ok siye-siye.”


“Ok, bye,” jawab pemuda itu. Tanpa pemuda itu sedari, tukang sembelih tadi yang juga ayahnya memerhatikan sahaja dia berbual dengan Alice. Ayahnya datang ke arah dia.


“Heh, kau Mat, sempat lagi kau usha amoi tu ye?”


“Heh mana ada ayah, bagi dia daging je.”


“Haih bagi daging pun sampai 2 minit dia berdiri kat sini. Ke engkau berkenan kat dia?”


“Isy, ayah ni mengarutlah. Takkan saya nak minat amoi tu.”


“Heh apa salahnya. Hahaha,” ayah pemuda itu berkata sambil tertawa.


Humaira terus mengajak Alice untuk pulang. Jam tangan Alice menunjukkan jam 630 petang. Humaira mengayuh basikalnya perlahan-lahan.


“Hai slow pulak Ira bawak basikal. Tadi bukan main laju lagi dia.”


“Yelah, tadi Ira takut tak sempat nak bawak Alice tengok orang sembelih korban, sebab tu bawak laju-laju. Kenapa, Alice nak Ira kayuh laju-laju ke, Ira on je.”


“Heh taknak! Alice muda lagi, tak nak mati cepat, hehehe.”


“Eh Alice, tadi apa yang kamu dok borak dengan mamat jaga daging tadi? Bukan main lama lagi.”


“Heh, nape. Ira jeleske.”


“Huih, tak ingin Ira nak jeles.”


“Hehe,” Alice tertawa kecil.

Monday, May 17, 2010

Kembar pertama dalam keluarga Johari dan Aishah.

stroller pun kembar. :D
  • Datuk : Henry Pandjaitan@Johari
  • Nenek : Aishah Aki
  • Ayah : Hussin bin Palil
  • Ibu : Noriah binti Henry Pandjaitan@Johari

Salasilah keluarga Johari dan Aishah sangat luas dan berkembang. Johari berasal dari Indonesia iaitu dari tanah Toba dan berasal dari keturunan Pandjaitan. (untuk mengetahui lebih lanjut sila google 'Pandjaitan')

Aishah Aki mempunyai darah daging Pakistan dan telah berkahwin dengan Johari serta dikurniakan 7 orang cahayamata bernama seperti berikut:
  • Selamat bin Alias
  • Hiras bin Johari
  • Malik bin Johari
  • Maruli bin Johari
  • Kamaruddin bin Johari
  • Jariah binti Johari
  • Noriah binti Johari
Anak bongsu kepada pasangan Johari dan Aishah iaitu Noriah telah berkahwin dengan anak ketiga hasil perkahwinan pasangan Palil bin Taruji dan Daniah iaitu Hussin.

Mereka telah dikurniakan 4 orang cahayamata bernama seperti berikut:
  • Czafrizan bin Hussin (telah berkahwin dengan Afzan Abdillah)
  • Sharida Citra binti Hussin
  • Syazana Ayu binti Hussin
  • Syazani Aliff bin Hussin(kembar kepada Syazana Ayu binti Hussin)
Anak bongsu bagi pasangan Hussin dan Noriah merupakan pasangan kembar pertama dalam keluarga Johari dan Aishah.(baru tahu hari ini. Kakak sedara bagitahu.huhu)

Semoga salasilah keluarga ini semakin berkembang dengan lebih luas dan dikurniakan rezeki oleh Allah untuk mengurniakan lebih banyak pasangan kembar dalam keluarga Johari dan Aishah. Ameen.

p/s: Suatu hari nanti, nak anak kembar juga.



Sunday, May 16, 2010

Kenapa akak nak berniqab??

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ini adalah sekadar untuk berkongsi kisah seorang akak bernama Atiqah. Sebenarnya ana ambil kisah ini dari salah sebuah blog. Ana begitu tertarik dengan kisah ini. Sesungguhnya kisah ini betul-betul membina akhlak. insyaAllah. :)

"Boleh akak cerita, kenapa akak pakai niqab?"

Panjang akak tu bagi jawapan. Tak salah rasanya kalau nak kongsi di sini. Cuma ada yang saya edit sikit-sikit, sebab panjang sangat, dan perbualan tu pun berkisar tentang isu lain juga.


Sebab akak nak Allah..... akak selalu jumpe wanita2 yang memakai niqab, cantik…

Teringin benar nak pakai. Pertama kali akak tau tentang niqab masa akak sekolah menengah. Kakak ipar akak nak gi yaman, kat sana kena pakai niqab. Lama2 tu, akak suka tengok orang pakai niqab… nak pakai, macam tak kuat je...


Sampailah satu hari tu, akak diuji... sampai akak rasa tak dapat nak bangun muhasabah. Lama rasanya tak cuba untuk mengenali DIA.. akak banyak buat ibadat... bangun tahajud...


Sehingga akak rasa akak teringin sangat nak jumpa DIA, macam mana caranya…Entah macam mana, akak jumpa satu hadis... “Di tengah-tengah padang mahsyar, semua hamba2NYA akan berusaha untuk bertemu dengan Allah, tetapi Allah akan mencari wanita-wanita yang istiqamah memakai niqab...” Hiba akak rasa, dik... "Aku nak Allah"...


Akak berusaha untuk ke arah itu… mula-mula memang payah, dik. Tapi akak cuba untuk istiqamah. Bila dah pakai, baru akak tau kenapa keistimewaan itu diberikan pada wanita berniqab... Bukan senang, dik. Sebab ini pakaian isteri nabi. Kalau kita cintakan nabi, seharusnya kita mempertahankan pakaian ini, menerangkan, dan cuba untuk menjadikan orang-orang sekeliling untuk cinta dengan pemakaian ini...


Masa belajar pondok dulu pun, ustaz rahim ada bagitau kami, niqab ni pakaian isteri nabi. Memang tak wajib, sebab muka bukan aurat, tapi ustaz sendiri sangat galakkan untuk pakai. Cuma, kena la faham betul-betul.


Bagi akak, bila kita dah berkeputusan untuk memakai niqab, kita juga kena terdidik dengan pemakaian ini. Satu lagi perangai akak, akak tak suka lelaki tenung akak. Kalau akak sedar mesti akak akan menyorok. Akak ni pemalu sikit.. Tapi bila kita pakai kan, banyak manfaatnya sebenarnya. Kita akan cuba untuk jaga akhlak. Tu pasal akak kata, kita jangan pakai sebab rasa nak pakai sahaja. Kalau itu sahaja, apa yang kita buat sebelum kita pakai pun, kita akan masih juga buat.


Akak ada juga dengar perempuan berniqab yang keluar dengan lelaki, makan dgn lelaki... Semua tu menjadi fitnah, dik. Tu lah yang akak kata, bahayanya kalau kita sendiri masih belum faham. Bukan sorang tu je yang akan kena, keseluruhannya. Dan cuba tengok, secara tak langsung kita tak jaga kemuliaan nabi kita, pakaian ini pakaian isteri nabi. Wanita berniqab ni lah, lagi2lah kena jaga supaya tak mendatangkan banyak perkara yang tak manis. Berat, dik... Tu sebab bukan semua mampu nak pakai.


Betullah, bila dah berpakaian dengan pakaian Islam, kena ikut syariat dan akhlak Islam. Tapi bukan semua orang mampu untuk praktikkan semua, sebab tu maksiat masih berleluasa walaupun orang tu bertudung. Jubah, kopiah, dan tudung labuh pun bukan petanda iman yang kukuh. Dan sesiapa pun tak boleh nak mengukur tahap iman seseorang melainkan Allah. Jangan menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata. Cuma kita perlu sentiasa husnuzzon sesama manusia.

Ada seorang sahabat pernah tanya,

"Macam mana ye...kalau kita rasa tak layak dengan penampilan kita sekarang... Maksudnya, kita ni takdela baik mana pun, tapi bila pakai tudung labuh orang tengok kita ni baik, tapi akhlak tak sesuai dengan penampilan, dengan apa yang kita pakai..."


Setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi saya mudah je. Kalau nak tunggu layak, tunggu diri sempurna, sampai bila? Kalau dah pakai macam tu, secara tak langsung tentu kita ada keinginan dan usaha untuk jadi lebih baik, kan? Takpelah kalau kita memang dah pakai macam tu, just be yourself, tak payah nak hipokrit. Cuma pandai-pandailah sesuaikan diri, dan ubah apa yang tak baik tu. Jangan fikir nak puaskan hati orang je, tapi fikir pandangan Allah terhadap kita.



Sahabat nabi yang dijamin syurga pun, sebelum memeluk Islam sembah berhala, tanam anak perempuan hidup-hidup, menentang dakwah nabi, dan sebagainya. Tapi hidayah itu milik Allah. Tiada yang mustahil bagi Allah bila Dia dah tetapkan sesuatu, tiada siapa yang mampu mengubahnya. Hidayah itu pun perlu dicari, bukan hanya dinanti.


p/s: Semoga dengan usahaku ini, aku dapat mengenaliMu Ya Allah. Kau bukakanlah jalan untukku mengenaliMu Ya Allah. Kau berikan kekuatan kepadaku untuk istiqamah membawa jihad besar ini Ya Allah. Bangunkan aku saat aku lemah. Sedarkan aku saat aku alpa. Tunjukkan aku saat aku salah. Ameen.

Saturday, May 15, 2010

Jawapan bagi mereka yang berpurdah.

salam... give_rose.gif

saya terpanggil untuk menjawab 'pertanyaan demi pertanyaan' dan juga 'andaian demi andaian' dari saudari masmerah (waima ianya melalui forummer yg lain) terhadap saya. .

saya berpurdah?
ya, benar.

bagaimana saya makan?
saya makan seperti orang lain, saya makan dengan menggunakan kedua belah tangan saya, dan makanan itu melalui mulut saya untuk dikunyah dan ditelan.

adakah saya membuka purdah saya ketika makan?
ya, dengan senang hatinya saya membuka purdah saya. jika ditempat awam (kedai makan), saya akan makan dengan selesa, buka purdah dan jika nasib saya baik, saya akan dapat tempat yg agak terlindung. namun, itu juga bukan satu kemestian. oh, ya! saya juga membuka purdah waima ditempat umum itu ada yg bukan mahram saya, jika ada keperluan. saya masih menutup aurat seperti yg diwajibkan walaupun saya membuka purdah.

adakah saya berpurdah untuk urusan lain?
ya, lebih2 lagi yg memerlukan saya berurusan dengan lelaki yg bukan muhrim. namun, untuk urusan rasmi seperti pengecaman kad pengenalan dan passport contohnya, saya masih membuka aurat yg dibenarkan iaitu muka dan tapak tangan. begitu juga jika di jabatan2 kerajaan. apabila saya berhadapan dengan mereka, saya akan membuka purdah saya dihadapan mereka. Alhamdulillah, penerimaan mereka seperti biasa sahaja. mereka tersenyum apabila saya tersenyum. i m still human ya!

adakah purdah itu menjejaskan aqidah saya?
tidak, kerana purdah itu bukan soal aqidah. walaupun saya tak nampak dimana rasionalnya pernyataan ini, namun saya percaya masmerah mungkin terkesan dengan kesesatan jemaah Al-Arqam yg difatwakan haram (saya sangat setuju jemaah itu diharamkan kerana aqidahnya yg terkeluar dari landasan Islam) yg para wanitanya memakai purdah sebagai suatu kemestian.


p/s: di ambil dari salah sebuah laman forum. saya amat menyokong jawapan saudari ini. Islam tidak menyusahkan sesuatu perkara sebaliknya memudahkan. :)

kisah humaira..

Toot! Toot! Telefon Nokia Humaira berbunyi. Satu nombor yang asing muncul di skrin telefon bimbitnya. “Isy, siapa pula yang call aku ni, pagi-pagi raya pulak tu,” monolog Humaira sendirian di dalam hati.


Assalamualaikum WBT.” Humaira memulakan bicara.


Talian terputus. Usai sahaja Humaira mengucap salam, pemanggil misteri itu terus menamatkan panggilan. Humaira terdiam seketika.


Ah, orang silap nombor agaknya,” rungut Humaira di dalam hati.


Dia segera mengenakan anak tudungnya. Dengan berbaju kurung berwarna merah jambu, dan sedikit corak-corak bunga. Itulah baju pemberian Bukhari. Saat memakai baju kurung itu, Humaira terkedu seketika, kenangan-kenangan lampau bersama Bukhari kembali menerjah kotak fikirannya.


Isy, Ira, apa yang kamu menungkan pagi-pagi raya ni. Dah siap cepat, kita nak pergi masjid dah. Ke kamu nak duduk kat rumah sahaja pagi raya ni?,” makcik Limah memanggil anak tunggalnya itu.


Humaira tersedar dari lamunannya. Suara ibunya menghilangkan kenangan-kenangan yang cuba mengingatkan dia. “Isy, mestilah nak pergi masjid. Ira tengah bersiap ni ibu.”


Humaira segera mencapai niqabnya. Niqab yang dia jahit sendiri. Inilah hari pertama dia menutup wajahnya. Malam tadi, dia meluahkan rasa hati kepada ibunya. “Ibu, Ira mahu pakai purdah,” itulah bait kata yang diluahkan Humaira kepada ibunya malam tadi seraya mereka tamat solat Isya’ berjemaah di rumah.


Ibunya terkejut. “Anakku mahu berpurdah?”


Terus Humaira menunjukkan niqab yang sudah dia selesai jahit siang itu. Si ibu terdiam. Beliau mengusap kepala Humaira. Ibunya membisikkan “Semoga engkau istiqamah wahai anakku.”


Macam mana ibu, lawa tak Ira pakai niqab ni,” Humaira berkata kepada ibunya yang sudah bersiap mahu ke masjid.


Anak ibu sentiasa cantik,” jawab makcik Limah ringkas.


Dahlah tu, jom cepat pergi masjid. Tu kat masjid dah ramai orang, nanti penuh kena solat atas tar pulak.” Gesa makcik Limah kepada anaknya.


Jom ibu.”


Kedua beranak ini berjalan ke masjid yang jaraknya hanya 300 meter sahaja dari rumah mereka. Sambil berjalan mereka bertakbir.


الله اكبر الله اكبر الله اكبر، لا اله الا الله و الله اكبر، الله اكبر و لله الحمد


Sampai di masjid, segenap ruang masjid sudah dipenuhi manusia. Laungan takbir bergema memenuhi ruang masjid.


*****


Tamat sahaja khutbah, Humaira dan ibunya berkemas untuk pulang ke rumah. Perut yang kosong sudah mula berbunyi. Maklumlah, sebelum pergi ke masjid, mereka tidak menjamah apa-apa.


Humaira memeriksa telefon bimbitnya. Tadi ketika solat raya, telefon bimbitnya bergetar. Nasib baik dia sudah men’setkan telefonnya ke ‘silent mode’. Jika tidak sudah pasti ia mengganggu jemaah-jemaah lain yang sedang khusyuk bersolat. Humaira hairan, nombor yang sama seperti pagi tadi juga yang menghubunginya.


Humaira terus berjalan pulang bersama ibunya. Sambil berjalan dia menaip mesej ke nombor yang asyik muncul di skrin telefonnya itu. “Aslm wbt. Boleh saya tahu siapa kamu?”


SMS tidak berbalas. Humaira dan ibunya terus berjalan dengan pantas. Perut mereka berdua sudah mula menari dan menyanyi. Toot, Toot! Telefon bimbit Humaira berbunyi. Nombor misteri itu muncul kembali. Tapi kali ini ia mengisi ruangan kotak mesej Humaira.


Humaira membuka mesej yang diterima. “Cuba kamu lihat di hadapan rumah kamu.”


Humaira terus melihat ke arah rumahnya. Kelihatan seorang gadis yang sedang duduk di atas tangga batu rumahnya. Seolah-olah gadis itu sedang menanti kepulangan Humaira dan ibunya. Humaira melajukan langkah beliau. Ibunya tertinggal di belakang. Mak cik Limah kehairanan dengan tingkah laku Humaira. “Sakit perut agaknya, nak pergi tandaslah tu,” bisik mak cik Limah di dalam hatinya.


Sampai di tangga rumahnya, Humaira seakan-akan tidak percaya. Hatinya berbunga-bunga. Gadis yang sedang duduk di tangga hanya melihat sahaja ke arah Humaira, seolah-olah tidak mengenali Humaira. Gadis itu bermata sepet, rambutnya perang, mungkin diwarnakan. Dengan pakaian yang ranggi, jaket yang seolah-olah sejenis sahaja dengan seluar jeans ketat yang dipakainya.


Alice!” jerit Humaira.


Si gadis terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia membuka mulutnya “Bagaimana kamu kenal saya?”


Isy, kamu dah tak kenal saya lagi ke, Ira lah. Humaira bte Mohd Syafie.”


Hah!” gadis bermata sepet terkejut. Dia seakan tidak percaya. Dia masih keliru, termanggu-manggu.


Humaira memahami gusar di hati temannya itu. Terus Humaira menyingkap kain niqabnya. “Hah, ni sayalah, Humaira, tak percaya lagi?”


Melihat sahaja wajah disebalik niqab itu, Alice terus melonjak keriangan. Dia terus memeluk Humaira. Dia seakan tidak percaya di hadapannya ini ialah Humaira, teman sekelasnya dahulu.


Isy, Alice, kenapa kamu datang tak bagitahu awal-awal. Nasib baik saya ada di rumah.”


Alah, Ira. Saya tahu, hari raya mesti kamu ada di rumah. Sebab tu saya datang.”


Humaira tergelak kecil. Dia memanggil ibunya. Mak cik Limah terkejut dengan kehadiran Alice. Dia terus memeluk Alice.


Eh, Ira, ajaklah Alice tu naik, kasian dia, datang dari jauh tu.”


Jom Alice!”


Pagi raya itu menjadi satu saat yang amat tidak disangka-sangka oleh Humaira. Alice, teman sepersekolahannya dahulu. Sudah 4 tahun tidak berjumpa. 5 tahun mereka sekelas. Duduk sebelah menyebelah. Tamat sahaja SPM, mereka terpisah. Alice mengikut ayahnya untuk tinggal di England. Tambahan pula dia melanjutkan pelajaran di sana.


Eh. Berapa lamu Alice cuti di Malaysia ini?” soal Humaira.


Kenapa, Ira tak sudike saya duduk di rumah kamu ni lama-lama.”


Eh, takdelah. Alice nak duduk setahun pun boleh.”


Alice tergelak. “Kalau saya duduk setahun, siapa mahu jaga papa saya.”


Alice menyambung lagi, “Mungkin dalam 3-4 hari Alice di sini. Papa pun ada di KL, dia ada urusan kerja sedikit.”


Ooo,” jawab Humaira pendek.


Mereka berdua terus berbual dan berbual. Sambil membelek album-album lama mereka, melihat kenangan-kenangan mereka di sekolah dahulu.


Ira, Alice tanya satu soalan boleh?” Alice bersuara perlahan.


Boleh, kenapa pula tak boleh?” Humaira menjawab.


Kenapa Ira pakai kain tutup muka kamu waktu balik dari masjid tadi.”


Humaira tersenyum, dia terdiam seketika, mungkin sedang mencari jawapan. “Kenapa, Alice tak sukakah saya pakai begitu?”


Eh, takdelah, Alice nak tahu sahaja.”


Entah, Ira selesa, Ira tak suka orang tengok wajah Ira, lebih-lebih lagi lelaki.”


Kenapa?” soal Alice.


Humaira terdiam. Dia menyambung bicara, “Ira mahu orang menyukai Ira, kerana diri Ira, bukan kerana wajah Ira.”


Ooo,” Alice seakan terpegun.


Bukhari tau pasal ni?” Alice menyoal lagi.


Dia tiada kaitan lagi dengan hidup Ira. Sudah jangan sebut nama dia lagi,” Ira menjawab dengan nada yang sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit perasaan apabila nama Bukhari disebut.


Sorry, Ira. Alice tak ada niat nak sakitkan hati Ira.”


Never mind.”


Mereka berdua terdiam. Nama Bukhari tadi seakan menganggu keseronokan yang baru sahaja mereka kecapi.


Congrats Ira,” tiba-tiba sahaja Alice memecahkan suasana yang sunyi.


Aik, kenapa pula Alice tiba-tiba ucap tahniah ni.”


Ya, tahniah kerana Ira telah menyembunyikan wajah jelita Ira dari pandangan lelaki.”


Apa maksud Alice. Kenapa perlu tahniah?”


Ira, Alice bangga dengan Ira. Ira dah tak macam dahulu. Dulu Ira sibuk nak wajah cantik, facial sana-sini, risau takut-takut lelaki tak terpikat dengan Ira. Alice suka Ira yang sekarang.”


Kenapa?” soal Ira lagi.


Iyelah. Ira dah tak macam perempuan lain. Tak perlu sibuk-sibuk nak make-up supaya boyfriend suka. Alice suka Ira macam sekarang.”


Ooo macam tu. Ira ingat Alice tak suka Ira pakai macam ni.”


Apa pulak tak suka, lawa, macam ninja perempuan,” Alice berseloroh.


Ooo, Alice ejek Ira ye, takpe, takpe,” Ira seakan merajuk.


Eleh, lawa sangatlah muka merajuk tu,” Alice berkata sambil menggeletek pinggang Humaira.


Humaira ketawa kegelian. “Eh, jomlah makan. Ira dah laparlah.”

Jom,” jawab Alice.


*****


Humaira baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Alice sedang duduk sambil memerhatikan Humaira berzikir selepas solat. Alice sedang membelek-belek niqab yang Humaira jahit sendiri itu.


Heh, kenapa Alice dok belek, nak pakai ke?”


Isy, mengarutlah Ira ni.”


Betulke Alice suka Ira tutup muka ni?” soal Humaira.


Mestilah suka. Bagi Alice Ira lah perempuan yang bebas, tak payah fikir macam mana nak puaskan mata lelaki yang dok sibuk nak tengok perempuan cantik.”


Heh, so, Alice tak sukalah ye lelaki tengok pipi Alice yang comel ni ye?” soal Humaira sambil mencubit pipi Alice.


Isy, sakitle Ira cubit. Mestilah saya tak suka. Lelaki ni tengok perempuan muka cantik sikit, mesti jadi macam singa tak makan sebulan.”


Hehe, lawaklah Alice ni. Habis tu, macam Ira ni, takde lelaki sukalah sebab Ira tutup muka,” Humaira menambah pula.


Alice terdiam. “Betul jugakkan, takdelah lelaki yang suka Ira nanti,” rungut Alice pula.


Humaira ketawa sahaja melihat telatah Alice. Tiba-tiba Alice bersuara:


Alah kalau lelaki jahat suka dok tenung muka perempuan cantik, mestilah yang suka perempuan macam Ira ni lelaki baik-baikkan. Betul tak Ira?” soal Alice.


Heh betul sangatlah tu.”


Tiba-tiba telefon Nokia Humaira berbunyi.


Siapa tu Ira?” soal Alice.


Humaira menatap nama yang terpapar di skrin telefonnya. “Huh, tak sudah-sudah mamat ni,” rungut Humaira di dalam hati.


Bukhari,” Humaira menjawab soalan Alice tadi.

feel.freshy.

Assalamualaikum w.b.t.

wahai saudara-saudaraku a.k.a dear bloggie :)


first of all i would like to say that i feel FRESH in this beautiful morn. plus i found my new blog layout eventhough it looks supersimple but i'm satisfied enough because it's PINK! :))

i'm just dropping some notes here as a kind sort of 'motivasi pagi':

  • bangun pagi gosok gigi
  • cuci muka dan mandi
  • solat subuh
  • baca al-ma'thurat
  • muhasabah diri
  • masak(klu turn hari ni)
  • buat sesuatu membuatkan rakan anda tersenyum because it will reflects to you. trust me!
  • study la. sbb pagi tu kita rasa fresh! :))

sekian terima kasih.


lots of love,
hamba Allah.


p/s: ni kira motivasi la kan? boleh la. xde idea. :'(

Monday, May 10, 2010

Milikilah sifat malu..


Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.


Malu adalah sebahagian daripada iman
. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.



Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.



Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:


“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”
(HR Bukhari)




Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.



Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.



Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”



Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”
(Shahih Muslim No.50)


Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)

Muslimin-muslimat sekalian,

Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri.


Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.

Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.

Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.

Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu.

Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu.

Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu.

Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.

Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.

Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.

Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.

Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu
.

Dan macam-macam lagi.



Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.


Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.



Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.



Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya
. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.



Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.





Tuesday, May 4, 2010

Hari ini... jiwaku tersentuh..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah sehingga hari ini kite masih dikurniakan nikmat iman dan Islam oleh Allah s.w.t.
Bagaimana dengan iman kite pada hari ini? Sesungguhnya iman itu turun naik dan terpulang kepada kita sahaja untuk menjaganya.
So, mari sama2 kita menjaga keimanan kita supaya sentiasa di tahap yang maksimum pada setiap hari dan setiap saat! :D

insyaAllah.

Wahai pembaca-pembaca blog hamba Allah yang tak seberapa dan sentiasa tidak sempurna ini,
hari ini ada satu peristiwa yang membuatkan ana tersentuh dan membuatkan ana menitiskan air mata dengan secara 'involuntary'nya.

hmm. Ada seorang hamba Allah ini yang terlalu murni jiwanya. Ana dapat rasakan keikhlasannya dalam melakukan kebaikan. Ana tahu, setiap orang ada cara tersendiri dalam melakukan kebaikan dan merebut peluang untuk mengumpul bekalan untuk ke Akhirat kelak.

Mungkin orang lain kalau berada di tempat ana rasa macam biasa je, tapi tu lah. Kalaulah ada ramai manusia yang sebegitu di bumi ini alangkah baiknya. Mungkin memang ada cuma ana je x nampak. tapi skg ni ana da nampak da.

Kadang-kadang kita melakukan sesuatu kebaikan itu kalau boleh mesti kita nak sesuatu balasan yang nampakkan? Maksudnya, sebagai contoh, kalau ada jualan makanan sambil menderma, kita selalunya mesti nak beli dan tak rasa berat la sebab kita tahu kita mesti dapat makanan tu dan sekurang-kurangnya kita kenyang walaupun kita habiskan duit kita untuk beli makanan tu.

Dan macam mana kalau kita cuba nak buat sesuatu kebaikan tapi kita tak pasti dapat balasan atau tak kat dunia ni? contohnya, kita google kat internet tentang barangan muqataah yang patut kita boikot dan kemudian print, lpas itu keluarkan duit untuk photostat dan edarkan kepada semua umat Islam. dan hasilnya itu kita tak pasti sama ada umat Islam itu akan memboikot barangan muqataah tersebut atau tak. Tapi kita usaha dan usaha tanpa mengira berapa belanja yang kita guna.

Yelah, walau sedikit pun, mungkin duit tu kita boleh belanja nak beli makanan kenyangkan perut. betul tak? kalau kita nak derma banyak2 pun takde duit, kalau kita nak berjihad kat Palestin tu pun lagi la jauh skali.

Sebab tu lah ana rasa tersentuh hari ini. Ana harap insan tersebut diberkati Allah atas niat ikhlasnya. Semoga segala urusannya dipermudahkan Allah. :) insyaAllah.

So, harap perkara ni boleh dijadikan teladan untuk semua termasuk ana sekali yang kadang-kadang itu kalah juga dengan godaan nafsu ni. Ana bukan orang sempurna. banyak khilaf kat dunia ni. Wallahualam.

p/s: terima kasih kerana membantu Palestin. terima kasih dan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik antum dan antunna semua. FREE PALESTINE!




Sunday, May 2, 2010

FREE, free Palestine!



Assalamualaikum w.b.t.

Di tgah hari yg terang ni, ana release tension jap sbb tiba-tiba elektrik xde. memang selalu mcm ni. nasib baik laptop ni ade batteri.

Semalam ana dpt satu berita yang kempen Lifeline4Gaza cawangan Tanta dah mencecah kira-kira 47,000 ke atas. (minta maaf ana terdelete msg ym yg beritahu amount sebenar)
Tahniah!

Terima kasih kepada yang membeli sambil menderma dan kepada yang menjalankan program ini tidak kurang juga banyak menyumbangkan masa untuk masak lebih-lebih lagi kakak2 senior dan abang2 senior yang tolong jadi deliveryman.

Masakan semua sedap-sedap belaka dan lepas ni boleh jual lagi ye akak. hehe.
em. so,lpas ni sama-samalah kita solat hajat dan berdoa agar segala sumbangan itu dapat disalurkan kepada Gaza. Semoga semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah. Semoga Allah permudahkan. Aminn..

Entry agak pendek. Sekadar mengupdate serba sedikit tentang Lifeline4Gaza.

p/s: selepas ini, ana menyeru kepada semua termasuk diri ana sendiri untuk memboikot penjualan barangan muqata'ah. insyaAllah. yela, dah banyak kita menderma tapi kalau kita tak berhenti membeli barangan jualan diorg pun x de gunanya kan? :) sama-sama renungkan.