Monday, May 31, 2010

Alim, Thiqah , Warak.

  • Dahulu waktu mula-mula dengar kisah saintis-saintis dunia dalam arab, saya selalu jadi bingung sekejap. Antara yang saya selalu keliru ialah "Sejak bila pula Albert Eistein jadi ulama'?" Pelik kan? Tapi rupa-rupanya lama-lama barulah saya tahu bahawa yang sheikhah maksudkan ialah saintis. Atau dalam erti kata lain, saintis-saintis dalam bahasa arabnya ialah ulama'. Haha.. Sangat lawak bila saya teringat balik betapa saya dulu secara seriusnya fikir adakah saintis-saintis semua tu memeluk islam dan menjadi ulama' macam ulama'-ulama' lain. Haishh... Pengajarannya sekarang, saya kena fikir semua perkataan arab secara maksud bahasa dan bukan maksud secara konsep. Ikut situasi la juga. Kalau yang biasanya kita dengar ulama itu adalah seorang hebat ilmu agama, takkan yang bukan islam pun boleh kita kata dia hebat ilmu islam.. Erm, faham ke apa yang saya nak cakap ni? ^_^ Jadinya, lain kali tak perlu lah keliru-keliru lagi kenapa saintis digelar ulama'.


  • Saya jadi teringat semua ni semula bila tadi terdengar rungutan seorang hamba allah yang tak suka digelar alim. Alahaii, sayangnya orang tu.. Dia lupa agaknya apa makna alim. Ni mesti terbawa-bawa lagi dengan konsep alim dari malaysia. Kalau di Malaysia, rasanya orang yang digelar alim tu adalah orang yang jalannya tunduk sentiasa, tak bising-bising, tak bergaul dengan jantina lain dan sebagainya. Betul tak? Padahal sebenarnya, alim itu maknanya "orang yang mengetahui ilmu". Boleh kata jugalah orang yang bersifat alim seperti yang dikategorikan di Malaysia itu mungkin dari sudut mengetahui hukum Allah. Tapi kalau di sini, bila dikata Albert Eistein itu 'alim ulama, maka adakah dia juga termasuk dalam golongan orang yang alim seperti konsep alim di Malaysia? Mestilah salah sama sekali kan? Jadi saya tertanya-tanya juga, kenapa ramai orang tak suka digelar alim? Kan baik bila kita dikata sebagai "orang yang mengetahui".. Daripada kita marah-marah sebab terasa diperli alim, baik kita senyum tenang sambil bisik pada hati dengan rasa syukur bila orang angkat darjat kita sebagai orang yang mengetahui. Alhamdulillah. Maha suci Allah yang memberikan setiap nikmat..


thiqah itu apa?

  • Ada lagi sesetengah perkataan yang orang kita suka sangat guna tanpa tahu maksud. Contoh lain ialah thiqah. Ni pun kes yang sama macam alim. Thiqah dari sudut yang selalu kita pandang adalah golongan orang yang ciri-cirinya sama macam konsep alim yang kita buat. Sebenarnya thiqah itu maknanya "orang yang dipercayai". Maka, kalaulah kita kata kawan baik kita, guru-guru kita dan keluarga kita adalah orang yang kita percaya, maka mereka itu semuanya adalah adalah orang yang thiqah bagi kita. Kerana itu, kita gelar para mufti sebagai thiqah sebab kita percayakan mereka untuk beri kita fatwa dalam hukum Allah. Kalau tadi alim dan thiqah dah kita terang, sekarang tengok pula maksud warak. Warak dari sudut bahasanya bermaksud bermaksud menahan diri. Atas sebab itu, kalau seseorang itu digelar warak, selalunya disebabkan kita nampak dia selalu menahan diri dari melakukan sesuatu yang dilarang Allah.




  • Sebenarnya, tujuan utama saya kongsi ni sebab nak terang pada mereka yang kurang suka digelar warak, alim dan thiqah kerana takut dipencilkan bahawa sebenarnya mereka patut suka dengan gelaran itu. Tambah-tambah, setiap perkataan itu doa. Tak kisahlah apa maksud sebenar perkataan itu pun,kalau maknanya ia menggelarkan kita sebagai seorang yang ada sesuatu yang menghampirkan diri dengan Allah, maka apa perlu dirisau? Kan bagus maknanya tu.. - Habis sesi teguran pada diri dan rakan - Maka, janganlah nanti terkejut bila anda dengar orang panggil anda "wahai orang alim". Sebabnya alim itu maknanya mengetahui. Macam di sini pun saya panggil pakcik teksi sebagai "muallim". Selalunya di Malaysia, muallim tu guru kan? Tapi sebenarnya kalau ikut konsep lebih luas, sesiapa sahaja boleh jadi muallim kalau dia lebih tahu sesuatu lebih baik dari kita. Sebab saya tak tahu bawa teksi, maka pakcik teksi adalah muallim kepada saya untuk pergi ke sesuatu tempat. Doktor, cikgu, jurutera, pakar ilmu agama, pakar komputer, dan sesiapa sahaja yang berilmu boleh dikira alim ulama' kepada masyarakatnya. Tanpa mereka yang alim ini, masyarakat takkan mampu berdiri dan menunjukkan kehebatan umat islam kepada dunia. Sebab itu, kita perlu menjadikan diri kita sebagai orang yang berilmu sebab orang berilmu banyak kelebihannya.

0 comments:

Post a Comment