Tuesday, June 15, 2010

Sanah Helwah!

Assalamualaikum w.b.t. semua sahabat sekalian.
Hari ini baru saja habis English exam yang berjalan selama 1 jam. Soalan-soalan dia boleh tahan mencabar jugak. Tapi InsyaAllah, dengan usaha yang telah dicurahkan, sekarang kita berdoa dan bertawakal la ya supaya semuanya dipermudahkan.

Lepas ni paper Anatomy pulak. Oo ye. Ana ada dapat ym dari kalangan akhawat tentang soalan-soalan Anatomy. Ana tanya dia adakah boleh percaya? Dia jawab jangan depends sgt kat soalan-soalan tu tapi TENGOK2 JUGAK! Dan dia suruh la pesan kat semuanya. So, kita study lah semuanya sebab kita study bukan sebab exam je kan? (Peringatan untuk ana jugak ni) :p

Lepas je English exam tadi, kebetulan hari ni hari lahir ahli bait ana. Namanya Nabilah Omar a.k.a Bello. (peh nama tuu mana dapat? :p)

Ana dengan sahabat-sahabat ana sambut kat ABU SALAMAH nagah fi gam'ah (maksudnya belakang gam'ah kot. sebab org kedai kek chocola tu yang cakap masa tanya camne nak naik teksi ke ABU SALAMAH.huhu. kalau salah tu gitau la). Sahabat ana Azreen, Bello dengan Jannah(mm1) pergi ABU SALAMAH dulu. pastu ana, Huda dengan Nida pergi beli kek buah kat Chocola.


Bila sampai ABU SALAMAH je..

Jannah: Eh cepat gila beli kek? Jauh kot.

Ana: Naik teksi la. Nak naik kaki TAK LARAT!



Mula-mula Bello tak nampak kek tu bila nampak je..



Bello: Eh, apa niii? Alaa.. (dengan muka malu)

Ana: Ni untuk Birthday Gurl. Sanah helwah! (dengan muka senyum yang lebar)




Then, Bello pun bukak kek tu. Waiter datang sebab nak minta order tapi kami cakap..


Azreen: Mumkin....(dengan buat gaya potong kek. maksudnya pisau)

Waiter: Eh? (dia tak faham so dia tanya apa?)


Ana: Aizah knife. yakni cut.. cut..(sambil tunjuk gaya potong kek).. Mumkin wa plate?


Waiter: oo. Plate? Aiwah. Mesyi.
Order please.

Huda: Ayu, ko share ngan aku Mango Shake nak?(pakai sebut je nama air ni :p)

Ana: Ok je.




Antara menu yang kitorg pilih adalah:
  • Burger Gibnah 5.00 LE
  • Burger Maxi 8.00 LE
  • Hotdog 5.00 LE
  • Mango Shake 9.00 LE
  • Banana Milk Shake 9.00 LE
  • Banana Vanilla Shake 9.00 LE
  • Chocolate Milk Shake 9.00 LE
  • Ice Bando 7.50 LE

In my opinion, makanan lagi murah dari air dia. sebab air dia special sikit kot kan? Tapi burger dia sedap. So kalau nak pi try silakan. Pasti tak menyesal. :)



Sanah Helwah Ya Nabilah.



Milk shake



Burger n hotdog





Oklah, biarlah ana ceritakan sikit pasal ahli bait ana ni yee.

Bello

Ha yg ni Birthday Gurl kita pada hari ini. Sahabat ana ni seorang yang outspoken, pastu dia ni suka menjaga penampilan. Kadang-kadang tu dia ni suka berangan pasal future dia. Yang paling penting dia ni suke masak kek la, cookies, and senang cerita she likes to try new things. Aritu dia ada wat pancake and not bad. sedap!! :p
Ana harap dia dapat apa yang dia nak kan dalam hidup dia including 'Dream Guy' dia. :p

Azreen

Azreen aka Jeyim. Dia ni org nye tinggi gila. Dia ni suka berfikir dulu sebelum cakap berlainan sungguh dengan ana. haha. Kadang-kadang tu penat gak kot tunggu dia habiskan apa yang dia nak ckpkan.:p Tapi dia ni kuat study, tidur pun favourite dia. Tapi kalau kuat study takpe. Kalau bab masak tu sedap gak dia masak. Dah boleh dah. kan jeyim? :)

Huda

Ha, yang ni ahli bait ana yang kecil-kecil cili padi. Dia seorang yang pendiam tapi kalau kalau cerita tu byk jugak cerita. Suka lagu Korea. Kalau dia suka sangat lagu tu dia nyanyi kuat-kuat. :p nampak je pendiam tapi kalau buat lawak, lawak gila. Teringat masa habis Mid Term haritu dia nyanyi lagu Hindustan. HELLO BROTHER.. haha.

Nida

Nida ni seorang yang pendiam. Dia ni memang tak suka sibuk hal orang la. Dia ni suka Korea lagi hebat dari Huda. Tapi dia ni kalau bab beri nasihat tu memang best n kadang-kadang takut juga sbb dia buat muka serious. :p Very good listener dan sometimes suka mencabar diri dia buat sesuatu yang pelik2. Macam esok exam tapi mlm ni dia tak tido satu hari. pelik kan? :p



Tu je lah tentang ahli bait ana yang tercinta. Ana harap ukhwah kami ni berkekalan dunia akhirat dan sahabat yang baik itu adalah sahabat yang selalu saling mengingati antara satu sama lain. Harap sahabat-sahabat ana ni taklah kecik hati ke dengan apa yang selama ni ana tegur atau buat ke kan. ye lah mana taw, tersilap kata ke. Manusia ni x sempurna. :)





p/s: Kebetulan pulak kami duduk kat meja no. 15 kat ABU SALAMAH. Harijadi Bello pun 15 hb.
Selamat Hari Jadi Bello. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. :)

2 comments:

bello said...

ahaha..dream guy?? Jun pyo ke maksud awak?? *choi~~~
THANK YOU SO MUCH korang...kasih sayang betul dgn korang nih..*blushing* :)

ayumuslimah said...

haha. bello. junpyo tu bkn jannah kah? :p sayang kasih kat bello gak.. :D video Allah Selamatkan Kamu tu lawak kot. :p

Post a Comment