Friday, June 11, 2010

None

Ya Allah, mengapa hati ini tidak mengerti sesetengah yang terjadi itu?
Mengapa hati ini tidak selalu bersyukur dengan ketentuanMu?
Mengapa hati ini sering mengadu akan keburukan sesuatu tanpa mengenal erti sesuatu itu?
Mengapa Ya Allah?
Mengapa?

Seandainya mampu untuk aku luahkan, akan aku luahkan isi hati ini semuanya.
Andai aku mampu, akan aku keluarkan semuanya.
Semuanya Ya Allah.
Tapi kepada Kau sahaja aku merayu.
Hanya kepadaMu aku memohon pertolongan.
Tenangkan hati ini Ya Allah.
Tenangkan hati ini setenang-tenangnya bagai tenangnya bunyi malam
Dengan bau embun yang dingin.

Kuatkan hati ini dengan Iman nikmatMu.
Kuatkan hati ini dengan zikir terhadapMu.
Apa yang aku harus lakukan agar apa yang terselindung di lubuk hatiku ini
mampu untuk diketahui?
Tapi aku tak mampu untuk lakukan
kerana aku tahu belum tiba tikanya
Ya Allah berikan aku petunjuk itu.

Aku merayu kepadaMu Ya Allah

Ampunkan segala dosaku yang selama ini sangat lupa kepadaMu.
Aku ini bukan hambaMu yang sempurna
sejak azali Ya Allah
aku ini insan yang hina.
Tidak layak untuk menghuni syurgaMu

Tapi Kau ampunkanlah ku Ya Allah

Dengan PengasihMu, PengampunMu
ampunkanlah diri ini
bersihkanlah diri ini.
Agar aku mampu lagi untuk membawa dakwahku.

Ya Allah. dengarkanlah Ya Allah rayuku ini
Dengarlah Ya Allah....



0 comments:

Post a Comment