Syauqah Wardah binti Abd Rahman...
Seorang wanita yang amat memelihara kesucian dirinya sebagai wanita muslimah. Dirinya dihijab dengan pakaian sunnah, menjauhi fitnah yang sering ditujukan kepada wanita akhir zaman.
Jubahnya, dan tudung labuhnya yang menutupi rahsia diri, menjadikan dia seorang yang istimewa dan berlainan di mata setiap Adam. Namun hatinya hanya istimewa untuk cinta utama yang kekal abadi iaitu CINTA ALLAH.
Syauqah Wardah pada zaman remajanya bukanlah seorang yang amat mementingkan nilai agama pada dirinya. Setiap hari, dia sering tewas dengan cinta nafsu yang tidak kekal iaitu cinta manusia. Dia amat menyanjungi cinta sehingga membuatkan dia jauh dari cinta hakiki. Cinta lelaki membuatkan dia menuju kelalaian dan khayalan yang semakin menodai jiwanya dari cahaya Illahi.
Muhammad Aiza, Naim Hakimi, Syahir Qolbi, Hadi Mukhlisin, Muaz Ghafir.. Semuanya lelaki-lelaki yang pernah menjadi cinta manusianya! Ini membawa Syauqah ke lembah khayalan dan hampir setiap hari hatinya suka dan duka melayani perasaan yang diselubungi maksiat ini. Semakin jauh cintanya kepada Ar-Rahman. Semakin jauh.. Syauqah semakin lalai dengan cinta hanyut..
Dulunya Syauqah seorang yang memakai tudung litup semenjak dari sekolah rendah lagi. Namun sejak itu juga, dia sudah diuji dengan lelaki-lelaki yang mempunyai penyakit hati yang sering ingin mendekatinya, mengenalinya. Semakin hari, terbit perasaan suka dan seronok dengan perkembangan dirinya itu tanpa dia sedari bahawa perkara itu telah membawanya ke arah kelalaian.
Meningkat remaja, Syauqah semakin terpengaruh dengan zaman moden yang kian popular dengan fesyen terbaru. Di sudut lain, remaja Islam semakin dijajah dengan pengaruh barat dari segi minda, pakaian dan pergaulan. Syauqah merupakan salah seorang yang hanyut dengan pengaruh Barat yang sumbang itu.
Pada usia pertengahan remajanya, Syauqah yang dulunya bertudung litup meninggalkan pakaian Islam itu dari dirinya. Dia bertukar arah kepada pakaian yang lebih moden dan seksi yang mengikuti perkembangan semasa. Mini skirt, Baby T, seluar pendek.. semuanya sudah menjadi ikutan Syauqah. Syauqah tidak sedar dengan perubahan dirinya itu. Dia hanya mengikut hawa nafsunya dan ajakan rakan-rakannya yang lain.
Boyfriend bersilih-ganti, pergaulan yang tiada batasan, keluar dengan lelaki berdua-duaan, dan dating itu sudah menjadi kebiasaan Syauqah. Syauqah semakin gembira apabila dikelilingi ramai lelaki ajnabi. Hatinya kian gelap dan dihijab dari perkara-perkara benar oleh perkara-perkara maksiat.
Pada usia akhir sekolah menengah, hati Syauqah dihadirkan rasa rindunya kepada HIJAB. Hatinya berbisik ingin kembali kepada pakaian Islamnya. Terbit kekesalan yang selama ini dia lakukan. MAKSIAT..MAKSIAT..MAKSIAT..
Syauqah sedih dan sesal dengan dosa yang menyelubungi dirinya.
Ya Allah.. Ampunkan aku.. Ampunkan aku Ya Allah..
Titisan jernih jatuh dipipinya saat Syauqah bermunajat di tikar sejadahnya memohon doa keampunan daripada Ar-Rahman.
Semalaman Syauqah tidak berganjak dari sejadahnya beristighfar dan bertaubat atas dosa-dosanya selama ini. Syauqah bersyukur kepada Allah atas kesempatan yang diberinya untuk bertaubat. Syauqah bersyukur atas kasih dan sayang daripada Allah yang diberi kepadanya untuk kembali ke jalan Allah Azza Wajala. Syauqah bersyukur atas hidayah dan taufiq yang hadir dicelahan hatinya. Subhanallah! AllahuAkbar!!
Syauqah memulakan hidup baru dengan pakaian Islamnya kembali. Cintanya kini hanya kepada Allah dan Rasulnya. Dia tidak akan membiarkan cintanya itu dikongsi untuk sesiapa pada waktu sekarang. Hidupnya hanya ditumpukan kepada waktu study dan beribadah. Baginya cinta lelaki itu hanya untuk suaminya sahaja. Walaupun mungkin dia jatuh hati, akan Syauqah peliharanya agar cinta itu diatas landasan syarak dan tidak melebihi cintanya kepada Allah dan Rasulnya. Tidak sama sekali yang membawanya ke arah kelalaian..
Madah Abdul Ghani penyair sufi:
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.
Ikatkanlah cinta Syauqah dengan taliMu Ya Allah.
Kuatkanlah cinta Syauqah kepadaMu Ya Allah.
Janganlah Kau tewaskan hati Syauqah dengan cinta lelaki yang belum masanya Ya Allah
Pelihara cinta Syauqah agar tidak membawa kepada kelalaian.
Putihkan hati Syauqah agar sesuci bersih hati Rabiatul Adawiyah
Isikan sifat malu dihati Syauqah dengan malu Khadijah
Kurniakan keistimewaan dalam diri Syauqah dengan istimewanya Aisyah kepada Rasulullah.
“Ya Allah…aku tak pasti samada Kau benar-benar meredhai cintaku pada-Mu ataupun
tidak dengan mendatangkan ujian demi ujian cinta silih berganti. Aku sedih dengan
suasana hatiku yang sering berbolak-balik dan kadang-kadang hampir ditewasi cinta
lelaki. Jahatnya hati sebegini! Ya Allah, andai hati yang ada ini jauh dari-Mu, maka
tukarkanlah hati ini dengan hati yang mencintai-Mu. Aku tidak sanggup hidup tanpa
cinta-Mu…” -MUNAJAT CINTA
p/s: Semoga entri ini menjadi teladan kepada golongan hawa diluar sana bahawa hidayah itu untuk sesiapa sahaja. Apabila terlintas di hati kita untuk membuat kebaikan, maka bersegeralah lakukannya keran itu merupakan lintasan yang benar oleh Allah swt. Janganlah menangguhkannya kerana takut-takut lintasan itu hanya sekali sahaja. Marilah kita sama-sama merenung dan muhasabah diri kita yang tidak sempurna ini. Bermunajatlah kepadaNya kerana kita adalah hanya hambaNya dimuka bumi ini.

2 comments:
hmm. alangkah baiknya jika menjadi orang asing. begitu sayangnya diri pada agama bila mengetahui kebenaran dan kerosakan akibat kebatilan. Namun aritkel ini mampu menarik minat pembaca. Teruskan menulis artikel yang menarik. iA.
Artikel ini hanya penceritaan semula tentang seorang Hawa yang pernah hanyut dengan kelalaian dan khayalan cinta palsu untuk dijadikan pengajaran kepada golongan wanita akhir zaman yang mudah tergoda dengan cinta palsu. Nauzubillahi minzalik. Ana harap semoga artikel ini dapat membuka mata dan hati semua Hawa termasuk ana agar sama-sama mencintai yang sebenar-benarnya layak menerima cinta kita sebagai hambaNya iaitu Allah swt.
Biar tiada cinta manusia, namun cinta Allah itu sentiasa ada kepada hambaNya.
Biar tiada yang jatuh hati, namun jatuh hati kepada Allah itu adalah lebih indah nikmatnya kerana ia pasti dibalas.
Ya Allah, andai aku dan mereka jatuh cinta, jatuh cintakan kami kepada yang mencintaiMu.
Ya Allah, andai aku dan mereka dicintai, buatkanlah kami dicintai oleh mereka yang mencintaiMu.
Ameen..
Post a Comment